Melangkahkan kaki kerumah cat kuning hitam di Jalan Platinum , seksyen 7, Shah Alam begitu menterujakan sekali apabila disambut dengan beberapa ekor kucing parsi yang comel-comel yang sedang enak bersantai-santaian. Tiga ekor semuanya iaitu Datuk K, Saerah dan Dusty. Canggih sungguh nama-nama mereka. Warna bulu mereka pun halus-halus, hitam kekelabuan dan panjang, kecuali Saerah yang bulunya putih bersih keperangan dan. Seluruh penghuni rumah tersebut amat menyayangi mereka dan seringkali dibelai serta dimanja-manja.

Oops.. jauh sungguh saya menyimpang apabila bercerita pasal kucing-kucing parsi ini hingga hampir-hampir terlupa akan sang pemiliknya. Seorang novelis yang memang tidak perlu diperkenalkan lagi diarena penulisan novel dan kreatif. Sudah menghasilkan lebih dari 8 novel bersama Alaf21. Penulis yang selalu fokus pada kisah-kisah masyarakat dan konflik semasa manusia. Novel terbarunya diterbitkan tahun lepas dengan pembaharuan dari segi pengolahan bahasa serta teknik penceritaan yang lain dari kebiasaannya.

Sri Diah, ya itulah dia orangnya yang sudi untuk menerima kunjungan kami selain bercerita mengenai banyak perkara termasuk kesibukan kerja sehariannya. Selalunya pada cuti-cuti hujung minggu begini, beliau selalu jugai ke ofisnya, di Karangkraf menguruskan hal-hal tertentu . Nasib baiklah beliau sudah menjadi warga Shah Alam sejak lebih setahun yang lalu, kalau tidak tentu susah untuk berulang alik dari Shah Alam ke rumah lamanya di Cheras, ditambah pula dengan kesesakan lalulintas hari minggu, pasti banyak masa yang terbazir.

Bercerita pasal kesibukan kerjanya, dia tidak dapat lari dari memperkatakan tentang Sinar Harian, akhbar terbaru tebitan Karangkraf yang mula nemdapat nama di pantai timur. Sekarang ini, Sinar Harian bakal dilancarkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Lihat sahajalah kereta-kereta Kancil yang sudah dicat merah di perkarangan premis Alaf21 itu, tentunya untuk tujuan promosi.

Memang agak sibuk dengan persediaannya. Maklumlah, menerbitkan suratkhabar yang bersifat harian tentunya berbeza dengan majalah dimana waktunya sibuknya adalah pada masa-masa yang tertentu. Kalau suratkhabar pula, hari-hari siang, malam, pagi, petang adalah sibuk lagi menyibukkan. Selain dari kesibukan disini, seringkali juga dia berulang alik ke Pengkalan Chepa meninjau-ninjau ofis cawangan Sinar Harian disana. Alhamdulillah, perjalanan akhbar disebelah pantai timur itu amat menggalakkan.

Saya juga bertanya, apakah bezanya suratkhabar terbaru karangkraf ini jika hendak dibandingkan dengan akhbar harian yang banyak ada dipasaran. Jawabnya, Sinar harian lebih kepada mengutarakan isu-isu setempat, cerita-cerita daerah serta masalah-masalah masyarakat yang boleh diketengahkan. Sebab itu disetiap jajahan Kelantan Terengganu ada wakil-wakil yang akan menulis berita mengenainya. Sebagai contoh, jika ada jambatan roboh atau jalan retak dikampung-kampung, tak perlulah diajukan kepada menteri-menteri. Mungkin ketua kampung atau wakil rakyat boleh menjawab, mengulas mengenainya serta mengambil tindakan susulan. Kira akhbar ini lebih dekat dengan masyarakatlah ibaratnya.

(Hah.. inilah dia kucing-kucing kesayangan Sri Diah sekeluarga, (atas) Datuk K yang gemar tidur dipintu grill , (bawah) Saerah yang steady melayan santai. Kucing lagi satu, Dusty tak sempat ditangkap gambarnya sebab dia amat pemalu. Kira malu-malu kucing lah tu )

Bila diajukan pula mengenai novel, khususnya novel terbaru, Sri Diah tak pernah lupa atau berhenti. Ya, novel terbarunya sedang diusahakan. Cuma kesibukan yang melanda memaksa perjalanan penulisannya menjadi serba perlahan. Apa-apa pun kerja mesti diutamakan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, beliau tetap akan peruntukan sejumlah masa tertentu untuk menulis. Dapat keluar buku sekali setahun pun dah kira bagus. Janji kualitinya bagus.

Dia yang menjadikan sasterawan Arena Wati sebagai idola, gemar menyentuh kisah-kisah masyarakat kerana ia lebih dekat dengan kehidupan manusia itu sendiri. Konflik perasaan, resah hati dan emosi sering membuai minat pembaca, mengajak sama mendekati serta menyelami watak-watak yang ditonjolkan. Novel terbarunya mempunyai kisah yang lain jalan ceritanya, menyentuh tentang jenayah dan keadilan. Ooo.. tak boleh cerita banyak-banyak, buat masa ini biarlah saya simpan dulu ye. Ini rahsia kita-kita kan Kak Sri ?..


Tentu orang masih ingat akan novel-novel tulisannya seperti Suite 1908, Selamat Malam Tan Sri, Dendam Masrini, Jangan ada dusta, Kuala Lumpur, dimana suamiku, Janji Kasih dan Mahligai Cinta

Mungkin sebab Sri Diah sudah agak lama dalam bidang penulisan dan penerbitan ini, beliau ibarat senior atau orang lama. Bakat dan skill penulisannya juga lain dari yang lain, dan menulis katanya, ada seribu satu macam cara. Yang pentingnya kena disiplin dan kuat semangat. Hmm.. dapat lagi saya tip-tip menulis nih, dari Sri Diah pula.

(Bersama rakan penulis dan juga sekerja , Liza Zahira )

Untuk pesta buku yang bakal diadakan Akhir April nanti, insyaAllah beliau akan hadir kalau tidak ada aral. Mana boleh kalau tak datang terus, apatah lagi kalau pesta yang menghimpuankan semua syarikat-syarikat penerbitan, pencetak, pengedar, penulis, peminat dan berjuta-juta buku.
Tentunya seronok walau pun tahu keadaannya macam mana nanti, sesak dan sesak.

Saya kagum dengan semangat kerja Sri Diah, dan harapan saya supaya beliau akan terus kekal dalam arena penulisan tanah air sebagai memeriahkan dunia penulisan selain menyumbang sesuatu untuk masyarakat.

Semoga beliau dan keluarga akan ceria dan sejehtera hendaknya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati