Dalam hati tertanya2 , dalam dada berdebar2 . Untuk bertemu rombongan Cik Kiah nih bukan kepalang rasanya , silap2 boleh teruja gitu. Alahaii rombongan Cik Kiah .

Siapakan gerangan anda semua ? Adakah anda kumpulan peminat buku2 yang selalu berkumpul dan menterjah bersama dalam pesta2 yg sebegini ?. Siapakah ahli2mu yang sebenar ? Siapakah ketuamu ? Aduh pening hendak memikirkannya..




Begitulah serba sedikit rasa yang bercampur baur dalam hati ini untuk bertemu dengan rombongan Cik Kiah yang boleh juga dikatakan popular dikebanyakkan Blog dan memang dikenali sungguh2 oleh kebanyakan novelis Alaf21. Apabila berada di pesta2 buku , mereka juga rajin bertumpu di booth Alaf21.

Arkian , pada hari sabtu yang lepas di Mid Valley , kami pun ditemukanlah dengan rombongan yang agak misteri ini.

Rata2nya semua ahlinya sudah pun dikenali dalam perhubungan Blog seharian. Cuma untuk bersua empat mata dan berbicara sesama amatlah sukar sekali memandangkan kebanyakkan ( mungkin kesemuanya ) adalah perempuan2 belaka.

Terpaksalah si mersik wakil Alaf21 FC yang malu2 kucing ini menghampiri dan memperkenalkan diri . Ditambah pula dengan rombongan Cik Kiah sendiri yang juga malu2 tapi mau heheheh.


Maka kemalu2an lah juga tutur bicara pemulanya. Kemudian diperkenalkan juga Abg long ( yg lagi tinggi malunya ) untuk dikenal kan pada sebahagian ahli kumpulan Cik Kiah ini. Bak kata orang , pertemuan pertama memang begitu. Masing2 malu2..alahaii

Sememangya kumpulan2 sebegini lah yang selalunya memeriahkan pesta buku saban waktu . Selain dari hubungan yang akrab antara satu sama lain , banyak maklumat dapat diperolehi selain bertukar2 ceria dan pendapat mengenai buku2 yang telah dibaca. Soal bajet , belakang kira .

Asal hati sudah suka , larung sajalah. Berjumpa boleh diatur , walau dimana juga. Siapa yang sempat pergi jek laa. Memang meriah dan unik kumpulan ini.

Ditanya mengenai pendapat mereka mengenai Blog Alaf 21 FC yang baru ini , banyak maklumat telah kami perolehi . Antaranya , blog kami yang jarang update , tag board yang begitu banyak ( alahaii..ye ke ? ) , cerita2 biasa yang kurang menyengat , tiada ulasan novel baru dan lain2 lagi. Segalanya kami terima dengan senang hati. Terima kasih kami ucapkan diatas pandangan yang diberikan. Kelak kami akan lakukan post-mortem dan cuba memperbaiki apa2 yang patut.

Setelah berjalan2 keliling pesta akhirnya barulah mereka beredar. Nampaknya banyak juga buku2 yang diborong.

Akhir sekali kepada sebahagian rombongan Cik kiah ini iaitu Cwazy Wabbit , Lia , Adhan , Kak Noor , MamaErra , ija , Lizza , Wan Amalyn dan lain2 ( yg mungkin malu tapi mau ), kami ucapakan bebanyak terima kasih daun keladi kerana sudi berbual mesra. Mungkin dilain kali kita akan berjumpa lagi.



mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati