Archives

Inilah harinya..

Hari ini, seawal pagi kami semua akan berada di Karangkraf mengadakan lawatan seperti yang telah dirancangkan lama dulu . Semoga ianya akan memberikan satu pengalaman yang manis disamping bertemu dan beramah mesra dengan staff2 karangkraf serta novelis yang berada disana.

Selain dari itu kami di Alaf21 FC juga ingin mengucapkan ,

Selamat hari kebangsaan yang ke 49 ,

Kepada anda semua rakyat Malaysia. Juga Selamat bercuti dan semoga semangat kemerdekaan akan terus membara dihati anda semua dan sentiasa mencintai tanah air kita tanpa rasa berbelah bagii.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Jualan Buku Di Alamanda Putrajaya - Tetap Meriah

Pesta Jualan buku anjuran MPH di pusat membeli belah Alamanda Putrajaya amat meriah sekali dengan sambutan orang ramai. Lokasi jualan yang diletakkan ditengah2 ruang legar dan dikelilingi dengan pagar serta pintu masuk ala2 taman yang cantik menambahkan lagi seri kawasan tersebut. Bahan2 yang dipamerkan juga disusun kemas dengan laluan2 yang mudah untuk pengunjung lalu lalang. Terdapat juga booth2 dari penerbitan yang lain seperti PTS , Al Ameen dan juga Creative Enterprise diluar kawasan tersebut..

Buku2 Alaf21 yang pelbagai tema dan juga novel2 terkini dijual dengan harga diskaun 10% hingga 15% menambahkan lagi ghairah pengunjung untuk memborong sebanyak yang mungkin. Keadaan tidaklah begitu sesak sangat namun pengunjung mempunyai kesempatan untuk memilih serta membelek2 buku yang diminati.


Secara keseluruhan Jualan buku2 di situ agak meriah juga . Ramai pengunjung berhenti dirak2 buku Alaf21 untuk melihat2 buku yang menarik selain mencari buku2 yang dihajatkan. Sejak kebelakangan ini rangkaian kedai buku MPH kerap menganjurkan jualan buku secara besar2an. Di beritakan, MPH di Mid Valley juga akan mengadakan jualan yang sama untuk minggu2 akan datang. Bulan membaca tdak semestinya pada bulan Julai Ogos sahaja malah boleh dikatakan sepanjang tahun.

Saya dan Abg Long tiba di sana lebih kurang pukul 1.00 tgh hari. Jangkanya selain untuk melihat suasana , kami juga hendak bertemu novelis untuk mendapatkan sedikit berita. Namun setibanya disana, kami agak terpinga2 sedikit kerana tidak satu pun novelis Alaf21 yang ditemui. Kami tunggu juga beberapa lama sebelum terserempak dengan staff Alaf21. katanya Sri Diah dan Nia Azalea ada datang tapi sudah balik.

Kami akhirnya menjadi semakin kecewa kerana diberitahu tiada novelis akan ada disitu sehingga petang nanti. Kebanyakannya akan dapat bersama pada keesokan harinya (Ahad). Dah tak ada rezeki kami agaknya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Shanika Latisha.

Hari jadi atau hari kelahiran merupkan hari yang paling bersejarah dalam hidup setiap insan. Dimana, pada hari itu kita telah dilahirkan Maka tiap2 tahun pada tarikh tersebut bertambahlah setahun usia kita diatas muka bumi ini.

Amat meriah kalau Hari jadi kita itu turut dikenangi oleh orang lain seperti keluarga , adik beradik , kawan2 , insan2 tersyang dan lain2. Dan hari ini , Sabtu , 26 hb Ogos merupkan hari lahir untuk novelis kita yang comel iaitu Shanika Latisha. Usianya genap..hmm berapa ye ? lebih kurang setengah abad lah gitu. Namun sudah cukup untuk mematangkan beliau dalam meniti hari2 yang berlalu menempuhi kehidupan yang berbagai cabaran ini.

Tahukan anda bahawa nama sebenarnya juga adalah Shanika, iaitu Shanika binti Abdul Latip, berasal dari Pulau Pinang. Oh patut ler nampak cun , ada2 rupa macam anak mami. Anak sulong dari 4 adik beradik. Beliau juga adalah graduan dari UIA dalam bidang Sosiologi dan Antropologi. Dan khabar2nya sekarang sedang sibuk ya amat dengan kerjaya kewartawanannya.

Tak berapa banyak juga yang dapat dicungkil mengenai novelis kecil molek ini . Mungkin sebab beliau terlalu low profile dan kesibukanya juga membuatkan Alaf21 FC sukar mendapat masa yang sesuai untuk menghampirinya. Tentunya ramai juga peminat2 diluar sana yang teringin hendak mengetahui perkembangan Shanika dari masa ke semasa.

Walau bagaimana pun , kami di Alaf21 FC serta para peminat semua mengucapkan,

SELAMAT HARI JADI kepada Shanika Latisha.


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ceria selalu dalam menghadapi hari2 mendatang. Success dalam kerjaya disamping dapat menghasilkan lebih banyak lagi novel2 yang menyengat dimasa2 akan datang.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SELAMAT HARI WANITA

Tanggal 25 Ogos 2006, amat bermakna kepada semua kaum wanita seantero dunia. Betapa besarnya pengorbanan dan tanggungjawab seorang wanita kepada keluarga, bangsa dan agama. Mengapa dikatakan sedemikian, kerana seorang wanita mampu menjadi seorang isteri, seorang ayah dan juga seorang anak. Bak kata pepatah, "tangan yang membuai buaian, bisa menggoncang dunia". Selemah-lemah wanita, bisa mencipta kejayaan. Lihat sahaja novelis-novelis wanita yang telah berkeluarga dan bekerjaya, berjaya menghasilkan kejayaan satu demi satu hingga membanggakan keluarga mereka masing-masing.

Wanita, tonggak kepada kejayaan seseorang lelaki. Wanita, inspirasi bagi seorang lelaki. Wanita, ibu tempat anak-anak mencurahkan kasih sayang dan bergantung harapan.

WANITA HARI INI - Syabas! Kerana telah berjaya mengharumkan nama mereka di persada dunia.
-rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PERMINTAAN RAMAI

ALAMAT: ALAF21 & KARANGKRAF

Pihak Kelab telah menerima banyak pertanyaan berhubung alamat ALAF 21 dan KARANGKRAF, dan sebagai memenuhi permintaan tersebut, maka dibawah diberikan alamat penuh kedua - dua premis tersebut:

ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor.
http://alaf21.com.my/

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40220 Shah Alam, Selangor.
http://www.karangkraf.com.my/


Terima Kasih
Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jualan Buku di MPH Bookstore, Alamanda , Putrajaya

TEMPAT : MPH BookStore, ALAMANDA, PUTRAJAYA

TARIKH: 26 & 27 OGOS. 2006 ( Sabtu dan Ahad )


Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Precinct 1, 62000 Putrajaya



Sudah baca BILA CINTA MEMBARA, PASRAH KASIH oleh Novelis MAZIA HARRIS ?. Beliau ada disana.

RELA KUMENANTI – DAMYA HANNA, akan turut menanti disana …

HATI YANG TERUSIK – Tidakkah hati anda terusik untuk bertemu NIA AZALEA ?

HATIKU DI HARAJUKU – tetapi kali ini RAMLEE AWANG MURSHID, akan bertemu anda, bukan di Harajuku tetapi di ALAMANDA … dekat sangat ….

Silalah datang beramai – ramai, beramah mesra bersama novelis serta bergambar kenang-kenangan beramai – ramai …

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SHARIFAH ABU SALEM

Masihkah Ada Kasih, Gerimis Di Hati, Pesona Rindu,
Janji Diana, KAMASUTRA, Sembilu 2005,
Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, TIADA LAGI MIMPI


Buat anda, Peminat Novel ALAF21, khususnya peminat setia Novelis Sharifah Abu Salem, adakah anda telah memiliki kesemua Novel hasil garapan beliau ?, jika belum, renung - renunglah gambaran muka hadapan novel beliau, andainya ada yang terlepas, sila dapatkan dari ALAF 21 segera.

Melalui saluran Kelab, kami telah mengambil inisiatif dengan mewar - warkan berita yang menggembirakan ini untuk peminat novel di Indonesia, supaya kegembiraan ini dapat dikongsi bersama, dan semoga persaudaraan di antara dua buah negara berjiran dapat dieratkan lagi.



Silalah dapatkan novel Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi dalam versi Indonesia yang telah dipasarkan dinegara itu .

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

TAJUK BUKU

RAHSIA HERBA, DASAR APARTEID TERHADAP WANITA ISLAM DI MALAYSIA, MEMBELA ISLAM, SEIRING SEJALAN, INDAH DI MATA, FATWA PANDUAN SOLAT, FATWA HAJI, HANYA WANITA, HANYA LELAKI, BIAR BETUL-BETUL, BERJAYA DALAM KERJAYA, ISLAM LIBERAL, KE ARAH KELAHIRAN MELAYU GLOKAL, MEMBINA PERIBADI MUSLIM, SYEIKH AHMAD YASSIN, TALFIQ, KEMUSYKILAN REMAJA, 300 SOAL JAWAB, MEMBINA RASA CINTA, UMRAH & ZIARAH, SOAL JAWAB PUASA-4, SOAL JAWAB PUASA-3, SOAL JAWAB PUASA-2, SOAL JAWAB PUASA-1, ISLAM PILIHANKU, ASAM GARAM GULA & KOPI, KEMUSYKILAN IBADAH 300 SOAL JAWAB, JANGAN TIDAK-TIDAK, BELAJAR CARA BELAJAR, SERIBU SATU PERIBAHASA MELAYU, MEMBINA JATI DIRI GEMILANG, KISAH AJAIB TERPILIH, HEMBUSAN SALJU DI MAKKAH, 1001 PETUA, NAK KE TAK NAK, MEMBINA HATI BAHAGIA, MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG,


Setiap perkataan diatas adalah tajuk bagi setiap bahan bacaan terbitan ALAF 21, samada bahan bacaan tersebut bertaraf ilmiah atau separa ilmiah, anda tidak akan rugi memilikinya. Disamping membaca novel dari pelbagai genre, kita juga dapat memantapkan lagi ilmu didada dengan bahan bacaan yang tersenarai diatas, bahan yang mencakupi pelbagai bidang dan jurusan, dari hal ehwal remaja, motivasi, perjuangan, permasalahan gender, hinggalah fatwa terkini dalam dunia Islam, semuanya didedahkan untuk kepentingan agama, bangsa dan Negara.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SRI DIAH


Sri Diah, nama yang tidak asing lagi dipersada seni penulisan NOVEL.
Sebagai pembaca, peminat, dan pencinta NOVEL, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mendapatkan hasil garapan dari Sri Diah, dan bagi peminat setia Sri Diah, adakah anda telah memiliki kesemua koleksi NOVEL diatas ?

Karya-karya Sri Diah banyak berpijak pada realiti dan ditulis berdasarkan adaptasi dan pengalaman sebenar sama ada pembaca majalah-majalah kelolaannya, jiran, kenalan dan menerusi bahan-bahan bacaan. Untuk memberi impak yang berkekalan, watak-watak, lokasi dan konflik dalam novel-novel Sri Diah digarap secara terperinci berasaskan kejadian sebenar dengan bahasa yang telus. Ia banyak berkisar pada kehidupan korporat, keruntuhan rumahtangga, perebutan kuasa dalam perniagaan dan tipu muslihat manusia yang tidak pernah puas dengan kuasa dan kekayaan dunia.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

LOGO BARU DIRUANGAN FORUM LAMAN WEB ALAF21

Bagi anda yang pernah memasuki RUANGAN FORUM di ALAF 21, LOGO diatas adalah LOGO BARU yang lebih ceria dan interaktif. Sila layari ,

http://www.freepowerboards.com/forumalaf21/

Jangan biarkan apa yang bersarang diminda anda terbiar begitu sahaja. Tinggalkan jejak anda, berikan komen, maklumbalas, atau apa sahaja, terutama sekali tentang novel atau bahan terbitan ALAF 21.

Untuk pengetahuan anda, terlalu banyak faedah yang anda boleh dapatkan di ruangan FORUM itu, salah satu daripadanya ialah, dari sudut sejarah, bermula dari ruanngan FORUM itulah, maka terjadinya episod pertemuan diantara para forumers hingga tertubuhnya KELAB PEMINAT ALAF 21 atau nama ringkasnya ALAF21 FC.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Saya Anak Malaysia

( Foto , ihsan dari Utusan Malaysia Online )

Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita mencapai kemerdekaan. Sebagai seorang anak Malaysia, saya berbangga dilahirkan di negara yang tercinta. Negara yang terkenal dengan kemakmuran dan kedaulatannya. Negara yang memiliki khazanah warisan budaya yang berbagai dan tidak ada diskriminasi perbezaan bangsa jua agama.

Namun, mengapa hari ini minda kita masih dibelenggu oleh penjajahan barat? Di mana semangat cintakan negara?, cintakan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda? Salah satunya budaya Inggeris. Jadi, fikir dan renung kenapa budaya membaca bahasa Malaysia masih belum meluas di minda masing-masing. Martabatkan budaya melayu supaya berada di hierarki yang teratas demi sebuah kejayaan bangsa dan agama.

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Hamparan Kasih - Amy Batrisya

Menceritakan kisah pergolakan kehidupan dalam keluarga Tn. Shamidi dan Pn. Aishah gara-gara anak lelakinya, Idham yang ditunangkan dengan anak kawan karibnya, Soraya terputus pertunangan di pertengahan jalan gara-gara Idham mengahwini gadis yang dicintai, Kartika. Kerana malu, keluarga Soraya telah terputus hubungan membawa diri jauh dari Semaling. Hakimi, adik angkat Soraya terputus persahabatan dengan Marina, adik Idham. Idham dibuang keluarga kerana berkahwin dengan Kartika, keturunan perempuan joget. Masa mendewasakan Marina dan Hakimi.

Kerana perasaan simpati dan kasih sayang mendalam, Marina berusaha menjejaki anak saudaranya, iaitu darah daging kepada Idham yang dikatakan telah diserahkan di Rumah Asuhan Sri Andalas itupun setelah mendapat tahu berita kematian abang dan kakak iparnya. Marina juga berusaha menjejaki Makcik Bibah, pengasuhnya sejak kecil. Pelabagai taktik digunakan oleh Marina dalam usaha menjejak Bani, si comel peninggalan arwah Idham dan Kartika. Begitu juga dengan Mackcik Bibah.

Tuhan Maha Kaya bila mempertemukan Marina dengan Bani dan Makcik Bibah semula. Bukan itu sahaja yang mengembirakan hatinya, malah dia dipertemukan jua dengan Hakimi, teman rapatnya semasa kecil dahulu.Pergolakan keluarga Tn. Shamidi berlaku lagi apabila Marina berdegil ingin membawa pulang Bani sebagai cucu kepada abah dan mamanya. Tn. Shamidi menentang keras-kerasan sehingga membuat Marina kecewa dan membawa diri.

Marina pula semakin keliru bila Hakimi meluahkan perasaan cinta. Sedangkan dia bimbang luka lama akan berdarah kembali bila cintanya juga akan mendapat nasib yang sama seperti Idham, tidak direstui keluarga.Hakimi berterus-terusan menagih kasih dan sayang Marina. Hanya Marina yang layak bertakhta di hatinya.

Demi Bani dan Marina, Hakimi rela menanggung segala-galanya. " For God's sake Marina, you just don't know how much I love you that I don't even care if Bani is your own child".

Apa agaknya perasaan Tn. Shamidi tentang keputusan Marina ? Adakah dia reda atau merelakan kejadian yang lalu berulang kembali . Bagaimana pula dengan Bani? , iaitu cucu mereka sendiri. Untuk mengikuti pengakhiran cerita ini, jangan lupa membaca novel tersebut yang pastinya akan membuat perasaan anda terusik.

Komen:


Saya begitu tertarik dengan garapan Amy kerana dia adalah seorang yang berbakat. Gaya penulisan yang menarik, santai dan menawan hati pembaca. Cerita ini meninggalkan kesan yang menarik dalam diri saya. Pengajarannya, air yang dicincang takkan terputus begitulah dengan tali persaudaraaan.

Saya suka mengimbas detik-detik Marina melayan karenah budak-budak di rumah anak yatim. Ketabahan Hakimi memikat hati Marina bisa menggoncang iman semua kaum wanita di muka bumi. Saya terpegun di saat Hakimi melafazkan kata-kata cinta. Luruh jantung hati. ( **** - best)

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Membaca , Membeli belah , Merdeka !!


Bulan Julai diisytiharkan sebagai bulan membaca, Ogos disambut ceria dek kerana bulan membeli - belah dan dipenghujungnya seluruh rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 49.

Namun dari ketiga - tiga peristiwa itu, yang kelihatan meriah dan paling mendapat sambutan ialah Hari KEMERDEKAAN (oleh yang demikian, jadilah seorang yangPATRIOTIK, walau dimana kita berada).

Diikuti pula dengan Pesta Membeli - belah (berbelanjalah ala kadar mengikut keperluan, dan bukan mengikut kemahuan, walau diwaktu itu, banyak tempat yang menawarkan jualan murah.

Namun jelas, Bulan MEMBACA itu sendiri kurang menyerlah !, KENAPA ?

Kelihatan dimana - mana, rakyat Malaysia kurang memperkatakannya, malah tidak keterlaluan, jika saya katakan ada dikalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu (atau tidak mahu ambil tahu atau ambil peduli), tentang bulan membaca ini.

Hakikat yang perlu disedari oleh semua adalah, sesebuah negara itu hanya akan maju dalam erti kata yang sebenar bila rakyatnya, mempunyai BUDAYA MEMBACA, dan berjalan seiring dalam apa jua bidang.

Renung - renungkanlah ….

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tanya Novelis Khadijah Hashim

Khadijah Hashim merupkan ikon yang tersendiri dalam bidang penulisannya. Novel2nya seperti , Jauh dikenang dekat disayang , Di ruangmu – Aku disini , Mencari Azizah dan juga Mira Edora amat menarik dan begitu berkesan sekali suatu ketika dahulu .

Novelnya yang berjudul Mira Edora telah pun difilemkan pleh pengarah Aziz M.Osman awal tahun 90an dulu .



Kini , novel nostalgianya berjudul Badai Semalam sudah pun diterbitkan semula oleh Alaf21 . Semoga dengan kehadiran salah satu dari novel yang pernah digarapnya , para peminat akan dapat mengenang semula akan cerita tersebut selain menjadikannya sebagai koleksi yang tetap segar sepanjang zaman. Khadijah Hashim sendiri merupakan idola dan sering menjadi rujukan oleh penulis2 yang masih baru dan memerlukan bimbingan . Pengalamannya dalam bidang penulisan amat luas dan begitu berharga sekali

Dan sekarang anda peluang anda untuk berinteraksi dengan Khadijah Hashim menerusi kolum “ Tanya Novelis “ yang disediakan oleh Alaf21 . Anda boleh tanya apa saja soalan2 berkenaan kerjaya , aktiviti semasa , perihal novel dan lain2 lagi.

Sila layari link dibawah untuk makluman

http://alaf21.com.my/buletin_isnin/tanya%20novelis/N_tanya.htm

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lawatan

Lawatan ke Karangkraf : 15 hari lagi.! Tak lama dah tu..

Kepada semua yang telah terpilih untuk mengikuti lawatan tersebut , satu mesej untuk pengesahan telah dihantar kepada anda semua .

Untuk mengesahkannya , bolehlah membalas mesej tersebut ( melalui balasan SMS ) atau email terus pada blog Alaf21 FC .

Sekian untuk makluman .

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novel Nostalgia : Tetap segar sepanjang zaman

Siapa ingat kisah hidup keluarga Lahuma ? . Hidup sebagai anak tani, terpaksa berhempas-pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencana yang merosakkan tanaman padi mereka.

Mampukah anda merasai penderitaan yang ditanggung oleh keluarga tani ini? Apakah perjuangan-perjuangan yang pernah dilalui oleh mereka.


Bagaimana pula dengan kisah hidup Mazni yang saban kali diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan . Meratapi ibu yang pergi mengadap ILAHI angkara fitnah manusia . Bagaimana dengan pengorbanan cintanya ? Terlalu banyak badai yang menimpa .

Demikian la sebahagian dari kisah2 lama yang masih segar di hati kita. Dua buah novel yang popular statu ketika dahulu iaitu Ranjau Sepanjang Jalan ( Shahnon Ahmad) serta Badai Semalam ( Khadijah Hashim ) . Di garap dengan indah oleh para sasterawan yang punya nama2 besar. Kini , naskah tersebut telah diberi nafas baru oleh Alaf21 supaya anda boleh memilikinya disamping menjadi koleksi sepanjang zaman. Ada juga dari naskah2 ini digunapakai disekolah2 atau institiut pengajian sebagai bahan2 rujukan.

Karya yang tetap segar ini selain untuk tatapan generasi baru , banyak juga mengandungi mesej yang tersirat melalui watak2 yang dikisahkan.

Segeralah mendapatkan naskah anda hari ini.


Tiada yang lama , tiada lah yang baru .

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Bila Cinta Membara - Mazia Haris

Kamarul dan Syamsidar, pasangan muda yang bercinta dan akhirnya berjanji setia untuk sehidup semati mendirikan rumahtangga. Di awal perkahwinan mereka bahagia sehinggalah mendapat cahayamata peremppuan dan lelaki. Tambahan lagi Syamsidar memiliki ciri-ciri wanita idaman Kamarul, cantik dan lemah lembut. Namun, badai melanda kebahagiaan rumahtangga mereka bila salah seorang dari mereka mula berubah hati. Syamsidar memiliki segala-galanya cuma kesepian yang membuatkan dirinya terpinggir dan memberontak. Kerana terlalu menurut perasaan, tidak berlandaskan agama, Syamsidar mula bertindak mengikut perasaan.

Kerana terlalu kesepian, dihimpit oleh tekanan perasaan, Syamsidar mula menjalin hubungan cinta dengan seorang kenalan yang dahulu hanyalah sekadar teman biasa, teman yang dipertemukan dalam sebuah show yang mana Syamsidar menjadi modelnya. Syamsidar mula hanyut dibuai perasaan. Namun dalam setiap apa yang dilakukan, dia sentiasa dihimpit oleh keresahan, kebimbangan di atas kecurangannya tersebut. Dia tidak menyangka sebegitu intim sekali perhubungan dengan Jefrey telah membuat dia terjerumus ke lembah zina. Dia telah melakukan dosa-dosa besar. Bukan hanya sekali malah setiap kali mereka bertemu, lebih dari itu yang dilakukan.

Jefrey begitu tulus menyintai Syamsidar walhal dia sudah mengetahui perempuan itu telahpun berkahwin. Jefrey, pemuda kacukan serani yang disangka Islam oleh Syamsidar sanggup untuk menyunting Syamsidar dan begitu menyintainya sepenuh jiwa. Kemana sahaja Syamsidar pergi, dia pasti menjejakinya. Selama mana Syamsidar menyembunyi kecurangannya, selama itulah hatinya tidak tenteram. Layanan dingin yang diberikan kepada Kamarul membuatkan suaminya meraguinya. Suaminya, Kamarul mula mengesyaki dirinya. Akhirnya, kerana perkhabaran berita oleh teman sekeliling, Kamarul memberanikan diri bersoal jawab dengan Syamsidar. Syamsidar mengaku dan meminta dilepaskan dengan cara yang baik. Kamarul menceraikan Syamsidar dan Jefrey berusaha untuk mengahwini Syamsidar. Keputusan telah diputuskan. Syamsidar tidak akan mengahwini Jefrey kerana lelaki itu masuk Islam semata-matanya bukan kerana agama.

Syamsidar memerlukan sesorang untuk membimbingnya ke jalan yang benar. Dia sudah bertaubat. Dia tidak lagi menjadi model. Akhirnya, Syamsidar bahagia dengan perubahan hidupnya. Jefrey membawa diri. Kamarul bertemu jodoh dengan Inspektor Dayana, gadis Sabah yang telah memeluk Islam dan berjaya mencuri hati Kamarul.

Ulasan :

Saya mula-mula menyangkakan novel ini hanyalah novel biasa. Tanggapan pertama, saya bimbang dan takut bila membaca sinopsis di belakang novel ini. Takut mengoyah keperibadian saya sebagai seorang isteri. Bila helaian demi helaian diselak, ia mula mendatangkan teruja untuk mengetahui kesudahannya. Novel yang boleh dijadikan iktibar kepada semua isteri-isteri.

Jalan cerita yang menarik, saya membayangkan ala-ala cerita GERAK KHAS lakonan Norman Hakim. Ada beberapa petikan dalam novel itu yang menambat hati saya. "Kalau dia bohong, tuhan marah dia". "Take a deep breath and count ten times". "Mood pembersihan setiap bulan". Kalau ingin mengetahui apa yang dimaksudkan itu, dapatkan novel ini dengan segera. ****(Best- tidak rugi membacanya").

rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bertemu Novelis di Plaza Angsana , Johor Bahru

Kepada anda yang berkesempatan untuk mengunjungi Plaza Angsana Johor Bahru , disamping memeriahkan jualan buku baru2 ini , sudilah kiranya berkongsi kenangan manis anda bersama kami . Ceritakan juga pengalaman2 dan perasaan anda apabila bertemu dengan novelis yang anda minati.

Sila emelkan anda kepada kami . Nanti kami akan siarkan

mersik

JUALAN BUKU DI KEDAI BUKU BADAN CEMERLANG, ANGSANA

TEMPAT : KEDAI BUKU BADAN CEMERLANG, ANGSANA, JOHOR BAHRU
TARIKAH : 5 & 6 OGOS 2006

Antara Novelis yang hadir ialah EYMAN HYKAL, MAZIAH HARRIS, DAMYA HANNA, BIKASH dan NAS AHMAD

5 OGOS ( 3.00 - 6.00 PETANG) ,

6 OGOS (12.00 TENGAH HARI - 2.00 PETANG)

Bagi anda yang tinggal disekitar Johor bahru dan Singapura . Jangan lepaskan peluang ini . Marilah kita beramai2 memeriahkannya . Jumpa anda disana !

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Luahan Hati....

Pohon maaf kerana tidak dapat bertemu dan beramah mesra dengan lebih lama, sama ada yang berkempatan atau tidak bertemu dengan saya tempohari semasa MidValley Exhibition Centre pada 29 Julai 2006. Saya telah berada di sana selama dua jam dari jam 12.00 - 2.00 petang. Memandangkan keesokannya saya komited dengan exam, saya terpaksa meninggalkan MidValley dengan lebih awal seperti yang dirancangkan pertemuan jam 3.00 petang. Kebetulan selepas habis exam pagi tersebut, saya sudah merasa tidak sihat. Sangkaan saya tepat kerana keesokannya saya diserang demam. Mungkin juga stress. Ralat rasanya tidak dapat bertemu dengan Ayu Emelda, Abang Long, Mersik, Rombongan Cik Kiah dan yang lain-lain. Insyaallah, jika berkesempatan kita akan bertemu pada lawatan 30 Ogos 2006 nanti.

Selama 3 hari jatuh sakit banyak mengajar saya erti ketabahan, kecekalan, kesabaran, keimanan dan kerinduan. Tiba-tiba saja, saya berasa keinsafan datang menjalar dalam diri. Kerinduan yang membuak-buak. Perlukan perhatian dan kasih sayang. Kesayuan dan kesebakan yang membuat hati saya cepat tersentuh dan berkecil hati. Saya beristigfar panjang, menyedari kesilapan diri. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap kesakitan ini. Saya bersyukur kerana di sekeliling saya ada suami, anak-anak dan teman-teman yang tidak putus bertanya khabar. Paling syahdu sekali perkhabaran dari seorang teman jauh menyampaikan salam mesra. Terima kasih atas ingatan anda semua.

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Hadirmu Satu Kurnia - Fariza Zuliana

Sinopsis :

Jazlan (Alan), seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab telah jatuh hati pada teman sepermainan sewaktu kecil hinggalah dewasa bersama-sama. Akhirnya Alan telah melamar Fidelya, (Delya) menjadi suri hatinya. Setelah bersama-sama melayari alam rumahtangga, Delya disahkan menghidap leukemia. Hancur dan sedihnya hati tatkala menerima perkhabaran tersebut begitu juga dengan Alan. Namun hidup mesti diteruskan jua. Sesungguhnya Alan adalah seorang suami yang tabah dan amat menyintai Delya. Dia tidak mahu kehilangan Delya buat selama-lamanya. Jodoh maut ajal di tangan tuhan. Akhirnya Delya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami tercinta ketika azan subuh berlalu. Hanya lagu menjadi kenangan mereka.

You’re my everything
The sun that shines above you make the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky tell me
I’m in love…
When I kiss your lips
I feel the roaring thunder to my fingertips
And all awhile my head is in despair deep within
I’m in love…..

7 tahun berlalu, Alan kembali ke Malaysia. Alan diselubungi dengan mimpi-mimpi yang tak pasti. Wajah suram seorang gadis sedang melambai-lambai ke arahnya. Walau mimpi itu adalah mainan tidur, tetapi ada sesuatu di sebalik mimpi tersebut. Takdir telah menemukan Alan dengan Jasmina dan Nathalia. Hanya kerana dendangan sebuah lagu yang menghantui jiwa Jasmina, dia dipertemukan dengan Alan. Jasmina seorang gadis lumpuh akibat satu kemalangan jalan raya yang telah juga mengorbankan kekasihnya. Kemesraan yang terjalin dengan Alan telah menambahkan kasih sayang antara mereka berdua. Ibarat ada chemistry di antara mereka.
Jasmina yang dianggap oleh Alan sebagai adik rupa-rupanya adalah adik kandungnya yang telah lama terpisah. Dengan terjalinnya hubungan dengan Jasmina, menemukan kembali Alan dengan kedua orang tuanya yang telah terpisah. Jasmina juga yang banyak mengingatkan dirinya kepada arwah Delya. Dalam diam, Alan telah jatuh cinta pada Nathalia. Gadis itu pula yang meragui kasih sayang antara mereka gara-gara kemesraan yang ditonjolkan oleh Alan terhadap Jasmina. Rakan Alan, Ecbal telah jatuh cinta kepada Jasmina. Jodoh sekali lagi menemukan Alan dengan Nathalia, gadis yang dicintai selepas Delya. Mereka berdua akhirnya melangsungkan perkahwinan.
.
Komen: Tidak rugi membaca novel ini kerana penulis berjaya menarik hati pembaca melalui garapan dengan membawa kita melalui mimpi-mimpi yang mempunyai firasat yang tersembunyi. Pembaca juga dibawa menghayati keindahan lukisan-lukisan. Membuatkan diri pembaca menikmati keindahan seni dalam bacaan. You’re my everything, lagu yang membawa diri kita mengembara
Rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Alahai rombongan Cik Kiah..

Dalam hati tertanya2 , dalam dada berdebar2 . Untuk bertemu rombongan Cik Kiah nih bukan kepalang rasanya , silap2 boleh teruja gitu. Alahaii rombongan Cik Kiah .

Siapakan gerangan anda semua ? Adakah anda kumpulan peminat buku2 yang selalu berkumpul dan menterjah bersama dalam pesta2 yg sebegini ?. Siapakah ahli2mu yang sebenar ? Siapakah ketuamu ? Aduh pening hendak memikirkannya..




Begitulah serba sedikit rasa yang bercampur baur dalam hati ini untuk bertemu dengan rombongan Cik Kiah yang boleh juga dikatakan popular dikebanyakkan Blog dan memang dikenali sungguh2 oleh kebanyakan novelis Alaf21. Apabila berada di pesta2 buku , mereka juga rajin bertumpu di booth Alaf21.

Arkian , pada hari sabtu yang lepas di Mid Valley , kami pun ditemukanlah dengan rombongan yang agak misteri ini.

Rata2nya semua ahlinya sudah pun dikenali dalam perhubungan Blog seharian. Cuma untuk bersua empat mata dan berbicara sesama amatlah sukar sekali memandangkan kebanyakkan ( mungkin kesemuanya ) adalah perempuan2 belaka.

Terpaksalah si mersik wakil Alaf21 FC yang malu2 kucing ini menghampiri dan memperkenalkan diri . Ditambah pula dengan rombongan Cik Kiah sendiri yang juga malu2 tapi mau heheheh.


Maka kemalu2an lah juga tutur bicara pemulanya. Kemudian diperkenalkan juga Abg long ( yg lagi tinggi malunya ) untuk dikenal kan pada sebahagian ahli kumpulan Cik Kiah ini. Bak kata orang , pertemuan pertama memang begitu. Masing2 malu2..alahaii

Sememangya kumpulan2 sebegini lah yang selalunya memeriahkan pesta buku saban waktu . Selain dari hubungan yang akrab antara satu sama lain , banyak maklumat dapat diperolehi selain bertukar2 ceria dan pendapat mengenai buku2 yang telah dibaca. Soal bajet , belakang kira .

Asal hati sudah suka , larung sajalah. Berjumpa boleh diatur , walau dimana juga. Siapa yang sempat pergi jek laa. Memang meriah dan unik kumpulan ini.

Ditanya mengenai pendapat mereka mengenai Blog Alaf 21 FC yang baru ini , banyak maklumat telah kami perolehi . Antaranya , blog kami yang jarang update , tag board yang begitu banyak ( alahaii..ye ke ? ) , cerita2 biasa yang kurang menyengat , tiada ulasan novel baru dan lain2 lagi. Segalanya kami terima dengan senang hati. Terima kasih kami ucapkan diatas pandangan yang diberikan. Kelak kami akan lakukan post-mortem dan cuba memperbaiki apa2 yang patut.

Setelah berjalan2 keliling pesta akhirnya barulah mereka beredar. Nampaknya banyak juga buku2 yang diborong.

Akhir sekali kepada sebahagian rombongan Cik kiah ini iaitu Cwazy Wabbit , Lia , Adhan , Kak Noor , MamaErra , ija , Lizza , Wan Amalyn dan lain2 ( yg mungkin malu tapi mau ), kami ucapakan bebanyak terima kasih daun keladi kerana sudi berbual mesra. Mungkin dilain kali kita akan berjumpa lagi.



mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bersama Novelis Ayu Emelda di Pesta Buku Mid Valley 2006

Hari sabtu yang lepas , saya berpeluang untuk bertemu dengan Novelis Ayu Emelda yang kebetulan berada disitu . Pabila bersua , saya dan Abg long pun tidak melepaskan peluang untuk menemuramah beliau.

Ayu Emelda atau nama sebenarnya Mastura , bukanlah seorang yang baru dalam bidang penulisan. Karya2nya pernah juga disiarkan di majalah2 seperti Hai , Dewan Siswi dan juga Utusan . Kiranya dia ini memang aktif menulis .

Disebalik kelahiran Lagu Rindu ?

Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat buku yang ditulis barada dipasaran dan dibaca oleh ramai orang . Segala usaha dan penat lelah selama ini seakan berbaloi jika produk itu diterima ramai. Demikian lah yang Ayu Emelda rasa berkenaan novel sulungnya yang diterbitkan oleh Alaf21.

Atas niat dan dorongan dari keluarga serta kawan2 , beliau mencuba untuk menyiapkan sebuah novel . Walau pun menghadapi berbagai2 cabaran dan dugaan , Namun beliau tetap tabah. Bak kata orang , alang2 menyeluk pekasan biarlah sampai ke pangkal lengan . Alang2 menulis novel biar siap terus.

Maka setelah berhempas pulas begitu lama , akhirnya lahirlah novel sulong Ayu Emelda berjudul Lagu Rindu. Rata2 pembaca mengatakan novel in bagus dan menyentuh perasaan .

Pendapat mengenai Blog Alaf21 FC ?

Dalam pada itu kami juga cuba bertanyaan pendapat Ayu mengenai Blog Alaf21 FC yang baru ini. Menurut Ayu , Blog Alaf21 FC yang baru nih lebih cantik , meriah , ceria dan menarik .Yang dulu tu , ok juga tapi macam tak berapa meriah saja.

Memang tidak dinafikan Ayu kerap juga mengunjungi Blog Alaf21 FC.


Novel terbaru Ayu .

Untuk pengetahuan semua Ayu telahpun siap menggarap novel keduanya . Dan berdasarkan pengalaman lalu , produk yang kedua ini dapat disiapkan mengikut apa yang dikehendaki. Ringkasan ceritanya ? Hmm , temanya adalah kisah cinta , namun tak perlu diberitahu. Biar pembaca semua tertunggu2 akan kemunculannya.

Ayu terpaksa pergi .

Perbualan kami terpaksa dihentikan apabila Ayu terpaksa meminta diri kerana keluarganya telah lama menunggu . Lagi pun dia sedang sibuk berkemas sekarang kerana tidak lama lagi , pada 19 Ogos ini , dia sekeluarga akan merantau ke Troy , New York , Amerika kerana mengikut suaminya menyambung pelajaran disana . Memang sibuk gayanya . Apatah lagi apabila terpaksa balik ke kampungnya ( Di Pulau Mahsuri ) dahulu berjumpa keluarga dan saudara mara.

Penghargaan Alaf21 FC.

Mudah2an sepanjang berada disana Ayu akan dapat lebih banyak pendedahan dan idea dalam mengarap novel2 yang akan datang. Mungkin ada sentuhan yang berlainan barang kali.

Manalah tahu kalau style nya nanti ada berbaur kebaratan atau sekurang2nya latarbelakang cerita banyak menggambarkan negara orang.

Kami di Alaf21 FC mengucapkan terima kasih banyak2 pada Ayu kerana sudi meluangkan masa untuk bercerita dan berbual mesra. Harapan kami semoga Ayu akan terus bergiat aktif dalam bidang penulisan. Akhir sekali , Selamat berangkat untuk Ayu sekeluarga.

Jangan lupakan orang2 disini , dan kirim2kan lah berita selalu buat kami serta peminat2 Ayu yang lain di malaysia ini. Sekian

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati