Satu petang nan indah, tanpa diduga, saya telah berpeluang bersua dengan seseorang yang tidak saya kenali secara peribadi. Dari percubaan menelefon, akhirnya pertemuan yang tidak dirancang terlebih dahulu diaturkan.

Hanya dalam masa lebih kurang 40 minit kemudiannya, kami bertemu. Walaupun tidak pernah bersemuka, tetapi tidak pula ada ragu2 apabila yang empunya diri menegur secara ramah dan sopan. Pandangan pertama saya terhadap beliau, ramah dan mudah mesra.

Tidak terasa kejanggalan duduk bersama dan bercerita pelbagai. Seram sejuk jauh sekali. Suasana yang santai dan redup menyegarkan keadaan. Pelbagai isu yang ditimbulkan dan dapat dikongsi bersama selama waktu bersembang. Yang lebih menyeronokkan, kami lebih banyak menimbulkan isu2 semasa disana sini dan saling bertukar pendapat dan pengalaman dalam pelbagai hal. Tidak ketinggalan isu banjir dan bencana2 alam yang hangat diperkata di seluruh pelusuk Asia Tenggara lewat Disember, 2006 yang lalu. Malah masih lagi boleh terasa tempiasnya hingga hari ini.

Sedikit sebanyak, kami juga ada menyentuh mengenai "Kabus Kasih" dan "Nilai Cintamu". Sebagai seorang penulis yang sentiasa menuju ke arah kemajuan, beliau dapat menerima setiap komen dan kritikan yang diberikan dengan sikap terbuka dan berpandandangan positif. Sikap sebegini perlu ada di dalam diri setiap individu demi mencapai matlamat misi dan visi yang dirancang. Untuk mengorak langkah kearah kecemerlangan, seseorang individu harus peka dan terbuka bukan hanya pada pandangan positif, tetapi juga bidasan negatif!

Disebalik kesibukannya sebagai surirumah-tangga dan menguruskan keperluan harian, beliau masih lagi mampu meluangkan waktu untuk berkarya. Malah kesediaan beliau berkongsi pengalaman hobi yang telah dapat kita nikmati hasilnya bersama sangat dihargai. Siapa sangka dari hanya sekadar hobi, beliau mampu meraih gelaran sebagai salah seorang novelis yang diminati dewasa ini. Ini juga membuktikan bahawasanya setiap hobi yang seseorang individu miliki, pastinya akan mendatangkan keberhasilan yang baik jika di adaptasikan dengan cara yang betul.

Beliau merupakan salah seorang novelis yang diperkenalkan oleh Alaf21. Nama yang tidak asing lagi bagi para pencinta novel, lebih2 lagi di tanahair tercinta, Malaysia. Ya, anda tidak silap lagi! Eka Fahara! Itulah nama pena beliau. Walaupun tidak kenal rupanya, saya pasti ramai peminat novel kenal akan nama itu.

Saya telah berpeluang duduk bersembang dengan Eka Fahara bukan sebagai novelis dan peminat, tetapi lebih sebagai sahabat. Terimakasih Eka Fahara! Moga Eka Fahara terus berkarya dan sukses dalam apa jua yang diceburi. Peminat akan sentiasa menantikan kisah2 terbaru dari Eka Fahara.

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati