Sewaktu Pesta Buku ini berlangsung, Abang Long sendiri banyak menekankan tentang perkataan HARI RAYA untuk PEMINAT BUKU.

Dalam setahun, pembaca, peminat dan ulat buku, berpesta semahu - mahunya. Ada yang window shopping, tetapi yang pasti ramai yang menggunakan peluang KEEMASAN - SETAHUN SEKALI. Untuk mendapatkan bahan bacaan pada harga yang begitu menarik yang ditawarkan oleh seluruh syarikat penerbitan.
Berbalik kepada HARI RAYA untuk peminat novel ALAF 21 khususnya. Cuba bayangkan selama beberapa hari dalam seminggu ini, para NOVELIS khususnya, telah duduk sebaris. Mereka berbual sesama sendiri, mereka berbual dengan peminat, mereka beramah mesra dengan sesiapa sahaja. Ada yang kuat mengusik, ada yang bertanya khabar, ada yang bergambar sakan dengan peminat, ada yang sering ketawa, ada yang duduk termenung sendirian, ada yang masih takut - takut, ada yang masih lagi kekok sewaktu bertemu peminat, ada juga yang menegur pengunjung dengan bersahaja, malahan boleh dikatakan "macam - macam ada".

Selepas berada sebaris, dalam satu "wadah perjuangan" yang sama. Tiba - tiba sampailah waktunya BERPISAH. Saya tidak dapat membayangkan "saat - saat ini". Pasti ramai yang akan "merindui" saat - saat seperti itu akan berulang kembali untuk tahun hadapan. Yang tinggal di utara tanahair akan pulang ke utara, yang menetap diselatan tanahair, akan kembali ke selatan, yang datang dari pantai timur akan bertolak ketempat asal masing - masing.

Yang pasti, masing - masing mempunyai tanggungjawab dan komitmen tersendiri. Jadi "pergunakanlah" ruang @ saat @ waktu yang ada sebaik dan semaksimum mungkin.

Pesta Buku @ HARI RAYA PEMBACA - adalah juga tempat atau platform bagi novelis, selain dari bertemu peminat, adalah juga sebagai tempat untuk "mempromosikan" diri dan novel. Bukan mudah untuk mendapat kesempatan yang terbaik sebegitu. Kalau artis, mereka mempunyai pelbagai program untuk berpesta dan mempromosikan diri. Bagaimana dengan novelis ?

Kepada pembaca, peminat dan penggemar novel, khususnya novel ALAF 21. Apakah anda telah menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin ?

Cuba bayangkan, selesai sahaja Pesta Buku ini. Masing - masing akan pulang semula kerumah atau lokasi asal masing - masing. Dan menjalankan rutin kehidupan seharian seperti biasa.

Bukan mudah untuk bertemu sambil mendapat tandatangan, bukan mudah untuk bergambar dalam suasana HARI RAYA PEMBACA, bukan mudah untuk mendapatkan novel dalam keadaan berpesta dan mendapat dengan nilai yang memuaskan.

Jangan malu untuk bertemu dengan novelis, (sebabnya ada yang masih pandang dari jauh, sambil berkata, "eh ... aku seganlah nak pergi seorang - seorang). Abang Long pasti, novelis yang ada, begitu ramah, mesra dan boleh diajak berbual (tapi, kalau keadaan tidak mengizinkan - minta maaf ye). Boleh diajak bergambar dan sebagainya. Malah mereka berbangga mempunyai pembaca dan peminat seperti ANDA.

Kalau boleh, bergambarlah dengan semua novelis yang ada. Kerana bukan mudah, untuk mendapatkan kesemua novelis dalam satu masa. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.



TERIMA KASIH kepada semua yang hadir pada HARI RAYA PEMBACA 2007.

TERIMA KASIH kerana mendapatkan NOVEL terbitan ALAF 21.


Abang Long


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati