Kalau saya sebutkan novelnya, tentu anda semua akan tergaru2 kepala cuba mengingati nama sang penulisnya. Memang begitulah keadaannya apabila kita hendak mengingati penulis yang baru. Apatah lagi kalau tak kenal rupanya, berbual dan bermesra.

Kalau anda semua nak tahu inilah dia Emma Maizura. Alaa yang bukunya berjudul " Tiada Noktah Cinta ". Hah! ingat dah?. Ya lah tu.. baru nak sebut aa? Alahaii.. memang kalau diikutkan kami pun tak kenal, tapi diatas usaha nak berkenal2, maka sempatlah kami berbual2 dengan dia walau seketika sedikit masa dahulu.


Emma Maizura atau nama penuhnya Nekmah binti Mirdi , berasal dari Port Dickson. Uii orang Nogori nih , dan menetap serta bertugas di Segambut. Dia nih set2 cikgu cikgi aaa..So sekarang nih tengah cuti sekolah, tentu seronok. Kalau tak balik kg pun gi jalan2 makan angin. Tak pun fokus pada penulisan buku yang terbaru.

Seperti biasa, apa yang kami tanyakan pada penulis baru nih tak lain dari dua perkara. Yang pertama ialah, macam mana rasanya apabila novel dah keluar ? Dan keduanya, macam mana susahnya nak menghasilkan dan melihat novel tersebut berada di rak2 buku (pasaran)?.

Maklumlah, bukan mudah nak menulis nih. Namun dengan sokongan dan dorongan dari pihak2 editor Alaf21 barulah impian menjadi kenyataan. Kes manuskrip terpaksa diubah dan diolah banyak kali tu memang dah jadi perkara biasa bagi penulis baru. Tapi itulah, kalau tak dijaga kualiti dan kekuatan cerita, susah lah nak bersaing dimasa2 akan datang.

Walau bagaimana pun komen dan ulasan yang diterima amatlah memberangsangkan. Novel beliau mendapat sambutan dan rata2 pembaca gemar dengan ceirta yang digarap. Segala komen dan teguran juga diambil sebagai satu maklumat berguna supaya dapat berusaha dengan lebih baik dimasa akan datang.

Satu lagi yang kami perasan, Emma Maizura nih kira pemalulah juga. Samalah macam ada seorang pokcik tu, malu2 ayam. Eh! Dah jadi novelis nih tak leh malu2 Cik Emma oii, kena rajin senyum2 dan berbual2. Nanti peminat semua lari. Alahaii..saja jek mengusik..

Kami ucapkan, best of luck untuk beliau dan semoga berjaya dibidang penulisan ini. Harap2 beliau akan keluar dengan buah tangan yang terbaru tidak lama lagi..

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati