Sinopsis :

Jazlan (Alan), seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab telah jatuh hati pada teman sepermainan sewaktu kecil hinggalah dewasa bersama-sama. Akhirnya Alan telah melamar Fidelya, (Delya) menjadi suri hatinya. Setelah bersama-sama melayari alam rumahtangga, Delya disahkan menghidap leukemia. Hancur dan sedihnya hati tatkala menerima perkhabaran tersebut begitu juga dengan Alan. Namun hidup mesti diteruskan jua. Sesungguhnya Alan adalah seorang suami yang tabah dan amat menyintai Delya. Dia tidak mahu kehilangan Delya buat selama-lamanya. Jodoh maut ajal di tangan tuhan. Akhirnya Delya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami tercinta ketika azan subuh berlalu. Hanya lagu menjadi kenangan mereka.

You’re my everything
The sun that shines above you make the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky tell me
I’m in love…
When I kiss your lips
I feel the roaring thunder to my fingertips
And all awhile my head is in despair deep within
I’m in love…..

7 tahun berlalu, Alan kembali ke Malaysia. Alan diselubungi dengan mimpi-mimpi yang tak pasti. Wajah suram seorang gadis sedang melambai-lambai ke arahnya. Walau mimpi itu adalah mainan tidur, tetapi ada sesuatu di sebalik mimpi tersebut. Takdir telah menemukan Alan dengan Jasmina dan Nathalia. Hanya kerana dendangan sebuah lagu yang menghantui jiwa Jasmina, dia dipertemukan dengan Alan. Jasmina seorang gadis lumpuh akibat satu kemalangan jalan raya yang telah juga mengorbankan kekasihnya. Kemesraan yang terjalin dengan Alan telah menambahkan kasih sayang antara mereka berdua. Ibarat ada chemistry di antara mereka.
Jasmina yang dianggap oleh Alan sebagai adik rupa-rupanya adalah adik kandungnya yang telah lama terpisah. Dengan terjalinnya hubungan dengan Jasmina, menemukan kembali Alan dengan kedua orang tuanya yang telah terpisah. Jasmina juga yang banyak mengingatkan dirinya kepada arwah Delya. Dalam diam, Alan telah jatuh cinta pada Nathalia. Gadis itu pula yang meragui kasih sayang antara mereka gara-gara kemesraan yang ditonjolkan oleh Alan terhadap Jasmina. Rakan Alan, Ecbal telah jatuh cinta kepada Jasmina. Jodoh sekali lagi menemukan Alan dengan Nathalia, gadis yang dicintai selepas Delya. Mereka berdua akhirnya melangsungkan perkahwinan.
.
Komen: Tidak rugi membaca novel ini kerana penulis berjaya menarik hati pembaca melalui garapan dengan membawa kita melalui mimpi-mimpi yang mempunyai firasat yang tersembunyi. Pembaca juga dibawa menghayati keindahan lukisan-lukisan. Membuatkan diri pembaca menikmati keindahan seni dalam bacaan. You’re my everything, lagu yang membawa diri kita mengembara
Rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati