Selain dari kami yang menceritakan tentang kemeriahan pesta buku yang lalu, ada juga kiriman dari peminat yang turut teruja dengan pesta tersebut. Kita ikuti tentang perasaan peminat yang bernam ila ini, yang turut merasai keseronokan berpesta buku dan berjumpa novelis pujaannya.
Kehadiran Pesta Buku Antarabangsa di PWTC telah pun diketahui olehku seawal bulan Januari lagi melalui seorang kawan yang bekerja di Berita Harian dan teman tapi mesraku yang juga merupakan seorang novelis yang kini telah pun membuka syarikat penerbitannya sendiri.
Aku begitu teruja menanti kedatangan Pesta Buku Antarabangsa kerana aku bukan sahaja dapat membeli buku dengan harga yang jauh lebih murah tetapi aku juga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan novelis - novelis kegemaranku . Jika sebelum ini aku memperuntukkan lebih kurang RM200 setiap bulan untuk membeli bahan bacaan tapi bagi Pesta Buku pada kali ini aku telah memperuntukkan lebih kurang RM500 untuk membeli bahan bacaan bagi diriku dan anak-anak.
Sebaik sahaja berlangsungnya Pesta Buku yang bermula pada 4 April 2008, aku bertemankan dua orang buah hati pengarang jantungku telah menerjah ke sana pada hari Ahad, bersamaan 6 April 2008. Setibanya di sana, kelihatan selautan manusia bersesak-sesak menuju ke booth masing-masing. Destinasi awalku sudah pastilah ke booth teman novelisku iaitu Fauziah Ashaari. Beliau kini telah pun membuka syarikat penerbitannya sendiri di selatan tanah air yang dinamakan Intens Media.
Apabila melihat booth Alaf21, aku berasa mabuk melihat novel yang beraneka jenis dan warna yang terdapat di rak - rak yang disediakan . Namun keghairahanku untuk membeli novel di situ agak terbantut kerana aku tidak melihat walau seorang pun novelisnya berada di situ seperti tahun-tahun yang lalu.
Namun aku bernasib baik kerana ada seorang pokcik yang baik hati telah memberitahuku lokasi sebenar novelis - novelis tersebut. Tanpa berlengah lagi, aku terus menuju ke booth Alaf21 yang terletak di tingkat bawah.
Setibanya di sana, aku mampu tersenyum lebar kerana terdapat beberapa orang novelis yang terkenal seperti Aisya Sofea, Ramli Awang Murshid, dan beberapa orang lagi penulis baru berada di tempat duduk masing - masing. Namun aku berasa sedikit hampa kerana tempat duduk novelis Anis Ayuni, Meen Zulaikha, dan Norzailina Nordin kosong . Membuang rasa malu, aku bertanyakan Encik Norden akan hal tersebut dan beliau memberitahuku bahawa ketiga-tiga novelis tersebut keluar sebentar.
Oleh itu aku pergi ke rak buku untuk memilih novel yang berkenaan di hati. Gembiranya rasa di hati kerana terdapat banyak novel-novel baru yang masih panas hasil karya Anis Ayuni, Aisya Sofea, Damya Hanna, Norzailina Nordin, Meen Zulaikha, dan beberapa penulis yang masih baru.
Mungkin sudah suratan atau kebetulan, novel Aisya Sofea, Damya Hanna, dan Meen Zulaikha diletakkan sebagai trionovel dan dijual dengan harga RM48. Jimat sikit bajetku. Hanya buku Anis Ayuni dan Norzailina Nordin sahaja yang terpaksa aku beli asing - asing. Selain itu aku juga turut menyambar beberapa buah novel penulis baru, buku motivasi, buku agama, dan sebuah buku English untuk kanak - kanak, ' Simple English for Kids'.
Sementara menunggu ketiga - tiga novelis tersebut datang semula, aku ke tingkat atas untuk mencari buku rujukan dan buku kerja buat anak- anakku . Ketika meninjau - ninjau booth di situ, aku terjumpa dengan abang long. Senang hatiku melihat beliau yang kelihatan lebih ceria dan sihat sedikit. Didoakan beliau akan pulih sepenuhnya dan kembali semula ke alam maya . Setelah bertegur sapa dan berbual-bual buat seketika kami menuju ke destinasi masing - masing .
Aku berasa macam nak gila melihat buku-buku kerja dan buku - buku rujukan yang dijual dengan harga RM1 sahaja untuk sebuah. Selain murah, isi kandungannya adalah mengikut sukatan yang terkini . Apalagi, aku dan beberapa orang ibu bapa lain berebut - rebut memilih buku untuk anak masing - masing. Dalam tak sedar aku telah mengambil lebih kurang 50 buah buku kerja dan buku rujukan untuk anak - anakku.
Alamatnya lepas ni termuntah - muntahlah anak - anakku untuk menjawab soalan - soalan dalam buku kerja yang aku belikan itu. Selain itu aku juga turut membeli beberapa buah buku lain yang agak berkualiti dan harganya juga agak berpatutan, jauh lebih murah kalau dibeli pada hari biasa. Sebelum balik aku sempat mendapatkan tandatangan ketiga-tiga novelis tersebut sambil beramah-ramah mesra dengan mereka .
Kedatanganku bukan hanya pada hari itu sahaja tetapi pada hari Selasa berikutnya aku datang lagi bersama dengan kawanku. Niat asal cuma nak menemankan kawanku sahaja tetapi akhirnya aku turut membeli beberapa buah novel lagi di booth yang lain, beberapa buah majalah masakan di booth Karangkraf, dan beberapa buah buku kerja lagi untuk anak-anakku .
Pada hari penutup Pesta Buku, aku sekali lagi datang ke sini. Tapi kali ini kedatanganku lebih kepada untuk mendapatkan tandatangan novelis pada novel-novel yang telah aku beli disamping untuk bertemu dengan beberapa orang teman tapi mesraku. Seperti biasa, aku memang tidak dapat menolak keinginanku untuk membeli beberapa buah novel dan buku lagi .
Sesungguhnya aku dengan buku memang tidak dapat dipisahkan . Bak kata suamiku, tidur buku, makan buku , tengok tv buku, semuanya buku . Kalau datang angin gilaku, aku boleh habiskan tiga buah novel setebal 600 muka surat setiap satu dalam masa satu hari sahaja .
Oleh kerana kegilaanku kepada buku terutama sekali novel, maka Pesta Buku merupakan sesuatu yang aku nanti - nantikan setiap tahun dan sudah semestinya aku tidak pernah melepaskan peluang untuk hadir ke setiap Pesta Buku yang diadakan .
~ Ila ~
Bayangkan. Apa akan jadi pada pesta buku tanpa penulis?
Tentu sekali pesta buku akan jadi hambar dan tidak berseri. Sebabnya, penulis itu sendiri adalah sebahagian daripada daya tarikan untuk ke pesta buku. Ada peminat yang datang semata-mata hendak berjumpa dengan penulis pujaan mereka. Memang benar!
Maka, dengan sebab itulah, awal-awal lagi Alaf21 telah mewar-warkan akan kehadiran beberapa orang penulisnya, yang akan turut sama beramah mesra dengan peminat semua. Tidak kira penulis lama atau pun baru, masing-masing bagaikan faham dengan peranan masing-masing.
Tahun ini, penulis Alaf21 yang kelihatan berada di pesta buku antaranya ialah , Anis Ayuni, Meen Zulaikha, Aleya Aneesa, Lynn Dayana, Rose Harissa, Lily Haslina Nasir, Durra Fatiha, Norzaillina Nordin , Aisya Sofea, Ramlee Awang Murshid , Hezzy Azra , Damya, Hanna, Fatin Nabilla, Morad Hassan , Azhan Kamal, Dr HM Tuah, Fadli Al Akiti, Qaira Qasidah, Dhiya Zafira dan ramai lagi.
Selain dari penulis yang berada di kaunter, ada juga penulis lain yang turut singgah melepak untuk memeriahkan suasana. Dan saya juga melihat kelibat-kelibat Bikash Nur Idris , Shanika Latisya , Kreisya Reisya , Eka Fahara, Umi Azrini, Hasreeyat Ramli dan lain-lain lagi. Kehadiran mereka sudah tentulah untuk bertemu kawan-kawan penulis sekelian. Bila lagi nak berjumpa semua kalau bukan sewaktu pesta-pesta sebegini.
Kali ini gerai Alaf21 yang disebelah bawah menempatkan semua penulis-penulisnya di situ. Walau mejanya tidak disusun memanjang, tapi ada beberapa tempat yang dikhaskan untuk para penulis duduk.
Memang tidak dinafikan kawasan di bawah itu agak kecil sedikit. Lokasinya pula agak jauh ke dalam dari pintu besar. Bila orang ramai menerjah akan kelihatan sedikit sesak dan jem. Tapi itu tidak menjadi penghalang untuk peminat semua datang dan beramah mesra dengan penulis pujaan mereka.
“Eh, tu Aisya Sofea lah !
“Eee.. Anis Ayni... Anis Ayunii...
”Betul ke tu Aleya Aneesa…? Tengok dalam katalog Alaf21 ni lain je rupanya…tak bulat pun pipinya?“
“Nak bergambar dengan Ramlee Awang Murshid lah..“
Demikianlah antara suara-suara peminat yang teruja apabila melihat penulis idola mereka. Ada yang malu-malu kucing untuk menghampiri. Ada yang masih bertanya ( mungkin tak percaya ) walaupun dihadapan mereka sudah tersusun buku2 tulisan mereka. Ada yang seronok tak terkata.
Ada pula yang dok bertelagah tentang novel apa yang sudah atau belum dibeli di hadapan penulis. Barangkali adik beradik atau emak dan anak. Terkebil-kebil penulis dibuatnya.
Itulah sebahagian ragam peminat yang datang menyapa.
Namun, rata-rata mereka yang datang amat sporting. Ada juga yang pernah bertemu sebelum ini. Tentunya kehadiran mereka mengubat kerinduan. Belum lagi termasuk pertemuan yang tidak disangka-sangka, bertemu kawan lama, kawan sepermainan, kawan Universiti, kawan sekolah atau kawan tadika barangkali. Siapa tahu, selepas berpuluh-puluh tahun tak jumpa, akhirnya dah jadi penulis kau ya… Alahaii..
Pada hari-hari tertentu ( terutamanya hari minggu ) keadaan memang agak sibuk. Di booth tengah, kelihatan meja yang diduduki oleh Norzailina Nordin, Rose Harissa dan Aisya Sofea dikerumuni peminat. Buku Aisya Sofea yang terbit hanya waktu itu lebih laris dari goreng pisang panas. Tak menang tangan dia nak menyain setiap buku dan pertanyaan dari para peminat. Namun Aisya Sofea tetap cool. Dari jauh, dia sempat lambai-lambai saya saja.. Huu.. sibuk la tu.
Norzailina pula, memang veteran pesta buku juga tak kurang sibuk juga. Ditambah dengan kehadiran kenalannya yang ramai, sahabat-sahabat maya termasuk peminat yang kali pertama bersua muka , dia tetap melayan dengan baik dan ramah. Sekejap-sekejap bangun untuk mengambil gambar, bersalam dan berpeluk.Bagus juga kalau sesekali bangun ni, kalau duduk lama.. alamat kematu la pula punggung tu.
Kadang-kadang saya mencelah mencuri-curi tangkap gambar. Tenguk penulis semua beriya-iya menyain, sampai senget-senget kepala, selain bertanyakan soalan paling popular, “ Sapa nama? “
Di sudut sebelah hujung, satu lagi kaunter turut dipenuhi oleh novelis lain. Kelihatan Meen Zulaikha, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Fatin Nabila dan juga Ramlee Awang Murshid turut penuh diterjah peminat. Paling ramai tentulah si kumbang di antara sekalian bunga, penulis thriller yang tak asing lagi di Malaysia.
“Bila buku sambungan Sang Ratu nak keluar, bang?”
Itulah soalan favourite peminat. Hah, untuk makluman semua, buku tersebut sedang dalam proses editing habis-habisan sebelum keluar menemui peminat, InsyaAllah dalam tahun ini juga. Demikianlah yang dijawap Ramlee Awang Murshid berkali-kali, demi meredakan hati peminatnya yang resah gelisah, bagai sudah tak sabar-sabar untuk mengetahui kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang seterusnya.
Memandangkan kebanyakan novelis amat sibuk terutama diwaktu-waktu pagi dan petang, kesempatan untuk berbual dengan mereka tentulah agak terhad. Kadang-kadang, saya terpaksa mencuri-curi terjah sambil bertanya itu ini.
Rata-rata mereka semua gembira. Keceriaan jelas terpancar diwajah masing-masing. Walau pun sedikit letih, namun mereka masih maintain. Untuk berada di sana dari pagi sampai ke petang, bukannya mudah. Demi peminat semua, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga. Syabas untuk penulis-penulis Alaf21.Ada sesetengah penulis tu memang sentiasa sibuk. Ada juga yang nampak relaks. Kalau tak ada apa nak dibuat, borak-borak sajalah, sambil mengudap-ngudap jajan yang dibawa ( di sembunyikan bawah meja ). Jangan tak tahu, makan-makan bawah meja ini sudah menjadi tradisi... entah bila bermulanya. Sejak-sejak pesta buku yang pertama barangkali.. hahaha
Kehadiran mereka benar-benar memeriahkan suasana dan meninggalkan kesan di hati peminat Alaf21. Harap-harap mereka akan terus bersama-sama di pesta buku yang akan datang.Nota :
Dikebanyakan blog novelis, mereka juga menceritakan tentang kemeriahan Pesta Buku. Silalah layari blog mereka. Gambar-gambar pun ada sekali.
Bersambung lagi na…
Mersik
Saya tidak datang bersendirian di pesta buku. Hampir setiap hujung minggu, ada yang setia menemani saya. Siapa lagi, kalau bukan Abang Long, Pesiden Kelab Peminat Alaf21 sendiri. Kami merayap merata tempat, atas , bawah hatta diseberang sungai sana pun kami pergi. Melihat gelagat orang ramai dan suasana yg sentiasa sibuk. Walau pun kadang-kadang sesak nafas dan lenguh lutut ke sana kemari, tapi keseronokan melebihi segala-galanya.
Walau pun dibebani dengan masalah peribadi serta kesihatan yang tidak berapa baik, dia tetap turun padang untuk sama-sama melihat-lihat dan memeriahkan suasana. Memang dia seorang peneraju kelab yang bertanggung jawap dan perihatin.
Kadang-kadang dia duduk di satu sudut, berborak dengan beberapa orang. Kadang-kadang berdiri menyapa novelis, pembaca dan juga petugas yang ada. Banyak betul perkara yang dibualkan kalau dah berjumpa abg long ni. Abang Long yang kelihatan seronok kerana dapat menyergah Ramlee Awang Murshid, yang sedari awal sedang sibuk melayan peminat-peminatnya.
Abang Long : Dhiya, kalau nak jadi penulis yg bagus, kena selalu merendah diri.
Demi untuk menyokong pesta buku dan Alaf21 khasnya, kami terjah juga. Pesta sebegini bukanlah selalu sangat diadakan. Setahun sekali. Apalah salahnya berkorban masa sedikit.Dalam kesibukan dan kesesekan berpesta buku, Ina saya dan Abang Long sempat duduk sambil bencang-bincang mengenai arah perjalanan kelab.
Ada juga ahli kelab yang kami jumpa sewaktu di pesta hari tu. Kebanyakannya datang berkeluarga atau dengan kawan-kawan. Kami juga ada duduk-duduk berbincang mengenai projek-projek kelab seterusnya.
Paling menarik , kami jumpa Cik Syiela iaitu pendukung forum Ramlee Awang Murshid Fan Club. Kami berbual-bual selain bertukar pandangan dan cerita. Mungkin di masa-masa akan datang akan ada aktiviti yg boleh dilakukan bersama.
Abang Long bersama Cik Syiela , peneraju Forum peminat karya-karya Ramlee Awang Murshid
Kami harapkan agar Kelab RAM atau sesiapa sahaja akan turut menyokong Alaf21 agar terus berjaya di masa-masa hadapan.
Mersik
Dalam masa pesta buku berlangusng, sy berkesempatan juga untuk bertemu dengan penulis-penulis Alaf21 yang baru ( yakni telah melahirkan buku sulung mereka dengan Alaf21 ). Tentunya mereka akan malu-malu apabila di sapa oleh kami. Apabila diperkenalkan yang kami dari Kelab peminat Alaf21, barulah mereka mula tersenyum.
Apatah lagi bila saya dan Abang long kadang-kadang berpakat untuk mengena. Bukannya apa, sekadar ingin menengok reaksi mereka sahaja.. Penulis yang pertama ialah Hezzy Azra. Abang long perlahan-lahan menghampirinya dan dan mengambil tempat duduk disebelahnya. Kelihatan Hezzy agak tertanya-tanya pada mulanya, barangkali disangka sekadar peminat biasa.
Bila abg long menanya, dia jawap juga. Lastly, baru dia ahu... itulah abg long.. Hah, suprise! Suprise!
Qaira Qasidah , nama penanya manis semanis orangnya juga. Duduk di satu sudut agak malu-malu, namun apabila sesekali peminat menyapa, dia melayan juga.
Pertama kali berada di pesta buku yang meriah ini, tentulah terasa gembira yang tak terhingga. Debaran dan keterujaan turut bersilih datang. Apatah lagi bila karya sulung berada di depan mata. Rasa seperti tak percaya pun ada.
Inilah hasil yang telah di usahakan selama ini, akhirnya berbaloi juga. Dia berasal dari Terengganu dan bertugas di Syarikat komunikasi sekitar KL.
Penulis yang ini agak terpinggir pada mulanya. Mereka yang lalu lalang barangkali melihatnya sekilas dan barangkali tertanya-tanya, apalah yang dibuatnya di situ?
Diantara deretan buku-buku cinta yang laku keras, tiba-tiba tersellit pula cerita tentang fantasi dengan tajuk yang pelik , Saga Horizon!
Namun si anak muda ini berlagak selamba. Tapi otaknya ligat mentafsir apa yang dilihat atau membuat barangkali sekadar membuat ujikaji... golongan mana yang menjadi pembeli bukunya.
Kalau anda semua nak tahu, itulah dia Fadli Al Akiti, penulis novel pertama Sains Fantasi Alaf21. Dan, dia bukanlah penulis baru. Pernah berkarya dengan genre yang sama ( fiksyen sains ) sebelum ini.
Pabila ditanya kenapa dia minat sangat dengan fantasi , dia jawap memang sejak dulu dia minat pada hal-hal futuristik dan teknologi. Dia yang bertugas di bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai imiginasi yang jauh ke hadapan, membayangkan satu keadaan yang kita sendiri tak terfikirkan.
Tapi, dari sumber yang boleh dipercayai, bukunya juga turut laris dan pada sesetengah hari , langsung tiada stok.
Tahniah untuk Fadli Al Akiti. Selamat menyertai team Alaf21 yang tersohor ini. Semoga terus berjaya menghasilkan karya-karya yang mantap dan bagus.
Sebenarnya, ada ramai lagi penulis-penulis baru Alaf21 yang tak sempat kami terjah dan jumpa. Mungkin dilain kali kami akan membawakan cerita-cerita mengenai mereka.
Mersik
Mersik
MENCARI BOOTH YANG SATU...
Semalam, berakhirlah sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung selama 10 hari di PWTC. Begitu sekejap sahaja masa berlalu sedang kemeriahan masih lagi ingin dinikmati oleh para pengunjung yang datang. Nampaknya kita akan bersua lagi ditahun hadapan, kalau dipanjangkan umur.
Walau bagaimana pun kemeriahan, kesesakan, keseronokan dan keterujaan tentulah akan sentiasa diingati oleh setiap pengunjung. Demikian juga pada kami dan kumpulan Karangkraf termasuk juga Alaf21.
InsayaaAllah, kita akan menyorot kisah-kisah menarik di sepanjang pesta yang lalu.
Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan PWTC yang besar itu sudah kedengaran dan haruman kertas-kertas yang menaikkan semangat. Pesta buku sudah bermula!
Namun untuk bergerak pantas dalam kesesakan pesta yang sedemikan rupa, bukanlah sesuatu yang mudah. Sejak dari pintu masuk ( di hadapan PWTC ) lagi sudah mula penuh dengan orang yang ramai, terdiri dari kanak-kanak , budak-budak sekolah, keluarga, orang dewasa dan ramai lagi. Masing-masing kelihatan seronok berada di situ.
Misi utama saya adalah untuk menjejaki booth penerbitan yang paling ngetop sekali iaitu Alaf21.
Melungsuri tiap langkah, mata saya tak lekang memerhati booth-booth yang ada. Juga pada pengunjung yang kelihatan sibuk mencari-cari buku selain berbual-bual sesama dengan wajah yang ceria.
Di ruang legar , ada pameran lukisan terpanjang sedang diadakan. Disekitar-sekitarnya juga ada aktiviti pekomik yg melibatkan orang ramai dan kanak-kanak. Suasana agak riuh di situ.Saya meneruskan perjalanan teruskan ke aras 1 untuk ke dewan Tun Razak kerana kebanyakan booth yang popular berada di situ. Masuk sahaja ke dalam dewan tersebut, jalan sudah jem. Terpaksalah bergerak berperlahan-lahan sambil mata tak lupa melilau ke kanan dan kiri, melihat-lihat aneka buku yang berwarna-warni. Haruman kertas menusuk ke dalam hidung. Walaupun sekarang teknologi dah canggih, namun buku tetap ada tarikannya yang tersendiri.
Para petugas di setiap booth turut menyapa selain mempromosi barangan yang ada.
Saya terus berjalan perlahan-lahan, hinggalah…
Saya terpegun apabila melihat Booth Karangkraf dan Alaf21 yang berkonsepkan ala-ala percutian. Sungguh tak di sangka. Betul2 buat saya terkejut.
Melihatkan petugasnya yang memakai baju corak bunga yang cerah, siap bertopi lagi, saya tersenyum sendiri. Nampak menarik dan santai. Dari jauh sudah menggamit-gamit rasanya. Tak lupa juga dengan setiap senyuman yang dilemparkan membuatkan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk ke booth tersebut.
Deretan rak-rak yang penuh dengan buku tersusun kemas untuk memudahkan pengunjung melihat akan tajuk-tajuk yang ada. Kaunter yang disediakan juga mencukupi. Memandangkan keadaan boothnya yang ada dikedua-dua belah bahagian, jadi pengunjung senang untuk ronda satu pusingan melihat setiap jenis buku yang dipamerkan. Saya pun turut melilau-lilau di situ melihat-lihat buku yang beraneka warna dan tajuk. Kali ini, selain buku-buku terbitan Alaf21 , buku-buku prima juga turut ada dijual dan juga mempunyai kategori yang pelbagai.
Kawasan sekitar booth tersebut memang sudah penuh. Bagaikan lautan manusia, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing , ada yang sibuk membelek-belek buku, ada yang berbual-bual dan ada juga yang hanya melihat-lihat saja.
Kali ini booth Alaf21 memang meriah!
Sedang saya asyik melihat-lihat sekeliling booth, saya mula terperasankan sesuatu…
“Eh, mana penulis-penulisnya?” Hati saya tertanya-tanya dalam keadaan gelabah.
Bersambung…
“Mereka semua ada di gerai bawah…“ seorang petugas di booth tersebut memberitahu. Saya sedikit kehairanan.
“Eh, bawah mana pula tu? Tadi masa lalu lalang di ruang bawah tak nampak pun booth Alaf21?“ soal saya sendirian.Namun pencarian terpaksa jua diteruskan. Setelah berbual-bual dan beramah mesra dengan beberapa orang petugas di situ, saya lantas bergegas turun ke bawah.
Sekali lagi, menempuhi kesesakan lalulintas. Berhimpit-himpitan, berlaga-lagaan serta bergesel-geselan, akhirnya sampailah ke ruang legar. Terus berhenti sekejap mengambil udara sambil mengeluh lega. Maklomlah, sudahlah suasana panas, kemudian bersesak-sesak pula tu, tentu badan pun jadi hangat dan berpeluh-peluh, langsung jadi tidak selesa.
Saya teruskan perjalanan meredah gerai-gerai di sebelah hadapan, dan akhirnya saya berjaya menyusup masuk hingga ke dalam dan akhirnya..
Terserlahlah lagi sebahagian dari booth KarangKraf dan juga Alaf21.
Kali ini gerainya lebih panjang sedikit . Kemudian, melihat pada susasana kesesakan yg sama seperti di atas ( malahan, lebih sibuk ), memang sahihlah... ini tentu disebabkan penulis-penulisnya ada di situ.
Memang tepat tekaan saya. Barisan penulis Alaf21 baik yang baru atau pun yang lama sedang sibuk melayan para peminat mereka. Tidak cukup dengan satu buku, kadang-kadang dua tiga buku peminat mereka hulurkan. Itu belum lagi termasuk untuk bersalam-salam, berpeluk-peluk, berlaga-laga pipi dan juga bergambar. Demi peminat semua, para penulis memang tak menghampakan dan mudah mesra.Almaklumlah, ada di antara mereka yang datang dari jauh, Sabah, Sarawak Singapura dan serata tanah air untuk bertemu dengan penulis pujaan mereka. Mujur kebanyakan hari minggu ramai penulis yang hadir, jadi terubatlah sedikit kerinduan mereka selain membeli buku-buku yang terbaru.
Cuma, bila dah ramai-ramai sangat tu, mungkin tak sempat nak berbual panjang atau beramah mesra. Tapi sudah cukup untuk meninggalkan kenangan yang indah… bertemu penulis pujaan hati.
Mereka, yakni penulis-penulis tersebut begitu komited untuk berada di situ bertemu peminat-peminat mereka. Walau pun di luar cuaca kadang kala hujan di sebelah petang, mereka tetap setia melayan setiap pengunjung yang menyapa.
Rak-rak buku sering diisi baru. Novel-novel terbaru, yang panas-panas lebih cepat dicapai menyebabkan para petugas Alaf21 tak menang tangan. Kerapa kali mereka keluar masuk mengambil stok baru. Begitu juga dengan van yang berulang alik dari kilang untuk mengambil bekalan.Ternyata sambutan pesta buku kali ini diluar dari jangkaan. Menurut pengurus besarnya, En Norden... walaupun mereka sudah bersedia ( membungkus dan menyediakan ) buku-buku sejak dari bulan Februari lalu, namun ianya tidak dapat memenuhi permintaan yang luar biasa hebatnya. Kami sentiasa terkejar untuk mengambil stok baru. Memang dahsyat... Tahniah untuk Alaf21!
Walau pun kebanyakan dari petugas sampai sakit-sakit pinggang dan lenguh kaki, namun mereka tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi.
Demi peminat Alaf21, mereka terus bekerja. Lagipun, peminat Alaf21 ramai. Daripada sekecil-kecil peminat sampailah mereka yang dah berusia, semua suka membaca buku-buku Alaf21.
Di sini, ia merupakan satu kelebihan bila mana penerbitan Alaf21 sendiri dapat memberikan bahan bacaan yang sesuai dibaca ( terutamanya novel ) untuk semua peringat umur. Lagi pun rakyat Malaysia sekarang dah pandai dan rajin membaca. Isu rakyat Malaysia kurang membaca dah jadi isu lapuk sekarang.
Sesiapa yang datang ke pesta buku, terutama pada hari-hari minggu, tentu akan dapat melihat buktinya.
Nanti kita cerita fasal novelis pula ya… tunggu.
Mersik
Saat yang ditunggu-tungguh telah pun tiba. Bagi sekelian pencinta buku, penulis, penerbit , pengedar hatta pembaca, inilah masanya untuk kita semua berkumpul meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula esok sehingga 13 April, di PWTC.Semua dijemput hadir ke booth Alaf 21. Pelbagai jenis buku seperti novel, buku motivasi, resipi, kraf, kitab-kitab dan buku umum ada dijual di sana dengan diskaun yang menarik.Bagi peminat-peminat novel yang ingin mendapatkan tandatangan dan beramah mesra dengan novelis-novelis, di sini disertakan maklumat untuk anda semua.

Sabtu 5 April
Ahad 6 April
Isnin 7 April
Selasa 8 April
Rabu 9 April
Khamis 10 April
Jumaat 11 April
Sabtu 12 April
Ahad 13 April
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.010 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 110 years ago
-
Setahun bersawang...12 years ago
-
-
-
Happy New Year15 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200818 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....19 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)



