“Mereka semua ada di gerai bawah…“ seorang petugas di booth tersebut memberitahu. Saya sedikit kehairanan.
“Eh, bawah mana pula tu? Tadi masa lalu lalang di ruang bawah tak nampak pun booth Alaf21?“ soal saya sendirian.
Sekali lagi, menempuhi kesesakan lalulintas. Berhimpit-himpitan, berlaga-lagaan serta bergesel-geselan, akhirnya sampailah ke ruang legar. Terus berhenti sekejap mengambil udara sambil mengeluh lega. Maklomlah, sudahlah suasana panas, kemudian bersesak-sesak pula tu, tentu badan pun jadi hangat dan berpeluh-peluh, langsung jadi tidak selesa.
Saya teruskan perjalanan meredah gerai-gerai di sebelah hadapan, dan akhirnya saya berjaya menyusup masuk hingga ke dalam dan akhirnya..
Terserlahlah lagi sebahagian dari booth KarangKraf dan juga Alaf21.
Kali ini gerainya lebih panjang sedikit . Kemudian, melihat pada susasana kesesakan yg sama seperti di atas ( malahan, lebih sibuk ), memang sahihlah... ini tentu disebabkan penulis-penulisnya ada di situ.
Memang tepat tekaan saya. Barisan penulis Alaf21 baik yang baru atau pun yang lama sedang sibuk melayan para peminat mereka. Tidak cukup dengan satu buku, kadang-kadang dua tiga buku peminat mereka hulurkan. Itu belum lagi termasuk untuk bersalam-salam, berpeluk-peluk, berlaga-laga pipi dan juga bergambar. Demi peminat semua, para penulis memang tak menghampakan dan mudah mesra.
Cuma, bila dah ramai-ramai sangat tu, mungkin tak sempat nak berbual panjang atau beramah mesra. Tapi sudah cukup untuk meninggalkan kenangan yang indah… bertemu penulis pujaan hati.
Mereka, yakni penulis-penulis tersebut begitu komited untuk berada di situ bertemu peminat-peminat mereka. Walau pun di luar cuaca kadang kala hujan di sebelah petang, mereka tetap setia melayan setiap pengunjung yang menyapa.
Rak-rak buku sering diisi baru. Novel-novel terbaru, yang panas-panas lebih cepat dicapai menyebabkan para petugas Alaf21 tak menang tangan. Kerapa kali mereka keluar masuk mengambil stok baru. Begitu juga dengan van yang berulang alik dari kilang untuk mengambil bekalan.
Ternyata sambutan pesta buku kali ini diluar dari jangkaan. Menurut pengurus besarnya, En Norden... walaupun mereka sudah bersedia ( membungkus dan menyediakan ) buku-buku sejak dari bulan Februari lalu, namun ianya tidak dapat memenuhi permintaan yang luar biasa hebatnya. Kami sentiasa terkejar untuk mengambil stok baru. Memang dahsyat... Tahniah untuk Alaf21!
Walau pun kebanyakan dari petugas sampai sakit-sakit pinggang dan lenguh kaki, namun mereka tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi.
Demi peminat Alaf21, mereka terus bekerja. Lagipun, peminat Alaf21 ramai. Daripada sekecil-kecil peminat sampailah mereka yang dah berusia, semua suka membaca buku-buku Alaf21.
Di sini, ia merupakan satu kelebihan bila mana penerbitan Alaf21 sendiri dapat memberikan bahan bacaan yang sesuai dibaca ( terutamanya novel ) untuk semua peringat umur. Lagi pun rakyat Malaysia sekarang dah pandai dan rajin membaca. Isu rakyat Malaysia kurang membaca dah jadi isu lapuk sekarang.
Sesiapa yang datang ke pesta buku, terutama pada hari-hari minggu, tentu akan dapat melihat buktinya.
Nanti kita cerita fasal novelis pula ya… tunggu.
Mersik
Namun pencarian terpaksa jua diteruskan. Setelah berbual-bual dan beramah mesra dengan beberapa orang petugas di situ, saya lantas bergegas turun ke bawah.
Almaklumlah, ada di antara mereka yang datang dari jauh, Sabah, Sarawak Singapura dan serata tanah air untuk bertemu dengan penulis pujaan mereka. Mujur kebanyakan hari minggu ramai penulis yang hadir, jadi terubatlah sedikit kerinduan mereka selain membeli buku-buku yang terbaru.
Walaupun Alaf21 dan KarangKraf mempunyai dua gerai ( atas dan bawah ) yang mana kadang2 petugas terpaksa berkejar turun dan naik, itu tidak mematahkan semangat mereka. Setiap dugaan di tempuh dengan penuh rasa tanggungjawap
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2008
(102)
-
▼
April
(10)
- Ulasan Novel : Selagi Ada Dia - Aisya Sofea
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 7 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 6 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 5 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 4 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 3 )
- Penulis-penulis baru di Pesta Buku.
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 2 )
- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , PWTC 2008
-
▼
April
(10)
One comment
Comment by Anonymous on 6:58 PM
Assalamualaikum Mersik dan semua. Di sini saya ingin meluahkan rasa terkilan saya kerana tidak dapat bersama-sama merasakan kemeriahan Pesta Buku tahun ini. Kemeriahan saya sepatutnya kita kongsi bersama-sama. Namun apakan daya, keadaan memaksa saya untuk tidak berada disana dan meraikan bersama-sama. Minat dan cinta saya terhadap buku-buku novel terlalu mendalam memaksa saya untuk mengambil cuti pada hari jumaat @ 4hb (tengah hari) untuk pergi ke sana. Malangnya saya tertinggal beg didalam loker manakala kuncinya pula berada di dalamnya. Saya cuba untuk pulang ke rumah (kebetulan rumah saya dengan ofis hanya mengambil masa 10 min berjaklan kaki) untuk mengambil kunci pendua, malang sekali waktu itu hujan lebat. Terpaksalah saya membatalkan niat untuk mengambilnya. Kesudahannya saya berada di Mid Valley membantu rakan untuk "Career Fair 2008" Malah hari Sabtu pual saya berpindah rumah manakala hari pada Ahad pula saya terpaksa bertugas di Mid Valley utk "Career Fair" tersebut. Ingin mengambil cuti hari biasa, tidak kesampaian kerana komitmen kerja terlalu banyak. Lebih-lebih lagi pejabat kami hendak berpindah pada hujung bulan ni. Terpaksalah berkemas-kemas dan membuang file-file lama bagi mengurangkan beban. Sabtu & Ahad lalu pula saya sibuk menghabiskan masa dengan mengemas barang- barang dirumah baru. Tapi saya tahu, jika saya pergi juga Sabtu atau Ahad tentu terpaksa berpusu-pusu dan berasak-asak untuk memasuki booth Alaf21. Saya memang tidak berapa gemar dengan situasi sedemikian. Lebih baik saya korbankan dulu niat saya itu. Keadaan yang memenatkan ketika berkemas juga adalah salah satu faktor saya terlupa untuk kesana. Akhirnya terpaksalah saya korbankan hasrat utk memiliki buku-buku terbaru keluaran Alaf21. Lebih terkilan lagi, saya terpaksa menunggu sampai bulan depan baru boleh memiliki buku "Aisya Sofea & Damya Hanna". Nampaknya orang lain dah habis baca, barulah saya start nak baca. Dah terlambat pulak. Yang lebih membuatkan saya sakit hari adalah kerana, pagi-pagi lagi rakan sekerja menayang buku "Aisya Sofea" yang baru dibeli Ahad lepas. Sakit hati tu memanglah, tapi nak buat macam mana. Dah nasib, lain kali kena prepare awal-awal. Namun saya bernasib baik kerana rakan saya setuju untuk meminjamkan kepada saya setelah dia selesai membacanya. Nampaknya tahun ni memang takde rezeki untuk saya memiliki buku berserta tandatangan dari penulis "favourite" saya. Especially "Aisya Sofea & Anis Ayuni" Pesta Buku pula setahun sekali, nampaknya terpaksalah menunggu lagi. Insyaallah, tahun depan saya pasti datang. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada Alaf21 kerana telah menerbitkan ketiga-tiga buku penulis-penulis yang popular. Buat Damya Hanna, tahniah diatas terbitan buku saudari yang ke-enam. Saudari buat surprise lagi untuk tahun ini. Tak lupa juga Aisya Sofea & Anis Ayuni. Buat Meen Zulaika, buku pertama saudari masih saya ulang baca. Tak sabar nak baca buku terbitan kedua ni. Harap-harap lagi hebat dari buku pertama. Walau bagaimanapun, saya tetap akan menanti Buku Aisya Sofea, Damya Hanna Dan Meen Zulaika bulan hadapan.
Mersik, gambar masa kat Karangkraf hari tu boleh e-mail kat saya tak. Terutama gambar masa ramai-ramai kat perkarangan luar pintu masuk pejabat karangkraf. Okaylah semua, nak chow dulu pergi MPH cari buku Anis Ayuni... Jumpa lagi
Post a Comment