Kamarul dan Syamsidar, pasangan muda yang bercinta dan akhirnya berjanji setia untuk sehidup semati mendirikan rumahtangga. Di awal perkahwinan mereka bahagia sehinggalah mendapat cahayamata peremppuan dan lelaki. Tambahan lagi Syamsidar memiliki ciri-ciri wanita idaman Kamarul, cantik dan lemah lembut. Namun, badai melanda kebahagiaan rumahtangga mereka bila salah seorang dari mereka mula berubah hati. Syamsidar memiliki segala-galanya cuma kesepian yang membuatkan dirinya terpinggir dan memberontak. Kerana terlalu menurut perasaan, tidak berlandaskan agama, Syamsidar mula bertindak mengikut perasaan.

Kerana terlalu kesepian, dihimpit oleh tekanan perasaan, Syamsidar mula menjalin hubungan cinta dengan seorang kenalan yang dahulu hanyalah sekadar teman biasa, teman yang dipertemukan dalam sebuah show yang mana Syamsidar menjadi modelnya. Syamsidar mula hanyut dibuai perasaan. Namun dalam setiap apa yang dilakukan, dia sentiasa dihimpit oleh keresahan, kebimbangan di atas kecurangannya tersebut. Dia tidak menyangka sebegitu intim sekali perhubungan dengan Jefrey telah membuat dia terjerumus ke lembah zina. Dia telah melakukan dosa-dosa besar. Bukan hanya sekali malah setiap kali mereka bertemu, lebih dari itu yang dilakukan.

Jefrey begitu tulus menyintai Syamsidar walhal dia sudah mengetahui perempuan itu telahpun berkahwin. Jefrey, pemuda kacukan serani yang disangka Islam oleh Syamsidar sanggup untuk menyunting Syamsidar dan begitu menyintainya sepenuh jiwa. Kemana sahaja Syamsidar pergi, dia pasti menjejakinya. Selama mana Syamsidar menyembunyi kecurangannya, selama itulah hatinya tidak tenteram. Layanan dingin yang diberikan kepada Kamarul membuatkan suaminya meraguinya. Suaminya, Kamarul mula mengesyaki dirinya. Akhirnya, kerana perkhabaran berita oleh teman sekeliling, Kamarul memberanikan diri bersoal jawab dengan Syamsidar. Syamsidar mengaku dan meminta dilepaskan dengan cara yang baik. Kamarul menceraikan Syamsidar dan Jefrey berusaha untuk mengahwini Syamsidar. Keputusan telah diputuskan. Syamsidar tidak akan mengahwini Jefrey kerana lelaki itu masuk Islam semata-matanya bukan kerana agama.

Syamsidar memerlukan sesorang untuk membimbingnya ke jalan yang benar. Dia sudah bertaubat. Dia tidak lagi menjadi model. Akhirnya, Syamsidar bahagia dengan perubahan hidupnya. Jefrey membawa diri. Kamarul bertemu jodoh dengan Inspektor Dayana, gadis Sabah yang telah memeluk Islam dan berjaya mencuri hati Kamarul.

Ulasan :

Saya mula-mula menyangkakan novel ini hanyalah novel biasa. Tanggapan pertama, saya bimbang dan takut bila membaca sinopsis di belakang novel ini. Takut mengoyah keperibadian saya sebagai seorang isteri. Bila helaian demi helaian diselak, ia mula mendatangkan teruja untuk mengetahui kesudahannya. Novel yang boleh dijadikan iktibar kepada semua isteri-isteri.

Jalan cerita yang menarik, saya membayangkan ala-ala cerita GERAK KHAS lakonan Norman Hakim. Ada beberapa petikan dalam novel itu yang menambat hati saya. "Kalau dia bohong, tuhan marah dia". "Take a deep breath and count ten times". "Mood pembersihan setiap bulan". Kalau ingin mengetahui apa yang dimaksudkan itu, dapatkan novel ini dengan segera. ****(Best- tidak rugi membacanya").

rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati