Novel seterusnya adalah novel baru dari penulis baru Alaf21 iaitu Lynn Dayana yang mempersembahkan cerita bertajuk Jika benar cinta. Akan diluas oleh seorang pembaca yang selalu menghantarkan komen2nya disini. Kita ikuti komen beliau

Komen peribadi


Ibarat membaca didalam sampan di tasik yang tenang rasanya menghayati karya pertama Lynn Dayana ini. Penulisan dengan penggunaan bahasa yang mudah dan santai menyamankan pembacaan. Dialog yang bersahaja dan ringan, mencetuskan senyum dan gelak sewaktu menikmati persembahan kata2. Namun, ia masih mampu meruntun naluri wanita saya hingga mengundang lara.


Pada pendapat saya, karya Lynn tidak begitu berat dari segi penyampaian keseluruhannya. Sungguhpun dapat dijangka serba sedikit akan kemelut watak2 yang dipaparkan dalam melayari pembacaan, saya puas apabila jumpa pada kemuncak cerita! Ini yang tidak selalu saya temui dalam karya pertama seseorang penulis baru. Syabas Lynn! Cuma, saya agak terkilan kerana ada beberapa persoalan yang tergantung tanpa tali.

Moga Lynn Dayana terus berkarya dan jadikan karya pertama ini sebagai batu lonjatan untuk memantapkan lagi karya akan datang.

Moral

Kasihsayang adalah antara yang terpenting dalam kehidupan kita sehari2. Segala yang kelam boleh menjadi cerah dan ceria dengan sentuhan kasihsayang. Lebih2 lagi pabila kasihsayang itu datangnya dari insan2 yang dikasihi.

Gagal kali pertama, tidak bermakna gagal selamanya. Selagi ada daya dan usaha, kejayaan tetap boleh dikecapi. Begitu juga dengan cinta. Perasaan cinta itu tulus dan suci. Jangan dinodai dengan pengalaman pahit masa lalu. Beri ruang pada diri untuk menerima dan memberi pada yang sudi dan berhajat murni.

Adakalanya ibubapa adalah orang yang paling tepat untuk dipinta nasihat dan diajak berdiskusi. Bukan sahaja kerana mereka lebih mengenali kita, bahkan mereka lebih berpengalaman dari kita sendiri. Lantaran itu juga memang payah bagi seseorang anak untuk menyembunyikan rasa hati yang walang atau rasa bahagia yang melingkari diri. Ada juga sesetengah remaja yang berpendapat ibubapa tidak akan faham masalah yang dihadapi kerana jurang generasi yang agak jauh berbeza. Jangan sesekali lupa, ibubapa juga pernah melalui alam remaja dan merasai segala rencah yang sedia ada.

Rahsia tidak selamanya akan tetap rahsia. Penipuan adalah sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Namun, memaafkan tidaklah sesukar melupakan. Sebelum kita menipu insan lain, kita sebenarnya menipu diri sendiri. Oleh itu, jauhi diri dari kekejaman penipuan.

“Kita mesti percaya pada ketentuan. Tetapi, tidak semestinya apa yang kita nak, kita boleh dapat. Walaupun niat kita ikhlas. Walaupun kita berusaha sedaya upaya mencapai apa yang kita inginkan. Walau seribu doa dipanjatkan kehadrat ILAHI. Tahu kenapa? Kerana mungkin apa yang kita inginkan itu sememangnya telah ditentukan tidak mungkin menjadi hak kita. Mungkin jika kita memilikinya, akan lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.


Kita mesti yakin apa yang didatangkan dari ALLAH, pasti ada hikmahnya. Manusia selalu berkeluh kesah dengan dugaan yang dihadapi mereka tanpa menyedari, segala dugaan itu diberikan untuk menjadikan mereka manusia yang lebih berguna. Perlu diingat juga, ALLAH tidak menguji makhlukNYA dengan ujian-ujian yang bersesuaian dengan kekuatan diri makhluk yang ingin diuji.”......petikan dari novel.

kasih

Demikianlah tadi ulasan beliau. Anda pula bagaimana?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati