Pesta Jualan buku anjuran MPH di pusat membeli belah Alamanda Putrajaya amat meriah sekali dengan sambutan orang ramai. Lokasi jualan yang diletakkan ditengah2 ruang legar dan dikelilingi dengan pagar serta pintu masuk ala2 taman yang cantik menambahkan lagi seri kawasan tersebut. Bahan2 yang dipamerkan juga disusun kemas dengan laluan2 yang mudah untuk pengunjung lalu lalang. Terdapat juga booth2 dari penerbitan yang lain seperti PTS , Al Ameen dan juga Creative Enterprise diluar kawasan tersebut..

Buku2 Alaf21 yang pelbagai tema dan juga novel2 terkini dijual dengan harga diskaun 10% hingga 15% menambahkan lagi ghairah pengunjung untuk memborong sebanyak yang mungkin. Keadaan tidaklah begitu sesak sangat namun pengunjung mempunyai kesempatan untuk memilih serta membelek2 buku yang diminati.


Secara keseluruhan Jualan buku2 di situ agak meriah juga . Ramai pengunjung berhenti dirak2 buku Alaf21 untuk melihat2 buku yang menarik selain mencari buku2 yang dihajatkan. Sejak kebelakangan ini rangkaian kedai buku MPH kerap menganjurkan jualan buku secara besar2an. Di beritakan, MPH di Mid Valley juga akan mengadakan jualan yang sama untuk minggu2 akan datang. Bulan membaca tdak semestinya pada bulan Julai Ogos sahaja malah boleh dikatakan sepanjang tahun.

Saya dan Abg Long tiba di sana lebih kurang pukul 1.00 tgh hari. Jangkanya selain untuk melihat suasana , kami juga hendak bertemu novelis untuk mendapatkan sedikit berita. Namun setibanya disana, kami agak terpinga2 sedikit kerana tidak satu pun novelis Alaf21 yang ditemui. Kami tunggu juga beberapa lama sebelum terserempak dengan staff Alaf21. katanya Sri Diah dan Nia Azalea ada datang tapi sudah balik.

Kami akhirnya menjadi semakin kecewa kerana diberitahu tiada novelis akan ada disitu sehingga petang nanti. Kebanyakannya akan dapat bersama pada keesokan harinya (Ahad). Dah tak ada rezeki kami agaknya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati