Archives

Corat-coret Pesta Buku 2009 (Bhgn 3)

Alkisah... punya kisah.

Kisah 1 - Senggol - senggolan.

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan bila berlangsungnya apa - apa majlis sekalipun ialah keadaan bersesak. Berlaga bahu. Berlaga tangan. Dan sebagainya.Sewaktu pesta buku berlangsung. Kerap kali aku dapati, ada orang yang terpaksa berdiri kaku.

Disebabkan tidak mampu atau masih menjaga adab, dan mereka tidak mahu 'merempuh' lautan manusia.Namun, sampai bila mereka perlu bersabar memerhatikan suasana sekeliling ?Yang penting ialah, adab kesopanan tetap dijaga. Pengunjung tetap boleh bersesak - sesak, untuk melihat dan membeli buku.

Dan andainya tersentuh sekalipun, ini satu perkara yang tidak mampu untuk dielakkan.


Kisah 2 - Kurang meriah.

Hampir kesemua orang yang aku temui, menyatakan perkara yang sama. Pesta Buku kali ini kurang meriah. Tidak seperti tahun sebelumnya. Dimana, keadaan bersesak - sesak bertali arus tidak mengira hari dan waktu.

Ada dua faktor yang menjadi penyebabnya.

1 - Tarikh berlangsungnya pesta buku kali ini memang tidak menggalakkan pengunjung untuk hadir. Bermula dari 17 - 26hb April. Ini bukan tarikh orang yang mendapat gaji.

2 - Ekonomi global yang muram. Menyebabkan orang ramai begitu berhati - hati mengawal perbelanjaan. Kerana suasana ketidak pastian apa yang akan berlaku dibulan - bulan mendatang, menyebabkan ramai yang berhati - hati berbelanja.


Kisah 3 - 1 1/2 berharga RM4

Harga sandwich, yang sebesar 1 /1/2 keping roti, disapu mentega, sedikit sardin dan setengah helai daun berharga RM4.00.Bagi aku harganya memang tidak masuk dek akal. Tetapi itulah harganya didalam PWTC.Tetapi anehnya, ramai manusia yang berebut untuk membelinya.

Cubalah rajinkan diri untuk berjalan jauh sedikit. Lagipun tidak memenatkan. Keluar dari bangunan PWTC dan carilah gerai makanan yang terdapat disekitar PWTC. Bukan sahaja makan yang dijual pelbagai jenis malahan harganya juga boleh tahan.


Kisah 4 - Lokasinya kira OK.

Tahun ini. Lokasi gerai ALAF 21, Karangkraf dan Buku Prima terletak dipintu masuk ketiga. Namun cukup strategik. Tetapi tidaklah sehebat tahun 2007, dimana Kumpulan Karangkraf mendapat lokasi didalam sebuah dewan yang besar dan begitu selesa buat pengunjung.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Corat-coret Pesta Buku 2009 (Bhgn 2)

Alkisah...

Kisah 1 - Pesta Kerepek.

Tahun lepas, aku pernah mencadangkan supaya pihak ALAF 21 menyediakan 'jajan' sebagai 'pencuci mulut' atau 'pemanis mulut' khususnya buat para novelis yang bersedia menunggu kehadiran peminat sewaktu pesta buku berlangsung.Dan sebagai membuktikan saranan itu berjaya, maka aku perlu memulakan langkah itu terlebih dahulu.

Di mana, aku telah membawa beberapa bungkus besar kerepek yang 'diimport' khas dari Pasar Jawa, Klang.Sewaktu naik komuter. Tiba - tiba sahaja aku merasa malu yang teramat sangat. Manakan tidak, hampir semua penumpang memandang kearah aku, yang sedang menjinjit bungkusan kerepek.

Sebaik sahaja tiba di PWTC, syukur Alhamdulillah, aku telah bertemu Saudara Baien @ Rock, yang sedang bertugas. Baien yang melihat aku terus sahaja menghulurkan salam. Dan tanpa berlengah, aku terus sahaja menyerahkan 'beban' membawa kerepek kepadanya.

Jadi, kepada beberapa orang staff ALAF 21, dan novelis yang ada disitu pada waktu itu. Telah dapat merasakan kerepek khusus yang dibawa oleh - Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.

InsyaAllah, kami akan cuba untuk menjadikan pemberian kerepek itu sebagai JAJAN TAHUNAN.

Kisah 2 - Siber lain, Nyata lain.

Antara barisan penulis Alaf21 , dari kiri, Rozita Wahab, Intan Arnida, Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Leeya Myra, Lynn Dayana. Berdiri dibelakang, kanan hezzy Azra dan Dhiya Zafira.

Aku melihat dan merenung wajah - wajah novelis yang aku temui hari ini (24/4/2009 - Juma'at). Ternyata ada yang berbeza dari yang aku lihat di laman web.

Rozita Wahab - sekali pandang terus aku dapat mengecam orangnya. Tidak banyak berbeza, samada di alam siber / laman web dan di dunia nyata.

Sania Yasmin - juga tidak banyak berbeza, cumanya di alam siber gambarnya kelihatan agak gelap, tetapi bila bertemu, jelas kulit wajahnya cerah.

Rania Firdaus - Cik adik ini agak tergamam bila aku menegurnya, diwaktu beliau sedang bersenda gurau dengan adinda Bikash dan kekanda Sa'adiah. Wajahnya di alam nyata kelihatan lebih ceria, dan cerah serta lebih 'berisi' di bahagian pipinya.

Bikash Nur Idris - Cik adik ini kelihatan bertambah tembam. Dan kulit mukanya semakin cantik dan berseri. Agaknya bilakah kami akan mendapat kad jemputan darinya ?

Leeya Myra - Cik adik ini ... memang jauh berbeza. Bila aku telek dan aku renung, wajahnya di alam siber / laman web dan di alam nyata ... ternyata berbeza !

Hezzy Azra - Tidak banyak berbeza.

Ini pandangan dari mata seorang lelaki dan pada beberapa novelis yang sempat ku temui..

HARAP MAKLUM.


Kisah 3 - Gangguan.

Aku dapati, beberapa orang 'petugas' dari syarikat penerbitan lain. Seolah - olah bergerak bebas 'tanpa kawalan.' Dimana, mereka begitu bebas untuk menegur, menyapa dan sedaya upaya cuba untuk menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti mereka.Hinggakan aku melihat kelibat mereka yang masuk kedalam kawasan booth ALAF 21, dan cuba menarik pelanggan yang sedang asyik membelek novel.Aku merasakan bahawa, perkara ini tidak sewajarnya berlaku.

Kerana pengunjung gerai ALAF 21 yang hendak membeli novel, sudah tentu mereka memerlukan suasana yang bersesuaian dan santai, sambil membelek novel kegemaran mereka.Melainkan pengunjung berada di kawasan lalu lalang, atau kawasan pejalan kaki.

Maka diwaktu itu, tidak menjadi masalah kepada sesiapa pun.

Banyak lagi catatan akan menyusul.



Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Corat-coret Pesta Buku 2009

Oh, sesaknya!

Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa 2009. Meriah dan menyeronokkan! Dan hari terakhir selalunya ada berbagai-bagai jualan runtuh, pengunjung mengambil peluang tersebut. Tidak ketinggalan kanak-kanak sekolah rendah, menengah dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS.
Berderet-deret bas yang menanti di luar bangunan PWTC. Pelajar-pelajar dari sekolah menengah dari berbagai sekolah lain turut memeriahkan dan memenuhi ruang. Ha’..baby-baby pun ada tau. Ye la..mungkin mak bapak tak ada tempat nak tumpangkan sebab tu di bawa sekali Cuma kesian melihat mereka yang tidak selesa dengan keadaan yang sesak, bingit dan panas. Aku memang cepat terusik dengan keadaan baby yang menangis maupun merengek. Rasa nak jadi babysitter sekejap!

Pertemuan yang tidak dirancang dengan ahli kelab ALAF21 agak menyeronokkan. Dah lama rasanya tak jumpa Li Hoon. Kemesraan kami yang sudah lama terjalin, sudah pasti mencetuskan usik mengusik dan gurau senda. Abang Long memang suka mengusik, anak aku, Ain, tersipu-sipu la pulak.. Seperti biasa bila jumpa Mersik kami akan buka cerita novel dan blog sedikit sebanyak. Fazila datang dengan anak dia yang comel beserta sahabatnya. Kami berbual seketika sebelum berpisah untuk menunaikan solat.

Aku sempat berbual dengan Anis Ayuni yang anggun sekali. Novel terbaru beliau berjudul SUNGGUH AKU CINTA mendapat sambutan menggalakkan. Aku pasti peminat-peminat Anis gembira dengan bonus yang tidak disangka-sangka ini.

Ramlee Awang Mursyid, seperti biasa, sentiasa di kerumuni peminatnya apatah lagi RAMFC mengapit beliau kiri kanan. Novel terbarunya, MIKHAIL, mendapat liputan meluas dari blogger2 lain dan ia memudahkan peminat Ramlee mendapat berita terkini mengenai beliau.
Ada beberapa novelis lain seperti Aleeya Aneesa, Lynn Dayana, Fatin Nabila, Leeya Myra dan ramai lagi namun kesemuanya tidak sempat saya temui. Berpeluh diapit oleh pengunjung lain, membuatkan saya rasa nak pitam.
Antara geng Alaf21 FC yang turut memeriahkan pesta buku , dari kanan, Li Hoon , Ina, Ain , Fadzilla (berbaju hijau bersama anak dan rakannya ), mersik dan paling kanan , penulis buku brima , Indah Hairani.


Walau apapun cabarannya, kunjungan kali ini memang bermakna sekali apabila melihat ramai remaja minat membaca apatah lagi kaum bapa turut serta membantu anak2 memilih buku dan turut serta dalam aktiviti yang ada di sana.

Hingga berjumpa lagi tahun depan!!

Ina.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Hikmah Hati - Maszlee Malik

Sinopsis :

DI bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.


Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!

Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!


Novel ini masih hangat di genggaman. Walau ada beberapa novel baru disamping,entah mengapa hati saya lebih tertarik untuk menggapai novel nipis ini. Adakah kerana ia tipis maka mudah untuk saya habiskan? Erm..mungkin juga.

Ulasan saya :

MasyaAllah...hati saya dipagut sayu dan excited yang melambung. Hasil tulisan Maszlee Malik ini amat mengujakan! Ia bukan novel cinta malah bukan juga novel seram, ia hanya novel nipis yang penuh dengan keinsafan.

Mungkin kita semua sudah biasa mendengar cerita mengenai seorang budak bersama raja yang zalim. Budak ini hanya mati selepas dipanah oleh sang raja dengan menyebut kalimah suci. Pernah dengar kan ? Inilah novelnya.

Walau ia hanya cerita biasa yang pernah didengar, namun bila membacanya, hati saya jadi terusik bertambah hiba bila pengikut kanak-kanak tersebut sanggup mati walau iman baru saja dipupuk.

Persoalannya, adakah kita sanggup menanggung diseksa dengan pedih dan menakutkan. Sanggupkah kita melihat insan yang paling kita sayangi juga diseksa hingga membawa maut di hadapan mata. Tegakah kita melihat bayi kecil juga diseksa.

Tiada alasan semua itu jika hati dipenuhi iman. Keteguhan iman takkan goyah jika hati sudah mengenggam janji-janji Allah, iaitu syurga. Itulah jihad namanya.

Saya suka bait-bait katanya pada mukasurat 76:

'Tanpa mengembalikan diri kita pada asalnya,iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih dari itu. Jika kita dapat menghubungkan diri kita kepada asal kita, maka kita akan mengenali bahawa hakikat diri kita tidaklah sehina dan sejijik kehidupan dunia.'

Saya harap ALAF21 akan melahirkan lebih banyak novel berciri ilmu dan kesedaran sebegini bagi menjana minda terutama remaja kita.


Inilah jihad!


Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Senarai penulis-penulis Alaf21 di Pesta Buku PWTC 2009





JUMPA DI SANA !


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Semakin hampir...


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

TrioNovel April


CERITERA RINDU

Penulis: Leeya Myra
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-430-2

Sinopsis:

IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.
Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.

Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?


SYAIR CINTA

Harga: RM19.90
Penulis: Intan Arnida
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-424-1

Sinopsis:

CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.

Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.

Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.


SYURGA DI HATI

Penulis: Fatin Nabila
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-431-9

Sinopsis:

AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.

Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan ma ruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang terlalu banyak likunya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Karya terbaru Shahnon Ahmad


REVOLUSI YANG DITANGGUHKAN ini adalah sebuah fiksi, sebuah citraan. Citraan bermaksud imagery atau majazi iaitu sebuah karangan yang kandungannya hanyalah khayalan pengarang. Citraan ini sama sekali tiada kaitan secara spesifik dengan sesiapa; baik individu, keluarga mahupun masyarakat.

Ia hanyalah berdasarkan imaginasi dan juga realiti secara umumnya, tapi imaginasi yang telah direalitikan untuk memenuhi tuntutan logika dan realiti yang telah dimanipulasikan untuk memenuhi tuntutan kebenaran hakiki.

Baca lagi di web Alaf21, klik di sini ,

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Anis Ayuni


Oh, hari ini adalah hari jadi buat novelis veteran kita. Siapa lagi kalau bukan Anis Ayuni.

Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan Selamat hari lahir buat beliau. Semoga penambahan usia setahun ini, beliau akan lebih sihat sejahtera, tabah mengharungi dugaan hidup dan terus berjaya dengan kerjaya yang ada.

Tak lupa juga supaya beliau menjadi penulis yang tersohor dan hebat.

Apa-apa pun, all the best untuk Anis Ayuni. Ceria-ceria selalu.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Norzailina Nordin yang ku kenal...


Saya teruja dengan novelis seorang ini yang tidak tahu duduk diam. Ada saja aktiviti yang dilakukan saban waktu. Sesekali bila saya menelefon, dia sedang berada di lokasi untuk shooting. Pada waktu yang lain pula, dia sedang menyiapkan novel atau buku masakan terbarunya.
Dia juga tidak pernah lokek ‘waktu’ untuk bersama peminat-peminatnya seperti bersantai makan-makan bersama teman-teman dan kumpulan pencinta buku dan novel, seperti Gengkicap , Msjbox group umpamanya. Masih saya ingat lagi beliau meluangkan masa bersama ALAF21FC pada tahun pertama pertubuhannya di Taman Titiwangsa besama Lily Haslina Nasir, Attokz dan sekelian ahli kelab yang lain. Best sungguh!

Terkini, novel terbarunya sudah selesai pembikinannya dan hanya menanti saat untuk dilancarkan. Bukan itu saja. Beliau dalam pembikinan untuk buku masak terbarunya. Bukan satu bukan dua malah 4 buah (dalam perancangan sepanjang tahun 2009)!!. Memang kagum sungguh dengan wanita berhati waja ini. Tidak mengenal penat dah lelah. Kerja sentiasa dilakukan dengan penuh kesungguhan dan disiplin yang tinggi.

Tentu anda nak tahu siapa dia atau mungkin ada yang sudah boleh meneka siapa novelis yang saya maksudkan. Dia tidak lain adalah NORZAILINA NORDIN. Beliau pernah menulis novelis futuristic yang mengagumkan bertajuk, IMPIAN TERINDAH yang berkisar tentang masa hadapan dan angkasa lepas. Sudah pasti ia juga ada kena mengena dengan angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Untuk pengetahuan anda semua, beliau sudah menghasilkan 17 buah buku termasuk buku masakan dengan ALAF21. Namanya sudah sinonim dengan dunia masakan. Siapa yang tidak kenal dengan Norzailina Nordin. Jika anda masih ingat, bulan Ramadhan lepas beliau telah menjadi jurucakap bagi produk MMvitaoils yang bermula seawal 5 pagi tiap-tiap hari. Walau sedang memasak, dia kelihatan anggun dan tenang sekali. Kerap juga saya ralit melihat beliau memasak hingga tidak sempat menyalin resepi.

Beliau sering di temuramah oleh media cetak dan elektronik umpama akhbar Stars, TV1 dan menjadi jurucakap produk masakan lainnya seperti pasta San Remo. Pernah juga mempunyai kolum sendiri di akhbar tempatan. Norzailina Nordin, dikenali sebagai wanita yang tidak lokek ilmu. Ada saja petua dan masakan yang di curahkan pada peminatnya sama ada melalui demo masakan ataupun rakaman TV. Anda boleh melayari blog beliau untuk mengetahui berbagai resepi enak yang boleh anda cuba. Jika ada sebarang masalah, boleh tinggalkan mesej di blog tersebut.
Beliau sering juga terlibat dalam bengkel penulisan. Ada juga tips-tips dan panduan dimasukkan ke blognya dan ini sediit sebanyak memberikan pengetahuan yang berguna bagi sesiapa yang hendak mula berjinak-jinak menjadi penulis.

Norzailina sentiasa melibatkan diri dengan memenuhi undangan masakan malah dia bersengkang mata bagi menyemarakkan dunia terbitan dengan hasil tangan beliau yang bermutu.

Selain daripada itu, beliau juga sedang membuat suntingan terakhir untuk novel ‘Raja Menangis’ (judul sementara) yang dikarya bersama Mantan CEO Institut Terjemahan Negara iaitu Encik Shaharudin Ali. Sila lawati
http://rajamenangis.blogspot.com untuk membaca pelbagai posting menarik yang ada kaitan dengan sejarah. Mereka juga sedang membangunkan laman web http://rajamenangis.com untuk dijadikan hub bagi tujuan e-bisnes pelbagai produk berkaitan dunia Melayu khasnya.

Peminat beliau bukan sekadar dalam Malaysia, malah juga di luar negara. Malah ruangan Soaljawab Masakan di laman web Alaf 21 mendapat respons pertanyaan dari seluruh dunia. Beliau telah mengelolakannya selama hampir 4 tahun. Apa yang saya kagum, sikap ramahnya tidak pernah kurang. Murah dengan senyuman manisnya malah dia antara novelis yang tidak lokek menghulur bantuan.

Bagaimana ye dia membahagikan masa? Novel, buku masakan, undangan masakan persendirian, firma-firma kerajaan dan swasta, media cetak dan elektronik…banyak tu. Namun sedaya mungkin dia memenuhi tiap undangan dan sebaik mungkin juga dia menulis untuk kepuasan pembaca. Tanpa bantuan sesiapa dia mampu melakukannya. Tanpa mengharapkan sesiapa, Norzailina melangkah terus ke hadapan dengan semangat dan dedikasi.

Wanita yang mempunyai 4 orang anak remaja ini rajin bertemu dengan rakan-rakan tidak kira novelis atau peminat. Saya kagum apabila mengetahui beliau dan beberapa novelis lain, mengadakan pertemuan demi pertemuan bagi mencari ilmu untuk meningkatkan lagi mutu novel-novel mereka yang akan datang. Jika ada antara mereka yang melahirkan novel baru, dia akan diraikan dengan jamuan sesama mereka dan mereka tidak lupa menjemput kami berserta beberapa tetamu undangan khas lainnya seperti Carrie Kirana dan Gengkicap.

Ok, kita cerita pasal novel barunya. Nak tahu ke? Yang saya pasti novel ini menarik kerana ia bukan sekadar cerita cinta biasa. Ia berkisar tentang sepasang kekasih yang di dalam dilema kerana ibu dan bapa pasangan tersebut pernah menjalin cinta semasa muda dulu. Ada unsur suspens kerana heronya adalah seorang informer untuk badan perisikan. Untuk mengetahui selanjutnya, tunggulah saja kelahirannya.

Apapun, harapan saya semoga Norzailina Nordin meraih kecemerlangan yang tiada batasannya dan meningkatkan martabat novel melayu. Kita harap novelis kini mampu mengubah tanggapan orang ramai tentang novel melayu yang dianggap sebagai novel picisan.

Ina.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati