Takdir menemukan
Dan takdir jua memisahkan.

Tidak pernah ingin mengucap selamat tinggal
Tidak mahu sesekali meninggalkan
Mendakap memori yang bukan sedikit
Meniti detik yang amat berharga
Malah mengusik hati yang lara.

Bersama mu..
Tidak pernah jemu
Tidak terucap jua rasa rindu
Mengimbau memori kemarin
Serasa ingin ku undur masa
Agar waktu masih panjang
Buat kita memintal kenangan. .

Letih dan penat bukan alasan
Sakit dan lenguh bukan penghalang
Terlerai rasa hati yang walang
Melihat wajah riang
Menatap wajah cemerlang
Mungkin jua ada memori tidak terhalang… .

Andai umur panjang
Ingin sekali bertemu
Berbicara dan bersenda
Bertekak dan ketawa
Menyusun semula langkah
Menyatu kembali kekuatan
Biar tuju kita kian pasti
Kian gagah
Kian mantap
Dan tambah manis…



Salam sayang
Untuk AJK Pasino
Dan semua yang hadir

Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati