Moral

Musibah. Apakah perlu dikesalkan dan memberontak, atau menerima segala ketentuan takdir dengan harapan akan terserlah hikmah yang tersembunyi? Seringkala, kita tidak tahu apa yang akan dihidangkan di hadapan kita. Ibarat berkunjung ke rumah bakal mertua, mana mungkin kita bertanya hidangan apa yang hendak dimasakkan untuk kita? Hmmm....macam tidak sopan pula rasanya kan? Silap hari bulan, belum apa2 sudah dapat markah sifar! Tetapi sebagai manusia, kita tidak segan silu bertanya pada PENCIPTA kenapa kita diduga dan diduga. Mengapa begitu?


Pada diri saya sendiri, kerana DIA yang maha PENYAYANG dan PENGASIH, sebab itu kita rasa selesa untuk mengadu setiap masalah. Kalau manusia disekeliling sudah jelak mendengar rintihan kita, tetapi DIA sentiasa berada disisi. Anda pula bagaimana? Apa pendapat anda?

Kasihsayang dan ikatan kekeluargaan adalah kekuatan yang paling kukuh dan menyerlah. Kita mungkin punya ramai teman, tetapi keluarga akan sentiasa bersama kita dalam suka dan duka. Sokongan keluarga adalah sesuatu yang sangat berharga dan tiada nilainya. Pengorbanan mereka apatah lagi!

Mengapa dalam dunia yang serba canggih dan tamadun ini, masih ada manusia yang tidak dapat menerima kenyataan yang dibentangkan didepan mata. Adakah senjata yang mampu membenteraskan benteng antara dua darjat di muka bumi ini? Walaupun tidak semua, tetapi masih ada yang bersikap mementingkan darjat semata2 mahu menjaga status....sedihnya...

Berfikiran rasional adalah perkara yang terbaik untuk menghadapi sesuatu masalah. Jangan terlalu mengikuti kata hati supaya tidak kesal dikemudian hari. Melarikan diri juga tidak akan menyelesaikan masalah yang ada. Adakalanya ianya lebih merumitkan keadaan. Moga kita sentiasa mendapat ketenangan dalam apa jua keadaan. InsyaAllah.

Komen peribadi

Karya Zara Juita ini memaparkan kisah2 yang memang berlaku disekeliling kita. Permulaan karya agak lembab saya rasakan. Saya mula tertarik sesudah 1/3 isi cerita. Meneruskan pembacaan, tidak saya nafikan, memang karya beliau mampu mengundang lara dan meruntun perasaan. Zara Juita berjaya membangkitkan suasana gelora untuk menyuntik mood pembacaan. Dari pembacaan saya, jika ditinggalkan sepertiga yang awal, masih tiada masalah mengetahui jalan cerita. Bagaimanapun, terpulang pada citarasa individu dalam menghayati setiap karya yang dipersembahkan.

Cerita yang mengisahkan kebangkitan gadis yang dirunding malang, tiada kudrat melayan kerenah manusia disekeliling, namun akur dengan takdir yang disediakan untuknya. Betapa kasihsayang keluarga yang utuh memainkan peranan yang sangat penting dan berharga dalam melalui badai gelora. Namun, diri harus terus teguh dan tabah mengharungi liku2 hidup yang tidak diketahui apa yang bakal dihadapi.

Moga Zara Juita akan terus berkarya dan mendapat tempat dikalangan pencinta novel.

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati