Jam 9.00, 27/1/2007 dari stesen Sentul aku bertolak ke Padang Jawa menaiki komuter. Perjalanan memakan masa selama satu jam lebih berapa minit disebabkan kelembapan komuter itu.
Aku yang sudah biasa memandu sendiri, terasa menyesal pula menaiki komuter. Lambat dan menyakitkan tulang belakang. Habis lenguh seluruh badan. Tapi, kerana novel aku sanggup berkorban segala-galanya. Semangat begitu teruja, sampai malam pun termimpi-mimpi teringatkan nak beli novel.
Tujuan pertama, hendak membeli novel Tiada Noktah Cinta- Emma Maizura. Memang dah lama keluar, tapi sebab novel ini kurang sedikit promosi, jadi tak terperasan kewujudannya. Ceritanya memang best bila terbaca dalam fragmen novel dalam majalah Media Hiburan. Khabarnya dekat area Sri Gombak, laris.
Memandangkan Alaf21 dah buat jualan, apa lagi jangan dilepaskan peluang keemasan ni. Borong, jangan tak borong! Sampai di sana, mersik sudah sedia menanti. Terima kasih buat mersik kerana sudi menjemput dan sekaligus menjadi supirku...hehehe. Jangan marah. Tiba di Alaf21, Abang Long telah sedia tercongak di sana. Dari jauh aku sudah terperasan Abg. long tu tengah memikat bunga mana pula kali ini.
Alamak...Kak.Lina lah (Norzailina Nordin). Seronok, dapat jumpa Kak.Lina. Kak Lina ini maintain orangnya. Senyum sentiasa tak lekang dari bibir. Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama. Cerita tentang novel keluaran terbarunya, tentang promosi novel nya akan datang..dan mungkin dia akan membuat satu kejutan semasa Pesta Buku yang akan berlangsung tidak lama lagi. Syabas, Kak Lina. Kami sentiasa menyokongmu dari belakang.
Masa tengah berborak, mata asyik memandang buku atas rak. Banyaknya wanita dan lelaki dan juga kanak-kanak kecil berduyun-duyun tengah berbaris membayar dan mencari buku. Kanak-kanak itu mesti mengikut ibu bapanya. Yang lelaki pun ada juga yang memborong. Mesti beli untuk isteri tersayangkan? Masa terlalu pendek, tidak dapat berbual lama dengan Kak Lina kebetulan dia akan mengundur diri ke INTEKMA kerana terlibat dengan bengkel penulisan anjuran Alaf di mana beliau akan bercerita tentang pengalaman beliau dalam bidang penulisan. Jam, 11.40 pg, perbualan ditamatkan. Aku mengambil kesempatan membeli 7 buah buku novel yang sememangnya telah tersenarai dalam kepala otak aku. Buku yang paling cantik covernya, Cinta Sang Ratu. Tidak hairanlah kalau ianya cantik, sebab ratu lah katakan.
Setelah selesai membeli kami beredar untuk menjamu selera. Masa belum dapat buku, gelisah juga takut habis dalam stok. Nasib baik ada. Selepas itu masa untuk makan. Perut mula berkeroncong. Tadi bertahan dari lapar. Kami bertiga menuju ke Restoran Nasi Beriyani Gam di Nasi King, seksyen 9 bersebelahan dengan kedai printing Damya Hanna. Sempat juga Abg. Long call Damya bertanyakan di mana, rupanya Damya tengah berehat di rumah. Tak apalah, mungkin kedatangan kami hari itu tidak dirancang.
Selesai menjamu selera, masing masing kekenyangan. Mersik menghantar aku kembali ke stesyen komuter Shah Alam jam 1.10 tgh. Aku menaiki komuter untuk pulang ke Sentul. Dalam perjalanan pulang, sempat juga membaca sebuah novel. Keseronokan terasa apabila dapat membaca novel.
Lupa seketika masalah yang bertamu di benak fikiran.
Salam sayang,
Liza.
30 Januari 2007
Archives
Satu petang nan indah, tanpa diduga, saya telah berpeluang bersua dengan seseorang yang tidak saya kenali secara peribadi. Dari percubaan menelefon, akhirnya pertemuan yang tidak dirancang terlebih dahulu diaturkan.
Hanya dalam masa lebih kurang 40 minit kemudiannya, kami bertemu. Walaupun tidak pernah bersemuka, tetapi tidak pula ada ragu2 apabila yang empunya diri menegur secara ramah dan sopan. Pandangan pertama saya terhadap beliau, ramah dan mudah mesra.
Tidak terasa kejanggalan duduk bersama dan bercerita pelbagai. Seram sejuk jauh sekali. Suasana yang santai dan redup menyegarkan keadaan. Pelbagai isu yang ditimbulkan dan dapat dikongsi bersama selama waktu bersembang. Yang lebih menyeronokkan, kami lebih banyak menimbulkan isu2 semasa disana sini dan saling bertukar pendapat dan pengalaman dalam pelbagai hal. Tidak ketinggalan isu banjir dan bencana2 alam yang hangat diperkata di seluruh pelusuk Asia Tenggara lewat Disember, 2006 yang lalu. Malah masih lagi boleh terasa tempiasnya hingga hari ini.
Sedikit sebanyak, kami juga ada menyentuh mengenai "Kabus Kasih" dan "Nilai Cintamu". Sebagai seorang penulis yang sentiasa menuju ke arah kemajuan, beliau dapat menerima setiap komen dan kritikan yang diberikan dengan sikap terbuka dan berpandandangan positif. Sikap sebegini perlu ada di dalam diri setiap individu demi mencapai matlamat misi dan visi yang dirancang. Untuk mengorak langkah kearah kecemerlangan, seseorang individu harus peka dan terbuka bukan hanya pada pandangan positif, tetapi juga bidasan negatif!
Disebalik kesibukannya sebagai surirumah-tangga dan menguruskan keperluan harian, beliau masih lagi mampu meluangkan waktu untuk berkarya. Malah kesediaan beliau berkongsi pengalaman hobi yang telah dapat kita nikmati hasilnya bersama sangat dihargai. Siapa sangka dari hanya sekadar hobi, beliau mampu meraih gelaran sebagai salah seorang novelis yang diminati dewasa ini. Ini juga membuktikan bahawasanya setiap hobi yang seseorang individu miliki, pastinya akan mendatangkan keberhasilan yang baik jika di adaptasikan dengan cara yang betul.
Beliau merupakan salah seorang novelis yang diperkenalkan oleh Alaf21. Nama yang tidak asing lagi bagi para pencinta novel, lebih2 lagi di tanahair tercinta, Malaysia. Ya, anda tidak silap lagi! Eka Fahara! Itulah nama pena beliau. Walaupun tidak kenal rupanya, saya pasti ramai peminat novel kenal akan nama itu.
Saya telah berpeluang duduk bersembang dengan Eka Fahara bukan sebagai novelis dan peminat, tetapi lebih sebagai sahabat. Terimakasih Eka Fahara! Moga Eka Fahara terus berkarya dan sukses dalam apa jua yang diceburi. Peminat akan sentiasa menantikan kisah2 terbaru dari Eka Fahara.
Salmah
( Pengunjung yang asyik membelek buku2 dirak dan juga buku yang diletakkan diluar bersebelahan kedai ) Staff2 disitu juga ramah dan serba membantu. Walau pun terpaksa bekerja lebih masa ( kebiasannya, hari sabtu adalah hari cuti), namun mereka nampak ceria.
Hari sabtu lepas, 27 Jan 2007, merupakan hari terakhir jualan buku yang dianjurkan di Premis Alaf21. Sejak awal pagi, ramai pengunjung sudah mula beransur2 memenuhi kedai buku yang berada didalam bangunan untuk memiliki buku2 yang dihajatkan.
Saya, abg long dan Rosha sempat juga hadir kesana sekitar jam 10.30 pg, untuk melihat2 susana disamping turut membeli buku2 yang jauh lebih murah dari harga sebenar. Potongan 30% yang ditawarkan benar2 menterujakan. Banyak buku2 menjadi pilihan ramai termasuk yang baru2. Bila perasan beg plastik yang dibawa kedua2 diangkat dengan kedua belah tangan, barulah tersedar banyak sungguh buku yang dibeli. Tentu sibuk untuk menghabiskan membacanya dalam seminggu dua ini.
Antara yang terbaru ialah Triologi bulan ini yang membariskan novel2 Jika benar Cinta – Lynn Dayana, Erti Rindu ini – Zara Juita dan yang paling2 ditunggu akan kemunculannya iaitu Cinta Sang Ratu dari penulis thriller Ramlee Awang Murshid. Laris sungguh buku terbaru Ramlee Awang Murshid ini sehingga terpaksa ditambah beberapa kali diatas rak.
( Selain membeli buku, pengunjung juga diperlawa untuk mengisi borang soal selidik Alaf21 )
Disana, kami juga terserempak dengan Carrie Kirana yang terkenal menerusi Blog Novel cinta melayunya, yang sering review buku dan selalu dijadikan rujukan orang ramai setiap kali ingin mengetahui tetang prestasi serta kebagusan sesebuah buku. Beliau juga turut memborong buku, hingga nampak lenguh tangan nak membawa. Berbual pun seketika sahaja dengan abg long sebelum terpaksa meminta diri lebih awal kerana ada tugas yang menanti.
Dan tak lama lepas tuh, terserempak pula dengan seseorang yang paling tak asing lagi dikalangan kami.
" Alahaii Kak Norzailina Nordin, macam sudah berjanji2 pula kita ya... " sapa kami.. mengajuk dialog Haji Bakhil tatkala terserempak dengan Cikgu Murni dipantai..hik hik
Beliau datang seorang diri, kebetulan saja singgah kerana ada urusan. Namun sempat jugalah meluangkan masa untuk berbual2 dengan kami selain menceritkan tentang buku terbarunya yang membawa seribu satu macam debaran pada dirinya sendiri serta peminat2nya diluar sana. Yang pastinya dia berasa lega. Tapi tak boleh nak cerita lebih2. "Tunggu bila dah keluar.. ," pesan Kak Lina..
Selain dari itu, kesibukannya adalah seperti biasa. Kesana kemari memenuhi undangan, kadang2 ada shooting memasak. Beliau juga menulis diruangan masakan untuk Akhbar Kosmo ( setiap hari Jumaat) serta beberapa tawaran rutin yang biasa. Kalau boleh nak kurangkan aktiviti memasak katanya, nak lebih kan kepada menulis dan mencari2 bahan untuk manuskrip yang terbaru. Amboi! amboi!.. yg baru belum keluar, dah nak tulis yang lain pula.. sah2 kak Lina nih super prolifik gitu..
Setelah kak Lina mengundur diri, orang yang datang pula semakin ramai. Sambil berbual2 dengan Zura ( salah seorang staff), saya bertanya juga sama ada sambutan yang lepas2 begini juga. Dia berkata memang sejak dua hari lepas, memang tak menang tangan unit langganan untuk melayan. Rata2nya ramai adalah pengunjung wanita yang mencari buku2 masakan, jahitan, umum, agama dan tentunya novel.
Diluar sebelah kedai itu pula, diletakkan novel2 lama yang dijual murah serendah $5.00 sahaja. Ini sudah tentu menarik. Novel2 terawal dari Alaf21 bersama penulis2 yang tak kurang hebatnya banyak memenuhi ruang meja tersebut. Itu pun masih ramai peminatnya. Maklumlah, tak semua yang datang tu nak cari novel yang baru.
Disebelah petangnya pula, tak jauh beza. Pengunjung bersilih ganti. Datang dan pergi dengan senyumah terukir. Buku yang dicari sudah ditemui, buku yang tak dicari pun menarik hati. Ini yang dikatakan berat mata memandang, berat lagi tangan menggalas. Tapi tak ada hal.. beli mesti beli..
Saya juga sempat berbual2 dengan Roziana (staff pemasaran) dan bertanya akan kesibukan Alaf21 untuk menghadapi Pesta Buku 2007 nanti. Katanya, setelah tiap2 tahun "berperang" dengan pesta buku ini, tentu Alaf21 sudah jadi lebih bersedia. Cuma buat masa ini belum dapat dipastikan lokasi tapak untuk Alaf21.
Saya bertanya lagi kalau2 ada lagi jualan2 yang sebegini akan diadakan dimasa2 akan datang. Jawabnya, " tak tahu lagi, mungkin lepas2 pesta buku ke? Siapa tahu.. kita tanya boss.. "
( Rosha bersama Norzalina Nordin )
Tahniah dan syabas kami ucapkan pada Alaf21 kerana telah memberikan kesempatan untuk peminat2 novel sekelian untuk datang dan membeli belah disana. Walau pun jauh dimata, tapi dengan promosi dan iklan yang dijalankan secara meluas, hasilnya sangat2 memuaskan. Peminat2 pun suka hati, dapat borong buku banyak2 dengan harga yang sangat murah.
Semoga peminat2 Alaf21 semua akan dapat datang lagi kesana dilain masa.
mersik
Hari ini saya berasa sedikit sedih dan sayu mengenangkan seorang novelis yang sudah pun “terbang” jauh. Kini sudah pastinya berada dirantau orang.
Nia Azalea sememangya novelis yang baik dan peramah. Pada sesiapa yang pernah bersemuka atau berbual2 dengan tentu setuju dengan pendapat saya.
Beliau telah selamat berangkat ke UK pada hari sabtu yang lepas kerana meneruskan pengajiannya di Sheffield University. Saya berasa kagum dan gembira dengan semangat perjuanganya tinggi untuk menyambung pelajaran. Sekurang2nya bila balik nanti dapatlah menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa dan negara.
Dulu, novelis Ayu Emelda pergi ke Amerika mengikut suaminya. Kini giliran Nia Azalea pulak untuk keluar negara. Yang pasti, untuk pengajiannya sendiri. Ini adalah peluang yang tak harus dilepaskan.
Tentu ramai peminat2 novelnya akan merindu karya2 yang terbaru. Rasanya, untuk jangkamasa yang agak lama, dalam 4-5 tahun. Tapi manalah tahu kalau2 dia menulis disana untuk menghilangkan rasa boring. Harap2 begitulah..
Sebelum berangkat pergi, beliau sempat menitipkan salam menerusi email yang dihantar kepada saya, untuk tatapan anda semua ..
“ Assalamualaikum..w.b.t
Terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini. Semoga ianya hanya jauh di mata, namun dekat di hati!
( Kenangan terkhir Nia Azalea bersama beberapa anggota Alaf21 FC , Ija, Muna dan Li Hoon, iaitu dimasa majlis Pelancaran Lima Novel Norzailina Nordin tidak lama dulu )
Selamat jalan kami ucapkan kepada Nia Azalea. Kami doakan supaya Nia Azalea success selalu dalam pelajarannya dan hidupnya dirantau orang. Jaga diri baik2. Semoga beliau sentiasa dalam lindunganNYA. Dan akhir sekali, jangan lupakan kami semua. Kirim2kan berita selalu..
Semoga berjaya.
Mersik
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jika anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke premis pada hari dan waktu berkerja, maka kini, pada kali ini, ALAF 21 memberikan kesempatan dan peluang untuk anda membeli pada hari Sabtu, Ya, begitulah keselesaan yang diberikan oleh ALAF 21 untuk anda.
Pesta ini akan berlangsung pada 25 hingga 27 Januari, iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.
Siapa2 yang rasa nak memborong tuh, silalah semak dan senaraikan semua buku atau novel yang anda idam-idamkan, dan ini akan memudahkan urusan anda untuk mendapatkannya disana nanti..
Jumpa disana...
Beberapa ketika berbual dengan novelis yang seorang ini membuatkan saya menjadi ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Dengan sikapnya yang agak pemalu dan sentiasa tersenyum simpul, ada banyak perkara yang kita tidak tahu mengenainya.
Dan ternyata dia juga tak keberatan untuk menceritakan serba sedikit tentang dirinya dan penglibatannya dalam bidang penulisan.
Beliau adalah graduan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu dari Universiti Putra Malaysia lima tahun lalu. Kini bertugas di Jabatan Sastera Dewan bahasa dan Pustaka. Antara tugasnya ialah mengedit manuskrip baru serta membuat penyemakan dan apa2 saja lah yang berkaitan dengan karya2 kreatif.
Pabila ditanya tentang minatnya, dia mengatakan ianya pada mula hanya sekadar suka-suka sahaja kerana sejak kecil lagi dia memang minat membaca novel dan buku cerita. Cuma tak terfikir nak jadi penulis, mungkin juga kerana merasakan bahawa dia tidak berbakat. Bila dah mula menulis dan karyanya tersiar barulah keyakinan diri semakin kukuh dan terus berkarya. Harap2 minatnya juga semakin membara dan tidak luntur.
Kini penulisan baginya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar minda. Hobi beliau katanya tak tentu masa dan tak khusus kepada sesuatu perkara. Selagi ada minat dan seronok membuatnya, dah kira okey lah tu. Dulu2 dia minat bola jaring, tapi sekarang dia minat tidur..oops acah je uh. Iksh iksh marah pulak dia nanti.
Novelis yg berasal dari Gelang Patah, Johor nih pernah melahirkan beberapa novel sebelum menulis untuk Alaf21. Karya2nya yang terdahulu, kalau anda masih ialah Semusim Rindu dan juga Kasih Antara Kita. Dan khabar2nya ada buah tangan terbaru beliau yang sedang dalam penilaian pihak Editorial Alaf21 . kalau tiada aral melintang dan segalanya berjalan lancar, insya Allah akan keluarlah tidak lama lagi.. Bila tuh ek Aleya? Haa!.. dua minggu lagi ? iksh iksh ..biar betul. Eh.. tak adalah, tunggu dan lihat gitu katanya..
Beliau selesa dengan nama Aleya Aneesa. Memang itu yang terfikir dibenaknya sewaktu dicadang memilih nama yang baru. Anessa adalah nama saudara rapatnya, cuma dieja berlainan. Kalau nak tahu nama sebenar nya ialah Marwati binti Wahab. Haa.. sedap pun nama tu. Ada macam nama wanita melayu terakhir gitu yang serba anggun lagi bistari ceh ceh.. malu lah tuh..
Pengalaman menariknya sejak bergelar penulis tentulah bila karya pertama berada dipasaran. Hati siapa yang tak gembira. Syukur kepada Tuhan banyak2, bila segala jerih perih dan kerja keras terbalas dan nampak didepan mata.
Kalau anda perasan pada tahun lepas, beliau juga telah terpilih ke Bogor , Indonesia menghadiri program Penulisan Mastera bersama gabungan penulis dari Indonesia dan juga Singapura. Kursus seminggu yang berkisar mengenai perbincangan sastera antara nusantara itu adalah kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Dan lagi ini adalah sesuatu yang amat-amat membanggakan.
Ada soalan yang agak popular saya selalu tanyakan kepada kebanyakan novelis iaitu pendapat mengenai lambakan novel2 melayu dan kisah2 cinta yang terdapat dipasaran sekarang? Pendapatnya pula,
Sebenarnya baginya lambakan ni bukan satu kesalahan atau sesuatu yg bersifat negatif kerana novel2 yang ada itu pun bukannyer 100% hanya bercakap tentang cinta semata2.
Kalau kita baca dan renungkan dalam2, ada banyak lagi input yang berguna untuk kita jadikan sebagai panduan dalam hidup. Banyak unsur2 nasihat dan pengajaran yang diselitkan. Nak belajar dan mengajar sebenarnya tak semestinya secara formal jer macam di sekolah tu sebab yang membaca pun kebanyakannya orang dewasa yang dah pandai menilai. Lagipun saya tak percaya, dalam sesebuah novel itu langsung tak ada mesej untuk disampaikan. Kalau tak banyak pun mesti ada sedikit yang boleh kita simpan dan gunakan pada masa2 tertentu. Jadi... kenapa kita mesti kisah tentang lambakan novel2 cinta itu?
Akhir kata sebelum berakhir perbualan kami, beliau juga sempat mengucapkan sesuatu untuk para peminat Alaf21 FC
Terima kasih kerana sokongan yang diberikan selama ini terhadap penulis2 Alaf 21. Sokongan semua sangat saya hargai dan harap2 sokongan ini akan berterusan.
Terima kasih daun keladi ya Aleya Aneesa kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan2 saya tuh. Nanti kalau ada masa free bolehlah kita “ngeteh2” lagi. Harap2 tak sibuk gitu. Maklumlah, Aleya nih kalau dah sibuk, mengalahkan Menteri Luar bandar.
Oh ini dia alamat rumahnya, mari kita kesana
http://aleyaaneesa.blogdrive.com/
Saya dan abang long sedang duduk mengeteh bila tetiba sahaja phone abg long berdering2. Ada mesej yang masuk. Pabila dibuka, rupanya dari Kak Lina lah ( Norzailina Nordin). Antara lain mesejnya berbunyi
Sentiasalah setting Niat , Upgrade IMAN, Download sabar, Upload dosa, Deleta dosa, Update Doa dan Top Up ilmu, supaya dapatlah Redeem pahala banyak2
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1428. Sampaikan salam istimewa buat mersik dan lain2 ahli Alaf21 FC
"Ingat juga Kak Lina pada kita ye.. walau tengah2 sibuk pun," ujar abg long sebelum memanggil pelayan untuk meREFILL nescafe tariknya dan saya pun turut sama mengQUERY mee goreng mamak dengan telur goreng..
Sejak dipaparkan beberapa hari yang lalu, pihak Alaf21 tidak menang tangan membuat proses perkiraan undian yang dihantar oleh mereka. Setakat ini, hampir 500 orang pengundi menghantar undian mereka berdasarkan tiga novel terbaik daripada sepuluh novel yang dihasilkan oleh penulis thriller no. 1 Malaysia ini.
Novel-novel beliau ialah Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, Ranggau, Mandatori, A.D.A.M, Satu Janji, Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri dan Hatiku di Harajuku.
Daripada sepuluh novel tersebut, peminat hanya dikehendaki mengundi dan memilih tiga novel terbaik beliau. Seandainya pilihan mereka itu bertepatan dengan jumlah pilihan pemilih-pemilih yang lain, maka mereka tercalon untuk memenangi hadiah sebuah novel Ramlee Awang yang terbaru yang telah ditandatangani oleh beliau sendiri.
Hanya 10 pemenang akan dipilih.
Tarikh tutup penghantaran pada 25 Januari 2006 ini. Jadi, anda masih ada masa lagi untuk menghantar undian anda.
Cepat sementara peluang masih terbuka untuk anda!
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/kuiz%20sang%20ratu/default.htm
Manalah tahu anda mungkin salah seorang dari pemenang novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang berjudul Cinta Sang Ratu yang merupakan rentetan kisah Laksamana Sunan dari novel terdahulu, Bagaikan Puteri.
Melihat sahaja kulit muka depan novelnya sudah membuatkan hati jadi berdebar-debar. Lagi pun, ini sememangnya novel yang paling ditunggu-tunggu..
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_buku%20baru.htmApa tunggu lagi.. hantarlah cepat2..
Pada 20hb. Januari (Sabtu), yang juga bersamaan 1hb Muharram (Maal Hijrah), Kelab Peminat Novel ALAF21 atau nama ringkasnya ALAF 21 FC, telah sekali lagi mengadakan pertemuan dikalangan ahli dan peminat novel ALAF 21.
Ini adalah pertemuan pertama AHLI dan peminat novel bagi sessi 2007, dimana pertemuan ini juga adalah sebagai pertemuan dan majlis ramah mesra dikalangan pencinta novel.
Saya tiba di KL Sentral Food court ( tempat dimana berlangsungnya pertemuan ini) pada jam 09.30 pagi, iaitu 1 jam lebih awal dari waktu yang telah dimaklumkan melalui emel kepada semua jemputan.
Sengaja saya tiba seawal mungkin atas beberapa factor, kerana selain dari saya boleh membuat persiapan terakhir, saya juga terpaksa “menempah meja”, kerana seperti yang umum ketahui, “Food court” tersebut sering sahaja dipenuhi oleh pengunjung untuk menjamu selera.
Ahli Kelab yang pertama tiba tidak lain dan tidak bukan ialah Saudari Loke Li Hoon, seorang gad is berbangsa Tionghua, yang sememangnya tidak asing kepada Kelab begitu dan juga dikenali di ALAF 21 sendiri, dimana saya sudah maklum, untuk apa sahaja majlis atau program Kelab, beliau adalah insan pertama yang akan tiba, kerana baginya, beliau amat mementingkan ketetapan waktu. Suatu yang perlu dihargai.
Begitu juga dengan kehadiran Puan Salmah, yang tiba dari Singapura, menyebabkan ada diantara ahli yang menyatakan kekaguman dengan minat dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh Puan Salmah, satu – satunya ahli yang sanggup “meredah banjir” di Johor, semata – mata untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kelab yang disayangi.
Ahli juga telah dimaklumkan yang Saudara Roslan dan Puan Rosliza, telah tidak dapat menghadirkan diri disaat akhir, atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Bila jam menghampiri 10.30, seorang demi seorang ahli tiba dengan senyuman dan pakaian penuh bergaya, dan akhirnya hingga jam 10.45, seramai 15 orang telahpun berkumpul dengan penuh persaan ceria dan teruja, maklumlah, selama ini, ramai yang belum pernah menghadiri sebarang program Kelab, dan selama ini juga, masing – masing hanya berchatting diruangan chat (Blog Kelab), ataupun berutus emel secara peribadi.
Majl is dimulakan dengan masing – masing meng isi borang kedatangan, dan seterusnya, bertukar – tukar nombor telefon bimbit dan alamat, sewaktu mereka sedang asyik mendapatkan biodata peribadi sesama ahli itulah, gula – gula yang dibawa, dibuka dan diedarkan, hinggakan ada ahli yang bersuara “sessi yang lain dari yang lain, dan menambahkan ceria majlis ”.
Tepat jam 11.05, saya selaku Presiden Kelab, terus memulakan bicara dan menyampaikan ucapan alu – aluan, dimana intipati ucapan adalah berdasarkan kepada program Kelab, sejarah penubuhan Kelab dan segala program yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh Kelab, begitu juga saya telah menyentuh tentang Kad Keahlian, dimana saya telah memberikan penjelasan sebaik mungkin dan selengkapnya tentang fungsi Kad Keahlian.
Begitu juga saya telah menyampaikan “suara hati” dan pandangan saya berhubung Blog Kelab, dimana didalam ucapan itu, saya telah mendedahkan, apa yang selama ini kami alami, ternyata, ahli turut merasa terharu dengan isu yang telah dibangkitkan yang memerlukan KOMITMEN BERSEPADU dari seluruh AHLI.
AHLI ternyata ceria dan teruja, apabila saya selaku peneraju Kelab telah mengumumkan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh mereka, dimana untuk kebaikan semua, dan untuk kelangsungan perjuangan Kelab, mereka telah menyatakan persetujuan untuk terus memberikan kerjasama sebaik mungkin untuk Blog Kelab khususnya, dimana, saya telah memaklumkan bahawa, setiap sumbangan mereka untuk Blog Kelab sentiasa dihargai, dan sebagai menghargai sumbangan ahli pula, maka pada hujung tahun, akan diadakan penyampaian ANUGERAH kepada setiap entri yang telah dipostingkan didalam Blog Kelab, iaitu, setiap bahan atau entri yang dipostingkan didalam Blog Kelab, akan secara automatik layak untuk dipertandingkan.
Diakhir ucapan, saya juga telah membacakan AMANAT KHAS dari Penasihat Kehormat Kelab iaitu En. Norden Mohamed, yang juga Pengurus Besar ALAF 21.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Novel is Damya Hanna, yang tiba bersama adinda beliau. Dimana kehadiran Damya Hanna yang tidak disangka – sangka itu telah menceriakan lagi majlis pertemuan itu, kehadiran Damya Hanna, sebenarnya adalah atas Jemputan Khas dari Kelab, namun tidak diwar – warkan, demi untuk membuat kejutan kepada ahli yang hadir.
Damya Hanna juga telah meluangkan masa untuk sessi menandatangani autograf dan sessi bergambar, dimana sessi itu mendapat perhatian dari pengunjung “food court” kerana sessi itu diwarnai dengan kerlipan yang bertalu – talu dari lensa kamera yang begitu banyak.
Majl is pertemuan yang begitu santai, tetapi penuh informasi itu berakhir pada jam 2.45 petang, dengan sessi bergambar beramai – ramai dihadapan pintu masuk KL Sentral, dimana sessi itu juga mendapat perhatian dari orang ramai, kerana semua ahli yang hadir adalah terdiri dari kaum hawa, melainkan Presidennya sahaja.
InsyaAllah Kelab akan terus mengadakan program dari semasa kesemasa, dan akan dimaklumkan didalam Blog yang menjadi KEBANGGAN Ahli ALAF 21 FC.
Akhir kata Kelab merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada AHLI yang telah meluangkan masa untuk hadir dalam pertemuan ini. Semoga dilain masa kita akan berjumpa lagi dan harap-harap lebih ramai lagi. Sekian.
AHLI yang hadir:
Zarina Amran, Nur Farahain, Noor’ain Zainal Abidin, Sabariah Saari, Salmah Ismail, Wan Jazlina, Nur Kartini, Loke Li Hoon, Romihamiza, Mardhiyah, Rozaanita, Iffah Farihah, Khatijah Abd. Shukor, Nor Azliana, Farhana Haramaini, Khamishah Pandak Aziz,.
Terima Kasih
Abang Long @ Novelman.
Nota : Pada sesiapa yang sempat mengambil gambar kenang2an semasa pertemuan ini, diharap dapatlah mengirimkannya kepada kami supaya boleh diletakkan disini.
Keperhatinan terhadap nasib yang mangsa2 banjir yang melanda dikebanyakan negeri di Johor, Kelantan, Pahang, Sabah dan lain2 tempat memaksa Alaf21 menghulurkan bantuan.
Bantuannya ialah untuk menggantikan buku2 Alaf21 yang musnah dan rosak teruk akibat bencana alam tersebut.
Sila layari link dibawah berikut untuk maklumat lanjut.
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/mangsa%20banjir/default.htm
Pada hari Ahad, 14 Jan yang lepas, bertempat di KL Sentral Food Court, Alaf21 FC telah mengadakan pertemuan secara ekslusif bersama novelis tiga sekawan iaitu Bikash Nur Idris, Aleya Aneesa dan juga Shanika Latisha. Itu pun setelah puas mencari2 masa, akhirnya dapat jugalah kami bertemu mereka secara terbuka. Mujur juga hari tersebut mereka tak ada apa2 aktiviti.
( Aleya Aneesa, Shanika Latisha dan Bikash Nur Idris.. )
Abang Long dan seorang lagi ahli iaitu Li Hoon telah berada disana sejak pukul 10.40 pagi lagi sebelum saya datang 10 minit kemudian. Akhirnya dekat2 pukul 11 pagi, barulah nampak kelibat mereka. Tidak dinafikan juga, kadang2 pengangkutan disini adakalanya menyesakkan, apatah lagi bila tiba hari2 minggu. Walau bagaimana pun, itu tidak menjadi penghalang untuk kami bertemu.
Sekali pandang, nampak mereka macam serupa sahaja, namun bila diperhatikan satu persatu ternyata jauh berbeza. Dan seperti biasa, untuk memulakan bicara tentunya terasa lidah kelu dan malu2. Mujur abg long ada. Almaklumlah, kami juga tertanya2, kenapa dalam setiap aktiviti Alaf21 yang kami hadiri sejak beberapa bulan lalu, jarang terserempak dengan mereka bertiga atau salah seorang darinya.
Rupa-rupanya mereka semua nih sangatlah sibuk2 belaka. Ada diantaranya memang benar2 sibuk. Bikash yang berpakaian serba hitam, galak bercerita tentang aktiviti pengajiannya diASWARA ( Akedemi Seni Kebangsaan). Semester baru sudah pun bermula dan dia akan menjadi sibuklah tidak lama lagi. Sibuk dengan kelas dan tugasan2 yang diberikan. Pabila ditanya bagaimana dia menghabiskan cuti semesternya sebulan yang lalu, ternyata cuti2nya pun tak banyak rehatnya, kerana dia terlibat dengan produksi Teater Muzikal Kesuma.
( Bila tiba masa makan, masing2 suka jek nampak.. Alahaii.. kenapa semua pakat nak makan nasik ayam jek nih.. ? )
Borak2 yang perlahan akhir menjadi ceria apabila masing2 mula bersuara dan saling bertanya2. Ija, salah seorang ahli yg datang kemudiannya pun tidak menghadapi masalah untuk beramah mesra dengan mereka, padahal inilah kali pertama mereka berjumpa.
Namun kerana kesejukan yang melanda ruang lepak kami, hingga ada yang tergigil2, terpaksalah kami keluar mencari tempat lain.
Shanika Latisha, mula2 nampak serius. Namun bila berbicara, ternyata dia seorang yang ramah. Ternyata dia petah bercakap terutamanya mengenai bidang kewartawanan yang diceburi. Tak padan dengan tubuh yang kecil, tapi semangatnya besar gitu. Tentang kerja pula, sungguh sibuk sekali, sering terkejar2 kesana kemari mencari berita disamping mengejar dateline.
Yang menarik tentang Aleeya Aneesa pula ialah dia tak lekang dengan senyuman. Dengan baju dan tudung yang serba warna merah jambu, ceh.. duduk pun sopan jek. Baik bercakap, makan atau diam2 sahaja, sentiasa nampak macam tersenyum. Kira cam malu2 ayam la nih.. Iksh iksh tak apa Aleya, murah senyum tuh kira murah rezeki lah.. Asal jangan berlebih2 sudahlah..
Bercerita mengenai novel terbarunya, katanya, Alhamdulillah.. sekarang manuskrip terbarunya sedang dinilai dan diedit oleh Alaf21. Harap2 kalau semuanya berjalan lancar, mungkin akan keluar tak lama lagi, bergantung pada pihak Alaf21. Novel kawan2 yang lain seperti Bikash asyik tertunda2 sahaja kerana kesibukan belajarnya. Mungkin lambat lagi kut. Manakala novel Shanika pula terbengkalai. Mendengarnya dia berkata demikian, kami jadi tergelak.. tapi itulah katanya. Alahaii… sibuk sungguh dia nih..
( Kami suka nasi ayam, hari-hari kami makan nasik ayam.. ceh..Shanika dan Aleya sedang control anggun walaupun sewaktu makan )
Selain berbual2, ada juga yang mengeluarkan novel2 untuk mereka tandatangan. Sebagai tanda2 cenderahati dan penghargaan kerana menyokong. Tak sia2 berat beg kami membawa novel2 mereka semua..
Setelah lama berbual dan hari sudah sampai ke tengah ( tengah hari ), maka kami pun memesan makanan. Sesuatu yang menarik mengenai mereka bertiga ialah, menu yang dipesannya pun sama iaitu Nasi Ayam. Alahaii.. memang sehati sejiwa (dan semenu) lah tiga sekawan ini. Dalam masa makan2 pun kami rancak berbual2 lagi.
Waktu yang ada terasa begitu cepat berlari. Dalam pada berbual dan makan2, tak sedap jam sudah menganjak hampir ke pukul 2 petang.
Sebelum berpisah, kami sempat bergambar bersama mereka sebagai kenang2an. Dan juga untuk dimasukkan ke dalam blog kelab. Maklumlah, lepas ini entah bilakah lagi akan bersua mereka2 yang maha sibuk tuh.
Melihat kepada ketiga2 novelis ini, saya berasa kagum dan bangga kerana diusia mereka yang masih muda, mereka tahu merancang masa depan. Tahu apa yang hendak dilakukan dan sentiasa berusaha kearahnya. Ditambah dengan kemahiran menulis yang telah dikurniakan Tuhan, secara tak langsung juga mendorong mereka untuk mencuba benda2 yang baru.
( Akhirnya dapat juga kami jumpa novelis tiga sekawan nih.. )
Kami ucapkan berbanyak2 terima kasih diatas kesudian Bikash, Aleya dan juga Shanika kerana telah sudi untuk meluangkan masa bersama2. Dan sentiasa menyokong kelab. Lebih2 lagi Shanika tuhlah, yang sudi meluangkan masa sibuknya, sebab selepas itu dia akan bergegas ke ofisnya kerana ada tugasan yang menanti. Kerja wartawanlah katakan.
Akhir kata, Selamat maju jaya untuk anda bertiga, dan terima kasih kepada para ahli kelab yang sudi hadir iaitu Li Hoon dan Ija.
Semoga kita akan dapat bersua dilain kali.
Novel seterusnya adalah novel baru dari penulis baru Alaf21 iaitu Lynn Dayana yang mempersembahkan cerita bertajuk Jika benar cinta. Akan diluas oleh seorang pembaca yang selalu menghantarkan komen2nya disini. Kita ikuti komen beliau Demikianlah tadi ulasan beliau. Anda pula bagaimana?
Komen peribadi
Ibarat membaca didalam sampan di tasik yang tenang rasanya menghayati karya pertama Lynn Dayana ini. Penulisan dengan penggunaan bahasa yang mudah dan santai menyamankan pembacaan. Dialog yang bersahaja dan ringan, mencetuskan senyum dan gelak sewaktu menikmati persembahan kata2. Namun, ia masih mampu meruntun naluri wanita saya hingga mengundang lara.
Pada pendapat saya, karya Lynn tidak begitu berat dari segi penyampaian keseluruhannya. Sungguhpun dapat dijangka serba sedikit akan kemelut watak2 yang dipaparkan dalam melayari pembacaan, saya puas apabila jumpa pada kemuncak cerita! Ini yang tidak selalu saya temui dalam karya pertama seseorang penulis baru. Syabas Lynn! Cuma, saya agak terkilan kerana ada beberapa persoalan yang tergantung tanpa tali.
Moga Lynn Dayana terus berkarya dan jadikan karya pertama ini sebagai batu lonjatan untuk memantapkan lagi karya akan datang.
Moral
Kasihsayang adalah antara yang terpenting dalam kehidupan kita sehari2. Segala yang kelam boleh menjadi cerah dan ceria dengan sentuhan kasihsayang. Lebih2 lagi pabila kasihsayang itu datangnya dari insan2 yang dikasihi.
Gagal kali pertama, tidak bermakna gagal selamanya. Selagi ada daya dan usaha, kejayaan tetap boleh dikecapi. Begitu juga dengan cinta. Perasaan cinta itu tulus dan suci. Jangan dinodai dengan pengalaman pahit masa lalu. Beri ruang pada diri untuk menerima dan memberi pada yang sudi dan berhajat murni.
Adakalanya ibubapa adalah orang yang paling tepat untuk dipinta nasihat dan diajak berdiskusi. Bukan sahaja kerana mereka lebih mengenali kita, bahkan mereka lebih berpengalaman dari kita sendiri. Lantaran itu juga memang payah bagi seseorang anak untuk menyembunyikan rasa hati yang walang atau rasa bahagia yang melingkari diri. Ada juga sesetengah remaja yang berpendapat ibubapa tidak akan faham masalah yang dihadapi kerana jurang generasi yang agak jauh berbeza. Jangan sesekali lupa, ibubapa juga pernah melalui alam remaja dan merasai segala rencah yang sedia ada.
Rahsia tidak selamanya akan tetap rahsia. Penipuan adalah sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Namun, memaafkan tidaklah sesukar melupakan. Sebelum kita menipu insan lain, kita sebenarnya menipu diri sendiri. Oleh itu, jauhi diri dari kekejaman penipuan.
“Kita mesti percaya pada ketentuan. Tetapi, tidak semestinya apa yang kita nak, kita boleh dapat. Walaupun niat kita ikhlas. Walaupun kita berusaha sedaya upaya mencapai apa yang kita inginkan. Walau seribu doa dipanjatkan kehadrat ILAHI. Tahu kenapa? Kerana mungkin apa yang kita inginkan itu sememangnya telah ditentukan tidak mungkin menjadi hak kita. Mungkin jika kita memilikinya, akan lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Kita mesti yakin apa yang didatangkan dari ALLAH, pasti ada hikmahnya. Manusia selalu berkeluh kesah dengan dugaan yang dihadapi mereka tanpa menyedari, segala dugaan itu diberikan untuk menjadikan mereka manusia yang lebih berguna. Perlu diingat juga, ALLAH tidak menguji makhlukNYA dengan ujian-ujian yang bersesuaian dengan kekuatan diri makhluk yang ingin diuji.”......petikan dari novel.
kasih
NOVEL CINTA SANG RATU
BERDASARKAN sambutan hangat bila kami menganjurkan PERADUAN TEKA CARTA tidak lama dahulu, kini kami kembalikan peraduan untuk memilih novel-novel terbaik Ramlee Awang Murshid pula. Sila ikuti syarat-syarat peraduan.
Terdapat sepuluh novel Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan oleh Alaf 21.
* Tombiruo
* Semangat Hutan
* Tombiruo Terakhir
* Ranggau
* Mandatori
* A.D.A.M
* Satu Janji
* Rahsia Perindu
* Bagaikan Puteri
* Hatiku di Harajuku
2. Anda dikehendaki mengundi dan memilih tiga novel terbaik beliau.
3. Seandainya pilihan anda itu bertepatan dengan jumlah pilihan pemilih-pemilih yang lain, maka anda tercalon untuk memenangi hadiah novel CINTA SANG RATU karya Ramlee Awang Murshid yang terbaru yang telah ditandatangani oleh beliau sendiri.
Misalnya: jika anda memilih novel Tombiruo, Mandatori dan Ranggau sebagai novel pilihan anda menurut turutan 1, 2 dan 3. Dan susunan novel tersebut mendapat undian terbanyak untuk menduduki tangga 1, 2 dan 3, ini bermakna, anda tercalon untuk memenangi hadiah novel CINTA SANG RATU karya Ramlee Awang Murshid!
4. Hanya 10 pemenang akan dipilih. Keputusan adalah muktamad.
5. Undian anda perlu di e-melkan kepada alaf@alaf21.com.my
PENTING: Sila sertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sila tulis PERADUAN TEKA CARTA sebagai tajuk e-mel anda. Cara e-mel yang dihantar ialah:
Undi saya adalah:
1. (nyatakan novel)
2.
3.
Ingat! Undian anda dihantar SEKALI sahaja.
TARIKH TUTUP penghantaran pada 25 Januari 2007
Dalam setiap kejayaan novel yang laris dipasaran, ada insan2 tertentu yang terlibat dibelakang pembikinannya yang agak penting untuk memastikan novel tersebut memenuhi citarasa semasa. Orang yang bertungkus lumus memeriksa setiap helaian manuskrip, setiap perkataan, ejaan dan juga tatabahasa atau apa sahaja untuk memastikan hasilnya berkualiti.
Bayangkan sebuah novel atau buku tanpa editor. Tentu sekali buku yang dibaca agak membosankan dengan susunan ayat yang tidak teratur, gaya bahasa yang celaru serta ejaan yang tak betul. Pembaca akan mengeluh dan kecewa dengan persembahan buku tersebut.
Alaf21 FC berbesar hati kerana dapat menemuramah salah seorang dari editor Alaf21 yang telah hampir 5 tahun bertugas di syarikat penerbitan tersebut. Beliau yang kami maksudkan ialan Pn. Rubiah Aksah atau lebih dikenali dengan Ruby sahaja. Tugasnya disana selain dari menjaga website Alaf21, beliau juga yang bertanggungjawab mengedit buku-buku novel dan umum.
Berkelulusan dibidang Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang penerbitan dari UiTM, Shah Alam, membuatkan beliau mempunyai kelebihan bekerja dalam bidang penerbitan buku. Walau pun cita-cita awalnya nak jadi pensyarah namun setelah beberapa kali interview tak ada rezeki yang datang, akhirnya beliau akur. Agaknya memang sudah ditakdirkan dia menjadi seorang editor. Bersesuai benarlah dengan bidang yang diambil di UiTM dulu.
Beliau juga sudah 9 tahun berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Dua anak perempuan dan seorang lelaki. Berusia antara enam bulan hingga lapan tahun. Kini tinggal bersama-sama keluarganya di Klang.
Ramai diantara kita tidak mengetahui apakah tugas sebenar editor. Walau pun kita tahu ia berkaitan dengan buku tapi ada perkara2 tertentu yang kita mungkin tidak menyedari. Kita ikuti tembual Abg Long (AL) bersama Pn Ruby. (RUBY) yang diadakan tidak berapa lama dulu.
(AL) : Didalam proses mengedit sesebuah manuskrip, perkara apakah yang paling sukar sekali dan mengambil masa yang lama?
(RUBY): Perkara yang paling sukar ketika mengedit bila berhadapan dengan cerita yang memerlukan fakta. Ada sesetengah penulis, terutama penulis baru tidak melakukan rujukan ketika menulis. jadi, editor yang perlu mengesahkan sesuatu fakta itu. Jalinan plot dan subplot adakalanya mereka tidak ambil kira. Perjalanan sesuatu cerita itu perlu lancar dan seimbang. Kerana itu kita terpaksa berbincang dengan penulis.
(AL): Setakat ini, sudah berapa banyak novel yang diedit?
(RUBY): Sudah tidak terkira. Tak ingat berapa. Bukan setakat novel, malah buku umum seperti motivasi, akademik dan soal jawab resipi turut diedit.
(AL): Antara novel dengan buku-buku umum yang lain itu, yang mana yang lebih senang diedit atau diproses?
(RUBY) : Bagi saya buku umum agak senang diedit. Di sini saya boleh katakan novel mempunyai ketebalan muka surat lebih daripada 400 sedangkan buku umum lebih kurang 300 muka surat sahaja. Namun, saya perlu berjaga-jaga isi kandungan buku umum agar tidak berlaku sebarang masalah seperti fakta dan tatabahasa.
(AL): Berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesebuah manuskrip itu diproses sehingga menjadi sebuah novel yang lengkap bercetak?
(RUBY): Alaf 21 sudah menerbitkan tiga novel dalam sebulan. Jadi, sesebuah manuskrip itu perlu disiapkan dalam masa sebulan. Lengkap dengan covernya sekali.
(AL): Pengalaman waktu mengedit?
(RUBY) Berhadapan dengan pelbagai rencah cerita yang ditulis oleh penulis. Namun, banyak perkara yang perlu diterangkan kepada penulis masalah-masalah yang terdapat dalam manuskrip mereka. Sebagai editor, kita perlu menerangkan sesuatu yang logik untuk mencantikkan cerita. So far, mereka dapat terima pendapat kita.
(AL): Apa pendapat Ruby dalam melihat perkembangan seni novel masa kini yang semakin banyak dan ghairah menyajikan tema2 cinta dan kisah masyarakat yang berulang-ulang?
(RUBY): Bagi saya, tidak salah novel itu bertemakan kemanusiaan seperti cinta, kasih sayang, kekeluargaan dan sebagainya. Tetapi biarlah berlainan corak atau perjalanan cerita yang sedap dibaca. Penulis tidak kira daripada penerbit mana sekalipun, lebih suka menulis cerita sebegitu. Jadi, biarkanlah mereka dengan gaya persembahan dalam novel. Cuma, saya hendak tekankan di sini, pembaca lebih suka cerita-cerita bercorak cinta.
(AL) : Apa perasaan dan pengalaman berkerja di Alaf21 terutamanya kerja dengan big boss, En. Norden?
(RUBY) : Okaylah. Tak ada masalah besar sangat bekerja di bawah beliau. Apa yang disuruh, kita buat.Dia ada banyak idea untuk menaikkan nama syarikat. Jadi, kita ambil idea untuk direalisasikan demi keuntungan dan kemajuan syarikat.
(AL): Ruby tak teringin ke nak menulis cerita sendiri? Menjadi penulis? memandangkan segala pengetahuan dan latihan serta cara-cara telah difaham benar.
(RUBY): Ada perancangan. Malah, sedang menulis. Ada masa berhenti sekejap dan ada masa sambung semula. Hal ini kerana, saya perlu membuat rujukan. Itu sangat penting.
(AL): Ucapan buat peminat-peminat novel ALAF 21 untuk Tahun 2007?
(RUBY): Setelah dua minggu, kita berada di tahun 2007. Saya berharap agar peminat-peminat novel terus memberikan sokongan padu kepada Alaf 21. Jadikan bahan-bahan bacaan Alaf 21 sebagai pengisi minda.
Itu sahaja soalan-soalannya yang sempat kami tanyakan kepda Pn. Ruby. Kami di Alaf21 FC mengucapkan jutaan terima kasih kerana Pn Ruby sedia berkongsi serba sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam bidang editorial ini.
Di harap beliau akan success selalu dalam kerjayanya dan berjaya dalam apa juga cita2 yang dihajatkan. Sampai berjumpa lagi.
mersik
Kelab mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak ALAF 21, khususnya En. Norden, atas kesudian untuk menjemput kami ke majlis pelancaran - Lima Novel Norzailina Nordin, yang telah berlangsung pada 4hb Januari yang lalu. Juga layanan baik yang diberikan oleh staf-staf Alaf21 yang sentiasa peramah.
Bagi Kelab ini adalah satu penghormatan yang tidak ternilai. Perasaan gembira dan teruja tergambar diwajah AHLI yang telah turut serta.
Satu majlis yang gilang gemilang, penuh warna - warni disertai bukan sahaja olehrakan seperjuangan malahan turut dihadiri oleh Wakil Media Massa.
Norzailina Nordin - Novelis Prolifik - yang sememangnya seorang novelis yang cekaldalam meneruskan perjuangan, malah beliau juga merupakan seorang rakan, sahabat,teman bicara dan kami di Kelab lebih senang memanggil beliau dengan panggilan - Kak Lina, satu panggilan yang begitu mesra dan terasa lebih rapat bagaikan sebuah keluarga.
Seorang Novelis yang begitu senang untuk didekati, begitu banyak memberikan kerjasama kepada Kelab, dan begitu mudah mesra selain dari seorang yang rajin memberikan idea untuk Kelab.
Satu pengalaman tersendiri, dimana bukan satu perkara yang janggal, jika saya berbicara dan berbincang hatta dimalam hari sekalipun, beliau tetap mesra dan bersemangat untuk membincangkan apa sahaja idea dan projek yang bakal dijalankan oleh Kelab.
Buat Kak Lina, Kelab sentiasa berada disisimu dalam usaha untuk meneruskan sebuah perjuangan yang masih panjang.
TERIMA KASIH kepada semua pihak, ALAF 21, Novelis, Media Massa, AHLI ALAF21 FC, dan kepada Kak Lina - KAMI MENYAYANGIMU.
Abang Long @ Novelman
Presiden
Kelab Peminat Alaf21
Pada 4 hb January minggu lepas, bertempat di Hotal Singgahsana , Petaling Jaya, telah diadakan majlis pelancaran Lima novel Norzailina Nordin . Majlis yang meriah itu turut dihadiri oleh ramai jemputan termasuk wartawan , pihak media, kaum keluarga, sahabat handai dan tak lupa selebriti yang di juemput khas seperti Meor Hashim Manaf, Zaibo, Adam AF2 dan Ogy Datuk Ahmad Daud, yang merasmikan majlis tersebut.
( Acara memotong kek oleh En. Norden, Ogy dan Norzailina , sungguh meriah )
Alaf21 FC diwakili oleh Abg long, mersik, Ija, Muna dan Li Hoon. Kami sampai disana lebih awal. Maklum lah tak sabar2 nak jumpa novelis dan selebriti yang lain. Hinggakan si mersik jadi trauma dan hampir muntah2. “Event trauma“ lah tuh agaknya. Apa2 pun melihat sahaja kelibat novelis dan sekelian tetamu yang hadir, kami jadi lebih seronok dan berdebar2
( Antara selebriti yang hadir , Richie rachman, Wakil karangkraf, Meor Hashim Manaf, Ogy, Norzailina dan Zaibo )
Selain dari itu kami juga berjumpa dengan Lily Haslina yang merupkan antara orang yang turut sibuk dalam majlis ini. Sempatlah berbual2 sebentar sahaja kerana dia sebenarnya sibuk untuk mempersiapkan Norzalina. Kemudian Nia Azalea muncul dan berbual2 dengan kami diruang legar. Tak lama pula lepas itu, barulah nampak Lily Suryani, Aida Adraini dan lain2 lagi. Hampir pukul 3.00 ptg, baru kami semua masuk didalam.
( Alaf21 FC pun tak mahu ketinggalan bergambar bersama Ogy, Norzailina dan En. Nordin )
Ruang yang dihias cantik dengan tema oren betul2 memukau dan bersinar2 pabila di simbahi cahaya lampu.Ramai wakil2 media dan wartawan turut serta. Siap dengan lensa kamera masing2 untuk merakamkan detik2 bersejarah dan gilang gemilang.
Terpandang sahaja selebriti yang lain, kami jadi seronok. Meor hashim manaf nampak bersahaja dan rileks. . Bermula jam 3.00 ptg, Norzailina Nordin muncul berpakaian serba oren, mengerlap ngerlip mengalahkan pengantin popular gitu. Bersesuaian benarlah dengan tema petang yang serba oren.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian diikuti dengan ucapan En Nordin selaku pengurus besar Alaf21. Selepas itu Norzailina pula turut memberikan ucapan tentang novel2 yang telah dihasilkannya selama beberapa tahun. Namun novel yang begitu menyentuh hati ialah dua kisah benarnya termasuk Permata hatiku yang menceritakan kisah penderitaan anak Meor Hashim Manaf dan juga Izzaidah Khairan yang mengidup sejenis penyakit otot. Ogy Ahmad Daud juga turut memberikan sepatah dua ucapan sebelum meresmikan majlis tersebut
Richie Rahman selaku pengacara majlis begitu menghiburkan sekali dengan keletah dan usikannya. Ogy Ahmad Daud kelihatan anggun dengan pakaian serba biru. Dia yang digelar primoda filem melayu ( oleh Richie Rchman sendiri ) menjadi tarikan lensa dan pihak media yang tak sabar2 menunggu sehingga majlis tamat. Kelihatan juga Abg terjah, Nas Ahmad tak ketinggalan menerjah Ogy, Norzailina dan En. Nordin sendiri.
Lain2 novelis turut sama hadir memberikan sokongan selain memeriahkan suasana. Yang kelihatan ialan novelis Anis Ayuni, Lily Suryani, Nia Azalea, Aida Adraini, Liza Zahira, Durra Fatihah dan Lily Haslina Nasir. Sempat jugalah kami menyapa2 mereka semua selain bertanyakan khabar dan cerita terbaru.
Ini merupkan jemputan yang sangat mengembirakan dan tentunya tak dapat kami lupakan sampai bila2. Makanannya pun sedap2 belaka, Ada kuih2 ,ketupat, rendang, kuah kacang, sayur lemak dan serunding, rasa macam hari raya pula. Dan yang canggihnya, Kek perasmiannya, yang sangat2 specials (sebab ada gambar kulit buku novel). Rasanya, hmm.. tentulah sedap. Siap boleh tapau lagih tuh. Iksh iksh..
( Barisan novelis, dari kanan, Nia Azalea, Lily Haslina, Durra Fatiha. Lily Suryani, Aida Adriani, Zaibo dan Anis Ayuni )
Lepas tuh bergambar pula dengan Ogy Ahmad Daud, Meor Hashim, Zaibo serta Norzailina sendiri. Adalah yang tak dapat tidur selepas tuh. Ogy Ahmad Daud nampak lebih kecil yang dilihat di TV, terutamanya rancangan Ogy dan Salih. Masih anggun dan comel gitu..
Kami pulang hampir jam 6.15 ptg dengan seribu macam perasaan, suka, seronok, gembira, teruja dan lain2 lagi. Dan tak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Alaf21 khususnya kepada En. Nordin yang tak lupa2 sudi menjemput kami untuk memeriahkan majlis tersebut. Begitu juga dengan staf2 yang lain yang nampaknya begitu kerjasama dan komitmen sekali untuk menjayakan majlis yang meriah ini.
Semoga hubungan ini akan tetap berkekalan.
Dan kami juga akan tetap menyokong Alaf21.
Untuk mengetahui cerita seterusnya, anda boleh melayari laman web Alaf21 .
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/Pelancaran%20novel/lanca_5%20nov%20norzailina/default.htm
Dan untuk melihat lain2 gambar disekitar majlis , sila lawati…
Untuk tahun baru, lagi novel baru akan diulas. Novel kali ini kebetulan datangnya dari seorang penulis Alaf21 iaitu Umi Azrini. Dari siapa lagi, kalau bukan kasih yang rajin menghantar pendapatnya mengenai novel2 baru dipasaran. Kita ikuti ulasannya..
Ulasan peribadi
Jujur. Sikap jujur harus perlu ada pada setiap individu terhadap sesiapa sahaja hatta pada diri sendiri. Kiranya kita tidak dapat bersikap jujur pada diri sendiri, bolehkah kita bersikap jujur terhadap orang lain? Sesuatu yang boleh direnungkan bersama.
Mencintai Iqbal adalah sesuatu yang terindah buat diri Reen. Apatah lagi cintanya mendapat balasan positif. Bahkan direstu kesemua keluarga Iqbal. Alangkah gembiranya hati. Tetapi bagaimana pula dengan penerimaan kedua orangtuanya di kampung? Kerana yakin dan pasti akan tiada halangan, Reen masih lagi merahsiakan hubungannya dengan Iqbal. Harapannya hancur berderai bila kedua orangtua menerima lamaran Fahrin. Apakah silapnya sendiri kerana tidak berterusterang dengan kedua ibuayah akan kewujudan Iqbal yang menyinari sebahagian hidupnya?
Fahrin! Kejamnya dia kerana sudah diketahui akan hubungan Reen dengan Iqbal. Bukan dia tidak lihat akan kemesraan mereka. Bukan juga tiada cinta lain di hati. Tetapi mengapa harus menghalang percintaan antara dua insan yang saling mengasihi? Apakah motif sebenar Fahrin? Adakah memang ada cinta untuk Reen atau sekadar mahu membalas dendam? Bagaimana pula dengan Maya? Mengapa begitu tegar dan nekadnya Fahrin melamar Reen dan membiarkan Maya? Apakah permainan Fahrin sebenarnya?
Bagaimanakah kesudahan hidup Reen dan Fahrin? Bahagiakah mereka dalam melayari dunia permainan Fahrin?
Moral
Dalam pada kita sedang hangat bercinta, adakala kita lupa untuk mengingati diri bahawasanya jodoh tidak semestinya dengan sidia yang kita kasihi. Tidak kesemua yang dihajati akan diperolehi. Kita harus yakin dengan ketentuan Allah kepada kita. Pastinya hikmah yang ada tidak kita rasai kiranya kita tidak dapat menerima takdir yang ditetapkan. Setiap yang berlaku adalah merupakan ujian keimanan kita terhadap yang Maha Esa.
Sebagai wanita, adakalanya kita terbawa2 dengan perasaan hati. Kita lebih mudah tersentuh hati dan merajuk. Adakala pula rajuk kita mengeruhkan lagi keadaan. Bukan mahu dibelikan intan berlian, tetapi pujukan kasih yang lebih bermakna. Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi, diisikan air, lembut jua akhirnya.
Pun tidak bermakna kaum adam tidak pandai memujuk atau merajuk. Mereka lebih bijak menyembunyikan rasa hati. Kalau sudah kedua-duanya merajuk, lagilah haru suasana jadinya. Tidak dinafikan, kadangkala kita bermain layang-layang dengan situasi yang sedang dihadapi.
Sebagai teman, tiada salah berkongsi kebahagiaan bersama teman yang disayangi. Apa salahnya mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan teman kita walaupun tiada jodoh bersama. Mestikah ada dendam kiranya dia tidak dimiliki? Bukankah berbaik sangka dan meneruskan siratulrahim lebih baik dari bermasam muka?
“Suami isteri ni bak pakaian. Saling menutupi antara satu sama lain. Dalam melayari bahtera kehidupan, pasti masing-masing ada melakukan kesilapan. Maka dengan itulah, Kedua-duanya harus saling tegur-menegur dan bantu-membantu. Melengkapi antara satu sama lain.” ....petikan dari novel.
Kasih
Terima kasih kami ucapkan kepada kasih kerana tak jemu2 menghantarkan komen dan pendapat mengenai novel2 Alaf21 yang terbaru. Semoga kedatangan tahun baru ini, beliau akan lebih aktif membaca dan memberikan komen..
Tahun 2006, hasil dari pertemuan peminat – peminat novel ALAF 21, maka ditubuhkan sebuah kelab peminat novel, yang diberi nama Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau kata ringkasnya – ALAF 21 FC.
Kelab yang baru ditubuhkan ini, belum mencecah usia setahun jagung, namun telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak, samada dari Pembaca Novel, Peminat, Penggemar dan mereka yang mempunyai hobi membaca, disertai dengan sokongan dan kerjasama yang erat dan tidak berbelah bahagi dari Pihak ALAF 21 sendiri, serta mendapat kerjasama dari NOVELIS sendiri.
Tahun 2007, diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh Kerajaan, maka sebagai sebuah organisasi yang bergerak mengikut arus perdana, Kelab juga merasakan perlu untuk menyumbang sesuatu untuk pembangunan Negara, maka Kelab telah merancang beberapa program untuk dijalankan sepanjang Tahun 2007.
Harapan kami dari Jawatankuasa Kelab, tahun 2007 bakal membawa sinar harapan yang lebih baik, untuk Kelab mara sebagai sebuah organisasi yang mantap dan dapat memberikan faedah dan manfaat bukan sahaja kepada AHLI, malah merangkumi masyarakat keseluruhannya.
Akhir kata dari saya, sebagai peneraju Kelab, dengan ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007.
Wassalam
Abang Long
Presiden Alaf21 FC
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2007
(158)
-
▼
January
(18)
- Diari seorang peminat novel..
- Sepetang bersama Eka Fahara..
- Sekitar Jualan buku Di Premis Alaf21, Shah Alam
- Selamat Jalan Nia Azalea...
- PESTA BUKU ALAF21 KEMBALI
- Bersama Aleya Aneesa
- Mesej Kak Lina
- KUIZ TEKA CARTA CINTA SANG RATU MENDAPAT SAMBUTAN ...
- Pertemuan Ahli Kelab Alaf21 FC
- Alaf 21 berkongsi derita bersama mangsa banjir.
- Bertemu Novelis Tiga Sekawan...
- Ulasan Novel : Jika Benar Cinta - Lynn Dayana
- Peraduan Teka Carta novel2 Ramlee Awang Murshid ke...
- Bersama Editor Alaf21, Pn. Rubiah Aksah
- Ucapan penghargaan dan terima kasih...
- Majlis Pelancaran Lima Novel, Norzailina Nordin
- Ulasan Novel : Sejujur Hatimu - Umi Azrini
- Melangkah ke Ambang 2007
-
▼
January
(18)