Sempena menyambut Hari Raya Korban , Alaf21 FC ingin meungucapakan,
Selamat Hari Raya, Aidil Adha
kepada sekelian ahli kelab serta para pengunjung blog.
Semoga hari raya korban ini dapat memberikan kita keinsafan tentang haikikat korban yang sebenar2nya disamping memperbaiki diri sendiri dalam melihat kehidupan yang diberikan sementara oleh yang maha Kuasa.
Kepada yang balik kg atau beraya dimana sahaja, semoga anda ceria2 selalu. Begitu juga yang sama2 membantu dalam majlis korban, tentunya lebih meriah kerana dapat berkumpul bersama2 jiran tetangga, jiran sekampung, bergotong royong, berkerjasama disamping mengeratkan siratulrahim sesama masyarakat setempat.
Pada yang ditimpa bencana banjir dan lain2 hal, harap2 dapatlah bersabar kerana itu adalah dugaan semata2. Semoga tabah dan reda dengan kehendak NYA.
Akhir kata semoga anda semua ceria2 selalu dalam pada berhari raya, bercuti2 atau makan angin.
Gembira selalu
mersik
Archives
Okay semua , kali ni kita ikuti ulasan novel terbaru dari Leeya Myra yang berjudul Izinkan kubahagia. lagi pun, sudah lama beliau menyepikan diri setelah novel mencari cintanya lahir agak lama dahulu.
Bagaimana dengan cara penulisannya pada novel yang terbaru ini. Adakah lebih menyengkat dan bertambah peningkatan?, hanya anda semualah yang menilainya. Seperti biasa pengulas kita yang rajin menghantar komen iaitu Kasih ada pendapatnya yang tersendiri...
Ulasan peribadi
Kisah yang agak bergelora dipaparkan oleh Leeya Myra kali kali ini. Cara penyampaian yang mudahfaham. Terdapat juga kata2 semangat yang boleh dijadikan panduan sehari2.
Perjalanan kisah kasih Zafir yang umpama air sungai yang mengalir tenang. Tiada banyak yang dilakukannya, setakat mengikuti peredaran air yang satu hala. Membosankan? Ya, lelaki ini agak membosankan! Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang diingininya. Dia tidak pandai menghargai permata didepan mata. Nadya yang mencintainya sepenuh hati dipandang sepi. Soraya yang entah dimana diingati, malah dikasihi, lantaran itulah cinta hatinya yang pertama.
Walau ada ribut dihati Nadya, dia masih boleh berlagak anggun dan biasa. Adakah keputusan yang telah dibuat, sesuatu yang tidak harus dilakukan? Siapakah pula Armin dihatinya jika Zafir pilihan jiwa? Antara Armin dan Zafir siapakah yang lebih berhak berada disisinya?
Razlan adalah mimpi ngeri buat Soraya. Bersama Razlan, merobek maruah wanitanya. Tiada belaskah pada Soraya yang pernah dilafazkan kata2 cinta. Bersama lara, Soraya mencari ketenanagn jauh dari kampung halaman. Kehadiran Zafir membawa harapan untuk meniti hari2 gembira dan bahagia. Bahagiakah Soraya kiranya dia melukai insan lain? Apakah dia sama seperti Juita jika mahukan Zafir bersamanya?
Di dalam kemelut perasaan insan2 ini, adakah sinar bahagia untuk setiap mereka?
Moral
Ajal dan maut ketentuan Allah yang tidak kita ketahui akan rahsiaNya. Kita juga sedia maklum bahawasanya jodoh pertemuan di tentukan Allah. Tetapi, disini kita diberi kebebasan untuk membuat pilihan. Bukankah kita diberi petunjuk dan peringatan supaya mencari pasangan hidup yang sesuai agar sama2 mendapat keredhaan Allah dalam kita menjalani kehidupan rumahtangga bersama pasangan. Salah takdirkah jika kita gagal mengecapi bahagia dalam alam berumahtangga? Tidak sesekali Allah mendatangkan ujian kepada hambaNya yang tidak disayangi.
Bahagia. Apakah definasi bahagia? Apakah yang membolehkan kita merasa bahagia? Apapun yang dianggap bahagia oleh seseorang individu adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangkau dengan tangan. Setiap individu punyai definasi sendiri tentang kebahagiaan hidupnya. Kadangkala, dalam bahagia ada dendam.
Kisah dari novel ini sedikit sebanyak membuat saya akui bahawasanya kita dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia yang tidak kita ketahui kesengsaraan dan kebahagiaan mereka. Ada yang mengaku bahagia, walhal tidak seperti yang diungkapkan. Tidak semua dari kita yang mampu dipandang lemah oleh siapa pun akan kekurangan diri dan hidup. Kalau boleh kita mahu diri sentiasa dianggap lengkap dan bahagia. Hipokritkah kita? Atau tidak mahu insan disekeliling terbeban sama dengan masalah yang ditanggung? Apapun alasan individu, menghormati perasaan individu yang lain adalah pilihan yang terbaik.
“Belajarlah memaafkan mereka yang pernah menyakiti kita. Hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Percayalah. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kebencian. Sukar mendapat ketenangan apabila hati penuh dendam.”
....petikan dari novel.
kasih
Ya begitulah pendapat dari kisah ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan aanda idea mengenai keseluruhan cerita yang dipaparkan. Selamat membaca novel ini.
Mersik
Ada salah seorang dari ahli Alaf21 FC yang turut berasa gembira dengan perayaan hari Natal ini. Beliau ialah tak lain dari Loke Li Hoon, satu2nya amoi yg rajin mengikuti aktiviti2 kelab Alaf21 FC. Antara ucapannya ialah ,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang2 kuat Alaf 21 FC kerana memberi saya peluang membuat ucapan sempena Hari Natal.
Kepada yang mengenali saya . “ Selamat Hari Natal “ saya ucapkan.
Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya dan terus bersama dengan Kelab Alaf 21. Dan tak lupa juga selamat tahun baru 2007. Semoga tahun depan akan lebih baik dan gembira buat anda semua.
Maaf banyak2 sebab tak buat rumah terbuka. Kalau ada peluang dan ada rezeki pada masa akan datang, saya akan adakan rumah terbuka..
Semoga ceria dan gembira selalu dan selamat bercuti..
Terima kasih.
Ya laa amoi..semoga awak pun seronok2 raya ini..
Kita ikuti pula cerita mengenai Bengkel Penulisan Remaja/Alaf21 yang diadakan baru2 ini dari pandangan pihak Alaf21 sendiri.
Manalah tahu, anda akan bersua dengan wajah2 yang anda rasa kenal, mungkin kenal , dan sah2 kenal..hik hik..alahaiii..
Klik dibawah ,
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_temuramah&berita/bengkel%20remaja_06/default.htm
mersik
Ada sesiapa yang telah membaca novel yang terbaru dari Liza Zahir iaitu Bahtera Kasih? Ha..kalau belum apa kata kita baca komen Rosha dulu mengenai novel ketiganya
Manalah tahu kut2 dapat menarik minat anda semua untuk memilikinya.
Ulasan.
Hati saya terpaut kali pertama memandang cover kulit buku yang sungguh menyentuh jiwa. Romantik rasanya. Perasaan saya turut dibawa belayar bersama dengan bahtera kasih ini. Cerita yang membuai-buai rasa dan seolah-olah saya turut sama di dalam watak-watak tersebut menikmati keindahan alam semula jadi kejadian Tuhan.Cerita ini mengisahkan tentang seorang Gadis, Cara Lina berperawakan cantik, manja dan berdikari, mula menempuhi cabaran dan halangan yang berlaku dalam dirinya apabila dia tersilap langkah menjejaki kekasih pujaan hati, seorang kasanova bernama Ichlas di sebuah pulau. Atas kesilapan itu, dia melukakan hati ibu bapanya. Tsunami telah melanda pulau tersebut menyebabkan Ichlas terdampar di tengah lautan dan diselamatkan oleh kapten kapal lanun. Berbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Cara Lina untuk bertemu dengan kekasihnya sehingga terperangkap dalam tawanan lanun di atas kapal lanun yang sama di mana Ichlas turut berada di situ.
Mereka sepakat mengatur rancangan. Malang tidak berbau, setelah berjaya melarikan diri Ichlas, Cara Lina dan Minardi terdampar di tengah lautan bila bot yang dinaiki kehabisan minyak. Berlaku kekecohan bila Ichlas tidak mahu terjun ke laut dan membiarkan sahaja Cara Lina di bawa oleh Minardi. Baru kini Cara Lina mengerti bahawa Ichlas adalah seorang lelaki yang dayus. Hatinya sedih dan merasakan bahawa Ichlas adalah tidak ihklas dalam menyintainya. Malang sekali lagi menimpa bila Cara Lina terdampar di tepi lautan bila ombak besar datang melanda. Minardi telah meninggal dunia. Cara Lina diselamatkan oleh Ryan bersama ibunya Jenna.
Sebelum itu, Minardi sempat menulis surat wasiat kepada kekasihnya Mariam. Ryan telah membaca surat tersebut apabila dia terjumpa di dalam kocek seluar lelaki itu. Dia berasa terharu dengan keihlasan Minardi hingga mengambil keputusan untuk menjaga Cara Lina. Dalam diam, dia sukakan gadis itu. Tapi apakah nasib mereka? Adakah mereka berjaya diselamatkan? Dan bagaimana kesudahan cinta antara Cara Lina dan Ryan? Bagaimana pula nasib si Ichlas yang tidak bertanggungjawab itu?
*Komen :
Rugi kalau tak baca. Memang best cerita ini. Tahniah pada Liza Zahira. Anda memang berbakat. Saya suka dengan garapan beliau yang bersahaja dan mengandungi mesej yang amat bermanafaat. Tak lupa pada Ruby...tahniah kerana berjaya mengedit cerita yang bagus ini hingga menjadi selengkapnya.-
rosha.
Hah! Macam mana? Menarikkan ceritanya. Kalau nak tahu kisah seterusnya, kenalah membacanya sampai habis. Jangan tunggu lagi, silalah mendaptkannya di kedai2 berhampiran atau terus ke Alaf21.
Pada hari sabtu, Dec 16 yang lepas, bertempat di De Palma Inn , Seksyen 19, Shah Alam, telah pun diadakan Bengkel Penulisan Remaja anjuran Majalah Remaja dan juga Alaf21. Bengkel yang julung2 kali diadakan ini mendapat sambutan yang meriah dikalangan ramaja, pelajar dan juga golongan dewasa. Ramai yang ingin menyertai, namun oleh kerana tempat dan ruang yang terhad hanya lebih kurang 62 peserta sahaja yang dipilih.
( Nia Azalea sedang melayan pertanyaan daripada peserta kursus)
Bengkel bermula seawal jam 9.30 pagi setelah semua peserta bersarapan dan mengambil tempat masing2. Rata2nya mereka yang hadir adalah golongan wanita manakala yang lelaki pula kelihatannya ada empat orang sahaja… alahaii.
Tiga orang penulis Alaf21 telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penulisan berpandukan kepada cara dan kaedah masing2. Bengkel ini bukanlah menganjurkan asaspenulisan tapi lebih kepada mengasah bakat dan mendorong kepada cara2 menulis yang mantap, prosedur penulisan serta penghantaran manuskrip.
Sessi sebelah pagi dimulai dengan kehadiran Nia Azalea yang membicarakan tentang bakat penulisan. Tajuk “ Bukan Sastera juga boleh menulis fiksyen “ betul2 menarik minat peserta apabila di terangkan dengan lebih lanjut. Termasuk juga tentang penggunaan otak manusia kanan dan kiri yang seringkali dihad2kan. Kedua2 belah otak manusia sebenarnya juga digunakan dalam merangka sesuatu penulisan. Yang menjadi perbezaannya adalah cara manusia menggunakannya dan mengaplikasikan cara pemikirannya.
Selain dari itu, ramai peserta yang bertanya kepada Nia Azalea tentang berbagai aspek penulisan hinggalah kepada menghasilkan tulisan yang paling berkesan. Segala2 cuba dijawab sebaik mungkin oleh beliau dan rata2nampaknya berpuas hati.
Dua jam selepas itu, Ramli Awang Murshid mengambil alih sessi. Pada permulaannya, masing2 nampak diam dan mendengar sahaja Ramli bercerita mengenai ilmu psikologi dan pandangannya mengenai bidang penulisan. Setelah agak lama, peserta boleh mengagak yang Ramli Awang Murshid nih kadang2 boleh berlucu juga. Banyak ilmu2 serta tips yang dicurahkan selain dari menceritakan perihal pengalaman lampaunya yang mencetuskan banyak idea dan seterusnya diluahkan dalam sebahagian besar karya2nya.
Majlis di tangguhkan pada pukul 2 untuk makan tengah hari dan Solat Zuhur. Sebut pasal makan nih, memang banyak yang dihidangkan dan sedap2 belaka. Lagi pun hotel De Palma Inn ini tidaklah berapa besar, namun lengkap dengan fasalitinya. Kira memang sesuai untuk kursus2 sebegini. Apatah lagi dengan harga $35.00 yang ditawarkan kepada setiap peserta, lebih dari berbaloi rasanya.
Sessi terakhir ialah bersama pengurus Besar Alaf21 En, Nordin yang membicarakan tentang misi dan pandangan Alaf21 didalam peranan mengajak rakyat Malaysia untuk lebih minat membaca. Selain dari itu ramai juga peserta yang mengajukan soalan bagaimana hendak menghantar karya ke Alaf21 dan syarat2 yang perlu diikuti selain dari kesesuaian yang diperlukan.
Majlis berakhir pukul 5 petang selepas sessi bergambar beramai2. Jamuan petang pun ada disediakan, Namun kebanyakan peserta lebih suka berkerumun meminta tanda tangan Ramli Awang Murshid serta En. Nordin (Eyman Hykal). Oops lupa ye, setiap peserta jua diberi satu novel percuma bersama2 cenderamata, jajan2 serta majalah Remaja. Dan yang seronok sekali, dapat Sijil Penyertaan sekali.
Terima kasih banyak2 diucapkan kepada Team Remajanya, especially En Rosli Ahmad selaku ketua editor dan pengacaranya Farazilla yang sentiasa bergelak ceria gitu. Juga staff2 Alaf21 yang turut datang untuk memeriahkan suasana seperti Kak Wan, Ruby, Patonah dan Dila.
Diharap, akan datang ,semoga akan ada lagi kursus2 yang sebegini.
mersik
Alaf21 FC mengucapkan , selamat menyambut Ulang tahun kelahiran, pada pentadbir blognya sediri iaitu mersik ( Roslan Yusof ) yang jatuh pada hari ini. Semoga dengan pertambahan usia yang semakin naik nih, beliau akan sentiasa beroleh keberkatan , ceria selalu, succes dalam kerjaya dan hidup seharian.
Selamat Hari jadi mersik
Ceh.. ceh.. Besday yg ke berapa tu? huu huuu..
Kalau saya sebutkan novelnya, tentu anda semua akan tergaru2 kepala cuba mengingati nama sang penulisnya. Memang begitulah keadaannya apabila kita hendak mengingati penulis yang baru. Apatah lagi kalau tak kenal rupanya, berbual dan bermesra.
Kalau anda semua nak tahu inilah dia Emma Maizura. Alaa yang bukunya berjudul " Tiada Noktah Cinta ". Hah! ingat dah?. Ya lah tu.. baru nak sebut aa? Alahaii.. memang kalau diikutkan kami pun tak kenal, tapi diatas usaha nak berkenal2, maka sempatlah kami berbual2 dengan dia walau seketika sedikit masa dahulu.
Emma Maizura atau nama penuhnya Nekmah binti Mirdi , berasal dari Port Dickson. Uii orang Nogori nih , dan menetap serta bertugas di Segambut. Dia nih set2 cikgu cikgi aaa..So sekarang nih tengah cuti sekolah, tentu seronok. Kalau tak balik kg pun gi jalan2 makan angin. Tak pun fokus pada penulisan buku yang terbaru.
Seperti biasa, apa yang kami tanyakan pada penulis baru nih tak lain dari dua perkara. Yang pertama ialah, macam mana rasanya apabila novel dah keluar ? Dan keduanya, macam mana susahnya nak menghasilkan dan melihat novel tersebut berada di rak2 buku (pasaran)?.
Maklumlah, bukan mudah nak menulis nih. Namun dengan sokongan dan dorongan dari pihak2 editor Alaf21 barulah impian menjadi kenyataan. Kes manuskrip terpaksa diubah dan diolah banyak kali tu memang dah jadi perkara biasa bagi penulis baru. Tapi itulah, kalau tak dijaga kualiti dan kekuatan cerita, susah lah nak bersaing dimasa2 akan datang.
Walau bagaimana pun komen dan ulasan yang diterima amatlah memberangsangkan. Novel beliau mendapat sambutan dan rata2 pembaca gemar dengan ceirta yang digarap. Segala komen dan teguran juga diambil sebagai satu maklumat berguna supaya dapat berusaha dengan lebih baik dimasa akan datang.
Satu lagi yang kami perasan, Emma Maizura nih kira pemalulah juga. Samalah macam ada seorang pokcik tu, malu2 ayam. Eh! Dah jadi novelis nih tak leh malu2 Cik Emma oii, kena rajin senyum2 dan berbual2. Nanti peminat semua lari. Alahaii..saja jek mengusik..
Kami ucapkan, best of luck untuk beliau dan semoga berjaya dibidang penulisan ini. Harap2 beliau akan keluar dengan buah tangan yang terbaru tidak lama lagi..
Mersik
Pada hari sabtu yang lepas, saya berpeluang untuk mengunjungi Karnival Jom Heboh yang diadakan selama dua hari menutupi tirai tahun 2006 bertempat perkarangan Stadium Shah Alam. Waktu tgh hari dengan cuaca yang panas membahang tidak melemahkan semangat sebahagian besar pengunjung yang sanggup menapak dari jauh untuk sama2 memeriahkan karnival tersebut.
Setiap gerai2 yang ada disitu penuh sesak dengan para pengunjung. Bunyi muzik bergema disetiap gerai diselang seli dengan suara2 penjaga yang menarik pelanggan, mengajak masuk kegerai mereka. Daripada gerai pakaian, makanan ringan, barangan keperluan hinggalah ke gerai makan2, memang sentiasa penuh sesak.
Begitu jua apabila saya singgah ke gerai Alaf21. Sudah memang saya jangkakan, akan tetap sesak juga. Bersebelah dengannya adalah gerai Karangkraf. Kedua2 menjadi tumpuan. Hinggkan tidak ada seminit pun surut dari dikunjungi oleh orangramai.
Ada yang sudah tahu mana buku2 yang terbaru dan tak kurang juga yang bertanya2, mencari buku2 yang tiada dalam koleksi mereka. Selain dari itu buku2 motivasi, seni jahitan, sulaman, hiasan, senaman juga menarik sambutan orangramai.
Staff2 Alaf21 ada seramai 5,6 orang yang menjaga. Tentu tak menang tangan melayan karenah2 pembeli yang berkerumun tanpa henti. Ada yang memborong sampai lebih dari 5,6 buku. Terlanjur sudah ada diskaun, memang tak rugi.
Pada hari itu tidak kelihat mana2 novelis pun. Mungkin masing2 sibuk dan tidak berkesempatan. Walau bagaimana pun sempat juga Abang Nas menerjah sekejap untuk menceriakan suasana selain dari beramah mesra dengan peminat2nya.
Setelah hampir sejam berada disana, saya pun meninggalkan gerai Alaf21 yang masih lagi sesak dengan pengunjung2nya. Tentu petang nanti atau esok lusa akan lebih sibuk lagi. Walau bagaimana ramai yang datang sekalipun, semua tidak akan dihampakan. Pastinya mereka2 akan tersenyum lebar setelah mendapatkan buku2 yang diinginkan.
Selamat maju jaya , Alaf21…
mersik
Buku ilmiah daripada penulis Lily Haslina Nasir ini memang mencuit hati para membaca. Kisah2 dan kenangan semasa percintaan teruna dara boleh membuatkan orang tersenyums sendiri. begitu juga dengan Salman salah seorang pembaca buku ini yang mengirimkan pendangannya.
Pertama kali membaca tajuk buku ini, tekak terasa seperti nak makan buah asam-manis. Kali kedua dijeling, perut pula terasa lapar ingatkan lauk ikan siakap masak masam manis bersama nasi panas dan baby kailan goreng. Kali ketiga ditenung, perasaan dicuit gelihati teringat cerita arahan seniman agung, arwah Tan Sri P.Ramlee. Begitulah reaksi saya semasa terlihat buku ini di atas rak salah satu kedai buku yg dikunjungi.
Melihat pada tajuk dan slogan kata, saya akui tidak ramai remaja dewasa yang teruja untuk menyentuh, apa lagi mahu membaca. Mungkin tanggapan kebanyakan mereka yang sedang melewati alam rumahtangga, tidak perlu lagi ambil tahu hal-hal remeh sebegini. Mereka sudah pun mengalami segala kisah suka duka sewaktu berkasih. (Malah ada juga yang tidak kisah pada buku2 ilmiah yang sebegini. Sebaliknya, suakanlah majalah2 atau buku2 cerita tentang artis2 sensasi masakini...pasti mendapat perhatian. Itu belum lagi CD Hindustan dan majalah Bollywood!)
Kalau Seiring Sejalan dan Asam Garam Gula Kopi berjaya menyedarkan kealpaan yang tidak disedari, Masam2 Manis tiada kurang umphnya! Dari satu lembar ke lembar seterusnya, saya berasa seronok membaca olahan Lily Haslina Nasir. Bahasa yang santai dan sempoi membuatkan pembacaan lebih relaks dan tenang. Di sertakan pula pembuka selera, pantun empat rangkap sebagai pemanis mulut setiap bab menambahkan keenakan Masam2 Manis. Adakala saya ketawa gelihati dengan humor yang diselitkan. Kadang waktu pula kepala terangguk2 atau tergeleng2 mengikuti setiap kisah dan cerita yang dijadikan panduan dan contoh.
Masam2 Manis padat dengan infomasi, panduan, dan tips ragam anak2 Adam dan Hawa kala bercinta. Buku ini baik untuk bacaan gadis2 yang sedang bercinta atau yang masih mencari cinta. Tidak dinafikan, para gadis akan mendapat segala macam pengetahuan, antara lain mengenai kesukaan dan kebencian para teruna. Antara panduan2 yang disajikan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengenal pasangan. Pun tidak bermakna buku ini khas untuk gadis sahaja. Teruna juga digalakkan membaca buku ini untuk mengetahui berbagai ragam perihal kaum hawa. Panduan2 menarik yang disajikan dalam buku ini membolehkan dara dan teruna lebih memahami antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, Lily Haslina Nasir juga meneroka ke alam rumahtangga setelah pasangan berjaya melepasi musim bercinta. Ada juga disertakan panduan yang boleh digunapakai untuk menyemarakkan hubungan yang mulai pudar. Suatu perkara yang ramai pasangan abaikan setelah sekian waktu hidup bersama. Kadangkala kita alpa pada kebahagiaan yang pernah dikecapi di awal perkahwinan. Ibubapa boleh juga jadikan buku ini sebagai panduan agar dapat memahami perubahan anak remaja. Lebih dari itu, boleh juga dijadikan rujukan bagi membantu anak remaja menangani masalah mereka.
Masam2 Manis merangkumi pelbagai aspek dalam membentuk hubungan bahagia. Panduan untuk saling memahami dan menyuaikan diri dengan pasangan dan keadaan. Pun begitu, individu berhak memilih jalan sendiri untuk mencorak sesebuah perhubungan atau kehidupan.
“Kalau kita tidak boleh menjadi pasangan yang terbaik, harus mencuba untuk menjadi yang terbaik.”
salmah
Kenalkah anda pada novelis ini? Kami tangkap gambar ini masa beliau sedang asyik berbual. Haa..jangan tak tahu. Beliau ialah penulis yang baru sahaja menghasilkan novel sulungnye bersama Alaf21 berjudul “ Berikan Cintamu “ . Haa..dah boleh agak dah ?
Rose Harrisa atau nama sebenarnya Nora binti Ismail, bukannya baru sehari dua menulis. Lama dah dia menulis. Pengalamannya menulis kisah2 misteri dalam majalah APO termasuk illustrasinya sekali secara tak langsung memberikannya latihan yang mantap sebelum bergerak jauh ke bidang penulisan seperti novel.
Beliau bertugas sebagai Designer besi (artmetal designer) disebuah syarikat di Kota Kemuning. Dan banyak dah dia mendesign macam2 perhiasan besi untuk pejabat, rumah atau bangunan . Hinggakan rumah Datuk K di Bukit Antarabangsa, pun terdapat beberapa sentuhan hasil rekaan dan kerja tangannya.
Huii!.. kemain tuh. Setakat nak design parang tapik atau parang kontot cik mamat tuh..pejam mata jek..gegegege
Sekarang nih beliau menetap di Subang Jaya bersama suami dan seorang anak nya. ( Aiseyy..tak de chance ler pokcik hik hik..)
Apa2 pun terima kasihlah kepada Rose Harissa kerana sudi berkongsi serba sedikit mengenai dirinya. Dan.. eh! Ada lagi..
Katanya kalau ada masa, sudi2 berjalan ke Blog nya.
So kawan2 semua, apa lagi. Mari kita terjah laa…
http://roseharissa.blogspot.com
Ada sesiapa yang sudah baca novel terbaru ilani Mysara berjudul Bayu Asmara? Rata2 ramai yang berpuas hati dengan garapan penulis Ilani Mysara atau dikenali sebagai “Bonda” dikalangan Staf2 Alaf21 dan kami sendiri. Kita ikuti komen pembaca , kasih mengenai novel baru beliau ini.
Komen peribadi
Mimpi. Apakah istilah mimpi? Ramai orang kata, mimpi permainan tidur, godaan syaitan. Benarkah? Adakah semua mimpi begitu atau ada yang menceritakan sesuatu, memberi petunjuk mungkin? Terpulanglah pada tafsiran individu. Pada saya, sekiranya Allah SWT mahu memberikan hidayahNYA pada hamba yang dipilih, ia akan diberi dengan apa jua cara, hatta melalui mimpi...Begitu besarnya kekuasaan Allah SWT. Pabila dikehendaki olehNYA, petunjuk diberi walau dalam samar. Terpulanglah kepada kita mencari keredhaanNYA.
Kerana mimpi, merubah kehidupan Puteri Bayu Irnani. Dari seorang gadis lincah, beliau menjadi seorang gadis yang hauskan dunia akhirat. Tidak cukup dengan itu, kerana mimpi juga, Bayu berusaha untuk mencari jejaka yang hadir menganggu tidurnya. Apakah yang hendak Allah berikan pada Bayu dengan mimpi yang sebegitu? Berjayakah Bayu berjumpa dengan pencariannya? Benarkah pencariannya akan berakhir di bumi Malaysia? Firasat. Bolehkah diterima akal akan firasat itu?
Antara Shah Asmara dan Arman, siapakah sebenarnya yang ditentukan untuk Bayu? Shah Asmara, entah di mana, hadir dihati. Arman, sentiasa disisi, hati tidak mengiyakan. Benarkah? Apa lebihnya Shah dan kurangnya Arman? Dipersimpangan ini, hampir Bayu pasrah dan lemas dengan rentetan perjalanan hidupnya. Siapakah jejaka di dalam kabus itu sebenarnya? Cinta, hadirnya tidak pernah diundang. Datangnya penuh misteri, melaluinya penuh liku merentasi onak duri.
Nukilan Bonda Ilani Mysara kali ini, sungguh menyentuh naluri perasaan wanita saya. Novel yang digarap dengan ilmu ukhrawi dan duniawi. Menghayati rentetan peristiwa yang menyayat hati, mengundang gerimis di kalbu. Banyak kata2 nasihat dan pengajaran yang didapati dari pembacaan kali ini. Sungguh mengasyikkan juga menginsafkan. Sebagai manusia, kasih sayang harus diberi tidak kira darjat dan pangkat. Sebagai hamba Allah SWT, redha dengan setiap ketentuan qada’ dan qadarnya, tetapi harus berusaha sebelum menyerah pasrah.
Moral
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Adat yang direka, haruskah diikuti? Biar di pelusuk mana kita berada di bumi ini, suruhan Allah SWT tiada bezanya. Seruan lima waktu tiada pernah terhenti. Bacaan Al-Qurannya tetap tiada kelainan. Bersolat berjemaah memang sudah diketahui akan keberkatannya. Dijadikan amalan amat digalakkan. Apalagi sebagai seorang lelaki, harus boleh mengimamkan keluarga sendiri.
Antara ciri2 ketua keluarga yang harus ada untuk mendapat keberkatan keluarga bahagia. Menghormati dan menyayangi sesama manusia harus dipraktikkan tidak kira dimana berada. Ilmu yang ada sebaiknya dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Pendidikan anak2, harus seiring untuk ukhrawi dan duniawi agar perjalanan hidupnya menuju keredhaan Allah SWT.
“Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir, tapi ia tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya.” Fahamilah……Petikan dari novel.
Kasih
Terima kasih diucapkan kepada pengirim komen ini. Anda pula bagaimana ?
mersik
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2006
(104)
-
▼
December
(12)
- Salam Aidil Adha dari Alaf21 FC
- Ulasan Novel : Izinkan kubahagia - Leeya Myra
- Ucapan Hari Natal dari Loke Li Hoon
- Bengkal Penulisan Remaja/Alaf21 dari perspektif Al...
- Ulasan Novel : Bahtera Kasih - Liza Zahira
- Sekitar Bengkel Penulisan Remaja/Alaf21 di Shah Alam.
- Selamat Hari jadi Mersik
- Yang nih siapa pulak ?
- Gerai Alaf21 di Karnival Jom Heboh Shah Alam
- Ulasan buku : Masam-masam manis , Lily Haslina Nasir
- Cuba teka siapa saya ?
- Ulasan Novel : Bayu Asmara - Ilani Mysara
-
▼
December
(12)