Pada hari Sabtu 3hb Mac yang lepas, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, satu sejarah telah dilakarkan, dimana kelab Alaf21 FC telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang pertama. Dengan dihadiri oleh seramai hampir 20 orang ahli termasuk novelis, acara yang berupa ala2 perkelahan yang santai, yang diadakan disalah sebuah pondok dalam taman ternyata begitu ceria sekali. Dikelilingi dengan kolam2 yang penuh dengan bunga teratai, air pancut dipenjuru serta kawasan lapang yang menyamankan.


Majlis yang bermula lebih kurang pukul 10 pagi itu merupakan majlis pertama yang diadakan dikawasan Kuala Lumpur. Sebelum2 itu kelab pernah mengadakannya di KLCC dan juga KL sentral. Memandangkan tempat pun baru, jadi ada juga diantara ahli yang agak tersesat mencari lokasi sebenar tempat. Maklumlah, kawasan taman tersebut merupakan satu kawasan yang luas, penuh dengan trek2 jogging, tempat permainan kereta kawalan jauh, gelanggang lumba kuda, kompleks sukan serta restoren nelayan. Kini mula menjadi tumpuan sejak pembinaan Ferris Wheel diberi nama Eye On Malaysia. Dari jauh dah nampak.

Dua orang novelis yang turut sama memeriahkan majlis tersebut ialah Norzailina Nordin ( Novel Permata Hatiku, Arjuna hati, Arca, Getaran Rindu dan pelbagai buku2 masakanl) dan Lily Haslina Nasir (Novel, Epilog Cinta, Masam-masam manis dan Sesuci kasih Norlina Alawi) yang tiba lebih awal dari semua. Iksh.. iksh.. malunya kami. Macam mana nih? Novelis boleh datang dulu? Alahaii..

Apa yang menarik tentang pertemuan kali ini ialah kehadiran anak2 ahli yang turut meriuhkan keadaan. Lily Haslina Nasir bersama anak bongsu dan suaminya. Manakala Ija dan Zarina masing2 membawa anak mereka bersama. Ada baby kecil sekali tau..

Ada juga tetamu yang dijemput khusus untuk majlis ini iaitu Zaifulnizam Wagiran dari Geng Jurnal. Memang kami sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan Geng Jurnal yang sudah bertapak lama diarena maya.

Aktiviti kali ini agak relaks dimana masing2 bebas untuk memperkatakan apa sahaja. Ianya lebih seperti hari keluarga Alaf21 FC. Walau pun kedatangan ahli yang diharapkan agak mengecewakan, tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus ceria. Lily Haslina dan Norzailina pun tidak sedikit pun merasa kekok dan seolah2 mereka adalah sebahagian daripada kami. Banyak yang kami bualkan, daripada bidang penulisan, majalah, blog, aktiviti Alaf21 FC dan lain2 lagi..

Acara makan2nya pula lebih meriah. Siap dibawa tikar sekali untuk duduk2 makan sambil melihat mercu bangunan KLCC yang tersergam indah. Kira macam berkelah2 lah ni. Apa2 pun ini sudah cukup membuat kami gembira apatah lagi dengan tajaan makanan iaitu nasi lemak dan rendang, dibawa oleh Lily Haslina serta agar2 dari Norzailina Nordin. Lain2 makanan yang dibawa adalah air kotak, gula2, coklat2, jajan2 dan tak lupa kek harijadi yang ditaja oleh Rosha. Pendek kata penuhlah meja dengan makanan2 tersebut. Hinggakan ada yang makan sampai dua kali, eh siapa tu ye?

Diantara aktiviti yang lain ialah membincangkan tentang aktiviti seterusnya yang anjurkan bersama olah Geng Jurnal. Merupakan sebuah majlis membaca naskah novel dari seorang novelis yang akan diadakan kemungkinan besar selepas pesta buku PWTC 2007 nanti. Kami akan memaklumkan perkara kemudian.

Abang Long, selaku Presiden kelab dalam ucapan ringkas, mengucapkan penghargaan keatas semula yang hadir disamping berharap agar aktiviti ini akan selalu dijalankan untuk menyatukan sekelian peminat novel Alaf21 disamping dapat berkenal2an diantara satu sama lain. Semoga dilain masa ramai ahli2 baru akan turut serta.
Majlis bersurai hampir pulul 1 tgh hari ketika matahari terik memancar. Masing2 berasa gembira dan puas hati dengan aktiviti ini.

Sekali lagi kami ucapkan terima kasih banyak mereka2 yang hari terutama kepada Lily Haslina Nasir yang telah bersusah payah menyedia kann makanan paling berat untuk kami. Juga Norzailina Nordin dengan makanan pencuci mulutnya. Tak lupa juga Zaifulnizam yang sudi meluangkan masa menyertai kami. Lain2 ialah Li hoon, Muna, Ija dan anaknya, Zarina sekeluarga, dan juga Rosha.

Terima kasih juga diucapkan kepada mereka2 yang sudi mengucapkan selamat dan memberikan sokongan pada kelab yang baru setahun jagung ini. Begitu juga dari pihak Alaf21 sendiri yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami untuk sentiasa menyokong Alaf21.

Semoga kelab akan terus berdiri teguh dan berkembang hingga menjadi sebuah kelab yang dikenali ramai.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati