Seorang dari ahli Alaf21 FC yang berkunjung ke Karnival Buku 2007 di PWTC baru2 ini ada mengirimkan gambar dan serba sedikit pengalamannya disana. Noor Ain ( atau lebih dikenali sebagai Orkidbiru), telah meluangkan masa untuk kesana. Beliau yang mengetahu tentang pesta ini dari teman2 dan melalui web Alaf21 FC begitu seronok sekali. Antaranya beliau menceritakan ,

Mujur dapat tahu. Kalau tak melepas peluang. Jam 11.00 pagi keluar dari rumah gi stesen LRT. Naik LRT senang, tak yah menambah kesesakan di jalan raya...hehehe. Jam 11.30 pagi sampai di PWTC. Cuba teka gerai mana yang saya tuju dulu…tentu la Alaf21.

Ok..apa yang menarik kat gerai Alaf21. Biasa la kan, novel-novel yang pastikan ada diskaun. Berapa? Ini jawapannya..

Saya tak lupa membeli novel terbaru Ramlee Awang Murshid. Belum mula baca lagi..hehehe.

Pesta buku ini tak la sebesar Pesta Buku Antarabangsa. Kira ok, untuk ibu bapa yang nak cari buku untuk anak-anak. Antara yang dilihat :

Paling menyeronokkan, adalah apabila saya dapat bersua dan beramah mesra dengan penulis idolanya iaitu Illani Mysara (Bonda).
Lihat gambarnya, amboi bukan main peluk lagi. Baik2 Ain, kang tak bernafas pulak Bonda tuh. Alahaii..

Itulah kenangan saya pada hari Sabtu yang lalu.



Noor Ain (Orkidbiru)



Sementara itu seorang lagi pembaca, kak Noor yang turut kesana pada dua hari berturut2 iaitu Sabtu dan Ahad juga mempunyai kenangannya yang tersendiri. Kita ikut apa katanya,

Hari kedua 10/02/07 (Sabtu) kak Noor pergi persama keluarga. Masa tu ramai pengunjungnya terdiri daripada kanak2 sekolah rendah & menengah. Di booth Alaf 21, macam biasalah " on and off " pengunjung bersilih datang. Antara penulis yang dilihat disitu ialah Ilani Mysara (Bonda), Zara Juita serta Meen Zulaika.

Hari ketiga 11/02/7(Ahad) pula, macam biasa kak Noor datang persama-sama member blog. Hari ni ramai pengunjung datang ke booth Alaf 21. Tak menang tangan " cashier Alaf " nampaknya melayan.

Sekali lagi kebanyakan penulis2 yang semalam ada disitu ditambah dengan beberap penulis yang lain seperti Umi Azrini dan Lynn Dayanna. Apa lagi, kak Noor pun tak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Ilani Mysara (bonda) - Bayu Asmara . Dia ni memang sporting habis hari pertama anggun dgn baju warna hijau hari kedua juga anggun siap dengan topi lagi memang friendly betul.

Meen Zulaika - Kasih yang suci. Pula nampak mature, lembut orgnya...siap wish happy reading.. minta feedback lepas baca novel dia. Novel dia tak silap minggu lepas berada di kedai buku.

( Antara novelis yang hadir, dari kiri Umi Azrini, Zara Juita dan Lynn Dayanna )

Zara Juita - Erti rindu ini : Ha.. ha.. ha.. kawan kak Noor ni, memang ada penampilan diri.....class kata kawan akak macam mak2 datin... friendly juga cuma permalu mungkin pertama kali kut.

Umi Azrini - Sejujur hati mu : Cik adik ini in person lebih ceria & muda dari gambar yg kita lihat di belakang novel sejujur hatimu ramah lagi....siap serah komen buku dia...tanda
tangan novel akak siap kasi no h/p lagi. Bekerja di Pulau Pinang...sanggup turun KL untuk Alaf 21. Malam tu juga dia bertolak ke balik ke Pulau Pinang.

Lynn Dayana - Jika benar cinta : Ha ha adik comel ni pun friendly juga......Hero & Heroin Novel dia Ms. Satria & Mr. Perdana katanya ambil nama kereta buatan Malaysia....Siap tanya akak hero yang mana akak minat dlm novel dia....Mentang2lah hero dia ada tiga...akak minat kat yg ketiga Mr. Perdana

Puan Saadiah, editor Alaf21 pun peramah, siap tolong ambil gambar akak dgn Umi Azrini lagi.
Semua buku alaf masa karnival ni diberi discount 20%.

Menurut Puan Saadiah lagi, memang kali ni mereka menjemput semua penulis baru supaya peminat dapat mengenali lebih dekat...Kalau dijemput penulis yg ada nama pasti mereka ni tenggelam..

Apa2 pun, kak Noor rasa puas hati dan seronok. Tiga buah buku dapat tanda tangan Umi Azrini, Meen Zulaika & Zara Juita cuma terkilan buku Lynn Dayana kak Noor tak bawa hari tu,
Dan hari ni kata Rosse Harissa ada di Booth alaf pada hari isnin, ha ha ha tapi kak Noor tak dapat pergi.

Kak Noor

Amboi.. tuh lah dia komen beberapa orang pembaca yang pergi kesana. Memang rata2 semuanya rasa seronok dan teruja. Dapat membeli buku dengan harga diskaun selain berkenal2 mesra dengan ramai penulis2 baru.

Moga dilain masa Alaf21 akan sentiasa ada menyertai karnival2 sebegini supaya dapat mengeratkan hubungan antara Alaf21, penulis dan peminat sekelian.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati