PERANAN NOVELIS

Satu jiwa, dua jiwa, menjiwai.

Ada waktunya, ada ketikanya aku seperti sukar untuk menegur seseorang yang sedang membaca novel. Kenapa ?

Kerana pembaca novel yang baik ialah yang menghayati apa yang sedang dibaca. Bukan mudah sebenarnya untuk menghayati jalan cerita, babak, watak yang dimainkan.

Cuba bayangkan perasaan seorang yang sedang sayu dan hiba, hingga air mata membasahi kelopak mata penuh menghayati jalan cerita dalam novel. Tiba - tiba anda menegur si pembaca itu.

Sudah tentu timbul perasaan malu. Apatah lagi andainya anda seorang yang suka 'menyakat.'

Dari satu sudut lain. Ini menggambarkan bahawa novelis itu telah BERJAYA dalam berkarya. Dan berjaya membentuk 'suasana' serta berjaya menyampaikan mesej.

Tidak dinafikan, ramai novelis yang kurang mampu untuk 'mengawal' pembaca karya mereka. Hingga ada yang dicemuh. Kisah yang dipaparkan panjang berjela, tetapi mesejnya tidak jelas.

Yang terbaik menurut hematku ialah. Novelis yang mampu dan berjaya membawa pembaca menghayati norma baik sebuah kehidupan bermasyarakat, yang mampu 'mengajak' pembaca untuk menjadi seorang Hamba Allah yang taat, dan yang mampu 'menjadikan' pembaca seorang 'manusia yang baik.'

Ini membawa maksud. Tugas novelis sebenarnya bukan mudah seperti yang disangka. Malah jika mereka berjaya 'membentuk pola pemikiran masyarakat' kearah sebuah masyarakat yang bertamadun, maka hasil karya mereka pasti akan membawa seribu manfaat dan kebaikan kepada ummah.

Wallahu'aklam.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati