Hmmm…sudah lama rasanya saya tidak menjejakkan kaki ke perpustakaan. Walhal hampir setiap hari melintas pagi dan petang dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.


Perpustakaan sentiasa menggamit dan melambai-lambai pada saya. Cuma saya saja yang buat dek. Sementelah lagi masih banyak lagi buku-buku yang saya borong sewaktu Pesta Buku tempohari belum pun sempat disentuh!

Dalam hati, berkata-kata….”Tak boleh jadi ni. Lama dah tak tinggal jejak kat sini’. Lagi pun dengar cerita dari kawan-kawan terdapat banyak novel Inggeris keluaran terbaru. Teringat pula cuti sekolah akan menjelma tidak berapa lama lagi. Pasti banyak novel yang bagus-bagus sudah dipinjam lebih awal, membuatkan saya lebih teruja untuk ke sana.

Beberapa hari yang lepas, dengan segala kudrat yang ada, saya mengagahkan kaki dan tetapkan hati untuk melangkah ke dalam bangunan perpustakaan. Tatkala lagkah pertama memasuki ruang perpustakaan, saya menarik nafas kelegaan. Yalah, bukan mudah untuk saya sampai ke tempat ni!

Memang benar kata-kata kawan-kawan saya, banyak koleksi novel Inggeris keluaran terbaru. Sampai tidak tahu yang mana mahu dipinjam dan dibaca dahulu. Rambang pula mata melihatkan banyak antara novel-novel itu adalah hasil garapan penulis-penulis yang saya minati.

Salah seorang remaja yang ada di situ menarik tumpuan saya. Kalau dilihat dari mata kasar saya yang agak rabun ni, rupa parasnya langsung tidak ada rencah Melayu! Tapi, bila difikir balik, apa yang hendak dihairankan? Sekarang ni ramai anak Melayu yang rupanya macam orang Cina atau Serani. Dia leka membelek satu-persatu novel-novel yang ada diatas rak-rak buku.

Rasanya tiada yang menarik minat saya dibahagian koleksi novel Melayu. Lagipun dirumah ada yang masih belum terbuka plastiknya…hehehe….Tulah bila nak beli tamaknya bukan main…sampai senget bahu nak pikul!

Sedang saya duduk santai sambil membaca salah sebuah novel yang dipinjam, datang seorang wanita menegur saya. Terpinga-pinga juga kerana rasanya saya tidak kenal langsung dengan wanita itu.

“Doesn’t you recognize me Salmah?” Berdetik dalam hati saya, siapa pulak amoi cantik ni? Aku pernah jumpa dia ke? Mata saya masih terkebil-kebil menatap wajahnya.

“Lakers and Liverpool….” dia memberi klu sambil tersenyum dan mengenyitkan mata. Bulat biji mata saya mendengar ‘kod laluan’ yang pernah saya cipta bersama seorang member kamcing hampir dua dekad yang lalu!

“Pamela!” Terjerit saya….pantas Pamela menekup mulut saya supaya orang lain tidak terganggu. Terlupa kami didalam perpustakaan ketika itu. Tidak payahlah saya cerita apa yang berlaku…pasti anda dapat gambarkan situasinya. Bayangkan anda bertemu seorang teman ketawa dan menangis yang sudah lama terpisah!

Kami keluar dan mencari tempat yang lebih sesuai untuk duduk berbual. Pasti banyak yang hendak dikongsi bersama. Semenjak beliau mengikuti suaminya ke Itali, kami terputus hubungan kerana surat kiriman saya tidak sampai kepadanya. Rupanya dia berpindah pula ke Sydney dan saya pula berpindah rumah. Entah siapalah yang dapat surat kami agaknya! Waktu itu, kemudahan komunikasi tidaklah berapa canggih seperti sekarang. Kisahnya, sudah hampir sepuluh tahun mereka pulang dan menetap ditanah tumpah darah mereka.

Hampir satu jam kemudian, kami dihampiri oleh gadis yang saya nampak didalam perpustakaan tadi. Rupa-rupanya beliau adalah anak kepada Pamela. Sudah remaja anak gadis itu.

Serene, tidak terasa janggal untuk bersama kami. Saya senang dengan tata-tertibnya. Kami dibiarkan berbual tanpa disampuk. Beliau pula santai dengan ‘café latte’ dan novel ditangan. Ralit sungguh dia membaca novel tersebut, hingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Sesekali terdengar dia ketawa kecil. Entah apa yang melucukan hatinya agaknya?! Beberapa kali juga saya berkalih pandang pada novel ditangannya. Dalam hati berkata-kata…macam kenal jek kulit buku ni….dia baca novel Melayu ke? Pamela yang peka, ketawa gelihati dengan gelagat saya.

Saya tidak boleh nak menahan gejolak dihati. Spontan Serene memandang saya dan tersenyum. Buku yang ditangan diletakkan diatas peha.

“Why Auntie? Is there something wrong with me? Do I have a cream mustache?” Bertalu-talu soalan yang ditanya sambil jarinya meraba-raba sekitar bibirnya. Saya dan Pamela tergelak sama.

“Nothing like that. But, I’m wondering about the book you’re reading! Its cover looks familiar,” saya memberi penjelasan.

“Oh, this is a Malay novel by a Malaysian author. It is a very interesting book.” Spontan dia meletakkan buku itu diatas meja. Terkejut dan bulat mata saya melihat buku yang ditunjukkan! Mamanya hanya tersenyum meleret. Mungkin mengerti apa yang bermain diminda saya.

“She reads Malay books and quite good in Bahasa. Unlike me, of course.” Pamela mencelah.

‘Kau Sayangku’ dari Bikash Nur Idris! Itulah novel yang sedang dibacanya. Patutlah rasa macam kenal jek!

“How far along have you read?”
“A third of it. It’s really a good book! I really enjoy reading it so far.”
“Where do you get this book from?”
“From a friend auntie. We exchange books all the time.”
“Where do you learn Bahasa from, in school?”

“Oh no, I had a Malaysian friend. We’re in the same secondary school and now in the same college. We have become good friends. We had a fair trade. She had difficulties with English. So, I became her private free tutor….and for the trade, I asked for Bahasa to be taught. I have so many Malay friends. Sometimes I feel lost when I’m among them. And I loves going to JB with them. Now, there’s no more chicken and duck talk! She’s a real good friend. She lends me all her novels.” Panjang lebar penjelasannya.

“So, what do you think of this one so far?”
“Great! This author…she’s humorous and she represents the young adults. Saya suka baca novel Melayu Alaf21.”

“Kenapa dengan Alaf21?”
“Sebab senang faham jalan cerita. I’ve read from others too, but I think Alaf21 use an easy approach. Even Zura said so.”

“Dah banyaklah baca novel Melayu ya?”
“Boleh tahan juga. I started reading early this year. And I enjoyed them. Furthermore, mama is not worried when I read Malay books.”
“Why?”
“Because there’s proper guidance….you know…no nonsense man woman relationship kinda thing…” katanya sambil ketawa gelihati sementara matanya dileretkan kepada mamanya. Pamela tersenyum lebar dan menggangguk.

“Novel apa lagi yang dah dibaca?”
“So far, Zura had lend me Manisnya Cinta, Kabus Kasih, Jauh, Pergilah Sepi, and this is the fifth one from Alaf. And I liked all of them.”
“Come to my house if want to read more. I’ll lend you some.” Bersinar matanya tatkala mendengar pelawaan saya.
“Really auntie?” Saya menggangguk dan memberikan senyuman.

“Weh! Since when you read Malay novels? This is news to me!” Pamela terjerit kecil. Saya ketawa gelihati. Sebab tadipun saya hanya pinjam buku Inggeris sahaja dari perpustakaan.

“It has been quite sometime. Since there’s lots of good Malay authors who wrote good books. Really you should learn Bahasa just like your daughter. Or you’ll be sitting at one corner all by yourself, while Serene and I will be sharing our thoughts.”Pamela menjeling dan mencebikkan bibirnya kepada saya. Saya dan Serene sama-sama ketawa melihat reaksi mamanya.

Sebenarnya saya merasa terharu dan bangga kerana bukan sahaja anak bangsa kita yang sudah mula minat pada tabiat membaca, tetapi ada juga anak bangsa lain yang mempunyai persepsi yang baik terhadap novel-novel Melayu. Nilai-nilai yang diterapkan membangunkan masyarakat kearah kebaikan.

Syabas juga untuk Alaf21 kerana berjaya menarik minat bukan sahaja di kalangan bangsa Melayu sendiri, malah bangsa asing juga. Bukan sahaja menarik tumpuan rakyat Malaysia, tetapi juga pembaca disekitar pelusuk Asia. Semoga terus berusaha kearah kecemerlangan membangun masyarakat berilmu melalui pembacaan.


( Antara novel-novel yang dibaca oleh Serene Chang )

Seperti kata Abang Eyman Hykal…”Kita semua adalah mangkin yang membantu menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat. Sama2 kita teruskan, ya?” ….petikan dari chat box blog Alaf21 FC.

Saya percaya kita boleh melakukannya dengan gandingan yang mantap dan kukuh.

Salmah

26 Mei 2007

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati