Hari jadi atau hari kelahiran merupkan hari yang paling bersejarah dalam hidup setiap insan. Dimana, pada hari itu kita telah dilahirkan Maka tiap2 tahun pada tarikh tersebut bertambahlah setahun usia kita diatas muka bumi ini.

Amat meriah kalau Hari jadi kita itu turut dikenangi oleh orang lain seperti keluarga , adik beradik , kawan2 , insan2 tersyang dan lain2. Dan hari ini , Sabtu , 26 hb Ogos merupkan hari lahir untuk novelis kita yang comel iaitu Shanika Latisha. Usianya genap..hmm berapa ye ? lebih kurang setengah abad lah gitu. Namun sudah cukup untuk mematangkan beliau dalam meniti hari2 yang berlalu menempuhi kehidupan yang berbagai cabaran ini.

Tahukan anda bahawa nama sebenarnya juga adalah Shanika, iaitu Shanika binti Abdul Latip, berasal dari Pulau Pinang. Oh patut ler nampak cun , ada2 rupa macam anak mami. Anak sulong dari 4 adik beradik. Beliau juga adalah graduan dari UIA dalam bidang Sosiologi dan Antropologi. Dan khabar2nya sekarang sedang sibuk ya amat dengan kerjaya kewartawanannya.

Tak berapa banyak juga yang dapat dicungkil mengenai novelis kecil molek ini . Mungkin sebab beliau terlalu low profile dan kesibukanya juga membuatkan Alaf21 FC sukar mendapat masa yang sesuai untuk menghampirinya. Tentunya ramai juga peminat2 diluar sana yang teringin hendak mengetahui perkembangan Shanika dari masa ke semasa.

Walau bagaimana pun , kami di Alaf21 FC serta para peminat semua mengucapkan,

SELAMAT HARI JADI kepada Shanika Latisha.


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ceria selalu dalam menghadapi hari2 mendatang. Success dalam kerjaya disamping dapat menghasilkan lebih banyak lagi novel2 yang menyengat dimasa2 akan datang.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati