Oh, sesaknya!

Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa 2009. Meriah dan menyeronokkan! Dan hari terakhir selalunya ada berbagai-bagai jualan runtuh, pengunjung mengambil peluang tersebut. Tidak ketinggalan kanak-kanak sekolah rendah, menengah dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS.
Berderet-deret bas yang menanti di luar bangunan PWTC. Pelajar-pelajar dari sekolah menengah dari berbagai sekolah lain turut memeriahkan dan memenuhi ruang. Ha’..baby-baby pun ada tau. Ye la..mungkin mak bapak tak ada tempat nak tumpangkan sebab tu di bawa sekali Cuma kesian melihat mereka yang tidak selesa dengan keadaan yang sesak, bingit dan panas. Aku memang cepat terusik dengan keadaan baby yang menangis maupun merengek. Rasa nak jadi babysitter sekejap!

Pertemuan yang tidak dirancang dengan ahli kelab ALAF21 agak menyeronokkan. Dah lama rasanya tak jumpa Li Hoon. Kemesraan kami yang sudah lama terjalin, sudah pasti mencetuskan usik mengusik dan gurau senda. Abang Long memang suka mengusik, anak aku, Ain, tersipu-sipu la pulak.. Seperti biasa bila jumpa Mersik kami akan buka cerita novel dan blog sedikit sebanyak. Fazila datang dengan anak dia yang comel beserta sahabatnya. Kami berbual seketika sebelum berpisah untuk menunaikan solat.

Aku sempat berbual dengan Anis Ayuni yang anggun sekali. Novel terbaru beliau berjudul SUNGGUH AKU CINTA mendapat sambutan menggalakkan. Aku pasti peminat-peminat Anis gembira dengan bonus yang tidak disangka-sangka ini.

Ramlee Awang Mursyid, seperti biasa, sentiasa di kerumuni peminatnya apatah lagi RAMFC mengapit beliau kiri kanan. Novel terbarunya, MIKHAIL, mendapat liputan meluas dari blogger2 lain dan ia memudahkan peminat Ramlee mendapat berita terkini mengenai beliau.
Ada beberapa novelis lain seperti Aleeya Aneesa, Lynn Dayana, Fatin Nabila, Leeya Myra dan ramai lagi namun kesemuanya tidak sempat saya temui. Berpeluh diapit oleh pengunjung lain, membuatkan saya rasa nak pitam.
Antara geng Alaf21 FC yang turut memeriahkan pesta buku , dari kanan, Li Hoon , Ina, Ain , Fadzilla (berbaju hijau bersama anak dan rakannya ), mersik dan paling kanan , penulis buku brima , Indah Hairani.


Walau apapun cabarannya, kunjungan kali ini memang bermakna sekali apabila melihat ramai remaja minat membaca apatah lagi kaum bapa turut serta membantu anak2 memilih buku dan turut serta dalam aktiviti yang ada di sana.

Hingga berjumpa lagi tahun depan!!

Ina.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati