Sudah lama saya tidak bertemu dengan Novelis Liza Zahira sejak-novel novel Bahtera Kasihnya berada dipasaran lebih kurang 6 bulan lalu. Baru-baru ini kami berkesempatan berjumpa dengannya di Shah Alam.

Ditanya mengenai novel terbarunya, bahtera Kasih yang berkisar tentang pelayaran dan konflik yang terjadi diatas kapal itu, beliau menjelaskan setakat ini sambutannya adalah baik. Memang novel ini ada kelainan sedikit dan banyak yang harus diambil kira untuk menulis ceritanya.

Sebagai contoh, beliau terpaksa membuat homework sendiri, mencari maklumat-maklumat mengenai bencana Tsunami, bagaimana ianya terbentuk, juga suasana kehidupan dilaut dan juga keadaan diatas kapal-kapal lanun masa kini.

Untuk meletakkan diri setaraf dengan penulis-penulis yang lain mungkin belum masanya. Namun membuat apa yang terbaik itulah yang sering ditanamkan dalam diri. Menulis selain untuk kepuasan diri, kita juga perlu menyampakan sesuatu kepada pembaca.

Setakat ini Alhamdulilah, beliau berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan. Namun ada banyak ruang untuk peningkatan. Sebagai orang baru dalam penulisan, tentunya akan mengambil masa untuk menjadi pakar dalam bidang ini Selain dari itu bergantung pula dengan pembaca itu sendiri sama ada selesa dengan gaya bahasa dan cara penceritaan kita. Kalau ianya dapat menarik ramai pembaca, bolehlah dikira berjaya. Memandangkan sekarang ini ada benyak penulis-penulis baru dengan syarikat-syarikat penerbitan yang banyak, tentunya persaingan menjadi lebih sengit.

Beliau lebih selesa dengan Alaf21 kerana sudah lama kenal dan senang untuk bekerja dengan staf-stafnya. Bermula dengan novel pertamanya Impian Kasih, Cinta Rahsia dan juga Bahtera Kasih, beliau tiada masalah untuk berurusan dengan pihak Alaf21 .

Bercerita tentang novel terbarunya, setakat ini masih dalam proses, lebih kurang 40% siap. Tajuk sementaranya ialah Ikatan Janji. Setakat ini beliau selesa menghasilkan sebuah novel setahun. Tidak dinafikan, kualiti pun harus dijaga supaya pembaca tidak bosan dan terlalu stereotype. Setiap novel baru pun ada cabaran-cabaran yang tersendiri.

Seperti diketahui, Liza Zahira gemar memasukkan elemen-elemen percintaan diselang seli dengan saspens, jenayah serta plot yang berlatarbelakang keindahan sesebuah negara tertentu. Barangkali ini adalah sebagai salah satu cara menyampaikan maklumat dalam setiap cerita-ceritanya.

Berbicara mengenai tugasnya, ia berjalan seperti biasa dan tentunya teramat sibuk juga apabila hampir-hampir ke penghujung dateline. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah editor bagi majalah Pa&Ma terbitan Karangkraf sejak 7 tahun lalu. Namun pengalamannya dalam dunia penerbitan sudah hampir-hampir menjangkau 13 tahun. Antaranya, beliau pernah bertugas dengan Majalah Dewan Ekonomi dan menjadi wartawan Mingguan Wanita.

( Bersama puteri kesayangannya, Zahira. Barangkali anda semua sudah boleh mengagak dari mana datangnya nama pena beliau, Liza Zahira )


Beliau kini menetap diKota Damansara bersama suami dan anaknya. Selalu berulang alik ke tempat kerja dan Kelana Jaya. Nak tunggalnya bersekolah disana dalam tahun empat.

Terima kasih saya ucapkan kepada Liza Zahira kerana sudi meluangkan masa untuk bercerita tentang dirinya serta projek penulisan terbaru. Memang untung kalau sesekali bertemu novelis nih, selain dari dapat cerita, dapatlah juga tip-tip untuk menulis.

Beliau juga menyampaikan salam untuk sekelian ahli Alaf21 FC, dengan harapan semoga kelab akan terus berjaya. Maaf banyak-banyak kerana tidak selalu dapat bersama ekoran kesibukan kerja seharian. Namun beliau sentiasa menanti-nanti peluang untuk sama-sama menjalankan aktiviti bersama Alaf21 FC.

Tentunya ada dikalangan pembaca diluar sana ada yang minat habis dengan Liza Zahira.

Saya juga harap beliau akan terus menulis dan moga suatu hari nanti akan dapat berdiri sebaris dengan penulis-penulis tersohor dan prolifik.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati