Katanya,
"Air mata bergenang bila membaca Meniti Maut."
Sampai begitu sekali?
Apakah keistimewaan novel ini?
Sila baca lagi Ulasan Web Sutera mengenai buku terbaru karya Eyman Hykal ini.
Archives
-Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama... -
16 tahun hidupnya bagai pelarian di bumi asing. Mikhail muncul untuk misi belas dendam yang bertapak dalam sanubari setiap kali pintu kemarahan masa silamnya dibuka. Tragedi berdarah pembunuhan keluarganya sering diimbas oleh Uncle Dickens, orang yang telah menyelamat dan menjaga dirinya yang merupakan satu-satunya waris tunggal bagi keluarga Tuan Sadon. Malah Uncle Dickens jugalah yang bertanggungjawab menjadikan dirinya seorang yang berani mati untuk menuntut kembali segala hutang piutang dari rakan kongsi perniagaan arwah ayahnya Tuan Sadon.
Namun dalam kekuatan dan kebejatan yang dibentuk dalam dirinya,dia mengidap sejenis penyakit paranormal apabila retina matanya terdedah pada pantulan cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam. Tanpa di kawal, dia akan terlontar pada satu dimensi antara illusi dan realiti yang tidak pernah dia tahu di mana malah dia juga ditamu dengan watak-watak yang seakan dekat dengan dirinya. Tahir dan Mahmud, namun dia tetap gagal dalam misi mengingati segala peristiwa. Malah hidupnya juga kosong... kosong tanpa kenangan silam yang mampu di kenang.
Apa yang dia ada hanyalah cerita dari Uncle Dickens tentang kematian keluarganya yang dibunuh dengan kejam. Kenangan itulah yang menjadi barah dalam hati yang sering membuka pintu kemarahan untuk dendam bertamu lantas mengatur langkahnya dalam bertindak. Dia tidak pernah gentar melakukan pembunuhan demi menuntut keadilan dengan caranya tersendiri.
Akan tetapi misinya di Malaysia bagai membuka hijab yang sekian lama tersembunyi. Cinta yang tidak pernah dihiraukan bagai melambai bila pertama kali dia melihat potret Reina Raihana. Dia jadi tidak tega untuk membunuh gadis itu apatah baginya gadis itu tidak wajib memikul dosa yang dilakukan oleh orang lain. Justeru itulah akhirnya dia diburu dan dijadikan target andai dia gagal dalam misi yang diamanahkan.
Mampukah Mikhail bertahan... siapakah dalang disebalik semua pembunuhan rakan-rakan niaga Tuan Sadon. Mr Yap, Mr Sundram mati di tangannya tapi bagaimana dengan Saiful, Datuk Seri Tan... Pembantu Jack, Datul Bakri dan Jack sendiri... Siapa yang bergelar sharpshooter selain dari dirinya? Mengapa note 1USD dijadikan sebagai killer singature untuk setiap yang menjadi mangsa.
Mengapa tiba-tiba Kharis menjadi seorang yang agresif selepas berada di dalam tahanan reman dan mengapa dia di tahan... Benarkah Tuan Sadon sekeluarga mati dibunuh oleh rakan-rakan kongsi yang berpaling tadah? Segalanya tersingkap dalam satu hijab yang hanya akan terbuka di akhir kalam seorang Mikhail.
Apa kata aku:-
Satu penjelajahan emosi yang sarat dengan kisah di sebalik kisah. Tentang penculikan, pembunuhan, kerakusan manusia yang tamakkan kuasa.Menyingkap keperbagaian isu yang melanda dunia dari kacamata seorang penulis. Garapan Ramlee Awang Mursyid kali ini jauh berbeda dari novel-novelnya yang terdahulu. Pada aku Mikhail membawa isu global. Isu yanga bukan sekadar untuk di pandang, tapi untuk difikirkan. Isu yang boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah bangsa dan negara.
Apabila wang sudah memainkan peranan, makan tidak mustahil yang waras bisa gila. yang celik boleh buta dan yang bijak akan diperbodohkan oleh kebijakannya sendiri. Bagaimana kuasa wang memainkan peranan yang cukup besar dalam mengukuhkan kuasa, menidakstabilkan pertimbangan akal hingga sanggup mengadaikan dan maruah diri dan bangsa itu sendiri. Ramlee Awang Mursyid memanipulasikan segala isu ini dengan gaya penuh kreatif untuk menyuntik kesedaran buat semua golongan tak kira bangsa, agama dan latar belakang kerjaya. Menyindir dalam sinis pada sesetengah golongan yang cukup taksub mengejar wang dalam kerakusan kuasa.
Sesungguhnya menatap Mikhail bagai memberi kita ruang untuk berfikir... memikirkan natijah yang bisa berlaku andai kita terus alpa dengan permainan yang dipersembahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya tiada istilah bosan walau plotnya sering melangkau ke serata tempat di dunia, cumanya kita perlu lakukan sedikit pengorbanan dengan penumpuan yang tidak sedikit ditagih.
Apapun unsur flashback akan setiap kejadian silam memainkan peranan dalam membantu pembacaan agar tidak tersasar dari titik fokus plot yang seterusnya. Unsur suspen, beremosi, tanda tanya berjaya memainkan emosi pembaca. Rasa ingin tahu siapa di sebalik setiap hijap kejadian yang bagaikan bayang-bayang menjadikan buku ini sukar untuk kita lepaskan sebelum bertemu titik penamatnya.
Apa pun, ada dua perkara yang menjadi sedikit tandatanya:
Pertama:
Dalam frasa lima mukasurat 22, tidak dinyatakan habuan yanag diterima oleh Saiful atas persetujuannya menjadi corporate hitman. Sekadar penyataan jumlah sebanyak 100 000 sahaja.
[sebagai pembaca aku tertanya juga... apakah habuan itu dalam bentuk USD atau RM kerana ada juga dalam beberapa frasa yang lain dinyatakan habuan yang diterima oleh si penyanggup dalam RM... Jadi rasanya pada frasa ini juga sepatutnya diletakkan nilai matawang tersebut supaya pembaca tidak tertanya-tanya.]
Kedua:
Dalam frasa dua muka surat 348, Dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang berbunyi
“Reina Raihana, macam mana Zetty Erlina?” Mikhail bersuara perlahan.
Waktu ini Mikhail yang merupakan suspek sedang dibawa oleh Zetty Erlina ke balai polis untuk ditahan. Jadi bagaimana wujudnya Reina Raihana di sini. Rasanya itu adalah dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang menanyakan keadaan Reina Raihana bukannya Zetty Erlina.
Tapi aku tidak melihat kesilapan itu sebagai sesuatu yang mencacatkan.Mungkin unsur terlepas pandang sewaktu proses editing dijalankan telah mewujudkan kesilapan kecil sedemikian. Secara keseluruhan novel ini memang best... kelainan dengan rentak yang dimainkan oleh abang Ramlee membuatkan beliau terus betah mencanai identiti sendiri.
Syabas buat Abang Ramlee Awang Mursyid yang pada pengiraanku novel kali ini mengenengahkan satu penampilan yang berbeda dari yang telah aku baca sebelum ini. Moga masa-masa akan datang nukilan Abang Ramlee akan lebih mantap dengan isu yang pastinya tak kurang hebat dari yang telah ada. Tahniah sekali lagi....
Kalau sudi, jemputlah datang ke ladang anggur saya pada 29 February. Jangan risau, tiket penerbangan akan saya taja. Ajak sekali Reina Raihana dan Tahir. Itupun kalau saya masih bernyawa di bumi sementara ini...
Peminat setia
Pu3salju
Pesta Buku Sabah sudah pun berakhir semalam. Tentunya pesta yang setahun sekali di adakan itu memberikan kenangan yang paling manis, buat pengunjung, penulis dan pencinta buku sekelian.
Ini termasuk juga beberapa orang penulis yang diterbangkan oleh Alaf21 seperti Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Aleya Aneesa dan juga Lynn Dayana.
Barisan penulis Alaf21 , Lynn Dayana, Aleya Aneesa, Anis Ayuni dan Ramlee Awang Mushid.
Gambar-gambar dan kisah di pesta buku tersebut di Web Alaf21 :-
Pesta Buku Sabah
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault2.html
Temu ramah bersama Ramlee Awang Murshid
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault3.html
Gelagat pengunjung
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault6.html
Alahai Aleya…
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault4.html
Mikhail di KK
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault.html
Kami di Alaf21 FC mengucapkan tahniah dan syabas kepada penulis Bikash Nur Idris di atas penerimaan Diploma pengajian beliau di majlis Konvokesyen Aswara ke 7 baru-baru ini.
Lebih membanggakan apabila beliau muncul sebagai pelajar cemerlang menerima Anugerah Rektor Fakulti Penulisan Kreatif dalam konvokesyen ke-7 Aswara, semalam.
Dia yang juga penulis 13 novel mengakui kecintaannya dalam dunia penulisan membuatkannya lebih bersemangat untuk mendalami bidang berkenaan. Apalagi adiknya, Hairon Nizam turut mengambil jurusan sama.
Kami harapkan supaya beliau akan terus berjaya di bidang yang diceburinya dan akan menghasilkan karya-karya yang bermutu dan hebat di masa-masa akan datang.
Baca lagi di sini ,
Mersik
PERANAN NOVELIS
Satu jiwa, dua jiwa, menjiwai.
Ada waktunya, ada ketikanya aku seperti sukar untuk menegur seseorang yang sedang membaca novel. Kenapa ?
Kerana pembaca novel yang baik ialah yang menghayati apa yang sedang dibaca. Bukan mudah sebenarnya untuk menghayati jalan cerita, babak, watak yang dimainkan.
Cuba bayangkan perasaan seorang yang sedang sayu dan hiba, hingga air mata membasahi kelopak mata penuh menghayati jalan cerita dalam novel. Tiba - tiba anda menegur si pembaca itu.
Sudah tentu timbul perasaan malu. Apatah lagi andainya anda seorang yang suka 'menyakat.'
Dari satu sudut lain. Ini menggambarkan bahawa novelis itu telah BERJAYA dalam berkarya. Dan berjaya membentuk 'suasana' serta berjaya menyampaikan mesej.
Tidak dinafikan, ramai novelis yang kurang mampu untuk 'mengawal' pembaca karya mereka. Hingga ada yang dicemuh. Kisah yang dipaparkan panjang berjela, tetapi mesejnya tidak jelas.
Yang terbaik menurut hematku ialah. Novelis yang mampu dan berjaya membawa pembaca menghayati norma baik sebuah kehidupan bermasyarakat, yang mampu 'mengajak' pembaca untuk menjadi seorang Hamba Allah yang taat, dan yang mampu 'menjadikan' pembaca seorang 'manusia yang baik.'
Ini membawa maksud. Tugas novelis sebenarnya bukan mudah seperti yang disangka. Malah jika mereka berjaya 'membentuk pola pemikiran masyarakat' kearah sebuah masyarakat yang bertamadun, maka hasil karya mereka pasti akan membawa seribu manfaat dan kebaikan kepada ummah.
Wallahu'aklam.
Abang Long
Ceritanya begini…
Seorang nenek sewajarnya mencurah kasih sayang pada cucu tapi sebaliknya yang berlaku. Cucu yang dahaga kasih ibu dan perhatian nenek tidak tergapai tangan malah dia kerap dicerca dan sering dihina. Ibu yang diharap untuk melindunginya tidak mampu bersuara walau sepatah hingga hatinya terasa kehadirannya tidak pernah diingini. Nasib baik ada dua sepupunya yang memahami iaitu Syameer dan Ruslina. Namun bahang menjadi kian panas bila dia ditohmah sebagai anak luar nikah hasil permukahan ibunya dan abang tirinya. Kenyataan itu membuat ibu Iskandar memutuskan tali pertunangan mereka.
Hidup memang kejam dan kelangsungan itu yang berterusan memamah hati yang sedia terluka. Iskandar tetap berdegil dengan pendiriannya untuk memperisterikan Nudra. Hasil usaha Syameer, Nudra didapati bukan anak luar nikah. Lantas Iskandar mengambil tindakan nekad menikahi Nudra walau ibunya masih membenci Nudra. Tapi mengapa tohmahan itu terjadi?Adakah sengaja diadakan cerita agar Nudra dan ibunya terseksa zahir dan batin. Siapa dalang semua fitnah yang gila ini? Tapi demi iman dan kasih yang dijunjung, Nudra pasrah dan menerima segalanya.
Jika hati tidak kental, maka akan terciptalah perbalahan yang lebih besar. Memang bukan mudah menerima keadaan suami meninggalkan diri berbulan-bulan lamanya tanpa kabar. Bukan juga senang menerima bila terpaksa berkongsi suami dalam kekalutan badai yang tidak hentinya. Di kiri dihina nenek, di kanan dibenci mertua dan di hadapan suami yang kerap hilang tanpa kabar bersama isteri lain.
Namun,segala kekusutan ada jawapannya. Kesabaran akan dibalas dengan kemanisan.
Lantas, hidup yang terumbang ambing kembali tenang setelah akhirnya diri mengambil satu keputusan.
Jadi, apakah kesudahannya hidup Nudra? Mengapa ibu Nudra menyepi diri walau sebenarnya dalam hatinya penuh rasa kasih yang tidak berpenghujung. Bagaimana pula nenek Nudra yang menutup hati dari disimbah Nur Ilahi. Akan berkekalankah jodoh Nudra dan Iskandar yang tidak sudah-sudah diuji. Bagaimana pula dengan Melissa yang seawal jodohnya tidak tahu yang Iskandar adalah suami Nudra, gurunya sendiri.
Novel ketiga karya Aida Adriani KERANA TERLUKA ini telah lama menemui peminat-peminatnya yang setia.. Ianya bukan setakat luka dijari malah lebih dari itu.
Terluka kerana kesilapan sendiri adalah perkara biasa yang tidak mampu kita elakkan. Tapi kalau ia disebabkan oleh insan lain, insan yang dihormati malah mempunyai nama yang gah pada masyarakat, semestinya amat menyedihkan dan menyakitkan. Mendengar saja sudah terluka apalagi mengharunginya dalam detik waktu yang amat lama.
Cetusan permusuhan adalah permainan iblis. Jika kita termasuk dalam golongan manusia yang tidak pandai menilai kaca dan intan, maka dengan mudah kita diseret dalam permainan ini. Kedudukan di dunia bukan ukuran untuk kemegahan di akhirat. Walau kaya yang tidak terhitung, jangan kerana itu kita jadi perosak rumahtangga insan lain. Walau kedudukan sebagai ibu, tidak sewajarnya menghukum anak yang ingin bahagia dengan berbagai tuntutan dan ugutan.
Secara amnya, saya berpuashati dan teruja membaca novel ini. Tiap tinta terselit pengajaran. Tunjang hidup biarlah berilmu bukan dunia saja malah lebihkanlah akhirat. Akhlak yang mulai lebih indah jika kita mampu menyusuri dan menjadikan sebagai pelengkap diri.
Ada situasi dimana saya terfikir, adakah ujud seorang nenek sekejam itu? Adakah juga seorang ibu yang sanggup meruntuhkan rumahtangga anaknya sendiri? Sebetulnya, saya tidak pernah bertemu secara nyata keadaan begini, namun saya percaya dalam dunia ini ada beribu ragam hidup yang kadang-kadang tak termasuk dek akal.
Aida Adriani telah melahirkan satu novel yang cukup asam garamnya. Anda harus memilikinya kerana ia bukan saja indah pada cerita malah lebih dari itu. Carilah dalam novel tersebut akan sekian banyak ilmu, hiburan dan santapan rohani.
Syabas buat Aida Adriani moga berterusan menghasilkan novel-novel bermutu dan setanding dengan barisan para novelis terkenal.
Ina.
Beberapa hari lalu Alaf21 FC ada menerima email dari seorang peminat novel yang kebetulan berjumpa dengan Iris Ixora di istanbul, Turki. Menarik sungguh ceritanya...
Salam sejahtera ,
Salam ikhlas dari saya nama panggilan Mimieloma.Saya ingin memberi sedikit kepujian pada novel Camar yang pergi yang ditulis olh Iris Ixora.Saya mengenali Iris Ixora semasa saya bercuti dengan family ke Istanbul. Setelah mengenalinya baru saya dapat tahu dia ialah seorang penulis novelis Camar Yang Pergi.
Saya terus membeli buku tersebut setelah saya pulang ke Malaysia. Pada saya, ini lah novel yang terbaik yang pernah saya baca.Tak pernah saya bace novel yang boleh membuatkan saya sampai menangis tersedu-sedu. Saya rasa ilustrasi dalam novel tersebut sungguh jelas dan terperinci hinggakan saya merasa seolah-olah saya sedang menontonnya di kaca TV. Saya sungguh terharu membaca cerita dalam novel yang berkisar tentang perjalanan hidup seorang gadis yang bernama Dilara.
Saya tabik pada Iris kerana sebagai penulis ynag baru merangkak boleh membuat novel seperti Camar Yang Pergi.Tahniah pada Iris Ixora atas novelnya itu.Tak sabar rasanye nak menunggu novel terbaru beliau yang akan datang.
Sampai kan salam sayang saya pada Iris Ixora, kawan yang jauh di mata tapi dekat di hati.
Sahabat yang jauh
Mimieloma
Hampir pukul 1 petang, barulah aku tiba di tapak Karnival Pesta Buku di Karangkraf Sendirian Berhad.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2009
(86)
-
▼
March
(13)
- Ulasan Novel Meniti Maut oleh Web Sutera.
- Ulasan Novel - MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid
- Sekitar Kemeriahan Pesta Buku Sabah...
- Tahniah buat Bikash Nur Idris...
- Temui Novelis Alaf21 di Pesta Buku Sabah.
- Akan Datang...
- Abang Long menulis... (7)
- Keputusan Kuiz Kau Tetap di Hati - Liza Zahira.
- Ulasan Novel , Kerana Terluka - Aida Adriani.
- Frof. Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maul...
- Temui Novelis Alaf21 di Pesta Buku Brunei
- Jumpa Iris Ixora di Istanbul...
- Sekitar Mini Karnival KarangKraf
-
▼
March
(13)