Jemputan.

Alaf21 FC telah dijemput oleh Geng Jurnal dan beberapa kumpulan lain untuk turut sama menyertai aktiviti seperti yang disenaraikan di bawah.

Untuk sekalian ahli kelab Alaf21, yang minat membaca dan mengikuti perkembangan sastera tanahair, diharap dapatlah meluangkan masa untuk sama-sama mengikuti aktiviti-aktiviti dibawah.
Selain program membaca, ada juga aktiviti lain yang lebih santai dan tentunya menyeronokkan.

PROGRAM 1 : MALAM BACA PUISI PENA - DEWAN SASTERA

Nama Program : Malam Baca Puisi PENA - Dewan Sastera
Tarikh : 1 Jun 2007 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur

Penyair : Pyan Habib, Shukri Abdullah, Sutung Umar RS


Masuk Percuma!

Maklumat lanjut, hubungi Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran 012-2488664.


PROGRAM 2 : Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah (Geng Jurnal) Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA)

Nama Program : Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah (Geng Jurnal) Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA)
Tarikh : 2 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Rumah PENA, Kuala Lumpur

Masuk Percuma!

Pembaca Naskhah : SM Zakir (Pena), Amir Mukhriz (eSastera), Panaharjuna (PTS Publishing), Jigo (Sindiket Sol-Jah), King Binjai (Narayuda), Pink Platun dan persembahan muzik dari Izzi & Materabak.
Pengacara: Mat Jan (blogger serba terkenal).
Maklumat lanjut, hubungi Nazri M. Annuar (Vovin) 012-3597857 & Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran 012-2488664.

Disertakan info-panjang lebar untuk tambahan.

Terima kasih.


MALAM BACA NASKHAH SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA (MASKARA)


PENGENALAN

Usul untuk mengadakan acara ini kerana kami fikir tidak banyak tempat atau majlis yang boleh disertai, untuk memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan, tidak mahu mapan, tidak dikenali, baru hendak mencipta nama, dibenci oleh penulis tersohor dan apa-apa sahaja. Ia juga bersifat sebagai mengumpul semua manusia untuk berkongsi minat yang sama. Sebagai medan pertemuan sahabat baik atau sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Kami juga sedaya upaya menjadikan medium ini sebagai tempat neutral untuk semua bertemu. Maka majlis ini kami mahu jadikan tempat untuk penulis sastera melupakan pertelingkahan dnegan penulis pop, penulis Islamik boleh duduk satu bumbung (cuma untuk satu dua jam, itu sudah cukup baik) dengan penulis yang liberal, penulis yang tinggi egonya boleh bersalaman dengan penulis yang tiada ego langsung, penulis yang idealis tapi hanya tahu cakap sahaja bertemu dengan penulis yang betul-betul idealis.

Maka ini adalah medan untuk bersuai kenal, menjadi satu tempat di mana persahabatan dipupuk walau berlainan ideologi, pemikiran, taraf, bangsa, agama atau apa sahaja istilah yang boleh kamu namakan.

Tempat ini juga, harapnya, menjadi medan promosi diri, untuk penulis baru atau penulis lama yang menerbitkan buku baru.

Kami tidak mengharapkan majlis ini sebagai senjata utama untuk menaikkan taraf sastera dan seni negara, cukup memainkan peranan kecil untuk satu ikatan persahabatan.


MAJLIS

Maskara ini, kami fikir, mahu menjadi majlis untuk kita semua mencurahkan kreativi yang terpendam. Sebagai satu ruang berkarya. Maka kami harapkan agar ia menjadi acara yang tidak dibebankan dengan soal wang. Maka harapan kami agar orang yang datang tidak perlu membayar apa-apa wang tiket masuk dan orang seni yang membuat persembahan tidak mengharapkan apa-apa bayaran. Lagipun kami penggiat seni yang miskin. Maka dengan besar hati kami berharap agar penggiat-penggiat seni yang sudi menyertai acara ini tanpa sebarang bentuk bayaran.

Tapi penggiat seni yang hadir sebagai peserta atau penonton dialu-alukan datang mempromosi sebarang hasil kerja mereka seperti novel, antologi, lukisan, muzik atau apa sahaja. Mereka juga boleh menjualnya. Lagipun Maskara ini juga bertujuan menjadi satu tempat sesiapa yang mempunyai karya menjual hasil kerja mereka.


NEUTRAL

Seperti yang dinyatakan pada bahagian awal tadi, kami mahu menjadi satu kumpulan yang neutral. Maka dengan itu kami mahu penggiat seni yang hadir itu datang dari kumpulan dan ideologi berbeza. Datang dan beri sokong kerana kami. Maka jika si A tidak suka si B pun, maka datanglah untuk mengambil hati kami. Kalau si A mahu duduk di bucu sini, si B mahu duduk di bucu sana pun kami tidak ambil pusing. Yang penting hadir memberi sokongan kepada majlis yang kami anjurkan.

ACARA & NASKHAH KALI INI

Menjemput penulis, penyajak, pemuzik dan orang seni muda mempersembahkan karya masing-masing di depan orang yang datang.

- Baca cerpen terbaru
- Baca sedutan novel terbaru
- Deklamasi sajak
- Bermain muzik
- Tayangan filem pendek
- Dan sebarang acara seni lain yang difikirkan bersesuaian
- Naskhah terlibat antaranya - Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss & Jongkang Jongket.



PROGRAM 3 : SAMBUTAN HARI WEBLOG SEDUNIA MALAYSIA 2007

Tarikh : 16 Jun 2007 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi - 5.30 Petang
Lokasi : Dataran Merdeka & Taman Tasik Titiwangsa


Acara yang diadakan :

0930 - 1430 : Treasure Hunt
1400 - 1500 : Makan-minum (Pot Luck)

1500 - 1515 : Kata-kata aluan oleh Tuan Presiden Geng Jurnal
1515 - 1545 : Ice-Breaking
1545 - 1645 : Permainan
1645 - 1700 : Penerangan
1700 - 1730 : Penyampaian hadiah & penghargaan utk pihak luar yang hadir atau cabutan bertuah (jika ada sponsor)
1730 : Bergambar & Bersurai.

Tentatif Treasure Hunt

Tempat Mula : Dataran Merdeka (tempat letak kereta Perpustakaan KL)
Tempat Tamat : Taman Tasik Titiwangsa (tempat letak kereta bersebelahan Stadium)

930 - 1000 : Pendaftaran
1000 - 1030 : Penerangan Treasure Hunt
1030 : Flag Off
1400 : Penalti
1430 : Tamat

Tempoh maksimum : 4 jam.
Lokasi : Sektor Alpha : LRT Pasar Seni & Sekitar CM
Sektor Bravo : LRT KLCC & Avenue K
Sektor Charlie : LRT Ampang Park & Ampang Park ArcadeStruktur

Soalan :

Lokasi 60 (4 markah/soalan)
Harta karun 30 (5 markah/soalan)
Bonus 10 (2 markah/soalan)3 peserta/pasukan

Jemputan :

Kelab Peminat Alaf21
Msj Box!
Karangkraf
Media

Hadiah : Pertama, kedua, ketiga & penghargaan (utk jemputan)

FAQ.

Akan menyusul kelak.

Maklumat lanjut, hubungi Nazri M. Annuar (Vovin) 012-3597857 & Zaifulnizam 'AttOkz' Wagiran 012-2488664.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Buku-buku Alaf 21 memikat hati Serene.

Hmmm…sudah lama rasanya saya tidak menjejakkan kaki ke perpustakaan. Walhal hampir setiap hari melintas pagi dan petang dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.


Perpustakaan sentiasa menggamit dan melambai-lambai pada saya. Cuma saya saja yang buat dek. Sementelah lagi masih banyak lagi buku-buku yang saya borong sewaktu Pesta Buku tempohari belum pun sempat disentuh!

Dalam hati, berkata-kata….”Tak boleh jadi ni. Lama dah tak tinggal jejak kat sini’. Lagi pun dengar cerita dari kawan-kawan terdapat banyak novel Inggeris keluaran terbaru. Teringat pula cuti sekolah akan menjelma tidak berapa lama lagi. Pasti banyak novel yang bagus-bagus sudah dipinjam lebih awal, membuatkan saya lebih teruja untuk ke sana.

Beberapa hari yang lepas, dengan segala kudrat yang ada, saya mengagahkan kaki dan tetapkan hati untuk melangkah ke dalam bangunan perpustakaan. Tatkala lagkah pertama memasuki ruang perpustakaan, saya menarik nafas kelegaan. Yalah, bukan mudah untuk saya sampai ke tempat ni!

Memang benar kata-kata kawan-kawan saya, banyak koleksi novel Inggeris keluaran terbaru. Sampai tidak tahu yang mana mahu dipinjam dan dibaca dahulu. Rambang pula mata melihatkan banyak antara novel-novel itu adalah hasil garapan penulis-penulis yang saya minati.

Salah seorang remaja yang ada di situ menarik tumpuan saya. Kalau dilihat dari mata kasar saya yang agak rabun ni, rupa parasnya langsung tidak ada rencah Melayu! Tapi, bila difikir balik, apa yang hendak dihairankan? Sekarang ni ramai anak Melayu yang rupanya macam orang Cina atau Serani. Dia leka membelek satu-persatu novel-novel yang ada diatas rak-rak buku.

Rasanya tiada yang menarik minat saya dibahagian koleksi novel Melayu. Lagipun dirumah ada yang masih belum terbuka plastiknya…hehehe….Tulah bila nak beli tamaknya bukan main…sampai senget bahu nak pikul!

Sedang saya duduk santai sambil membaca salah sebuah novel yang dipinjam, datang seorang wanita menegur saya. Terpinga-pinga juga kerana rasanya saya tidak kenal langsung dengan wanita itu.

“Doesn’t you recognize me Salmah?” Berdetik dalam hati saya, siapa pulak amoi cantik ni? Aku pernah jumpa dia ke? Mata saya masih terkebil-kebil menatap wajahnya.

“Lakers and Liverpool….” dia memberi klu sambil tersenyum dan mengenyitkan mata. Bulat biji mata saya mendengar ‘kod laluan’ yang pernah saya cipta bersama seorang member kamcing hampir dua dekad yang lalu!

“Pamela!” Terjerit saya….pantas Pamela menekup mulut saya supaya orang lain tidak terganggu. Terlupa kami didalam perpustakaan ketika itu. Tidak payahlah saya cerita apa yang berlaku…pasti anda dapat gambarkan situasinya. Bayangkan anda bertemu seorang teman ketawa dan menangis yang sudah lama terpisah!

Kami keluar dan mencari tempat yang lebih sesuai untuk duduk berbual. Pasti banyak yang hendak dikongsi bersama. Semenjak beliau mengikuti suaminya ke Itali, kami terputus hubungan kerana surat kiriman saya tidak sampai kepadanya. Rupanya dia berpindah pula ke Sydney dan saya pula berpindah rumah. Entah siapalah yang dapat surat kami agaknya! Waktu itu, kemudahan komunikasi tidaklah berapa canggih seperti sekarang. Kisahnya, sudah hampir sepuluh tahun mereka pulang dan menetap ditanah tumpah darah mereka.

Hampir satu jam kemudian, kami dihampiri oleh gadis yang saya nampak didalam perpustakaan tadi. Rupa-rupanya beliau adalah anak kepada Pamela. Sudah remaja anak gadis itu.

Serene, tidak terasa janggal untuk bersama kami. Saya senang dengan tata-tertibnya. Kami dibiarkan berbual tanpa disampuk. Beliau pula santai dengan ‘cafĂ© latte’ dan novel ditangan. Ralit sungguh dia membaca novel tersebut, hingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali terdengar dia ketawa kecil. Entah apa yang melucukan hatinya agaknya?! Beberapa kali juga saya berkalih pandang pada novel ditangannya. Dalam hati berkata-kata…macam kenal jek kulit buku ni….dia baca novel Melayu ke? Pamela yang peka, ketawa gelihati dengan gelagat saya.

Saya tidak boleh nak menahan gejolak dihati. Spontan Serene memandang saya dan tersenyum. Buku yang ditangan diletakkan diatas peha.

“Why Auntie? Is there something wrong with me? Do I have a cream mustache?” Bertalu-talu soalan yang ditanya sambil jarinya meraba-raba sekitar bibirnya. Saya dan Pamela tergelak sama.

“Nothing like that. But, I’m wondering about the book you’re reading! Its cover looks familiar,” saya memberi penjelasan.

“Oh, this is a Malay novel by a Malaysian author. It is a very interesting book.” Spontan dia meletakkan buku itu diatas meja. Terkejut dan bulat mata saya melihat buku yang ditunjukkan! Mamanya hanya tersenyum meleret. Mungkin mengerti apa yang bermain diminda saya.

“She reads Malay books and quite good in Bahasa. Unlike me, of course.” Pamela mencelah.

‘Kau Sayangku’ dari Bikash Nur Idris! Itulah novel yang sedang dibacanya. Patutlah rasa macam kenal jek!

“How far along have you read?”
“A third of it. It’s really a good book! I really enjoy reading it so far.”
“Where do you get this book from?”
“From a friend auntie. We exchange books all the time.”
“Where do you learn Bahasa from, in school?”

“Oh no, I had a Malaysian friend. We’re in the same secondary school and now in the same college. We have become good friends. We had a fair trade. She had difficulties with English. So, I became her private free tutor….and for the trade, I asked for Bahasa to be taught. I have so many Malay friends. Sometimes I feel lost when I’m among them. And I loves going to JB with them. Now, there’s no more chicken and duck talk! She’s a real good friend. She lends me all her novels.” Panjang lebar penjelasannya.

“So, what do you think of this one so far?”
“Great! This author…she’s humorous and she represents the young adults. Saya suka baca novel Melayu Alaf21.”

“Kenapa dengan Alaf21?”
“Sebab senang faham jalan cerita. I’ve read from others too, but I think Alaf21 use an easy approach. Even Zura said so.”

“Dah banyaklah baca novel Melayu ya?”
“Boleh tahan juga. I started reading early this year. And I enjoyed them. Furthermore, mama is not worried when I read Malay books.”
“Why?”
“Because there’s proper guidance….you know…no nonsense man woman relationship kinda thing…” katanya sambil ketawa gelihati sementara matanya dileretkan kepada mamanya. Pamela tersenyum lebar dan menggangguk.

“Novel apa lagi yang dah dibaca?”
“So far, Zura had lend me Manisnya Cinta, Kabus Kasih, Jauh, Pergilah Sepi, and this is the fifth one from Alaf. And I liked all of them.”
“Come to my house if want to read more. I’ll lend you some.” Bersinar matanya tatkala mendengar pelawaan saya.
“Really auntie?” Saya menggangguk dan memberikan senyuman.

“Weh! Since when you read Malay novels? This is news to me!” Pamela terjerit kecil. Saya ketawa gelihati. Sebab tadipun saya hanya pinjam buku Inggeris sahaja dari perpustakaan.

“It has been quite sometime. Since there’s lots of good Malay authors who wrote good books. Really you should learn Bahasa just like your daughter. Or you’ll be sitting at one corner all by yourself, while Serene and I will be sharing our thoughts.”Pamela menjeling dan mencebikkan bibirnya kepada saya. Saya dan Serene sama-sama ketawa melihat reaksi mamanya.

Sebenarnya saya merasa terharu dan bangga kerana bukan sahaja anak bangsa kita yang sudah mula minat pada tabiat membaca, tetapi ada juga anak bangsa lain yang mempunyai persepsi yang baik terhadap novel-novel Melayu. Nilai-nilai yang diterapkan membangunkan masyarakat kearah kebaikan.

Syabas juga untuk Alaf21 kerana berjaya menarik minat bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu sendiri, malah bangsa asing juga. Bukan sahaja menarik tumpuan rakyat Malaysia, tetapi juga pembaca disekitar pelusuk Asia. Semoga terus berusaha kearah kecemerlangan membangun masyarakat berilmu melalui pembacaan.


( Antara novel-novel yang dibaca oleh Serene Chang )

Seperti kata Abang Eyman Hykal…”Kita semua adalah mangkin yang membantu menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat. Sama2 kita teruskan, ya?” ….petikan dari chat box blog Alaf21 FC.

Saya percaya kita boleh melakukannya dengan gandingan yang mantap dan kukuh.

Salmah

26 Mei 2007

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Untuk penulis thriller Malaysia : Ramlee Awang Murshid

ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) Terkadang aku tidak pernah menduga.. bagaimana sorang insan yang kelihatan sungguh bersahaja boleh melakarkan sesuatu untuk di sajikan pada orang lain. Itulah kau ADAM.
Kau membuktikan bahawa bidang yang lebih banyak di dominasi oleh HAWA tidak memustahilkan untuk kau menyelitkan dirimu lantas bagai menjulang namamu untuk berada sebaris dengan srikandi yang telah ada di medan yang tidak semua boleh menghunuskan jemari untuk menari mengikut lentuk alunan ilham dan kreativiti yang bukan sedikit menagih usaha dan pengorbanan agar menjadi rencah yang boleh disantap oleh pembaca seperti diriku Bagaikan Puteri terus melayang.

Melangkau jangkaan minda insan Normal seperti diriku. Berada di dua dimensi yang terpisah oleh hijap yang sukar di singkap dek akal sejengkal cuma. Apa pun kau masih mampu membawa kami menyusuri dekad yang sudah sekian lama tertutup.

Serasa diri, Bagaikan Puteri yang di bawa ke satu ruang yang selama ini sekadar terhimpun dalam naskah-naskah sejarah yang tentunya sudah layak dipanggil lagenda. Bermain di alam bawah sedar seakan satu illusi yang mencemaskan tapi tetap indah dan mengasyikkan hingga terbuai jiwa dan perasaan bila berada di sisi Laksamana Sunan yang cukup terpelihara akhlak dan keperibadian.

Cinta Sang Ratu memekar di jiwa. Menguntum lantas mengharum, buat jiwa yang kian tega, mengusung rindu dalam lara sekeping hati. Laksamana Sunan di Tanah Rencong tidak putus asa menjejaki bidadari hati yang sudah disambar pergi. Biar berbagai dugaan menjadi penghalang usahanya, hati yang kasih dan ketakwaan pada yang Esa bagaikan senjata ampuh untuk terus melangkah.

Ah! Mengapa sebegitu tega Maharani memenjarakan Sang Ratu pada kezaliman dan kekufuran. Menyatukan kembali hati yang sudah hampir bersih dari kejahatan. Ratna merintih tapi tidak mampu menzahirkan. Ingatan pada Laksamana Sunan terkadang datang menyapa lembut, namun dayanya kurang untuk mengingati apatah lagi membebaskan diri dari cengkaman bonda yang sudah terlalu jauh sesat dari paksi yang telah ditetapkanNYA.

Hatiku Di Harajuku tak bisa di bawa kembali. Tou Aii bagaikan lambang pada sebuah perasaan yang akan berdarah andai kesetiaan dikhianati. Kejujuran dan rasa kasih tak mungkin di tukar milik. Aii Shite Ru bagaikan kuntum-kuntum sakura yang berkembang mengindahkan taman hati. Memenjarakan dua hati dalam budaya dan kepercayaan yang tidak memustahilkan untuk bersatu di bawah satu kiblat. Biarpun kehidupan Yakuza laksana satu igauan yang ampuh mengiringi mimpi, tapi keazaman dalam diri harus diperjitukan. Biar semua itu hanya tinggal kenangan biar segalanya bak tugu pada sebuah kehidupan dalam kealpaan diri yang masih khilaf mencari sinarNYA.

Rahsia Perindu terus mengunci diri. Hilang dalam waras akal yang terkadang sukar di kawal. Langkah yang dihayun, bagai memasung ingatan pada illusi yang tiba-tiba datang. Siapakah diri ini yang sebenarnya. Mengapa reality itu terlalu payah untuk di telan. Dalam sulaman kasih sayang seorang suami, jiwa tertekan mencari identity diri.

Garapan Hero Malaya ini sentiasa mencemaskan. Bagai ada bayang-bayang yang sedang mengintai, mencari ruang bila alpa melalaikan tumpuan. Biarpun sebenarnya itu sekadar santapan pada minda. Bukan zahir yang berada dipandangan. Bijak sungguh Hero ini mengacah emosi dan jiwa pembaca hinggakan rasa takut adakalanya mampu mendabik dada. Megah justeru kejayaan milik sebuah perasaan yang sekadar jelmaan pada sebuah garapan berlandaskan kreativiti.

Apapun Rahsia Perindu tetap punya keistimewaan sama seperti setianya Ryu Watanabe pada Noriko bersama Tou Aii lambang Aii Shite Ru yang akhirnya membuatkan Sabrina akur pada sebuah kekecewaan lantaran orang yang disayang tak mungkin akan dimiliki. Apakan daya, Hatiku Di Hajaruku tak bisa bertukar destinasi.

Namun Cinta Sang Ratu tetap terus mekar tetap dibawa Ratna ke alam kekal abadi menanti Laksamana Sunan yang pasti akan tiba jua untuk menemani dirinya Bagaikan Puteri dalam hikayat dahulu kala, menanti ADAMnya yang akan hadir di singgahsana cinta mereka berdua

Itu adalah buku-buku tulisan Hero Malaya ini yang berada dalam konti peribadi pu3, tapi ADAM tak ada.... tapi tah kenapa tajuk tu menjadi pembuka ilham untuk meneruskan kata yang seterusnya..... Apa pun kini bagai menanti kelahiran garapan beliau yang seterusnya.. yang pasti punya kejutan dan acahan-acahan cemas, seram, ilmiah dan juga kasih sayang.....

Ilham Rasa
Pu3Chempakabiru
23/05/07 1830pm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Atas nama Cinta - Lily Suriani

Berbanding dengan Pelabuhan Kasih, kali ini Lily Suriani tampil membawa kita ke realiti kehidupan di mana hero yang cuba diketengahkan dalam novelnya berikut adalah seorang yang gemuk walaupun adalalah romantik dan berada.

Jarang sekali kita melihat penulis-penulis mahu menciptakan watak hero seorang yang gemuk sebegini. Lily Suriani harus dipuji kerana sanggup mengambil risiko dengan terciptanya watak Firas suami kepada Ardini. Bukan sahaja gemuk, malah berperangai jahat dimana kononnya telah diguna-gunakan oleh seorang perempuan yang berniat ingin mengikis hartanya.

.

Penulis cuba menyedarkan kita bahawa rupa yang hodoh itu tidak bererti dia tidak berhak dicintai dan tidak berhak untuk bercinta. Akhirnya cinta jugalah yang menyatukan Firas dengan Ardini walaupun terpaksa menempuhi rintangan yang mendatang, Tentangan keluarga yang pada mulanya tidak merestui perhubungan mereka merupakan tamparan yang hebat untuk Ardini. Sifat penyayang dan romantik Firas telah berjaya mengamburi segala-galanya. Benarlah kata pepatah, cinta itu buta.

Setelah hidup berumahtangga, kemanisan itu semakin hilang gara-gara seorang perempuan yang berniat ingin merampas kekayaan dan membalas dendam terhadap semua lelaki. Ardini, isteri yang sabar dan baik. Betapa mulianya dia apabila telah mengizinkan Firas menikahi perempuan itu supaya keduanya tidak terlibat ke kancah maksiat. Walaupun hati perempuannya terluka, namun demi maruah keluarga dan suami, Ardini berkorban segalanya. Dalam hati, tak siapa yang tahu apa yang dirasainya. Kesedihannya itu tidak dikongsi dengan sesiapapun bahkan abang angkatnya yang turut berasa bersalah kerana tidak dapat membuatkan adiknya bahagia.

Firas banyak berubah laku. Dari penyayang ada masanya bertukar menjadi ganas. Memukul, menampar dan menyepak Ardini sesuka hati ketika perasaaannya menjadi berkecamuk. Tuhan itu maha Adil. Berkat doa kesabaran Ardini, segalanya berubah. Firas telah berubah dan menyedari kesilapan dirinya. dalam tempoh berjauhan itu, Firas mengenal erti kasih sayang, kesetiaan dan cinta Ardini yang begitu mendalam terhadap dirinya.

Lily Suriani berjaya membuatkan pembaca ketawa dan menagis dalam menhayati watak rekaan novelnya ini. Inilah kehidupan sebenar realiti di luar sana, seorang isteri wanita dan ibu di luar sana. Seringkali kita mendengar wanita yang terdera, didera oleh suami dan lelaki. Harus diingat, Ardini walaupun seorang perempuan yang manja, lemah lembut tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang cekal dan tabah. Berani dalam setiap keputusan yang dibuat. Wahai wanita, inilah yang kita mahukan. Teruskan perjuanganmu. Berdoa dan berusahalah kepada Yang Maha Esa.

Pengajaran yang dapat saya ulaskan, jangan kita menilai seseorang dari luaran sahaja. Jangan kita mudah terpengaruh dan terlalu bebas dengan bukan muhrim kita kerana banyak anasir-anasir jahat syaitan yang dapat merasuk akal minda kita yang sentiasa mahu melihat manusia sesat fikiran.


Atas nama cinta adalah satu penghargaan buat isteri-isteri di luar sana. Kesabaran amat penting dalam mengeratkan perhubungan berkekalan.

- rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel (2) : Impian Terindah - Norzailina Nordin

Nampaknya, novel terbaru Norzailina Nordin mendapat banyak respond yang menarik. Rata-rata mereka yang telah membaca buku ini mendapati percubaan Norzailina Nordin untuk menulis sesuatu yang lain dapat diterima ramai. Pada sesiapa yang belum lagi mendapatkan buku ini, jangan tunggu lagi..

Kami menerima satu lagi pendapat dari Salmah di Singapura mengenai novelnya yang berkisar dibulan ini. Kita ikuti apa katanya...


Saya tersenyum tatkala sampainya saya pada noktah terakhir pada karya terbaru Norzailina Nordin, dan demi melihat perkataan ‘TAMAT’ tertera dibawahnya, senyuman saya bertambah lebar dan puas! Tersenyum lebar kerana akhirnya novel yang sekian lama saya idamkan untuk memiliki dan membaca sudah terlaksana. Puas kerana banyak yang saya pelajari dari karya Norzailina Nordin kali ini sebagaimana karya-karyanya yang terdahulu.

Impian Terindah membawa ingatan saya kembali kealam kanak-kanak remaja yg waktu itu sangat minat dengan siri televisyen ‘Space 1999’. Waktu itu pernah saya terfikir, adakah saya akan dapat bertemu dengan tahun 1999? Hari ini, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup dengan penuh kenikmatan dibumi ALLAH SWT dengan mereka yang saya sayangi.


Semasa di dalam shuttle perjalanan ke bulan dan bumi, saya dihidangkan pula dengan cerita Star Wars, Armageddon, Matrix, tidak ketinggalan, Fifth Elements. Ya, saya terbayangkan cerita-cerita ini semasa melayari novel ini.

Ini adalah salah satu novel yang mencabar pembacaan dan minda saya. Terdapat banyak perkataan-perkataan scientifik yang agak asing dan membuat saya terpinga-pinga seketika. Namun itulah satu cabaran untuk pembaca. Secara tidak langsung, kita diajak berfikir sama dan mendapat ilmu dari pembacaan. Bukan saya tidak pernah dengar atau tahu langsung perkataan-perkatan saintifik tersebut sebelum ini, tetapi lebih tepat, tidak pernah dikupas makna perkataan tersebut! Terimakasih kepada penulis kerana menambahkan pengetahuan saya.

Tetapi, anda akan merasa lebih seronok membaca setelah anda diberi gambaran kecantikan alam dibulan dan ‘melihat’ kejadian gerhana matahari, terasa seperti kita sedang menikmati pemandangan tersebut di White Dome dalam Gamma 7! Apatah lagi ia disulami dengan kisah cinta yang membuai perasaan pembaca dengan kisah cinta ‘Bermuda’s Island’ yang bergelora.


Tidak dinafikan, Norzailina Nordin memberikan satu kelainan dalam karyanya kali ini. Syabas dan tahniah….kerana berani dan berjaya meneroka sesuatu yang ‘lain dari yang lain’. Pada saya, ianya satu kelainan yang harus diberi pujian kerana berani menerjah!

Mungkinkah diabad akan datang, perjalanan antara bumi dan bulan akan sebegitu mudah seperti yang digambarkan oleh penulis? Wallahualam....

“Tatkala disinari dari belakang, atmosfera bumi berkilauan disekelilingnya dengan keindahan pelbagai warna semasa matahari terbenam. Dan dari bahagian tepi itu juga, terlihat matahari yang pudar keputih-putihan dan keakan-akan percikan cahaya ke serata arah.
Tanah permukaan bulan tidak cerah lagi. Keadaan samara-samar dan gemerlapan merah tua terbias dengan cahaya matahari yang menerobos melalui bahagian tepi atmosfera bumi. Seolah-olah semua cahaya matahari tatkala terbenam sedang menyinari permukaan bulan.”..........
petikan dari novel.

Moral

Berusaha tanpa kenal putus asa adalah sesuatu nasihat yang sering kita dengari. Tetapi, berapa ramaikah diantara kita yang sering merasa putus asa atau putus harapan dipersimpangan jalan apabila menemui jalan buntu? Inilah salah satu nilai yang diterapkan dalam karya Norzailina Nordin kali ini. Bagaimana mereka cuba mengatasi asteroid yang semakin mara, bagaimana Yuhanez berikhtiar meloloskan diri dari bulan dengan semangat cinta yang membara dan setiakawan yang dibekalkan oleh Huskin, dan banyak lagi contoh.

Bertenang dan rasional dalam menghadapi sesuatu situasi atau masalah amat digalakkan supaya tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan. Saya pasti setiap dari kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Adakalanya, pengorbanan yang pahit dan memilukan harus dilakukan untuk mengecapi kebahagiaan.



Sebagai manusia, adakalanya kita tidak terlepas dari bersikap buruk sangka. Bukankah berbaik sangka lebih baik? Jangan suka membuat andaian negatif tanpa usul periksa kerana ianya boleh mendatangkan kerugian pada diri sendiri atau mereka yang berada disekeliling kita.

Sifat cemburu seringkali mendatangkan banyak masalah dalam sesuatu perhubungan samada sesama rakan, kekasih, keluarga, mahupun suami isteri atau sesiapa sahaja. Tidak salah mempunyai sifat cemburu kiranya itu akan membuat kita bangkit dari kegagalan atau mendorong kita untuk berusaha lebih gigih lagi untuk kearah kebaikan. Tetapi, kiranya cemburu itu berniatkan ingin menghancurkan, jauhkanlah...fikir-fikirkanlah dengan kewarasan yang maxima.

Perasaan kasih sayang dan cinta adalah sesuatu yang unik. Walaupun boleh dipupuk, namun ianya tidak boleh dipaksa. Jangan pasrah, tapi belajarlah menerima takdir yang diperuntukkan untuk kita. Pasti akan ada yang lebih baik sekiranya yang diidamkan bukan gandingan. Dendam hanya akan merugikan si pendendam atau yang didendami. Memeteraikan siratulrahim adalah sesuatu yang tidak bijak sama-sekali.

Walaupun jodoh pemberian ALLAH, adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk melayari bahtera yang telah dibina. Bukan mengharapkan keajaiban berlaku tanpa berusaha! “Lelaki yang baik akan mendapat wanita yang baik, dan begitulah sebaliknya.”

Walau dimana pun kita berada, kematian itu adalah sesuatu yang pasti, hatta dibulan sekalipun!

Selamat membaca...


Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta buku yang pergi..

Sejak beberapa minggu lalu, banyak cerita-cerita mengenai pesta buku telah kami paparkan didalam blog ini. Tentang kemeriahan suasana, layanan mesra, senyuman pengunjung serta sokongan penulis dan lain-lain lagi yang memberikan kenangan paling indah dalam sejarah pesta buku. Nampaknya sampai disinilah saya tulisan saya mengenai pesta buku tersebut untuk memberi laluan kepada cerita-cerita yang lain.

Walaupun berat hati hendak melepas pergi, namun pesta yang dianjurkan setahun sekali ini setidaktidaknya memberikan satu pengalaman yang baru pada diri sendiri. Sejajar dengan tema pesta buku tahun ini iaitu, “ BUKU MEMPERKAYA MINDA, Teras mentaliti kelas pertama “, sedikit sebanyak ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini sudah berubah dan menjadi masyarakat yang suka membaca.

Terima kasih saya ucapkan kepada para ahli yang sudi untuk memberikan serba sedikit cerita selain berkongsi pengalaman mereka di pesta tersebut seperti Noor Ain, Salmah , Pu3 Chempaka, Rosha dan Abang Long sendiri.

Dan saya sendiri sebagai orang yang menulis kebanyakan cerita mengenainya turut merasa gembira dengan kerjasama yang diberikan. Anggaplah saja saya hendak beramah mesra, sebagai seorang sahabat serta teman tapi mesra gitu. Itu akan lebih memudahkan kita hendak berbual-bual dengan lebih santai lagi.

Kalau ada yang dituliskan tu tersilap atau tersasar, jangan marahlah ya. Harap ditegur-tegur selalu. Maklumlah, saya pun bukanlah pandai sangat nak menulis apatah lagi menjadi sang reporter.

Kepada staff-staff Alaf21, khususnya kepada En. Norden yang sudi memberikan kami peluang untuk sama-sama bekongsi kemeriahan “ ala-ala Hari Raya “ di Dewan Tun Hussein Onn itu. Juga Kak Wan, Kak Shadi, Ruby, Molee, Faizal, Roslan dan ramai lagi team Alaf21 yang mesra pengguna itu. Dari yang menjaga stok-stok buku, menyusun buku-buku dirak, jaga kaunter, trafik semuanya bekerja dengan tekun. Walau pun ada yang terpaksa berdiri lama dan berjalan kesana kemari melayan pengunjung, namun mereka tetap memberikan khidmat yang terbaik supaya pengunjung puas hati.

Untuk sekelian novelis, kami amat-amat menghargai senyum manis dan ramah mesra anda semua dalam melayan karenah kami. Yang sudi belanja-belanja tu, semoga Tuhan sajalah yang membalasnya, harap-harap murah rezekinya gitu.

Kalau ada kata-kata gurauan yang agak berlebihan tu harap dimaafkan sahajalah. Manalah tahu, kalau-kalau kedatangan kami, lebih-lebih lagi saya sendiri, yang selalu berkeliaran di sudut penulis, terpacak-pacak, menempel-nempel, menerjah-nerjah, mengajak bual, menanya-nanya soalan dan sebagainya, yang barangkali… membuat anda semua jadi tidak selesa pula. Kalau nak diikutkan semakin lama disana, saja jadi malu juga. Tapi kerana tugas yang digalas, saya terpaksalah tebalkan muka.

Semoga pesta buku yang lepas ini tidaklah menjadi yang terakhir untuk kita bersama dan beramah mesra. Di harapkan, jalinan ukwah dan persahabatan akan terus berkekalan dimasa-masa akan datang. Kalau ada masa, lain kali bolehlah bersua lagi.

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dipesta buku bersua lagi

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Wajah-wajah novelis Alaf21 di Pesta Buku

Cuba perhatikan wajah-wajah penulis Alaf21 dibawah. Penuh dengan warna-warni bukan? secara tak langsung kita semua boleh lihat betapa cerianya mereka dalam suasana pesta buku yang berlangsung baru-baru ini. Senyuman tak lekang dari bibir, gurau senda serta tawa mesra sering dirasai sepanjang masa berkampung di pesta buku.


Dalam pada anda membelek-belek satu persatu wajah tu, boleh lah cuba mengagak-agak wajah siapakah yang nampak paling ceria, senyuman paling manis, paling tersipu-sipu, wajah paling bulat, maintain anggun, malu-malu kucing dan lain-lain lagi..

Bukan masuk peraduan pun, saja suka-suka.. hahahah

mersik / Abg Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati