Siapa ingat kisah hidup keluarga Lahuma ? . Hidup sebagai anak tani, terpaksa berhempas-pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencana yang merosakkan tanaman padi mereka.
Mampukah anda merasai penderitaan yang ditanggung oleh keluarga tani ini? Apakah perjuangan-perjuangan yang pernah dilalui oleh mereka.
Bagaimana pula dengan kisah hidup Mazni yang saban kali diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan . Meratapi ibu yang pergi mengadap ILAHI angkara fitnah manusia . Bagaimana dengan pengorbanan cintanya ? Terlalu banyak badai yang menimpa .
Demikian la sebahagian dari kisah2 lama yang masih segar di hati kita. Dua buah novel yang popular statu ketika dahulu iaitu Ranjau Sepanjang Jalan ( Shahnon Ahmad) serta Badai Semalam ( Khadijah Hashim ) . Di garap dengan indah oleh para sasterawan yang punya nama2 besar. Kini , naskah tersebut telah diberi nafas baru oleh Alaf21 supaya anda boleh memilikinya disamping menjadi koleksi sepanjang zaman. Ada juga dari naskah2 ini digunapakai disekolah2 atau institiut pengajian sebagai bahan2 rujukan.
Karya yang tetap segar ini selain untuk tatapan generasi baru , banyak juga mengandungi mesej yang tersirat melalui watak2 yang dikisahkan.
Segeralah mendapatkan naskah anda hari ini.
Tiada yang lama , tiada lah yang baru .
mersik
2 comments
Comment by Anonymous on 4:31 AM
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
Comment by Anonymous on 2:30 PM
Very cool design! Useful information. Go on! » »
Post a Comment