Dalam setiap kejayaan novel yang laris dipasaran, ada insan2 tertentu yang terlibat dibelakang pembikinannya yang agak penting untuk memastikan novel tersebut memenuhi citarasa semasa. Orang yang bertungkus lumus memeriksa setiap helaian manuskrip, setiap perkataan, ejaan dan juga tatabahasa atau apa sahaja untuk memastikan hasilnya berkualiti.
Bayangkan sebuah novel atau buku tanpa editor. Tentu sekali buku yang dibaca agak membosankan dengan susunan ayat yang tidak teratur, gaya bahasa yang celaru serta ejaan yang tak betul. Pembaca akan mengeluh dan kecewa dengan persembahan buku tersebut.
Alaf21 FC berbesar hati kerana dapat menemuramah salah seorang dari editor Alaf21 yang telah hampir 5 tahun bertugas di syarikat penerbitan tersebut. Beliau yang kami maksudkan ialan Pn. Rubiah Aksah atau lebih dikenali dengan Ruby sahaja. Tugasnya disana selain dari menjaga website Alaf21, beliau juga yang bertanggungjawab mengedit buku-buku novel dan umum.
Berkelulusan dibidang Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang penerbitan dari UiTM, Shah Alam, membuatkan beliau mempunyai kelebihan bekerja dalam bidang penerbitan buku. Walau pun cita-cita awalnya nak jadi pensyarah namun setelah beberapa kali interview tak ada rezeki yang datang, akhirnya beliau akur. Agaknya memang sudah ditakdirkan dia menjadi seorang editor. Bersesuai benarlah dengan bidang yang diambil di UiTM dulu.
Beliau juga sudah 9 tahun berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Dua anak perempuan dan seorang lelaki. Berusia antara enam bulan hingga lapan tahun. Kini tinggal bersama-sama keluarganya di Klang.
Ramai diantara kita tidak mengetahui apakah tugas sebenar editor. Walau pun kita tahu ia berkaitan dengan buku tapi ada perkara2 tertentu yang kita mungkin tidak menyedari. Kita ikuti tembual Abg Long (AL) bersama Pn Ruby. (RUBY) yang diadakan tidak berapa lama dulu.
(AL) : Didalam proses mengedit sesebuah manuskrip, perkara apakah yang paling sukar sekali dan mengambil masa yang lama?
(RUBY): Perkara yang paling sukar ketika mengedit bila berhadapan dengan cerita yang memerlukan fakta. Ada sesetengah penulis, terutama penulis baru tidak melakukan rujukan ketika menulis. jadi, editor yang perlu mengesahkan sesuatu fakta itu. Jalinan plot dan subplot adakalanya mereka tidak ambil kira. Perjalanan sesuatu cerita itu perlu lancar dan seimbang. Kerana itu kita terpaksa berbincang dengan penulis.
(AL): Setakat ini, sudah berapa banyak novel yang diedit?
(RUBY): Sudah tidak terkira. Tak ingat berapa. Bukan setakat novel, malah buku umum seperti motivasi, akademik dan soal jawab resipi turut diedit.
(AL): Antara novel dengan buku-buku umum yang lain itu, yang mana yang lebih senang diedit atau diproses?
(RUBY) : Bagi saya buku umum agak senang diedit. Di sini saya boleh katakan novel mempunyai ketebalan muka surat lebih daripada 400 sedangkan buku umum lebih kurang 300 muka surat sahaja. Namun, saya perlu berjaga-jaga isi kandungan buku umum agar tidak berlaku sebarang masalah seperti fakta dan tatabahasa.
(AL): Berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesebuah manuskrip itu diproses sehingga menjadi sebuah novel yang lengkap bercetak?
(RUBY): Alaf 21 sudah menerbitkan tiga novel dalam sebulan. Jadi, sesebuah manuskrip itu perlu disiapkan dalam masa sebulan. Lengkap dengan covernya sekali.
(AL): Pengalaman waktu mengedit?
(RUBY) Berhadapan dengan pelbagai rencah cerita yang ditulis oleh penulis. Namun, banyak perkara yang perlu diterangkan kepada penulis masalah-masalah yang terdapat dalam manuskrip mereka. Sebagai editor, kita perlu menerangkan sesuatu yang logik untuk mencantikkan cerita. So far, mereka dapat terima pendapat kita.
(AL): Apa pendapat Ruby dalam melihat perkembangan seni novel masa kini yang semakin banyak dan ghairah menyajikan tema2 cinta dan kisah masyarakat yang berulang-ulang?
(RUBY): Bagi saya, tidak salah novel itu bertemakan kemanusiaan seperti cinta, kasih sayang, kekeluargaan dan sebagainya. Tetapi biarlah berlainan corak atau perjalanan cerita yang sedap dibaca. Penulis tidak kira daripada penerbit mana sekalipun, lebih suka menulis cerita sebegitu. Jadi, biarkanlah mereka dengan gaya persembahan dalam novel. Cuma, saya hendak tekankan di sini, pembaca lebih suka cerita-cerita bercorak cinta.
(AL) : Apa perasaan dan pengalaman berkerja di Alaf21 terutamanya kerja dengan big boss, En. Norden?
(RUBY) : Okaylah. Tak ada masalah besar sangat bekerja di bawah beliau. Apa yang disuruh, kita buat.Dia ada banyak idea untuk menaikkan nama syarikat. Jadi, kita ambil idea untuk direalisasikan demi keuntungan dan kemajuan syarikat.
(AL): Ruby tak teringin ke nak menulis cerita sendiri? Menjadi penulis? memandangkan segala pengetahuan dan latihan serta cara-cara telah difaham benar.
(RUBY): Ada perancangan. Malah, sedang menulis. Ada masa berhenti sekejap dan ada masa sambung semula. Hal ini kerana, saya perlu membuat rujukan. Itu sangat penting.
(AL): Ucapan buat peminat-peminat novel ALAF 21 untuk Tahun 2007?
(RUBY): Setelah dua minggu, kita berada di tahun 2007. Saya berharap agar peminat-peminat novel terus memberikan sokongan padu kepada Alaf 21. Jadikan bahan-bahan bacaan Alaf 21 sebagai pengisi minda.
Itu sahaja soalan-soalannya yang sempat kami tanyakan kepda Pn. Ruby. Kami di Alaf21 FC mengucapkan jutaan terima kasih kerana Pn Ruby sedia berkongsi serba sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam bidang editorial ini.
Di harap beliau akan success selalu dalam kerjayanya dan berjaya dalam apa juga cita2 yang dihajatkan. Sampai berjumpa lagi.
mersik
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2007
(158)
-
▼
January
(18)
- Diari seorang peminat novel..
- Sepetang bersama Eka Fahara..
- Sekitar Jualan buku Di Premis Alaf21, Shah Alam
- Selamat Jalan Nia Azalea...
- PESTA BUKU ALAF21 KEMBALI
- Bersama Aleya Aneesa
- Mesej Kak Lina
- KUIZ TEKA CARTA CINTA SANG RATU MENDAPAT SAMBUTAN ...
- Pertemuan Ahli Kelab Alaf21 FC
- Alaf 21 berkongsi derita bersama mangsa banjir.
- Bertemu Novelis Tiga Sekawan...
- Ulasan Novel : Jika Benar Cinta - Lynn Dayana
- Peraduan Teka Carta novel2 Ramlee Awang Murshid ke...
- Bersama Editor Alaf21, Pn. Rubiah Aksah
- Ucapan penghargaan dan terima kasih...
- Majlis Pelancaran Lima Novel, Norzailina Nordin
- Ulasan Novel : Sejujur Hatimu - Umi Azrini
- Melangkah ke Ambang 2007
-
▼
January
(18)
2 comments
Comment by aida wanda on 11:00 PM
salam hormat..
saya seorang pelajar UM..ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kerjaya seorang editor.Saya sangat berbesar hati sekiranya pihak Alaf 21 membenarkan saya untuk menemuramah seorang editor.Apakah prosedur yang perlu saya lakukan berhubung perkara ini.
Comment by Adik@Zanna on 3:46 PM
asslmualaikum...saalam pekenalan...saya zanna dari johor bahru...selama saya baca novel alaf 21 ni...dan novel yang lain terutama novelgenre thriller dengan seram...saya ada juga minat menulis...
Post a Comment