Beberapa ketika berbual dengan novelis yang seorang ini membuatkan saya menjadi ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Dengan sikapnya yang agak pemalu dan sentiasa tersenyum simpul, ada banyak perkara yang kita tidak tahu mengenainya.
Dan ternyata dia juga tak keberatan untuk menceritakan serba sedikit tentang dirinya dan penglibatannya dalam bidang penulisan.
Beliau adalah graduan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu dari Universiti Putra Malaysia lima tahun lalu. Kini bertugas di Jabatan Sastera Dewan bahasa dan Pustaka. Antara tugasnya ialah mengedit manuskrip baru serta membuat penyemakan dan apa2 saja lah yang berkaitan dengan karya2 kreatif.
Pabila ditanya tentang minatnya, dia mengatakan ianya pada mula hanya sekadar suka-suka sahaja kerana sejak kecil lagi dia memang minat membaca novel dan buku cerita. Cuma tak terfikir nak jadi penulis, mungkin juga kerana merasakan bahawa dia tidak berbakat. Bila dah mula menulis dan karyanya tersiar barulah keyakinan diri semakin kukuh dan terus berkarya. Harap2 minatnya juga semakin membara dan tidak luntur.
Kini penulisan baginya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan mencabar minda. Hobi beliau katanya tak tentu masa dan tak khusus kepada sesuatu perkara. Selagi ada minat dan seronok membuatnya, dah kira okey lah tu. Dulu2 dia minat bola jaring, tapi sekarang dia minat tidur..oops acah je uh. Iksh iksh marah pulak dia nanti.
Novelis yg berasal dari Gelang Patah, Johor nih pernah melahirkan beberapa novel sebelum menulis untuk Alaf21. Karya2nya yang terdahulu, kalau anda masih ialah Semusim Rindu dan juga Kasih Antara Kita. Dan khabar2nya ada buah tangan terbaru beliau yang sedang dalam penilaian pihak Editorial Alaf21 . kalau tiada aral melintang dan segalanya berjalan lancar, insya Allah akan keluarlah tidak lama lagi.. Bila tuh ek Aleya? Haa!.. dua minggu lagi ? iksh iksh ..biar betul. Eh.. tak adalah, tunggu dan lihat gitu katanya..
Beliau selesa dengan nama Aleya Aneesa. Memang itu yang terfikir dibenaknya sewaktu dicadang memilih nama yang baru. Anessa adalah nama saudara rapatnya, cuma dieja berlainan. Kalau nak tahu nama sebenar nya ialah Marwati binti Wahab. Haa.. sedap pun nama tu. Ada macam nama wanita melayu terakhir gitu yang serba anggun lagi bistari ceh ceh.. malu lah tuh..
Pengalaman menariknya sejak bergelar penulis tentulah bila karya pertama berada dipasaran. Hati siapa yang tak gembira. Syukur kepada Tuhan banyak2, bila segala jerih perih dan kerja keras terbalas dan nampak didepan mata.
Kalau anda perasan pada tahun lepas, beliau juga telah terpilih ke Bogor , Indonesia menghadiri program Penulisan Mastera bersama gabungan penulis dari Indonesia dan juga Singapura. Kursus seminggu yang berkisar mengenai perbincangan sastera antara nusantara itu adalah kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Dan lagi ini adalah sesuatu yang amat-amat membanggakan.
Ada soalan yang agak popular saya selalu tanyakan kepada kebanyakan novelis iaitu pendapat mengenai lambakan novel2 melayu dan kisah2 cinta yang terdapat dipasaran sekarang? Pendapatnya pula,
Sebenarnya baginya lambakan ni bukan satu kesalahan atau sesuatu yg bersifat negatif kerana novel2 yang ada itu pun bukannyer 100% hanya bercakap tentang cinta semata2.
Kalau kita baca dan renungkan dalam2, ada banyak lagi input yang berguna untuk kita jadikan sebagai panduan dalam hidup. Banyak unsur2 nasihat dan pengajaran yang diselitkan. Nak belajar dan mengajar sebenarnya tak semestinya secara formal jer macam di sekolah tu sebab yang membaca pun kebanyakannya orang dewasa yang dah pandai menilai. Lagipun saya tak percaya, dalam sesebuah novel itu langsung tak ada mesej untuk disampaikan. Kalau tak banyak pun mesti ada sedikit yang boleh kita simpan dan gunakan pada masa2 tertentu. Jadi... kenapa kita mesti kisah tentang lambakan novel2 cinta itu?
Akhir kata sebelum berakhir perbualan kami, beliau juga sempat mengucapkan sesuatu untuk para peminat Alaf21 FC
Terima kasih kerana sokongan yang diberikan selama ini terhadap penulis2 Alaf 21. Sokongan semua sangat saya hargai dan harap2 sokongan ini akan berterusan.
Terima kasih daun keladi ya Aleya Aneesa kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan2 saya tuh. Nanti kalau ada masa free bolehlah kita “ngeteh2” lagi. Harap2 tak sibuk gitu. Maklumlah, Aleya nih kalau dah sibuk, mengalahkan Menteri Luar bandar.
Oh ini dia alamat rumahnya, mari kita kesana
http://aleyaaneesa.blogdrive.com/
0 comments
Post a Comment