Novel Ramlee Awang Murshid telah pun beberapa minggu berada dipasaran. Rata2, ramai yang memuji akan perjalanan cerita kesinambungan dari kisah laksamana Sunan yang terkenal berhemah dan handal di kurun Abad ke 15. Seperti biasa, kami akan siarkan beberaapa komen dari pembaca sekelian terhadap novel terbaru penulis yang terkenal dengan kisah thriller dan epik ini.

Komen 1 :

“YES! Akhirnya ia menjelma!”

Sebelum bungkusan plastik ‘Cinta Sang Ratu’ dibuka, terlebih dahulu saya membaca kembali ‘Bagaikan Puteri’. Sengaja dibuat begitu supaya pembacaan akan lebih seronok dan thrill. Juga kerana tidak mahu ada adegan yang terlepas pandang selama menyelam dalam dunia dua abad ini. Selain dari membawa pembaca mengembara ke sesebuah tempat samada didalam atau luar negara, karya2 Ramlee Awang Murshid seringkali membawa saya meneroka minda melalui imaginasinya.

Cinta Sang Ratu adalah antara karya beliau yang tidak mengecewakan saya. Banyak pengajaran yang ditimba sejajar dengan pembacaan. Bukan sekadar membaca cerita misteri dan mistik, tetapi intipati keseluruhan kisah perbolehkan individu menjadikan ia sebagai satu pedoman. Ia sarat dengan ilmu ukhrawi. Selain menanamkan nilai2 murni, disertakan juga contoh2 akhlak yang terpuji yang boleh dijadikan tauladan. Adab dan sopan juga tidak sesekali dipandang remeh, walau fitrah manusia sering lemas dalam badai berkasih sayang. Pabila firman Allah disertakan dengan huraiannya, secara tidak langsung, diri terasa sekerdil2nya, menerbitkan keinsafan di sanubari. Membuatkan pembacaan lebih bermakna. Apatah lagi diserikan dengan kata2 puitis, penuh makna tersirat....antaranya....

“Apabila melayari lautan....tatkala kaki menginjak tanah...maka pandanglah langit ketika kegelapan menjelma...lihatlah bulan dan bintang-bintang...sesungguhnya kebesaran ALLAH itu terserlah selagi kita mau berfikir.”....petikan dari novel.

Tetapi, saya masih lagi tidak berpuas hati dengan akhiran ‘Cinta Sang Ratu’! Apakah jenglot mampu mengekalkan warisannya? Mungkinkah Saifudin akan dilantunkan ke abad ini? Harapan saya agar akan ada kesinambungannya. Dan saya ingin sekali bertemu dengan Ungu Karmila…..

Moral

Terdapat banyak moral yang boleh didapati dari karya RAM ini. Antara yang ketara ialah kebaikan akan selalu mengatasi kejahatan. Walau bagaimana licik sekalipun seseorang individu itu menyembunyikan kejahatannya, Allah sentiasa bersama kebenaran. Kejahatan juga tidak semestinya dibalas dengan perbuatan yang saksama. Adalah lebih mulia berbaik sangka pada setiap perbuatan terhadap sesama insan. Percayalah, niat yang baik akan dirahmati. Ramai di antara kita, adakalanya cepat melatah dan terpengaruh dengan unsur2 yang tidak sihat. Bagaimanakah kita menghadapinya?

Kasihsayang sesama makhluk Allah sesuatu yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Sesungguhnya tiada bezanya sesama hamba dimata yang Khalik. Kasih sayang suami yang penuh tulus dan ikhlas, menerima isteri seadanya. Cinta isteri kepada suami yang tiada duanya, kerana Allah, sedia bergadai nyawa. Sayang mertua tiada tolok bandingnya dengan ibubapa sendiri, hatta warga emas mana pun. Seorang ibu itu tetap seorang ibu walau siapapun dia dengan kita. Apalagi sesama teman yang sama2 berjuang ke jalan yang diredhai. Simpulannya, kasih sayang mempunyai definasi yang sangat meluas!

“Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s, seluruh kecintaan dan kasih sayang itu ditumpahkan. Ia satu penciptaan yang agung walaupun mendapat bantahan di langit. Kemudian rasa cinta itu berlanjutan apabila ALLAH menciptakan Hawa untuk Adam. Namun kebencian iblis yang angkuh dan takbur berlanjutan sehingga ke hari ini kerana penciptaan itu.” … petikan dari Bagaikan Puteri….

Sebagai insan....aku sayang padamu....berapa ramaikah diantara kita yang boleh melafazkan ayat ini kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan dan darjat, hatta kepercayaan individu, dengan penuh keihklasan?

Pembohongan adalah sesuatu yang harus dijauhi oleh sesiapa pun. Lebih2 lagi terhadap ibubapa. Apatah lagi bersikap kurang sopan. Buruk padahnya kiranya ibubapa diketepikan. Itu menderhaka namanya! Sayang ibubapa pada seseorang anak, tiada sempadan, sanggup menempuh apa saja untuk kebahagiaan anak yang dikasihi. Moga setiap dari kita yang bergelar anak akan sentiasa membahagiakan orangtua kita. Ingatan ini adalah khusus untuk diri saya sendiri. Mudah2an tidak sampai lupa diri!

Salmah


Komen 2 :

Novel sang ratu ni adalah novel paling best yang pernah saya baca..dengan harga RM19.90 memang berbaloi saya belinya....novel ini sarat dgn unsur keagamaan dan kesdihan..dan novel ini juga mengajar kita mencari cinta yang hakiki iaitu pada ALLAH...cinta sesama manusia adalah cinta fitrah sahaja..

Jadi kepada pengemar novel...dapatkanlah novel ini...memang best sangat2....wasalam

Nor Baiti



Adakah komen2 diatas menepati cita rasa anda atau hampir2 sama dengan apa yang anda fikirkan?

Ada juga beberapa kiriman ulasan yang agak panjang mengenai novel ini dan pihak kami akan cuba siarkan dilain masa.


mersik.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati