Ada sesiapa yang sudah baca novel terbaru ilani Mysara berjudul Bayu Asmara? Rata2 ramai yang berpuas hati dengan garapan penulis Ilani Mysara atau dikenali sebagai “Bonda” dikalangan Staf2 Alaf21 dan kami sendiri. Kita ikuti komen pembaca , kasih mengenai novel baru beliau ini.

Komen peribadi

Mimpi. Apakah istilah mimpi? Ramai orang kata, mimpi permainan tidur, godaan syaitan. Benarkah? Adakah semua mimpi begitu atau ada yang menceritakan sesuatu, memberi petunjuk mungkin? Terpulanglah pada tafsiran individu. Pada saya, sekiranya Allah SWT mahu memberikan hidayahNYA pada hamba yang dipilih, ia akan diberi dengan apa jua cara, hatta melalui mimpi...Begitu besarnya kekuasaan Allah SWT. Pabila dikehendaki olehNYA, petunjuk diberi walau dalam samar. Terpulanglah kepada kita mencari keredhaanNYA.

Kerana mimpi, merubah kehidupan Puteri Bayu Irnani. Dari seorang gadis lincah, beliau menjadi seorang gadis yang hauskan dunia akhirat. Tidak cukup dengan itu, kerana mimpi juga, Bayu berusaha untuk mencari jejaka yang hadir menganggu tidurnya. Apakah yang hendak Allah berikan pada Bayu dengan mimpi yang sebegitu? Berjayakah Bayu berjumpa dengan pencariannya? Benarkah pencariannya akan berakhir di bumi Malaysia? Firasat. Bolehkah diterima akal akan firasat itu?

Antara Shah Asmara dan Arman, siapakah sebenarnya yang ditentukan untuk Bayu? Shah Asmara, entah di mana, hadir dihati. Arman, sentiasa disisi, hati tidak mengiyakan. Benarkah? Apa lebihnya Shah dan kurangnya Arman? Dipersimpangan ini, hampir Bayu pasrah dan lemas dengan rentetan perjalanan hidupnya. Siapakah jejaka di dalam kabus itu sebenarnya? Cinta, hadirnya tidak pernah diundang. Datangnya penuh misteri, melaluinya penuh liku merentasi onak duri.

Nukilan Bonda Ilani Mysara kali ini, sungguh menyentuh naluri perasaan wanita saya. Novel yang digarap dengan ilmu ukhrawi dan duniawi. Menghayati rentetan peristiwa yang menyayat hati, mengundang gerimis di kalbu. Banyak kata2 nasihat dan pengajaran yang didapati dari pembacaan kali ini. Sungguh mengasyikkan juga menginsafkan. Sebagai manusia, kasih sayang harus diberi tidak kira darjat dan pangkat. Sebagai hamba Allah SWT, redha dengan setiap ketentuan qada’ dan qadarnya, tetapi harus berusaha sebelum menyerah pasrah.

Moral

Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Adat yang direka, haruskah diikuti? Biar di pelusuk mana kita berada di bumi ini, suruhan Allah SWT tiada bezanya. Seruan lima waktu tiada pernah terhenti. Bacaan Al-Qurannya tetap tiada kelainan. Bersolat berjemaah memang sudah diketahui akan keberkatannya. Dijadikan amalan amat digalakkan. Apalagi sebagai seorang lelaki, harus boleh mengimamkan keluarga sendiri.


Antara ciri2 ketua keluarga yang harus ada untuk mendapat keberkatan keluarga bahagia. Menghormati dan menyayangi sesama manusia harus dipraktikkan tidak kira dimana berada. Ilmu yang ada sebaiknya dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Pendidikan anak2, harus seiring untuk ukhrawi dan duniawi agar perjalanan hidupnya menuju keredhaan Allah SWT.

“Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir, tapi ia tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya.” Fahamilah……Petikan dari novel.


Kasih


Terima kasih diucapkan kepada pengirim komen ini. Anda pula bagaimana ?
mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati