KEMPEN GERAK BACA 2007 (KGB07) dicetuskan atas daya inisiatif serta keprihatinan untuk melahirkan bangsa membaca terutamanya golongan belia dan remaja. Bertepatan dengan promosi Tahun Melawat Malaysia dan juga sambutan 50 tahun Merdeka, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bersama Invent Solution Sdn. Bhd dan Perpustakaan Negara akan mengadakan KARNIVAL BUKU 2007 pada 9 - 12 Februari ini bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Program yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Pesatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia dan Persatuan Penjual Buku Malaysia akan bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.30 malam.

Sepanjang program itu nanti, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti peraduan mewarna, peraduan membaca & bercerita, peraduan kerusi berirama, peraduan makan aiskrim dan banyak lagi dengan tawaran hadiah yang hebat-hebat. Bukan itu sahaja, persembahan pentas juga dijangka akan menghiburkan para pengunjung nanti.

Alaf 21 turut mengambil bahagian dengan menjual pelbagai jenis bahan bacaan menarik. Diskaun yang hebat untuk setiap buku akan menanti anda di sana. Novel sudahlah pasti akan dijual selain buku agama, motivasi, masakan, umum dan banyak lagi.

Diharap anda tidak melepaskan peluang ini! Bersama-sama kita menjayakan Kempen Gerak Baca ini untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan gemar membaca.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati