Dapatkah anda bayangkan hidup bersendirian didunia tanpa seorang sahabat disisi. Tiada teman untuk berbual-bual dan sendirian sehari-hari. Bagaimana anda hendak berkongsi segala kesedihan, kekecewaan atau kegembiraan? Selain dari keluarga, siapa lagi yang kita perlukan? Sudah tentulah seseorang yang dipanggil kawan, teman ataupun lebih tepat lagi sahabat.
Dan kalau sahabat boleh menggembirakan, sudah tentu dia juga boleh membuatkan kita sedih, duka dan merana. Kerana sahabat juga adalah manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Bersahabat juga perlukan pengetahuan. Apatah lagi dalam dunia yang serba mencabar dan penuh kepura-puraan. Orang yang kita anggap sahabat mungkin menjadi racun dalam hidup kita dan begitu juga sebaliknya.
Dengan sebab ini Alaf21 telah melahirkan sebuah buku yang berjudul SAHABAT , teman menangis dan ketawa, khusus untuk anda sekelian yang ingin mengetahui rahsia bagaimana cara mendapatkan sahabat sejati, mengenali sahabat, tip memilih sahabat, etika dalam persahabatan, tip mengeratkan persahabatan, petua menghadapi konflik persahabatan dan banyak lagi.
Komen dari penyelenggara buku SAHABAT ,
Nama Ong Yea Jing atau YJ, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Theresa Ong, memang tidak asing lagi dalam penerbitan buku umum dan buku-buku informasi seperti Berjaya dalam kerjaya, Yoga, Herba dan lain-lain lagi. Buku SAHABAT ini adalah buku selengaraannya yang ke lima.
Kata gadis kecil molek yang berasal dari Puchong dan hampir 4 tahun bertugas disini, saya mengumpulkan maklumat mengenai buku sahabat ini sejak lama dulu. Namun kerana beberapa projek lain, ia tertangguh sebentar.
Ditanya kenapa dihasilkan buku sahabat ini, beliau menjawab ia adalah cetusan idea yang kemudiannya dikembangkan dengan pengumpulan bahan-bahan dari dari siri-siri rencana dimajalah dan disusun semula. Dengan ini lahirkan sebuah buku maklumat lengkap, gambaran tentang cara-cara hendak menjalin persahabatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Lagi pun katanya, kalau setiap perkahwinan ada jodohnya tersendiri, begitu juga dengan sahabat. Tak semestinya berkawan bertahun-tahun boleh menjadikan sidia sahabat yang baik. Dan kadang-kadang kenal baru beberapa lama sudah boleh merasai akan keserasian hubungan yang ada. Ada juga benarnya teori ini.
Beliau sebagai satu-satunya petugas bukan melayu diAlaf21 , tidak pula merasa asing dan kekok selama bekerja disini. Hubungan yang mesra sesama rakan sekerja menjadikan dia diterima sebagai salah seorang dari ahli keluarga.
Ini satu contoh hubungan yang baik dan mesra. Kini beliau terus dibahagian pemasaran yang berkait rapat dengan unit langganan. Dia yang gemar mencuba sesuatu yang baru juga minat membaca,melancong dan menyanyi.
Harapan beliau supaya anda semua berpuas hati dengan isi kandungan buku ini dan dapat sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan dalam sebuah persahabatan.
Komen dari Editor buku SAHABAT
Selain selenggaraan, Cik Patonah Chai Choh atau lebih dikenali sebagai Moon terlibat juga untuk mengedit buku ini. Secara amnya tidak ada masalah-masalah yang besar, Cuma ianya lebih kepada buku-buku informasi dan kena pastikan susunan ayat dan penggunaan bahasanya betul supaya boleh difahami ramai.
Selain dari itu Moon juga bertindak sebagai kereographer untuk penggambaran kulit muka serta gambar-gambar lain yang ada didalam buku ini. Namun hasil dari kerjasama semua sahabat, proses mengambil gambar ini selesai dalam masa tiga hari dibeberapa lokasi sekitar Taman Tasik Shah Alam dan Taman Cahaya Bukit Cerakah.
Melihatkan kulit muka buku SAHABAT yang mirip-mirip dengan pekerja-pekerja Alaf21 membuatkan saya rasa kagum. Buku ini hasil dari teamwork beberapa orang sahabat yang sama-sama membantu untuk melahirkan buku ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Theresa Ong dan juga Moon yang sudi meluangkan masa untuk bercerita mengenai buku SAHABAT ini. Semoga anda berdua akan terus success mengeluarkan buku-buku umum lain dan lebih berinformatif untuk bacaan semua.
Dan kepada anda semua diluar sana, dengan hanya $9.00 sahaja, anda boleh memiliki buku ini. Dapatkannya dikedai-kedai buku berhampiran atau datang sendiri ke Premis Alaf21.
Apalah dikisah sangat akan harganya kalau maklumat didalamnya boleh menjadikan kita kekal bersahabat dan mungkin menambah sahabat seramai mungkin.
mersik
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2007
(158)
-
▼
March
(13)
- Apabila penulis menerjah ke " bulan "
- Yang prolifik, bersinar dan bercakna..
- Takziah..
- Bersama Liza Zahira
- Pindah..
- Dari SAHABAT untuk SAHABAT
- Impian Terindah, terbaru dari Norzailina Nordin
- Telah selamat..
- Berbincang, berbincang dan berbincang...
- Ucapan dari Alaf21
- Pertemuan yang mengujakan..
- Majlis Hari jadi kelab Alaf21 FC yang pertama , me...
- lagi Tentang Party Hari Jadi kelab Alaf21 FC
-
▼
March
(13)
0 comments
Post a Comment