Nampaknya, novel terbaru Norzailina Nordin mendapat banyak respond yang menarik. Rata-rata mereka yang telah membaca buku ini mendapati percubaan Norzailina Nordin untuk menulis sesuatu yang lain dapat diterima ramai. Pada sesiapa yang belum lagi mendapatkan buku ini, jangan tunggu lagi..

Kami menerima satu lagi pendapat dari Salmah di Singapura mengenai novelnya yang berkisar dibulan ini. Kita ikuti apa katanya...


Saya tersenyum tatkala sampainya saya pada noktah terakhir pada karya terbaru Norzailina Nordin, dan demi melihat perkataan ‘TAMAT’ tertera dibawahnya, senyuman saya bertambah lebar dan puas! Tersenyum lebar kerana akhirnya novel yang sekian lama saya idamkan untuk memiliki dan membaca sudah terlaksana. Puas kerana banyak yang saya pelajari dari karya Norzailina Nordin kali ini sebagaimana karya-karyanya yang terdahulu.

Impian Terindah membawa ingatan saya kembali kealam kanak-kanak remaja yg waktu itu sangat minat dengan siri televisyen ‘Space 1999’. Waktu itu pernah saya terfikir, adakah saya akan dapat bertemu dengan tahun 1999? Hari ini, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup dengan penuh kenikmatan dibumi ALLAH SWT dengan mereka yang saya sayangi.


Semasa di dalam shuttle perjalanan ke bulan dan bumi, saya dihidangkan pula dengan cerita Star Wars, Armageddon, Matrix, tidak ketinggalan, Fifth Elements. Ya, saya terbayangkan cerita-cerita ini semasa melayari novel ini.

Ini adalah salah satu novel yang mencabar pembacaan dan minda saya. Terdapat banyak perkataan-perkataan scientifik yang agak asing dan membuat saya terpinga-pinga seketika. Namun itulah satu cabaran untuk pembaca. Secara tidak langsung, kita diajak berfikir sama dan mendapat ilmu dari pembacaan. Bukan saya tidak pernah dengar atau tahu langsung perkataan-perkatan saintifik tersebut sebelum ini, tetapi lebih tepat, tidak pernah dikupas makna perkataan tersebut! Terimakasih kepada penulis kerana menambahkan pengetahuan saya.

Tetapi, anda akan merasa lebih seronok membaca setelah anda diberi gambaran kecantikan alam dibulan dan ‘melihat’ kejadian gerhana matahari, terasa seperti kita sedang menikmati pemandangan tersebut di White Dome dalam Gamma 7! Apatah lagi ia disulami dengan kisah cinta yang membuai perasaan pembaca dengan kisah cinta ‘Bermuda’s Island’ yang bergelora.


Tidak dinafikan, Norzailina Nordin memberikan satu kelainan dalam karyanya kali ini. Syabas dan tahniah….kerana berani dan berjaya meneroka sesuatu yang ‘lain dari yang lain’. Pada saya, ianya satu kelainan yang harus diberi pujian kerana berani menerjah!

Mungkinkah diabad akan datang, perjalanan antara bumi dan bulan akan sebegitu mudah seperti yang digambarkan oleh penulis? Wallahualam....

“Tatkala disinari dari belakang, atmosfera bumi berkilauan disekelilingnya dengan keindahan pelbagai warna semasa matahari terbenam. Dan dari bahagian tepi itu juga, terlihat matahari yang pudar keputih-putihan dan keakan-akan percikan cahaya ke serata arah.
Tanah permukaan bulan tidak cerah lagi. Keadaan samara-samar dan gemerlapan merah tua terbias dengan cahaya matahari yang menerobos melalui bahagian tepi atmosfera bumi. Seolah-olah semua cahaya matahari tatkala terbenam sedang menyinari permukaan bulan.”..........
petikan dari novel.

Moral

Berusaha tanpa kenal putus asa adalah sesuatu nasihat yang sering kita dengari. Tetapi, berapa ramaikah diantara kita yang sering merasa putus asa atau putus harapan dipersimpangan jalan apabila menemui jalan buntu? Inilah salah satu nilai yang diterapkan dalam karya Norzailina Nordin kali ini. Bagaimana mereka cuba mengatasi asteroid yang semakin mara, bagaimana Yuhanez berikhtiar meloloskan diri dari bulan dengan semangat cinta yang membara dan setiakawan yang dibekalkan oleh Huskin, dan banyak lagi contoh.

Bertenang dan rasional dalam menghadapi sesuatu situasi atau masalah amat digalakkan supaya tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan. Saya pasti setiap dari kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Adakalanya, pengorbanan yang pahit dan memilukan harus dilakukan untuk mengecapi kebahagiaan.



Sebagai manusia, adakalanya kita tidak terlepas dari bersikap buruk sangka. Bukankah berbaik sangka lebih baik? Jangan suka membuat andaian negatif tanpa usul periksa kerana ianya boleh mendatangkan kerugian pada diri sendiri atau mereka yang berada disekeliling kita.

Sifat cemburu seringkali mendatangkan banyak masalah dalam sesuatu perhubungan samada sesama rakan, kekasih, keluarga, mahupun suami isteri atau sesiapa sahaja. Tidak salah mempunyai sifat cemburu kiranya itu akan membuat kita bangkit dari kegagalan atau mendorong kita untuk berusaha lebih gigih lagi untuk kearah kebaikan. Tetapi, kiranya cemburu itu berniatkan ingin menghancurkan, jauhkanlah...fikir-fikirkanlah dengan kewarasan yang maxima.

Perasaan kasih sayang dan cinta adalah sesuatu yang unik. Walaupun boleh dipupuk, namun ianya tidak boleh dipaksa. Jangan pasrah, tapi belajarlah menerima takdir yang diperuntukkan untuk kita. Pasti akan ada yang lebih baik sekiranya yang diidamkan bukan gandingan. Dendam hanya akan merugikan si pendendam atau yang didendami. Memeteraikan siratulrahim adalah sesuatu yang tidak bijak sama-sekali.

Walaupun jodoh pemberian ALLAH, adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk melayari bahtera yang telah dibina. Bukan mengharapkan keajaiban berlaku tanpa berusaha! “Lelaki yang baik akan mendapat wanita yang baik, dan begitulah sebaliknya.”

Walau dimana pun kita berada, kematian itu adalah sesuatu yang pasti, hatta dibulan sekalipun!

Selamat membaca...


Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati