Bayangkan. Apa akan jadi pada pesta buku tanpa penulis?
Tentu sekali pesta buku akan jadi hambar dan tidak berseri. Sebabnya, penulis itu sendiri adalah sebahagian daripada daya tarikan untuk ke pesta buku. Ada peminat yang datang semata-mata hendak berjumpa dengan penulis pujaan mereka. Memang benar!
Maka, dengan sebab itulah, awal-awal lagi Alaf21 telah mewar-warkan akan kehadiran beberapa orang penulisnya, yang akan turut sama beramah mesra dengan peminat semua. Tidak kira penulis lama atau pun baru, masing-masing bagaikan faham dengan peranan masing-masing.
Tahun ini, penulis Alaf21 yang kelihatan berada di pesta buku antaranya ialah , Anis Ayuni, Meen Zulaikha, Aleya Aneesa, Lynn Dayana, Rose Harissa, Lily Haslina Nasir, Durra Fatiha, Norzaillina Nordin , Aisya Sofea, Ramlee Awang Murshid , Hezzy Azra , Damya, Hanna, Fatin Nabilla, Morad Hassan , Azhan Kamal, Dr HM Tuah, Fadli Al Akiti, Qaira Qasidah, Dhiya Zafira dan ramai lagi.
Selain dari penulis yang berada di kaunter, ada juga penulis lain yang turut singgah melepak untuk memeriahkan suasana. Dan saya juga melihat kelibat-kelibat Bikash Nur Idris , Shanika Latisya , Kreisya Reisya , Eka Fahara, Umi Azrini, Hasreeyat Ramli dan lain-lain lagi. Kehadiran mereka sudah tentulah untuk bertemu kawan-kawan penulis sekelian. Bila lagi nak berjumpa semua kalau bukan sewaktu pesta-pesta sebegini.
Kali ini gerai Alaf21 yang disebelah bawah menempatkan semua penulis-penulisnya di situ. Walau mejanya tidak disusun memanjang, tapi ada beberapa tempat yang dikhaskan untuk para penulis duduk.
Memang tidak dinafikan kawasan di bawah itu agak kecil sedikit. Lokasinya pula agak jauh ke dalam dari pintu besar. Bila orang ramai menerjah akan kelihatan sedikit sesak dan jem. Tapi itu tidak menjadi penghalang untuk peminat semua datang dan beramah mesra dengan penulis pujaan mereka.
“Eh, tu Aisya Sofea lah !
“Eee.. Anis Ayni... Anis Ayunii...
”Betul ke tu Aleya Aneesa…? Tengok dalam katalog Alaf21 ni lain je rupanya…tak bulat pun pipinya?“
“Nak bergambar dengan Ramlee Awang Murshid lah..“
Demikianlah antara suara-suara peminat yang teruja apabila melihat penulis idola mereka. Ada yang malu-malu kucing untuk menghampiri. Ada yang masih bertanya ( mungkin tak percaya ) walaupun dihadapan mereka sudah tersusun buku2 tulisan mereka. Ada yang seronok tak terkata.
Ada pula yang dok bertelagah tentang novel apa yang sudah atau belum dibeli di hadapan penulis. Barangkali adik beradik atau emak dan anak. Terkebil-kebil penulis dibuatnya.
Itulah sebahagian ragam peminat yang datang menyapa.
Namun, rata-rata mereka yang datang amat sporting. Ada juga yang pernah bertemu sebelum ini. Tentunya kehadiran mereka mengubat kerinduan. Belum lagi termasuk pertemuan yang tidak disangka-sangka, bertemu kawan lama, kawan sepermainan, kawan Universiti, kawan sekolah atau kawan tadika barangkali. Siapa tahu, selepas berpuluh-puluh tahun tak jumpa, akhirnya dah jadi penulis kau ya… Alahaii..
Pada hari-hari tertentu ( terutamanya hari minggu ) keadaan memang agak sibuk. Di booth tengah, kelihatan meja yang diduduki oleh Norzailina Nordin, Rose Harissa dan Aisya Sofea dikerumuni peminat. Buku Aisya Sofea yang terbit hanya waktu itu lebih laris dari goreng pisang panas. Tak menang tangan dia nak menyain setiap buku dan pertanyaan dari para peminat. Namun Aisya Sofea tetap cool. Dari jauh, dia sempat lambai-lambai saya saja.. Huu.. sibuk la tu.
Bagus juga kalau sesekali bangun ni, kalau duduk lama.. alamat kematu la pula punggung tu.
Kadang-kadang saya mencelah mencuri-curi tangkap gambar. Tenguk penulis semua beriya-iya menyain, sampai senget-senget kepala, selain bertanyakan soalan paling popular, “ Sapa nama? “
Di sudut sebelah hujung, satu lagi kaunter turut dipenuhi oleh novelis lain. Kelihatan Meen Zulaikha, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Fatin Nabila dan juga Ramlee Awang Murshid turut penuh diterjah peminat. Paling ramai tentulah si kumbang di antara sekalian bunga, penulis thriller yang tak asing lagi di Malaysia.
“Bila buku sambungan Sang Ratu nak keluar, bang?”
Itulah soalan favourite peminat. Hah, untuk makluman semua, buku tersebut sedang dalam proses editing habis-habisan sebelum keluar menemui peminat, InsyaAllah dalam tahun ini juga. Demikianlah yang dijawap Ramlee Awang Murshid berkali-kali, demi meredakan hati peminatnya yang resah gelisah, bagai sudah tak sabar-sabar untuk mengetahui kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang seterusnya.
Memandangkan kebanyakan novelis amat sibuk terutama diwaktu-waktu pagi dan petang, kesempatan untuk berbual dengan mereka tentulah agak terhad. Kadang-kadang, saya terpaksa mencuri-curi terjah sambil bertanya itu ini.
Rata-rata mereka semua gembira. Keceriaan jelas terpancar diwajah masing-masing. Walau pun sedikit letih, namun mereka masih maintain. Untuk berada di sana dari pagi sampai ke petang, bukannya mudah. Demi peminat semua, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga. Syabas untuk penulis-penulis Alaf21.
Ada sesetengah penulis tu memang sentiasa sibuk. Ada juga yang nampak relaks. Kalau tak ada apa nak dibuat, borak-borak sajalah, sambil mengudap-ngudap jajan yang dibawa ( di sembunyikan bawah meja ). Jangan tak tahu, makan-makan bawah meja ini sudah menjadi tradisi... entah bila bermulanya. Sejak-sejak pesta buku yang pertama barangkali.. hahaha
Kehadiran mereka benar-benar memeriahkan suasana dan meninggalkan kesan di hati peminat Alaf21. Harap-harap mereka akan terus bersama-sama di pesta buku yang akan datang.
Nota :
Dikebanyakan blog novelis, mereka juga menceritakan tentang kemeriahan Pesta Buku. Silalah layari blog mereka. Gambar-gambar pun ada sekali.
Bersambung lagi na…
Mersik
3 comments
Comment by Abang Long on 3:37 PM
Tradisi yang menarik dan harap dapat diteruskan:
1 - Menyimpan kudap - kudapan, jajan, keropok, cokelat dan segala makanan ringan didalam meja. Harap pada pesta buku yang akan datang pihak ALAF 21 dapat menyediakan minuman yang berwarna dan berperisa, supaya dapat menambahkan lagi keceriaan diwajah penulis dan juga 'penunggu setia'.
2 - Penulis dan novelis berpakaian sedondon. Tema warna yang sama.
3 - InysaAllah, Kelab akan melakukan kejutan pada tahun depan.
Comment by Anonymous on 6:21 AM
Abang Long...
Jajan? Betul tu, abang Long. Yang selalu kami fikir ialah air, air, air. Kasihan penulis tak jadi melangkah pergi makan bila peminat datang minta autograf. Iyalah, macam mana kami tak terfikir benda cam tu, ya? Terima kasih kerana utarakan.
Dalam pada itu, terima kasih kepada novelis-novelis yang bawa jajan untuk dikongsi. Tak lupa pada nochef (novelis & chef?) Norzailina Nordin yang bawa kudap-kudapan untuk semua termasuk untuk team Alaf 21.
Norden; Alaf 21
Comment by KeL@T on 6:42 PM
meriah nyer... cam sonok jerk... salam kenal sumer...
Post a Comment