Saya tidak datang bersendirian di pesta buku. Hampir setiap hujung minggu, ada yang setia menemani saya. Siapa lagi, kalau bukan Abang Long, Pesiden Kelab Peminat Alaf21 sendiri. Abang Long yang kelihatan seronok kerana dapat menyergah Ramlee Awang Murshid, yang sedari awal sedang sibuk melayan peminat-peminatnya. Kami merayap merata tempat, atas , bawah hatta diseberang sungai sana pun kami pergi. Melihat gelagat orang ramai dan suasana yg sentiasa sibuk. Walau pun kadang-kadang sesak nafas dan lenguh lutut ke sana kemari, tapi keseronokan melebihi segala-galanya.
Walau pun dibebani dengan masalah peribadi serta kesihatan yang tidak berapa baik, dia tetap turun padang untuk sama-sama melihat-lihat dan memeriahkan suasana. Memang dia seorang peneraju kelab yang bertanggung jawap dan perihatin.
Kadang-kadang dia duduk di satu sudut, berborak dengan beberapa orang. Kadang-kadang berdiri menyapa novelis, pembaca dan juga petugas yang ada. Banyak betul perkara yang dibualkan kalau dah berjumpa abg long ni.
Demi untuk menyokong pesta buku dan Alaf21 khasnya, kami terjah juga. Pesta sebegini bukanlah selalu sangat diadakan. Setahun sekali. Apalah salahnya berkorban masa sedikit.
Ada juga ahli kelab yang kami jumpa sewaktu di pesta hari tu. Kebanyakannya datang berkeluarga atau dengan kawan-kawan. Kami juga ada duduk-duduk berbincang mengenai projek-projek kelab seterusnya.
Paling menarik , kami jumpa Cik Syiela iaitu pendukung forum Ramlee Awang Murshid Fan Club. Kami berbual-bual selain bertukar pandangan dan cerita. Mungkin di masa-masa akan datang akan ada aktiviti yg boleh dilakukan bersama.
Abang Long bersama Cik Syiela , peneraju Forum peminat karya-karya Ramlee Awang Murshid
Kami harapkan agar Kelab RAM atau sesiapa sahaja akan turut menyokong Alaf21 agar terus berjaya di masa-masa hadapan.
Mersik
Dhiya : Ooo kira macam duduk rendah2 atas troli cam ni ka?
Abang Long : lebih kurang cam tu la...
Kemudian, kami lepak-lepak di booth Alaf21. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kami ada di sana. Lewat petang barulah kami beransur pulang, menapak perlahan-lahan ke stesen komuter Putra yang berhampiran. Kalau nasib tak baik, kami berlari-lari dalam gerimis sampai sakit-sakit dada abg long dibuatnya. Memang hampir setiap petang, cuaca agak mendung dan sering hujan.
Memandangkan buat masa ini forum RAM FC hanya sekadar berurusan di alam maya , dimana kebanyakkannya adalah diskusi dan cerita-cerita yang berkisar mengenai buku-buku RAM sahaja. Dan ahli yang menyertai forum ini sudah menjangkau hampir 70 orang. Wah, menarik tu!
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2008
(102)
-
▼
April
(10)
- Ulasan Novel : Selagi Ada Dia - Aisya Sofea
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 7 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 6 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 5 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 4 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 3 )
- Penulis-penulis baru di Pesta Buku.
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 2 )
- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , PWTC 2008
-
▼
April
(10)
0 comments
Post a Comment