Sejak dipaparkan beberapa hari yang lalu, pihak Alaf21 tidak menang tangan membuat proses perkiraan undian yang dihantar oleh mereka. Setakat ini, hampir 500 orang pengundi menghantar undian mereka berdasarkan tiga novel terbaik daripada sepuluh novel yang dihasilkan oleh penulis thriller no. 1 Malaysia ini.
Novel-novel beliau ialah Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, Ranggau, Mandatori, A.D.A.M, Satu Janji, Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri dan Hatiku di Harajuku.
Daripada sepuluh novel tersebut, peminat hanya dikehendaki mengundi dan memilih tiga novel terbaik beliau. Seandainya pilihan mereka itu bertepatan dengan jumlah pilihan pemilih-pemilih yang lain, maka mereka tercalon untuk memenangi hadiah sebuah novel Ramlee Awang yang terbaru yang telah ditandatangani oleh beliau sendiri.
Hanya 10 pemenang akan dipilih.
Tarikh tutup penghantaran pada 25 Januari 2006 ini. Jadi, anda masih ada masa lagi untuk menghantar undian anda.
Cepat sementara peluang masih terbuka untuk anda!
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/kuiz%20sang%20ratu/default.htm
Manalah tahu anda mungkin salah seorang dari pemenang novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang berjudul Cinta Sang Ratu yang merupakan rentetan kisah Laksamana Sunan dari novel terdahulu, Bagaikan Puteri.
Melihat sahaja kulit muka depan novelnya sudah membuatkan hati jadi berdebar-debar. Lagi pun, ini sememangnya novel yang paling ditunggu-tunggu..
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_buku%20baru.htmApa tunggu lagi.. hantarlah cepat2..
2 comments
Comment by Abang Long on 4:44 PM
Siapalah agaknya gerangan insan yang akan mendapat hadiah Novel ini ?
Pokcik mersik dah hantar ke borang pertandingan tu ?
Tapi hadiahnya bukan biskut dan kopi tongkat ali tau ....
Comment by Mersik on 10:25 AM
Abg long - Ooopss..laa terhantar ke email kelab laa..hik hik gegegegegege alahaiii..
Kalau boleh nak hadiah set "Mustika RATU " hik hik
Post a Comment