Pada hari Ahad, 14 Jan yang lepas, bertempat di KL Sentral Food Court, Alaf21 FC telah mengadakan pertemuan secara ekslusif bersama novelis tiga sekawan iaitu Bikash Nur Idris, Aleya Aneesa dan juga Shanika Latisha. Itu pun setelah puas mencari2 masa, akhirnya dapat jugalah kami bertemu mereka secara terbuka. Mujur juga hari tersebut mereka tak ada apa2 aktiviti.


( Aleya Aneesa, Shanika Latisha dan Bikash Nur Idris.. )

Abang Long dan seorang lagi ahli iaitu Li Hoon telah berada disana sejak pukul 10.40 pagi lagi sebelum saya datang 10 minit kemudian. Akhirnya dekat2 pukul 11 pagi, barulah nampak kelibat mereka. Tidak dinafikan juga, kadang2 pengangkutan disini adakalanya menyesakkan, apatah lagi bila tiba hari2 minggu. Walau bagaimana pun, itu tidak menjadi penghalang untuk kami bertemu.

Sekali pandang, nampak mereka macam serupa sahaja, namun bila diperhatikan satu persatu ternyata jauh berbeza. Dan seperti biasa, untuk memulakan bicara tentunya terasa lidah kelu dan malu2. Mujur abg long ada. Almaklumlah, kami juga tertanya2, kenapa dalam setiap aktiviti Alaf21 yang kami hadiri sejak beberapa bulan lalu, jarang terserempak dengan mereka bertiga atau salah seorang darinya.

Rupa-rupanya mereka semua nih sangatlah sibuk2 belaka. Ada diantaranya memang benar2 sibuk. Bikash yang berpakaian serba hitam, galak bercerita tentang aktiviti pengajiannya diASWARA ( Akedemi Seni Kebangsaan). Semester baru sudah pun bermula dan dia akan menjadi sibuklah tidak lama lagi. Sibuk dengan kelas dan tugasan2 yang diberikan. Pabila ditanya bagaimana dia menghabiskan cuti semesternya sebulan yang lalu, ternyata cuti2nya pun tak banyak rehatnya, kerana dia terlibat dengan produksi Teater Muzikal Kesuma.

( Bila tiba masa makan, masing2 suka jek nampak.. Alahaii.. kenapa semua pakat nak makan nasik ayam jek nih.. ? )

Borak2 yang perlahan akhir menjadi ceria apabila masing2 mula bersuara dan saling bertanya2. Ija, salah seorang ahli yg datang kemudiannya pun tidak menghadapi masalah untuk beramah mesra dengan mereka, padahal inilah kali pertama mereka berjumpa.

Namun kerana kesejukan yang melanda ruang lepak kami, hingga ada yang tergigil2, terpaksalah kami keluar mencari tempat lain.

Shanika Latisha, mula2 nampak serius. Namun bila berbicara, ternyata dia seorang yang ramah. Ternyata dia petah bercakap terutamanya mengenai bidang kewartawanan yang diceburi. Tak padan dengan tubuh yang kecil, tapi semangatnya besar gitu. Tentang kerja pula, sungguh sibuk sekali, sering terkejar2 kesana kemari mencari berita disamping mengejar dateline.

Yang menarik tentang Aleeya Aneesa pula ialah dia tak lekang dengan senyuman. Dengan baju dan tudung yang serba warna merah jambu, ceh.. duduk pun sopan jek. Baik bercakap, makan atau diam2 sahaja, sentiasa nampak macam tersenyum. Kira cam malu2 ayam la nih.. Iksh iksh tak apa Aleya, murah senyum tuh kira murah rezeki lah.. Asal jangan berlebih2 sudahlah..

Bercerita mengenai novel terbarunya, katanya, Alhamdulillah.. sekarang manuskrip terbarunya sedang dinilai dan diedit oleh Alaf21. Harap2 kalau semuanya berjalan lancar, mungkin akan keluar tak lama lagi, bergantung pada pihak Alaf21. Novel kawan2 yang lain seperti Bikash asyik tertunda2 sahaja kerana kesibukan belajarnya. Mungkin lambat lagi kut. Manakala novel Shanika pula terbengkalai. Mendengarnya dia berkata demikian, kami jadi tergelak.. tapi itulah katanya. Alahaii… sibuk sungguh dia nih..

( Kami suka nasi ayam, hari-hari kami makan nasik ayam.. ceh..Shanika dan Aleya sedang control anggun walaupun sewaktu makan )

Selain berbual2, ada juga yang mengeluarkan novel2 untuk mereka tandatangan. Sebagai tanda2 cenderahati dan penghargaan kerana menyokong. Tak sia2 berat beg kami membawa novel2 mereka semua..

Setelah lama berbual dan hari sudah sampai ke tengah ( tengah hari ), maka kami pun memesan makanan. Sesuatu yang menarik mengenai mereka bertiga ialah, menu yang dipesannya pun sama iaitu Nasi Ayam. Alahaii.. memang sehati sejiwa (dan semenu) lah tiga sekawan ini. Dalam masa makan2 pun kami rancak berbual2 lagi.

Waktu yang ada terasa begitu cepat berlari. Dalam pada berbual dan makan2, tak sedap jam sudah menganjak hampir ke pukul 2 petang.

Sebelum berpisah, kami sempat bergambar bersama mereka sebagai kenang2an. Dan juga untuk dimasukkan ke dalam blog kelab. Maklumlah, lepas ini entah bilakah lagi akan bersua mereka2 yang maha sibuk tuh.

Melihat kepada ketiga2 novelis ini, saya berasa kagum dan bangga kerana diusia mereka yang masih muda, mereka tahu merancang masa depan. Tahu apa yang hendak dilakukan dan sentiasa berusaha kearahnya. Ditambah dengan kemahiran menulis yang telah dikurniakan Tuhan, secara tak langsung juga mendorong mereka untuk mencuba benda2 yang baru.

( Akhirnya dapat juga kami jumpa novelis tiga sekawan nih.. )

Kami ucapkan berbanyak2 terima kasih diatas kesudian Bikash, Aleya dan juga Shanika kerana telah sudi untuk meluangkan masa bersama2. Dan sentiasa menyokong kelab. Lebih2 lagi Shanika tuhlah, yang sudi meluangkan masa sibuknya, sebab selepas itu dia akan bergegas ke ofisnya kerana ada tugasan yang menanti. Kerja wartawanlah katakan.

Akhir kata, Selamat maju jaya untuk anda bertiga, dan terima kasih kepada para ahli kelab yang sudi hadir iaitu Li Hoon dan Ija.

Semoga kita akan dapat bersua dilain kali.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati