Pada hari sabtu, Dec 16 yang lepas, bertempat di De Palma Inn , Seksyen 19, Shah Alam, telah pun diadakan Bengkel Penulisan Remaja anjuran Majalah Remaja dan juga Alaf21. Bengkel yang julung2 kali diadakan ini mendapat sambutan yang meriah dikalangan ramaja, pelajar dan juga golongan dewasa. Ramai yang ingin menyertai, namun oleh kerana tempat dan ruang yang terhad hanya lebih kurang 62 peserta sahaja yang dipilih.

( Nia Azalea sedang melayan pertanyaan daripada peserta kursus)

Bengkel bermula seawal jam 9.30 pagi setelah semua peserta bersarapan dan mengambil tempat masing2. Rata2nya mereka yang hadir adalah golongan wanita manakala yang lelaki pula kelihatannya ada empat orang sahaja… alahaii.

Tiga orang penulis Alaf21 telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penulisan berpandukan kepada cara dan kaedah masing2. Bengkel ini bukanlah menganjurkan asaspenulisan tapi lebih kepada mengasah bakat dan mendorong kepada cara2 menulis yang mantap, prosedur penulisan serta penghantaran manuskrip.

Sessi sebelah pagi dimulai dengan kehadiran Nia Azalea yang membicarakan tentang bakat penulisan. Tajuk “ Bukan Sastera juga boleh menulis fiksyen “ betul2 menarik minat peserta apabila di terangkan dengan lebih lanjut. Termasuk juga tentang penggunaan otak manusia kanan dan kiri yang seringkali dihad2kan. Kedua2 belah otak manusia sebenarnya juga digunakan dalam merangka sesuatu penulisan. Yang menjadi perbezaannya adalah cara manusia menggunakannya dan mengaplikasikan cara pemikirannya.

Selain dari itu, ramai peserta yang bertanya kepada Nia Azalea tentang berbagai aspek penulisan hinggalah kepada menghasilkan tulisan yang paling berkesan. Segala2 cuba dijawab sebaik mungkin oleh beliau dan rata2nampaknya berpuas hati.

Dua jam selepas itu, Ramli Awang Murshid mengambil alih sessi. Pada permulaannya, masing2 nampak diam dan mendengar sahaja Ramli bercerita mengenai ilmu psikologi dan pandangannya mengenai bidang penulisan. Setelah agak lama, peserta boleh mengagak yang Ramli Awang Murshid nih kadang2 boleh berlucu juga. Banyak ilmu2 serta tips yang dicurahkan selain dari menceritakan perihal pengalaman lampaunya yang mencetuskan banyak idea dan seterusnya diluahkan dalam sebahagian besar karya2nya.

Majlis di tangguhkan pada pukul 2 untuk makan tengah hari dan Solat Zuhur. Sebut pasal makan nih, memang banyak yang dihidangkan dan sedap2 belaka. Lagi pun hotel De Palma Inn ini tidaklah berapa besar, namun lengkap dengan fasalitinya. Kira memang sesuai untuk kursus2 sebegini. Apatah lagi dengan harga $35.00 yang ditawarkan kepada setiap peserta, lebih dari berbaloi rasanya.

Sessi terakhir ialah bersama pengurus Besar Alaf21 En, Nordin yang membicarakan tentang misi dan pandangan Alaf21 didalam peranan mengajak rakyat Malaysia untuk lebih minat membaca. Selain dari itu ramai juga peserta yang mengajukan soalan bagaimana hendak menghantar karya ke Alaf21 dan syarat2 yang perlu diikuti selain dari kesesuaian yang diperlukan.

Majlis berakhir pukul 5 petang selepas sessi bergambar beramai2. Jamuan petang pun ada disediakan, Namun kebanyakan peserta lebih suka berkerumun meminta tanda tangan Ramli Awang Murshid serta En. Nordin (Eyman Hykal). Oops lupa ye, setiap peserta jua diberi satu novel percuma bersama2 cenderamata, jajan2 serta majalah Remaja. Dan yang seronok sekali, dapat Sijil Penyertaan sekali.

Terima kasih banyak2 diucapkan kepada Team Remajanya, especially En Rosli Ahmad selaku ketua editor dan pengacaranya Farazilla yang sentiasa bergelak ceria gitu. Juga staff2 Alaf21 yang turut datang untuk memeriahkan suasana seperti Kak Wan, Ruby, Patonah dan Dila.

Diharap, akan datang ,semoga akan ada lagi kursus2 yang sebegini.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati