Pada 20hb. Januari (Sabtu), yang juga bersamaan 1hb Muharram (Maal Hijrah), Kelab Peminat Novel ALAF21 atau nama ringkasnya ALAF 21 FC, telah sekali lagi mengadakan pertemuan dikalangan ahli dan peminat novel ALAF 21.

Ini adalah pertemuan pertama AHLI dan peminat novel bagi sessi 2007, dimana pertemuan ini juga adalah sebagai pertemuan dan majlis ramah mesra dikalangan pencinta novel.

Saya tiba di KL Sentral Food court ( tempat dimana berlangsungnya pertemuan ini) pada jam 09.30 pagi, iaitu 1 jam lebih awal dari waktu yang telah dimaklumkan melalui emel kepada semua jemputan.

Sengaja saya tiba seawal mungkin atas beberapa factor, kerana selain dari saya boleh membuat persiapan terakhir, saya juga terpaksa “menempah meja”, kerana seperti yang umum ketahui, “Food court” tersebut sering sahaja dipenuhi oleh pengunjung untuk menjamu selera.

Ahli Kelab yang pertama tiba tidak lain dan tidak bukan ialah Saudari Loke Li Hoon, seorang gad is berbangsa Tionghua, yang sememangnya tidak asing kepada Kelab begitu dan juga dikenali di ALAF 21 sendiri, dimana saya sudah maklum, untuk apa sahaja majlis atau program Kelab, beliau adalah insan pertama yang akan tiba, kerana baginya, beliau amat mementingkan ketetapan waktu. Suatu yang perlu dihargai.

Begitu juga dengan kehadiran Puan Salmah, yang tiba dari Singapura, menyebabkan ada diantara ahli yang menyatakan kekaguman dengan minat dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh Puan Salmah, satu – satunya ahli yang sanggup “meredah banjir” di Johor, semata – mata untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kelab yang disayangi.

Ahli juga telah dimaklumkan yang Saudara Roslan dan Puan Rosliza, telah tidak dapat menghadirkan diri disaat akhir, atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bila jam menghampiri 10.30, seorang demi seorang ahli tiba dengan senyuman dan pakaian penuh bergaya, dan akhirnya hingga jam 10.45, seramai 15 orang telahpun berkumpul dengan penuh persaan ceria dan teruja, maklumlah, selama ini, ramai yang belum pernah menghadiri sebarang program Kelab, dan selama ini juga, masing – masing hanya berchatting diruangan chat (Blog Kelab), ataupun berutus emel secara peribadi.

Majl is dimulakan dengan masing – masing meng isi borang kedatangan, dan seterusnya, bertukar – tukar nombor telefon bimbit dan alamat, sewaktu mereka sedang asyik mendapatkan biodata peribadi sesama ahli itulah, gula – gula yang dibawa, dibuka dan diedarkan, hinggakan ada ahli yang bersuara “sessi yang lain dari yang lain, dan menambahkan ceria majlis ”.

Tepat jam 11.05, saya selaku Presiden Kelab, terus memulakan bicara dan menyampaikan ucapan alu – aluan, dimana intipati ucapan adalah berdasarkan kepada program Kelab, sejarah penubuhan Kelab dan segala program yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Kelab, begitu juga saya telah menyentuh tentang Kad Keahlian, dimana saya telah memberikan penjelasan sebaik mungkin dan selengkapnya tentang fungsi Kad Keahlian.

Begitu juga saya telah menyampaikan “suara hati” dan pandangan saya berhubung Blog Kelab, dimana didalam ucapan itu, saya telah mendedahkan, apa yang selama ini kami alami, ternyata, ahli turut merasa terharu dengan isu yang telah dibangkitkan yang memerlukan KOMITMEN BERSEPADU dari seluruh AHLI.

AHLI ternyata ceria dan teruja, apabila saya selaku peneraju Kelab telah mengumumkan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh mereka, dimana untuk kebaikan semua, dan untuk kelangsungan perjuangan Kelab, mereka telah menyatakan persetujuan untuk terus memberikan kerjasama sebaik mungkin untuk Blog Kelab khususnya, dimana, saya telah memaklumkan bahawa, setiap sumbangan mereka untuk Blog Kelab sentiasa dihargai, dan sebagai menghargai sumbangan ahli pula, maka pada hujung tahun, akan diadakan penyampaian ANUGERAH kepada setiap entri yang telah dipostingkan didalam Blog Kelab, iaitu, setiap bahan atau entri yang dipostingkan didalam Blog Kelab, akan secara automatik layak untuk dipertandingkan.

Diakhir ucapan, saya juga telah membacakan AMANAT KHAS dari Penasihat Kehormat Kelab iaitu En. Norden Mohamed, yang juga Pengurus Besar ALAF 21.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Novel is Damya Hanna, yang tiba bersama adinda beliau. Dimana kehadiran Damya Hanna yang tidak disangka – sangka itu telah menceriakan lagi majlis pertemuan itu, kehadiran Damya Hanna, sebenarnya adalah atas Jemputan Khas dari Kelab, namun tidak diwar – warkan, demi untuk membuat kejutan kepada ahli yang hadir.

Damya Hanna juga telah meluangkan masa untuk sessi menandatangani autograf dan sessi bergambar, dimana sessi itu mendapat perhatian dari pengunjung “food court” kerana sessi itu diwarnai dengan kerlipan yang bertalu – talu dari lensa kamera yang begitu banyak.

Majl is pertemuan yang begitu santai, tetapi penuh informasi itu berakhir pada jam 2.45 petang, dengan sessi bergambar beramai – ramai dihadapan pintu masuk KL Sentral, dimana sessi itu juga mendapat perhatian dari orang ramai, kerana semua ahli yang hadir adalah terdiri dari kaum hawa, melainkan Presidennya sahaja.

InsyaAllah Kelab akan terus mengadakan program dari semasa kesemasa, dan akan dimaklumkan didalam Blog yang menjadi KEBANGGAN Ahli ALAF 21 FC.

Akhir kata Kelab merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada AHLI yang telah meluangkan masa untuk hadir dalam pertemuan ini. Semoga dilain masa kita akan berjumpa lagi dan harap-harap lebih ramai lagi. Sekian.

AHLI yang hadir:

Zarina Amran, Nur Farahain, Noor’ain Zainal Abidin, Sabariah Saari, Salmah Ismail, Wan Jazlina, Nur Kartini, Loke Li Hoon, Romihamiza, Mardhiyah, Rozaanita, Iffah Farihah, Khatijah Abd. Shukor, Nor Azliana, Farhana Haramaini, Khamishah Pandak Aziz,.

Terima Kasih
Abang Long @ Novelman.

Nota : Pada sesiapa yang sempat mengambil gambar kenang2an semasa pertemuan ini, diharap dapatlah mengirimkannya kepada kami supaya boleh diletakkan disini.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati