MENCARI BOOTH YANG SATU...

Semalam, berakhirlah sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung selama 10 hari di PWTC. Begitu sekejap sahaja masa berlalu sedang kemeriahan masih lagi ingin dinikmati oleh para pengunjung yang datang. Nampaknya kita akan bersua lagi ditahun hadapan, kalau dipanjangkan umur.

Walau bagaimana pun kemeriahan, kesesakan, keseronokan dan keterujaan tentulah akan sentiasa diingati oleh setiap pengunjung. Demikian juga pada kami dan kumpulan Karangkraf termasuk juga Alaf21.

InsayaaAllah, kita akan menyorot kisah-kisah menarik di sepanjang pesta yang lalu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan PWTC yang besar itu sudah kedengaran dan haruman kertas-kertas yang menaikkan semangat. Pesta buku sudah bermula!

Namun untuk bergerak pantas dalam kesesakan pesta yang sedemikan rupa, bukanlah sesuatu yang mudah. Sejak dari pintu masuk ( di hadapan PWTC ) lagi sudah mula penuh dengan orang yang ramai, terdiri dari kanak-kanak , budak-budak sekolah, keluarga, orang dewasa dan ramai lagi. Masing-masing kelihatan seronok berada di situ.

Misi utama saya adalah untuk menjejaki booth penerbitan yang paling ngetop sekali iaitu Alaf21.

Melungsuri tiap langkah, mata saya tak lekang memerhati booth-booth yang ada. Juga pada pengunjung yang kelihatan sibuk mencari-cari buku selain berbual-bual sesama dengan wajah yang ceria.

Di ruang legar , ada pameran lukisan terpanjang sedang diadakan. Disekitar-sekitarnya juga ada aktiviti pekomik yg melibatkan orang ramai dan kanak-kanak. Suasana agak riuh di situ.

Saya meneruskan perjalanan teruskan ke aras 1 untuk ke dewan Tun Razak kerana kebanyakan booth yang popular berada di situ. Masuk sahaja ke dalam dewan tersebut, jalan sudah jem. Terpaksalah bergerak berperlahan-lahan sambil mata tak lupa melilau ke kanan dan kiri, melihat-lihat aneka buku yang berwarna-warni. Haruman kertas menusuk ke dalam hidung. Walaupun sekarang teknologi dah canggih, namun buku tetap ada tarikannya yang tersendiri.

Para petugas di setiap booth turut menyapa selain mempromosi barangan yang ada.

Saya terus berjalan perlahan-lahan, hinggalah…

Saya terpegun apabila melihat Booth Karangkraf dan Alaf21 yang berkonsepkan ala-ala percutian. Sungguh tak di sangka. Betul2 buat saya terkejut.

Melihatkan petugasnya yang memakai baju corak bunga yang cerah, siap bertopi lagi, saya tersenyum sendiri. Nampak menarik dan santai. Dari jauh sudah menggamit-gamit rasanya. Tak lupa juga dengan setiap senyuman yang dilemparkan membuatkan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk ke booth tersebut.

Deretan rak-rak yang penuh dengan buku tersusun kemas untuk memudahkan pengunjung melihat akan tajuk-tajuk yang ada. Kaunter yang disediakan juga mencukupi. Memandangkan keadaan boothnya yang ada dikedua-dua belah bahagian, jadi pengunjung senang untuk ronda satu pusingan melihat setiap jenis buku yang dipamerkan.

Saya pun turut melilau-lilau di situ melihat-lihat buku yang beraneka warna dan tajuk. Kali ini, selain buku-buku terbitan Alaf21 , buku-buku prima juga turut ada dijual dan juga mempunyai kategori yang pelbagai.

Kawasan sekitar booth tersebut memang sudah penuh. Bagaikan lautan manusia, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing , ada yang sibuk membelek-belek buku, ada yang berbual-bual dan ada juga yang hanya melihat-lihat saja.

Kali ini booth Alaf21 memang meriah!

Sedang saya asyik melihat-lihat sekeliling booth, saya mula terperasankan sesuatu…
“Eh, mana penulis-penulisnya?” Hati saya tertanya-tanya dalam keadaan gelabah.

Bersambung…

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati