Menceritakan kisah pergolakan kehidupan dalam keluarga Tn. Shamidi dan Pn. Aishah gara-gara anak lelakinya, Idham yang ditunangkan dengan anak kawan karibnya, Soraya terputus pertunangan di pertengahan jalan gara-gara Idham mengahwini gadis yang dicintai, Kartika. Kerana malu, keluarga Soraya telah terputus hubungan membawa diri jauh dari Semaling. Hakimi, adik angkat Soraya terputus persahabatan dengan Marina, adik Idham. Idham dibuang keluarga kerana berkahwin dengan Kartika, keturunan perempuan joget. Masa mendewasakan Marina dan Hakimi.

Kerana perasaan simpati dan kasih sayang mendalam, Marina berusaha menjejaki anak saudaranya, iaitu darah daging kepada Idham yang dikatakan telah diserahkan di Rumah Asuhan Sri Andalas itupun setelah mendapat tahu berita kematian abang dan kakak iparnya. Marina juga berusaha menjejaki Makcik Bibah, pengasuhnya sejak kecil. Pelabagai taktik digunakan oleh Marina dalam usaha menjejak Bani, si comel peninggalan arwah Idham dan Kartika. Begitu juga dengan Mackcik Bibah.

Tuhan Maha Kaya bila mempertemukan Marina dengan Bani dan Makcik Bibah semula. Bukan itu sahaja yang mengembirakan hatinya, malah dia dipertemukan jua dengan Hakimi, teman rapatnya semasa kecil dahulu.Pergolakan keluarga Tn. Shamidi berlaku lagi apabila Marina berdegil ingin membawa pulang Bani sebagai cucu kepada abah dan mamanya. Tn. Shamidi menentang keras-kerasan sehingga membuat Marina kecewa dan membawa diri.

Marina pula semakin keliru bila Hakimi meluahkan perasaan cinta. Sedangkan dia bimbang luka lama akan berdarah kembali bila cintanya juga akan mendapat nasib yang sama seperti Idham, tidak direstui keluarga.Hakimi berterus-terusan menagih kasih dan sayang Marina. Hanya Marina yang layak bertakhta di hatinya.

Demi Bani dan Marina, Hakimi rela menanggung segala-galanya. " For God's sake Marina, you just don't know how much I love you that I don't even care if Bani is your own child".

Apa agaknya perasaan Tn. Shamidi tentang keputusan Marina ? Adakah dia reda atau merelakan kejadian yang lalu berulang kembali . Bagaimana pula dengan Bani? , iaitu cucu mereka sendiri. Untuk mengikuti pengakhiran cerita ini, jangan lupa membaca novel tersebut yang pastinya akan membuat perasaan anda terusik.

Komen:


Saya begitu tertarik dengan garapan Amy kerana dia adalah seorang yang berbakat. Gaya penulisan yang menarik, santai dan menawan hati pembaca. Cerita ini meninggalkan kesan yang menarik dalam diri saya. Pengajarannya, air yang dicincang takkan terputus begitulah dengan tali persaudaraaan.

Saya suka mengimbas detik-detik Marina melayan karenah budak-budak di rumah anak yatim. Ketabahan Hakimi memikat hati Marina bisa menggoncang iman semua kaum wanita di muka bumi. Saya terpegun di saat Hakimi melafazkan kata-kata cinta. Luruh jantung hati. ( **** - best)

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati