Buku ilmiah daripada penulis Lily Haslina Nasir ini memang mencuit hati para membaca. Kisah2 dan kenangan semasa percintaan teruna dara boleh membuatkan orang tersenyums sendiri. begitu juga dengan Salman salah seorang pembaca buku ini yang mengirimkan pendangannya.

Pertama kali membaca tajuk buku ini, tekak terasa seperti nak makan buah asam-manis. Kali kedua dijeling, perut pula terasa lapar ingatkan lauk ikan siakap masak masam manis bersama nasi panas dan baby kailan goreng. Kali ketiga ditenung, perasaan dicuit gelihati teringat cerita arahan seniman agung, arwah Tan Sri P.Ramlee. Begitulah reaksi saya semasa terlihat buku ini di atas rak salah satu kedai buku yg dikunjungi.

Melihat pada tajuk dan slogan kata, saya akui tidak ramai remaja dewasa yang teruja untuk menyentuh, apa lagi mahu membaca. Mungkin tanggapan kebanyakan mereka yang sedang melewati alam rumahtangga, tidak perlu lagi ambil tahu hal-hal remeh sebegini. Mereka sudah pun mengalami segala kisah suka duka sewaktu berkasih. (Malah ada juga yang tidak kisah pada buku2 ilmiah yang sebegini. Sebaliknya, suakanlah majalah2 atau buku2 cerita tentang artis2 sensasi masakini...pasti mendapat perhatian. Itu belum lagi CD Hindustan dan majalah Bollywood!)

Kalau Seiring Sejalan dan Asam Garam Gula Kopi berjaya menyedarkan kealpaan yang tidak disedari, Masam2 Manis tiada kurang umphnya! Dari satu lembar ke lembar seterusnya, saya berasa seronok membaca olahan Lily Haslina Nasir. Bahasa yang santai dan sempoi membuatkan pembacaan lebih relaks dan tenang. Di sertakan pula pembuka selera, pantun empat rangkap sebagai pemanis mulut setiap bab menambahkan keenakan Masam2 Manis. Adakala saya ketawa gelihati dengan humor yang diselitkan. Kadang waktu pula kepala terangguk2 atau tergeleng2 mengikuti setiap kisah dan cerita yang dijadikan panduan dan contoh.

Masam2 Manis padat dengan infomasi, panduan, dan tips ragam anak2 Adam dan Hawa kala bercinta. Buku ini baik untuk bacaan gadis2 yang sedang bercinta atau yang masih mencari cinta. Tidak dinafikan, para gadis akan mendapat segala macam pengetahuan, antara lain mengenai kesukaan dan kebencian para teruna. Antara panduan2 yang disajikan adalah untuk membina keyakinan diri dan mengenal pasangan. Pun tidak bermakna buku ini khas untuk gadis sahaja. Teruna juga digalakkan membaca buku ini untuk mengetahui berbagai ragam perihal kaum hawa. Panduan2 menarik yang disajikan dalam buku ini membolehkan dara dan teruna lebih memahami antara satu sama lain.


Bukan itu sahaja, Lily Haslina Nasir juga meneroka ke alam rumahtangga setelah pasangan berjaya melepasi musim bercinta. Ada juga disertakan panduan yang boleh digunapakai untuk menyemarakkan hubungan yang mulai pudar. Suatu perkara yang ramai pasangan abaikan setelah sekian waktu hidup bersama. Kadangkala kita alpa pada kebahagiaan yang pernah dikecapi di awal perkahwinan. Ibubapa boleh juga jadikan buku ini sebagai panduan agar dapat memahami perubahan anak remaja. Lebih dari itu, boleh juga dijadikan rujukan bagi membantu anak remaja menangani masalah mereka.

Masam2 Manis merangkumi pelbagai aspek dalam membentuk hubungan bahagia. Panduan untuk saling memahami dan menyuaikan diri dengan pasangan dan keadaan. Pun begitu, individu berhak memilih jalan sendiri untuk mencorak sesebuah perhubungan atau kehidupan.

“Kalau kita tidak boleh menjadi pasangan yang terbaik, harus mencuba untuk menjadi yang terbaik.”

salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati