Hampir pukul 1 petang, barulah aku tiba di tapak Karnival Pesta Buku di Karangkraf Sendirian Berhad.
Datang keseorangan. Dan sudah menunggu beberapa orang sahabat yang telah berjanji untuk bertemu di karnival.
Yang jelas, masing - masing kepanasan. Hinggakan ada sahabat yang membawa anak - anak, terpaksa pulang lebih awal.
Rasanya, untuk program dimasa hadapan pihak penganjur boleh membuka gerai makanan dan minuman. Kerana, apabila diperhatikan, sekitar kawasan premis Karangkraf, langsung tiada gerai atau kedai makan.
Walaupun ada kantin, namun ramai yang tidak dapat masuk, dan makanan serta minuman yang dijual adalah terhad.
Antara satu khemah dengan khemah yang lain dijarakkan, satu usaha yang baik. Dimana, pengunjung akan berasa lebih selesa untuk membeli belah.
Seperti kebiasaannya, pengunjung wanita akan memonopoli tempat seperti itu. Hinggakan seperti ada pepatah baru. 'Dimana ada majlis ilmu, disitu WANITA menguasai.'
Saya sendiri tidak pasti kemana perginya kaum lelaki ?
Aku dan beberapa orang sahabat berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Memerhati, membelek, tekun mentelaah bahan bacaan yang dijual. Sambil berbincang dan bergurau senda.
Cuma ada seorang teman melontarkan idea yang agak menarik. Dimana beliau mencadangkan, di program akan datang. Apa kata, KKSB mengikut format ALAF 21.
Dimana, pembeli diberikan sebiji bakul. Untuk keperluan membeli buku. Dan mereka boleh menjinjit bakul itu hingga ke kawasan pagar pengawal. Barulah diserahkan kembali bakul itu. Apapun ini hanyalah cadangan sahaja. Boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
Satu perkara yang sering kedengaran, apabila sesuatu program itu dijalankan oleh pihak KKSB mahupun pihak ALAF 21 ialah, tiada pengangkutan awam dikawasan sekitar. Ini sedikit sebanyak merencatkan hasrat segelintir pembaca untuk datang ke majlis seperti itu. Tetapi, yang pasti ini adalah diluar kawalan pihak yang berkenaan.
Banyak yang menarik perhatian dengan adanya karnival seperti ini. Selain dari pengunjung dapat membeli buku dan majalah dengan harga yang begitu menarik. Diskaun yang mempesonakan. Selain dari peraduan dan permainan yang disediakan.
Semua orang sedang menunggu. Siapakah gerangan insan bertuah yang akan membawa pulang sebuah MYVI.
Abang Long.
One comment
Comment by intan shaheera@ieyra on 5:03 PM
fuhyo dapet MYVI....ieyra pun nak tapi karnival tu jauh gile....
Post a Comment