Sebelum novel terbaru ini ada dipasaran, saya ada berbual-bual dengan Kak Lina sendiri mengenai perasaanya menanti saat-saat novel nya dilancarkan ke bulan.. oops silap, ada pulak bulan. Ke pasaran gitu.
Namun ceritanya yang berkisar dibulan. Bulan..? hmm menarik tuh. Dapatkah anda bayangkan manusia yang hidup dibulan 150 tahun lagi? Tentunya dengan sedikit fiskyen dari Hollywood, buku-buku futuristik dan maklumat-maklumat maya tanpa sempadan ini, kita akan dapat tahu akan kecanggihan hidup masa depan.
Bagaimana pula dengan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri? Adakah wujud rasa cinta, marah, geram, dendam dan tipudaya?
Barangkali mungkin sama, sebab kejadian manusia itu sendiri adalah unik dan mempunyi seribu satu macam perasaan. Jadi perasaan ini juga akan sama-sama berada dibulan. Demikainlah juga konflik manusia itu sendiri yang turut dibawa bersama oleh penulis ke bulan.
Walau ini adalah sesuatu yang baru, Norzailina Nordin sanggup mengambil cabaran ini untuk dirinya selain cuba memberikan sesuatu kelainan dari novel-novelnya sebelum ini.
Dan baru-baru ini saya sempat bertanyakannya beberapa soalan mengenai novel terbarunya ini. Maklumlah, orang tengah terdebar-debar, masa tulah kita terjah.. yihaa..
1. Apa perasaan Kak Lina setelah selesai menulis, dan buku tersebut telah pun dilancarkan?
Belum 'lancar' tapi lebih tepat 'berada di pasaran'. Perasaan setelah selesai menulis? Bersyukur dapat menyiapkan sesuatu yang sangat mencabar sepanjang menjadi novelis selama 15 tahun! Bila dah terbit, alhamdulillah. Gembira melihat hasil kerja selama berbulan-bulan dah terpampang di depan mata tapi seperti novel-novel lain sebelum ni, tetap rasa berdebar menanti reaksi pembaca...
2. Kenapa orang mesti membaca buku ini? Apakan kelainaannya dari novel-novel kak Norzailina yang terdahulu?
Buku ini wajar dibaca kerana belum pernah aspek 'futuristik dengan suntikan sains fiksyen' dipaparkan kecuali di dalam novel-novel Bahasa Inggeris. Kelainannya memanglah banyak dari segi latar masa dan tempat tetapi Arjuna Hati juga mempunyai kelainan kerana ia bermula pada 1845 sehingga 2005 (sejarah). Sedangkan IT pula menjangkau 150 tahun ke depan (2124). Dari segi jalan cerita, kali ini 'percintaannya', saya kira lebih 'mendebarkan' daripada novel saya yang terdahulu...
3. Setelah hampir seminggu lebih berada dipasaran, apa perkembangannya? Apa reaksi atau komen pertama sekali yang akak dapat daripada buku itu?
Masih terlalu awal untuk melihat perkembangannya tapi ada yang menyatakan, garapan IT berbeza daripada novel terdahulu (dari segi bahasa dan pergolakan emosi watak) dan menurut seorang rakan, anak terunanya (belasan tahun) begitu seronok membacanya.
4. Apa bab atau peristiwa yang paling sukar sekali untuk ditulis?
"Paling sukar' adalah ketika gadis (watak utama) hendak menyeludup keluar serum dari simpanan Ketua Tertinggi Gamma 7 (stesen penempatan di bulan). Sebagai penulis, mesti mencari jalan paling 'bijak' dan merancang seluruh senario supaya nampak 'bukan dibuat-buat'. Ertinya, 'manusia' dalam novel itu akan melakukan kesilapan walaupun mereka hanya watak ciptaan penulis (dengan mewujudkan insiden yang tak disangka-sangka).
5. Kaitan buku tersebut dengan Dr.Syeikh Muszaphar ? sebagai rujukan? mentor? Dll
Rahsia sebenar hanya boleh diperolehi selepas membaca novel ini tapi saya jadikan Dr.Sheikh Muszaphar sebagai 'ikon' kepada penerokaan kita (rakyat Malaysia) ke angkasa lepas. Beliau berasa teruja dan gembira kerana saya sudi memasukkan kata-kata peransangnya untuk tatapan pembaca. Beliau juga menyokong usaha untuk mendekatkan lagi aspek angkasa lepas kepada pembaca terutama remaja. Jadi, caranya adalah memberatkan elemen cinta-kasih-sayang dalam latarbelakang angkasa lepas.
6. Kata-kata bakal angkasawan (Dr.Syeikh Muszaphar ) tersebut yang menjadi pendorong atau pencetus semangat.
What Your Mind Believes, Your Body Can Achieve. (Apa yang boleh dicapai oleh minda, mampu dilaksanakan). Jadi, sebagai novelis juga sama - apa yang saya fikir, boleh saya tulis untuk menjadikan "dunia" itu realiti. Selama ini jika saya hanya berangan-angan untuk menghasilkan novel tentang keadaan 150 tahun lagi, kini saya dah buktikan ia bukan semata-mata khayalan!
7. Selain fakta mengenai kapal angkasa dan struktur pentadbiran dibulan, yang kak Norzailina cari di internet atau mana-mana buku, bagaimana pula maklumat yang akak cari mengenai “kehidupan” manusia itu sendiri dibulan?
Tentang struktur pentadbiran dan "kehidupan" manusia di bulan adalah picisan daripada siri tv/filem yang pernah saya tonton. Saya olahkan biar berbeza tapi masih dekat dengan realiti. Bila menulis sesuatu karya, semua pengalaman yang dikutip dulu, aka dicerna menjadi idea. Di sinilah kita harus mengutip yang relevan untuk dijalin ke dalam cerita. Cinta adalah lumrah biarpun manusia itu hidup 1000 tahun lalu atau 1000 tahun ke depan. Ia aspek universal.
8. Apabila kak Norzailina sudah mula menulis cerita yang lain pada novel terbaru ini, adakah bermaksud ianya kan terus kekal atau sekadar mencuba sesuatu yang baru.
Sekadar mencuba sesuatu yang baru tapi jikalau ada permintaan untuk menulis novel sebegini, insyaAllah saya akan sambut cabaran itu. Kita tidak dapat menjangkakan apakah 'impak' novel 'lain daripada yang lain' ini pada pembaca, bukan?
9. Harapan Kak Norzailina terhadap novel ini?
Harapan, sepertimana kebanyakan novelis lain, adalah untuk melihat novelnya mendapat sambutan "panas" (bukan sekadar "hangat", haha...). Selain daripada peminat novel yang gemarkan elemen cinta, saya harap ramai pembaca 'baru' di kalangan remaja/dewasa lelaki yang membacanya kerana terdapat juga aspek teknikal berkaitan 'space travel', gajet yang hi-tec, elemen 'surprise' dengan dendam dan pengkhianatan. Ia sebahagian idea anak lelaki saya yang berusia 18 tahun, jadi, anda boleh bayangkan bagaimana mindanya berfikir pada zaman siber ini...
10. Ada apa nak ucapkan untuk peminat Alaf21 FC semua .
Terima kasih kerana memberi sokongan tidak berbelah bagi pada novelis seluruhnya kerana kewujudan FC adalah untuk merapatkan lagi 'jurang' antara kita. Mudah-mudahan usaha saya menghasilkan IT menaikkan lagi semangat peminat Alaf21 FC yang sedang cuba menulis novel mereka sendiri...yang penting, dalam apa jua keadaan, semangat dan sikap positif sangat mustahak!
Itu sahajalah yang saya rasa sempat nak tanya-tanyakan pada kak Norzailina nih sebelum dia berlepas ke angkasa.. hahaha. Acah je tu. Tapi dari sambutan-sambutan yang diterima, memang novel terbaru nya ini amat unik dan lain dari kebiasaanya.
Apa-apa pun kita sama-sama doakan supaya " Impian Terindah " Kak Norzailina ini mendapat sambutan yang luarbiasa.
mersik
Archives
Melangkahkan kaki kerumah cat kuning hitam di Jalan Platinum , seksyen 7, Shah Alam begitu menterujakan sekali apabila disambut dengan beberapa ekor kucing parsi yang comel-comel yang sedang enak bersantai-santaian. Tiga ekor semuanya iaitu Datuk K, Saerah dan Dusty. Canggih sungguh nama-nama mereka. Warna bulu mereka pun halus-halus, hitam kekelabuan dan panjang, kecuali Saerah yang bulunya putih bersih keperangan dan. Seluruh penghuni rumah tersebut amat menyayangi mereka dan seringkali dibelai serta dimanja-manja.
Oops.. jauh sungguh saya menyimpang apabila bercerita pasal kucing-kucing parsi ini hingga hampir-hampir terlupa akan sang pemiliknya. Seorang novelis yang memang tidak perlu diperkenalkan lagi diarena penulisan novel dan kreatif. Sudah menghasilkan lebih dari 8 novel bersama Alaf21. Penulis yang selalu fokus pada kisah-kisah masyarakat dan konflik semasa manusia. Novel terbarunya diterbitkan tahun lepas dengan pembaharuan dari segi pengolahan bahasa serta teknik penceritaan yang lain dari kebiasaannya.
Sri Diah, ya itulah dia orangnya yang sudi untuk menerima kunjungan kami selain bercerita mengenai banyak perkara termasuk kesibukan kerja sehariannya. Selalunya pada cuti-cuti hujung minggu begini, beliau selalu jugai ke ofisnya, di Karangkraf menguruskan hal-hal tertentu . Nasib baiklah beliau sudah menjadi warga Shah Alam sejak lebih setahun yang lalu, kalau tidak tentu susah untuk berulang alik dari Shah Alam ke rumah lamanya di Cheras, ditambah pula dengan kesesakan lalulintas hari minggu, pasti banyak masa yang terbazir.
Bercerita pasal kesibukan kerjanya, dia tidak dapat lari dari memperkatakan tentang Sinar Harian, akhbar terbaru tebitan Karangkraf yang mula nemdapat nama di pantai timur. Sekarang ini, Sinar Harian bakal dilancarkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Lihat sahajalah kereta-kereta Kancil yang sudah dicat merah di perkarangan premis Alaf21 itu, tentunya untuk tujuan promosi.
Memang agak sibuk dengan persediaannya. Maklumlah, menerbitkan suratkhabar yang bersifat harian tentunya berbeza dengan majalah dimana waktunya sibuknya adalah pada masa-masa yang tertentu. Kalau suratkhabar pula, hari-hari siang, malam, pagi, petang adalah sibuk lagi menyibukkan. Selain dari kesibukan disini, seringkali juga dia berulang alik ke Pengkalan Chepa meninjau-ninjau ofis cawangan Sinar Harian disana. Alhamdulillah, perjalanan akhbar disebelah pantai timur itu amat menggalakkan.
Saya juga bertanya, apakah bezanya suratkhabar terbaru karangkraf ini jika hendak dibandingkan dengan akhbar harian yang banyak ada dipasaran. Jawabnya, Sinar harian lebih kepada mengutarakan isu-isu setempat, cerita-cerita daerah serta masalah-masalah masyarakat yang boleh diketengahkan. Sebab itu disetiap jajahan Kelantan Terengganu ada wakil-wakil yang akan menulis berita mengenainya. Sebagai contoh, jika ada jambatan roboh atau jalan retak dikampung-kampung, tak perlulah diajukan kepada menteri-menteri. Mungkin ketua kampung atau wakil rakyat boleh menjawab, mengulas mengenainya serta mengambil tindakan susulan. Kira akhbar ini lebih dekat dengan masyarakatlah ibaratnya.
(Hah.. inilah dia kucing-kucing kesayangan Sri Diah sekeluarga, (atas) Datuk K yang gemar tidur dipintu grill , (bawah) Saerah yang steady melayan santai. Kucing lagi satu, Dusty tak sempat ditangkap gambarnya sebab dia amat pemalu. Kira malu-malu kucing lah tu )
Bila diajukan pula mengenai novel, khususnya novel terbaru, Sri Diah tak pernah lupa atau berhenti. Ya, novel terbarunya sedang diusahakan. Cuma kesibukan yang melanda memaksa perjalanan penulisannya menjadi serba perlahan. Apa-apa pun kerja mesti diutamakan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, beliau tetap akan peruntukan sejumlah masa tertentu untuk menulis. Dapat keluar buku sekali setahun pun dah kira bagus. Janji kualitinya bagus.
Dia yang menjadikan sasterawan Arena Wati sebagai idola, gemar menyentuh kisah-kisah masyarakat kerana ia lebih dekat dengan kehidupan manusia itu sendiri. Konflik perasaan, resah hati dan emosi sering membuai minat pembaca, mengajak sama mendekati serta menyelami watak-watak yang ditonjolkan. Novel terbarunya mempunyai kisah yang lain jalan ceritanya, menyentuh tentang jenayah dan keadilan. Ooo.. tak boleh cerita banyak-banyak, buat masa ini biarlah saya simpan dulu ye. Ini rahsia kita-kita kan Kak Sri ?..
Tentu orang masih ingat akan novel-novel tulisannya seperti Suite 1908, Selamat Malam Tan Sri, Dendam Masrini, Jangan ada dusta, Kuala Lumpur, dimana suamiku, Janji Kasih dan Mahligai Cinta
Mungkin sebab Sri Diah sudah agak lama dalam bidang penulisan dan penerbitan ini, beliau ibarat senior atau orang lama. Bakat dan skill penulisannya juga lain dari yang lain, dan menulis katanya, ada seribu satu macam cara. Yang pentingnya kena disiplin dan kuat semangat. Hmm.. dapat lagi saya tip-tip menulis nih, dari Sri Diah pula.
(Bersama rakan penulis dan juga sekerja , Liza Zahira )
Untuk pesta buku yang bakal diadakan Akhir April nanti, insyaAllah beliau akan hadir kalau tidak ada aral. Mana boleh kalau tak datang terus, apatah lagi kalau pesta yang menghimpuankan semua syarikat-syarikat penerbitan, pencetak, pengedar, penulis, peminat dan berjuta-juta buku.
Tentunya seronok walau pun tahu keadaannya macam mana nanti, sesak dan sesak.
Saya kagum dengan semangat kerja Sri Diah, dan harapan saya supaya beliau akan terus kekal dalam arena penulisan tanah air sebagai memeriahkan dunia penulisan selain menyumbang sesuatu untuk masyarakat.
Semoga beliau dan keluarga akan ceria dan sejehtera hendaknya.
mersik
Alaf21 FC merakamkan ucapan Takziah kepada kepada salah seorang dari AJK kelab iaitu Mardhiyah (violet) yang baru sahaja kematian ayahnda tercintanya pada tengah hari semalam (Selasa) di Hospital Taiping .
Semoga Mardhiyah dan keluarganya tabah dalam menghadapi situasi ini. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Sama-samalah kita mendoakan agar roh ayahnya , Mejar (b) Hj Mohd Nor bin Hj Nordin dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan mereka-mereka yang saleh.
Alfatihah..
Bercerita tentang novel terbarunya, setakat ini masih dalam proses, lebih kurang 40% siap. Tajuk sementaranya ialah Ikatan Janji. Setakat ini beliau selesa menghasilkan sebuah novel setahun. Tidak dinafikan, kualiti pun harus dijaga supaya pembaca tidak bosan dan terlalu stereotype. Setiap novel baru pun ada cabaran-cabaran yang tersendiri.
Dapatkah anda bayangkan hidup bersendirian didunia tanpa seorang sahabat disisi. Tiada teman untuk berbual-bual dan sendirian sehari-hari. Bagaimana anda hendak berkongsi segala kesedihan, kekecewaan atau kegembiraan? Selain dari keluarga, siapa lagi yang kita perlukan? Sudah tentulah seseorang yang dipanggil kawan, teman ataupun lebih tepat lagi sahabat.
Dan kalau sahabat boleh menggembirakan, sudah tentu dia juga boleh membuatkan kita sedih, duka dan merana. Kerana sahabat juga adalah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Bersahabat juga perlukan pengetahuan. Apatah lagi dalam dunia yang serba mencabar dan penuh kepura-puraan. Orang yang kita anggap sahabat mungkin menjadi racun dalam hidup kita dan begitu juga sebaliknya.
Dengan sebab ini Alaf21 telah melahirkan sebuah buku yang berjudul SAHABAT , teman menangis dan ketawa, khusus untuk anda sekelian yang ingin mengetahui rahsia bagaimana cara mendapatkan sahabat sejati, mengenali sahabat, tip memilih sahabat, etika dalam persahabatan, tip mengeratkan persahabatan, petua menghadapi konflik persahabatan dan banyak lagi.
Komen dari penyelenggara buku SAHABAT ,
Nama Ong Yea Jing atau YJ, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Theresa Ong, memang tidak asing lagi dalam penerbitan buku umum dan buku-buku informasi seperti Berjaya dalam kerjaya, Yoga, Herba dan lain-lain lagi. Buku SAHABAT ini adalah buku selengaraannya yang ke lima.
Kata gadis kecil molek yang berasal dari Puchong dan hampir 4 tahun bertugas disini, saya mengumpulkan maklumat mengenai buku sahabat ini sejak lama dulu. Namun kerana beberapa projek lain, ia tertangguh sebentar.
Ditanya kenapa dihasilkan buku sahabat ini, beliau menjawab ia adalah cetusan idea yang kemudiannya dikembangkan dengan pengumpulan bahan-bahan dari dari siri-siri rencana dimajalah dan disusun semula. Dengan ini lahirkan sebuah buku maklumat lengkap, gambaran tentang cara-cara hendak menjalin persahabatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Lagi pun katanya, kalau setiap perkahwinan ada jodohnya tersendiri, begitu juga dengan sahabat. Tak semestinya berkawan bertahun-tahun boleh menjadikan sidia sahabat yang baik. Dan kadang-kadang kenal baru beberapa lama sudah boleh merasai akan keserasian hubungan yang ada. Ada juga benarnya teori ini.
Beliau sebagai satu-satunya petugas bukan melayu diAlaf21 , tidak pula merasa asing dan kekok selama bekerja disini. Hubungan yang mesra sesama rakan sekerja menjadikan dia diterima sebagai salah seorang dari ahli keluarga.
Ini satu contoh hubungan yang baik dan mesra. Kini beliau terus dibahagian pemasaran yang berkait rapat dengan unit langganan. Dia yang gemar mencuba sesuatu yang baru juga minat membaca,melancong dan menyanyi.
Harapan beliau supaya anda semua berpuas hati dengan isi kandungan buku ini dan dapat sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan dalam sebuah persahabatan.
Komen dari Editor buku SAHABAT
Selain selenggaraan, Cik Patonah Chai Choh atau lebih dikenali sebagai Moon terlibat juga untuk mengedit buku ini. Secara amnya tidak ada masalah-masalah yang besar, Cuma ianya lebih kepada buku-buku informasi dan kena pastikan susunan ayat dan penggunaan bahasanya betul supaya boleh difahami ramai.
Selain dari itu Moon juga bertindak sebagai kereographer untuk penggambaran kulit muka serta gambar-gambar lain yang ada didalam buku ini. Namun hasil dari kerjasama semua sahabat, proses mengambil gambar ini selesai dalam masa tiga hari dibeberapa lokasi sekitar Taman Tasik Shah Alam dan Taman Cahaya Bukit Cerakah.
Melihatkan kulit muka buku SAHABAT yang mirip-mirip dengan pekerja-pekerja Alaf21 membuatkan saya rasa kagum. Buku ini hasil dari teamwork beberapa orang sahabat yang sama-sama membantu untuk melahirkan buku ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Theresa Ong dan juga Moon yang sudi meluangkan masa untuk bercerita mengenai buku SAHABAT ini. Semoga anda berdua akan terus success mengeluarkan buku-buku umum lain dan lebih berinformatif untuk bacaan semua.
Dan kepada anda semua diluar sana, dengan hanya $9.00 sahaja, anda boleh memiliki buku ini. Dapatkannya dikedai-kedai buku berhampiran atau datang sendiri ke Premis Alaf21.
Apalah dikisah sangat akan harganya kalau maklumat didalamnya boleh menjadikan kita kekal bersahabat dan mungkin menambah sahabat seramai mungkin.
mersik
NOVEL Norzailina Nordin bertajuk Impian Terindah membawa anda meneroka percintaan pada zaman yang mungkin tidak terjangkau dek kita, iaitu pada tahun 2196. Anda boleh mendapatkan novel ini di kedai-kedai buku sekarang.
Novel ini membawa pembaca menjelajah ke zaman 150 tahun akan datang. Ketika ini manusia tinggal di bulan dan berulang-alik ke bumi. Setiap organisasi angkasa lepas dunia dikenali sebagai Artemis. Pusat pemerintahannya, Artemis World terletak di Washington D.C. Mereka hidup dalam teknologi yang canggih dan terkini.
Satu perkara yang perlu dilakukan oleh saya selaku peneraju Kelab Peminat Novel ALAF 21 – ALAF21 FC, bila bertemu dengan sesiapa sahaja, ialah mempromosikan Kelab. Dan membincangkan apa sahaja urusan yang boleh menggerakkan dan membangunkan Kelab.
Tidak kira bila dan dimana, asalkan sahaja ada kesempatan. Kerana masa tidak menunggu kita untuk bertindak, tetapi kita kena bertindak tanpa sempadan waktu.
(Gambar kiri : sedang berbincang dengan En. Norden )
Dan ada ketikanya saya juga terpaksa menggunakan konsep “terjah”. Malah tidak keterlaluan rasanya untuk saya menyatakan bahawa, saya dan mersik terpaksa untuk “buat muka selamba @ terjah @ ajakpaksa @ ngeteh” untuk mendapatkan sesuatu bahan untuk Kelab atau untuk Blog Kelab.
(Gambar kanan : Menyapa dan bertanya khabar - Rose Harissa)
Andainya ada dikalangan Novelis yang merasakan seperti “dipaksarela” begitu, saya memohon maaf, kerana bagi kami didalam Kelab.
Tiada niat lain, kami melakukan sedemikian, tetapi semata – mata untuk mendapatkan apa sahaja bahan berita untuk tatapan PEMINAT NOVEL ALAF 21.
( Bertanyakan cerita terbaru En. Abu Bakar Daud)
Dan dalam masa yang sama untuk MEMPROMOSIKAN Novel dan NOVELIS itu sendiri.
Sekian.
Abang Long
Selain dari ucapan Selamat Ulangtahun dari ahli2, rakan2, novelis , kami juga menerima ucapan dari Alaf21 sendiri yang dikirim oleh Pn. Rubiah Aksah mewakili Alaf21 keseluruhannya. Terima kasih selagi lagi kami ucapkan.
Dikesempatan ini, kami seluruh warga Alaf21 ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada penubuhan Kelab Peminat Alaf21. Sesungguhnya usia setahun telah banyak memberikan kemanfaatan yang benar-benar berkesan di hati para peminat, penerbit dan AJK Kelab.
Kami turut mengambil kesempatan ini dengan ucapan terima kasih atas sokongan padu kelab dalam memperkenalkan produk dan penulis di dalam Blog yang kini berwajah baru. Blog kelab merupakan wadah kepada peminat untuk mengetahui komen sesebuah buku setelah habis dibaca dan aktiviti bersama penulis. Dari situ, peminat dari seluruh dunia mendapat informasi yang berguna.
Akhir sekali, kami mendoakan agar banyak lagi kejayaan dapat dicapai oleh kelan. Tingkatkan mutu usaha dan berkeyakinan dalam menyampaikan berita kepada peminat.
Sesungguhnya, kami sentiasa menanti perkembangan kelab.
Pn. Rubiah Aksah
"Maaa...laparlah...."
"Maa...nak duduk kat tasik.."
"Kita gi Eyes of Malaysia nak? "
"Ma! Aida nampak yummy!! "
Nasib baik Iman tidak minta apa-apa. Berserabut juga kepala. Sudah sejam mencari group Alaf21 FC, masih belum ketemu. Dalam keadaan yang gawat begitu, melayan kerenah anak-anak menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Ain lebih banyak berdiam dan membantu aku menjaga Iman dan Aida yang tidak reti duduk diam! Mungkin dia seronok dapat keluar dengan mama yang asyik memerap saja di rumah.
Kami sampai ke Tasik Titiwangsa tepat jam sepuluh pagi di perkarangan Restoran Nelayan. Err...tapi tak ada sesiapa. Kami mencari di sekeliling restoran. Yang kami ketemu adalah sekumpulan kanak--kanak sekolah dan guru mereka yang mengadakan aktiviti sukan. Terleka sebentar aku melihat keriangan mereka hingga anak-anak aku sudah meredah rumput menghijau menuju tasik! Aida..Masyalah budak ni... laju betul kalau nampak air.
Sebenarnya aku 'blank' sekejap waktu mencari mereka. Untuk meredakan kepenatan mereka, aku mengajak anak-anak bergambar di poster KLCC yang kelihatan senget. Pelbagai aksi yang mereka buat hingga jadi gamat kami 6 beranak. Apa tidaknya bila semua orang beraksi seperti menahan KLCC yang kononnya senget, Aida seorang berdiri tegak buat derk! They really make my day..
Akhirnya ketemu juga dengan group Alaf21 FC. Malunya bukan kepalang sebab lewat satu jam! Bertambah lagi terkedu bila Norzailina, Lily Haslina Nasir pun ada. Alamak...mana nak sorok muka ni...?
Apapun, aku teruja bila mendengar Zaifulnizam, wakil dari Geng Jurnal membentangkan beberapa agenda yang bakal diadakan oleh kelab. Kenapa selama ini aku tidak tau semua ini? Minat dan keinginan seiring mengapung dalam diri. Bertemu dengan penulis idola memang menjadi impian apalagi dapat bersama mereka yang sama minat. Kerenah Iman tidak mampu menggugat tumpuan aku mendengar ucapan Zaifulnizam.
Ada banyak soalan yang ingin aku kemukakan tapi keadaan tidak mengizinkan. Aku yang terlewat hadir, kenalah terima seadanya. Insyallah jika ada rezeki, pasti bertemu kembali ahli-ahli kelab yang memang best giler!
Terima kasih tidak terhingga pada Abang Long, Mersik, Rosha dan kawan-kawan yang lain yang tidak kenal jemu mengadakan perjumpaan demi perjumpaan. Apapun rendang Lily Haslina masih terasa lagi ditekak. Terkilan tidak tapau aje rendang tu seperti yang disuakan abang Long. Malu den ..hehe....Bertemu Norzailina kembali sungguh menyeronokkan. Tapi berkenal-kenalan dengan Zaifulnizam pun memang mengujakan.
Salam ceria untuk semua..
Ina sekeluarga.
Pada hari Sabtu 3hb Mac yang lepas, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, satu sejarah telah dilakarkan, dimana kelab Alaf21 FC telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang pertama. Dengan dihadiri oleh seramai hampir 20 orang ahli termasuk novelis, acara yang berupa ala2 perkelahan yang santai, yang diadakan disalah sebuah pondok dalam taman ternyata begitu ceria sekali. Dikelilingi dengan kolam2 yang penuh dengan bunga teratai, air pancut dipenjuru serta kawasan lapang yang menyamankan.
Majlis yang bermula lebih kurang pukul 10 pagi itu merupakan majlis pertama yang diadakan dikawasan Kuala Lumpur. Sebelum2 itu kelab pernah mengadakannya di KLCC dan juga KL sentral. Memandangkan tempat pun baru, jadi ada juga diantara ahli yang agak tersesat mencari lokasi sebenar tempat. Maklumlah, kawasan taman tersebut merupakan satu kawasan yang luas, penuh dengan trek2 jogging, tempat permainan kereta kawalan jauh, gelanggang lumba kuda, kompleks sukan serta restoren nelayan. Kini mula menjadi tumpuan sejak pembinaan Ferris Wheel diberi nama Eye On Malaysia. Dari jauh dah nampak.
Acara makan2nya pula lebih meriah. Siap dibawa tikar sekali untuk duduk2 makan sambil melihat mercu bangunan KLCC yang tersergam indah. Kira macam berkelah2 lah ni. Apa2 pun ini sudah cukup membuat kami gembira apatah lagi dengan tajaan makanan iaitu nasi lemak dan rendang, dibawa oleh Lily Haslina serta agar2 dari Norzailina Nordin. Lain2 makanan yang dibawa adalah air kotak, gula2, coklat2, jajan2 dan tak lupa kek harijadi yang ditaja oleh Rosha. Pendek kata penuhlah meja dengan makanan2 tersebut. Hinggakan ada yang makan sampai dua kali, eh siapa tu ye?
Abang Long, selaku Presiden kelab dalam ucapan ringkas, mengucapkan penghargaan keatas semula yang hadir disamping berharap agar aktiviti ini akan selalu dijalankan untuk menyatukan sekelian peminat novel Alaf21 disamping dapat berkenal2an diantara satu sama lain. Semoga dilain masa ramai ahli2 baru akan turut serta.
Majlis bersurai hampir pulul 1 tgh hari ketika matahari terik memancar. Masing2 berasa gembira dan puas hati dengan aktiviti ini.
Alkisah semalam saya berkesempatan untuk bersembang dengan abang long, apa lagi, banyaklah soalan2 yang saya tanyakan mengenai Party Hari Jadi Kelab tu nanti..
AL: Ya.. sibuklah jugak.
M : Bagaimana persiapan Kelab nak sambut Birthday nanti?
AL: Alah.. kita akan buat setakat yang termampu je, lagipun Kelab ini adalah Kelab Peminat, dan disokong oleh peminat, maka TANPA SOKONGAN dan kerjasama dari peminat sendiri, tiada apa yang mampu kita lakukan.
M : betul tuh abg long.. Kenapa nak dibuat waktu pagi?.
AL: Kita memikirkan tentang cuaca, kalau pagi tu, rasanya lebih selesa. Lagipun tak terlalu pagi,sebab kita bimbang, kalau petang, tiba - tiba cuaca tak mengizinkan, susah juga.
M: Eh!.. kat situ kan ada restoran.. Apa kata kita buat birthday didalam restoran?
AL: Hahahaha... kita manalah ada duit mersik oii, nak celebrate dalam restoran konon
M: (Dengan fikiran yang sedikit bingung) . Habis tu kita nak celebrate kat mana?.
AL: Kita akan buat majlis tu dikawasan lapang.
M: Tak ada kerusi meja atau khemah2 orang kahwin ke?
AL: Tak ada, malah kita akan bentangkan tikar jek. Duduk ramai – ramai, atas padang ...".
M: Wah.. Tradisional sungguh nih. Klasik gitu hik hik. Makan minum pulak, macam mana?
AL: Semua yang hadir, bawa makanan masing - masing manakala makanan atau minuman tu, kita akan dikongsi beramai - ramai. Kira macam potluck lah. Simbolik kepada, "berkongsi rezeki dan kesenangan serta kegembiraan".
M: Hmm... abang long, Kek tak ada ke?
AL: Sama macam makanan atau buah tangan yang lain, kalau ada yang berhajat nak bersedekah tuh, boleh saja bawa. Tak perlu besar, tapi cukup untuk orang lain bersama - sama menikmatinya.
M: Jadi, jemputan ini untuk ahli sahaja ke? Orang lain tak boleh ikut ke?
AL: Eh! TAKLah, majlis ini adalah untuk semua orang, maksudnya ahli, atau bukan ahli . Malahan untuk semua peminat novel ALAF 21, semua boleh datang. Malah kalau nak bawa rakan, ahli keluarga atau sanak saudara pun kita alu - alukan ..".
M: Lain - lain program tak ada ke?
AL: Tak ada ....(hehehe...sambil ketawa) Kenapa ? Nak ajak pokcik mersik untuk menyanyi ke?
M : Eh! Pokcik tuh tak boleh nyanyi, kang tak pasal2 hujan turun sampai ke subuh besoknya pulak.. alahaiii. Abih tu novelis ALAF 21 dijemput tak? Novelis yg cute2 tu ada jugak tak? Alah.. yg ituu tuu.. hik hik
AL: Ya, kita dah menjemput novelis untuk turut serta, kerana majlis ini juga adalah untuk mereka meraikan peminat yang telah menyokong mereka selama ini.
M: Siapa ye agak2nya novelis yang datang ?
AL: Maaf ye, abang long hanya boleh sebutkan InsyaAllah sahaja.
M: Laa.. hmm.. ok, abang long, sebelum mengakhiri wawancara selamba ni, apa impian atau hajat abang long sebagai Presiden Kelab?
AL: Abang Long amat mengharapkan SOKONGAN, KERJASAMA, dan PENGLIBATAN dari semua pihak, kerana Kelab ini hanya akan dapat berdiri teguh serta kukuh dengan SOKONGAN dan KERJASAMA serta PENGLIBATAN dari mereka.
M: Terima Kasih daun keladi lah abg long, banyak2 keladi nya, kerana sudi untuk menjawab kemusykilan yang melanda dihati hamba nih.
AL: Sama - sama. Hah esok jangan lupa bawak pengat keladi hahaha.
M : Hik hik hik.. alahaiii
Demikian la serba sedikit maklumat2nya. Ha.. anda semua dah teruja ke? jangan lupa , ESOK !!. Mari kita sama2 kesana nanti. Santaii gituu..
Nota : Kalau ada sesiapa yang tak berapa pasti akan lokasinya, sila lawati laman web Eye On malaysia .
Dibahagian sebelah kanan( bawahnya) ada tertulis LOCATION MAP. Sila klik pada MAP dan akan ditunjukkan peta keseluruhannya.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2007
(158)
-
▼
March
(13)
- Apabila penulis menerjah ke " bulan "
- Yang prolifik, bersinar dan bercakna..
- Takziah..
- Bersama Liza Zahira
- Pindah..
- Dari SAHABAT untuk SAHABAT
- Impian Terindah, terbaru dari Norzailina Nordin
- Telah selamat..
- Berbincang, berbincang dan berbincang...
- Ucapan dari Alaf21
- Pertemuan yang mengujakan..
- Majlis Hari jadi kelab Alaf21 FC yang pertama , me...
- lagi Tentang Party Hari Jadi kelab Alaf21 FC
-
▼
March
(13)