Sejak beberapa minggu lalu, banyak cerita-cerita mengenai pesta buku telah kami paparkan didalam blog ini. Tentang kemeriahan suasana, layanan mesra, senyuman pengunjung serta sokongan penulis dan lain-lain lagi yang memberikan kenangan paling indah dalam sejarah pesta buku. Nampaknya sampai disinilah saya tulisan saya mengenai pesta buku tersebut untuk memberi laluan kepada cerita-cerita yang lain.

Walaupun berat hati hendak melepas pergi, namun pesta yang dianjurkan setahun sekali ini setidaktidaknya memberikan satu pengalaman yang baru pada diri sendiri. Sejajar dengan tema pesta buku tahun ini iaitu, “ BUKU MEMPERKAYA MINDA, Teras mentaliti kelas pertama “, sedikit sebanyak ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini sudah berubah dan menjadi masyarakat yang suka membaca.

Terima kasih saya ucapkan kepada para ahli yang sudi untuk memberikan serba sedikit cerita selain berkongsi pengalaman mereka di pesta tersebut seperti Noor Ain, Salmah , Pu3 Chempaka, Rosha dan Abang Long sendiri.

Dan saya sendiri sebagai orang yang menulis kebanyakan cerita mengenainya turut merasa gembira dengan kerjasama yang diberikan. Anggaplah saja saya hendak beramah mesra, sebagai seorang sahabat serta teman tapi mesra gitu. Itu akan lebih memudahkan kita hendak berbual-bual dengan lebih santai lagi.

Kalau ada yang dituliskan tu tersilap atau tersasar, jangan marahlah ya. Harap ditegur-tegur selalu. Maklumlah, saya pun bukanlah pandai sangat nak menulis apatah lagi menjadi sang reporter.

Kepada staff-staff Alaf21, khususnya kepada En. Norden yang sudi memberikan kami peluang untuk sama-sama bekongsi kemeriahan “ ala-ala Hari Raya “ di Dewan Tun Hussein Onn itu. Juga Kak Wan, Kak Shadi, Ruby, Molee, Faizal, Roslan dan ramai lagi team Alaf21 yang mesra pengguna itu. Dari yang menjaga stok-stok buku, menyusun buku-buku dirak, jaga kaunter, trafik semuanya bekerja dengan tekun. Walau pun ada yang terpaksa berdiri lama dan berjalan kesana kemari melayan pengunjung, namun mereka tetap memberikan khidmat yang terbaik supaya pengunjung puas hati.

Untuk sekelian novelis, kami amat-amat menghargai senyum manis dan ramah mesra anda semua dalam melayan karenah kami. Yang sudi belanja-belanja tu, semoga Tuhan sajalah yang membalasnya, harap-harap murah rezekinya gitu.

Kalau ada kata-kata gurauan yang agak berlebihan tu harap dimaafkan sahajalah. Manalah tahu, kalau-kalau kedatangan kami, lebih-lebih lagi saya sendiri, yang selalu berkeliaran di sudut penulis, terpacak-pacak, menempel-nempel, menerjah-nerjah, mengajak bual, menanya-nanya soalan dan sebagainya, yang barangkali… membuat anda semua jadi tidak selesa pula. Kalau nak diikutkan semakin lama disana, saja jadi malu juga. Tapi kerana tugas yang digalas, saya terpaksalah tebalkan muka.

Semoga pesta buku yang lepas ini tidaklah menjadi yang terakhir untuk kita bersama dan beramah mesra. Di harapkan, jalinan ukwah dan persahabatan akan terus berkekalan dimasa-masa akan datang. Kalau ada masa, lain kali bolehlah bersua lagi.

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dipesta buku bersua lagi

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati