Kali ini kita ikuti cerita mengenai pesta buku dari seorang lagi teman kami yang turut bersesak-sesak di sana. Ina ada ceritanya yang tersendiri...
Masih lagi dalam mood pesta buku tempohari? Masih teringat lagi berbual-bual mesra dengan novelis tersayang atau bergambar? Masih lagi terbayang betapa meriahnya suasana dengan aneka buku dan lautan manusia yang hingar bingar? Tentu sekali ada kenangan manis yang berkekalan di hati ..bertemu kekasih hati barangkali atau pertemuan semula sahabat lama.
Saya masih lagi ingat, hari Sabtu 12 April, sewaktu melangkah masuk ke pesta buku melalui pintu depan, kami dihulurkan penanda buku sebagai kenangan. Hmm.. untuk anak-anak elok juga ni.
Sebaik sahaja berada di dalam, saya terkesima. Wow, ramainya manusia! Saya ingatkan saya yang datang awal, rupa-rupanya ada lagi yang lebih awal. Saya baru teringat akan bas berderet-deret di susur jalan di luar. Tentunya rombongan sekolah. Kanak-kanak kelihatan riang bersama teman-teman.
Anak-anak gadis bertudung dan berpakaian seragam batik, tampak manis sekali. Tangan mereka penuh dengan beg-beg kertas dan plastik yang berisi buku-buku. Terdengar gemersik suara halus mereka yang kepingin bergambar dengan Syed Muzafar.
Syed Muzafar? Dia ada ke? Di mana? Melilau mata saya memerhati keliling. Kelihatan dari jauh berbondong-bondong manusia berebut-rebut untuk melihat sesesuatu. Barangkali disitu duduknya Angkasawan Negara itu. Ada yang terlompat-lompat. Tidak kurang yang menggunakan kecanggihan telefon berkamera dan kamera digital bagi menyimpan gambar beliau.
Saya? Ooo.. tidak berani menghampiri kawasan tersebut. Terlalu ramai dan bersesak-sesak. Jalan menuju ke Alaf21 turut terhalang. Saya dan Ain keluar dari kawasan tersebut dan menyusur mengikut pintu lagi satu yang terus saja ke Alaf21.
Nah! Norzailina Nordin dan Anis Ayuni dudu bersebelahan kelihatan berbual mesra dengan para peminat. Senyum manis tidak lengkang dari bibir mereka. Ramai peminat remaja mengerumuni Damya Hanna. Seronok sekali mereka mendapat cenderahati dari Damya berupa penanda buku khas darinya. Cantik!
Saya sempat berbual mesra dengan Norzailina, Anis, Lily Haslina dan Damya Hanna. Sahabat saya, Zabrina, tidak melepas peluang bergambar bersama novelis pujaannya, Aisya Sofea. Suasana memang riuh dan ceria apatah lagi dengan para kakitangan yang berpakaian santai iaitu kemeja corak bunga yang menyala-nyala. Seronok melihat Kak Wan yang manis begitu sibuk mengangkat kotak-kotak berisi novel. Sempat juga saya menegurnya yang nampak ranggi! Cayalah Kak Wan!
Terlupa pula saya, sebelum itu, saya berkesempatan bertemu mata dengan orang kuat FC iaitu Abang Long dan Mersik. Berbekalkan kacang dan gula-gula, kami berbual santai di belakang pentas. Abang Long, seperti kata Ila, kelihatan ceria dan nampak bertenaga.
Alhamdulillah..diharap terus sihat sejahtera. Kami sempat berbincang sedikit sebanyak tentang kelab. Namun kerana masing-masing ada tugas yang perlu digalas, maka pertemuan itu, terpaksa disintingkan bagi memberi laluan masing-masing. Kami mengundur diri menuju destinasi sendiri. Diharap boleh bertemu lagi dengan mereka berserta Salmah dan Budi.
Menyusuri tangga ke tingkat dua, saya mula pening kepala. Lautan manusia terbentang di depan mata. Kalau bukan kerana Ain mahu membeli buku-buku sekolah, sudah pasti saya ‘terbang’ pulang ke rumah. Sementara menanti Ain, saya perlahan-lahan melabuhkan punggung di luar dewan. Rupa-rupanya ramai yang duduk bersantai membaca sementara menanti ahli keluarga maupun kawan-kawan lain yang belum puas melawat dari satu gerai ke satu gerai.
Saya mengeluarkan novel terbaru Damya Hanna bagi mengisi masa santai. Hmm… terleka membaca hingga tidak sedar Ain menghampiri. Badan dah tua macam ni, kenalah Ain tarik saya untuk bangun.
Untuk pesta buku akan datang, saya harap Alaf21 boleh diletakkan di aras yang sama dan ada ruang yang agak luas sedikit untuk peminat novel Alaf21 memilih novel kegemaran mereka dan beramah mesra dengan para novelis tersayang. Ini sekadar cadangan saja.
Mungkin juga boleh di tambah dengan agenda lain selain membeli novel dan bertemu novelis umpama mengadakan peraduan dengan menjawab soalan-soalan tertentu. Pasti peminat akan teruja. Hadiah untuk pembelian melebihi RM50, sudah cukup menarik untuk saya apatah lagi hadiah untuk pembelian melebihi RM150!
Apapun, jumpa lagi pesta buku tahun depan. Moga Alaf21 akan menerbitkan lebih banyak novel-novel yang bermutu dan ngetop untuk kepuasan para peminat.
Apa pula tema pakaian mereka untuk pesta tahun depan ye?
Kenalah tungguuuuuuuuu…..
Ina
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2008
(102)
-
▼
April
(10)
- Ulasan Novel : Selagi Ada Dia - Aisya Sofea
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 7 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 6 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 5 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 4 )
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 3 )
- Penulis-penulis baru di Pesta Buku.
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008
- Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 2 )
- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , PWTC 2008
-
▼
April
(10)
0 comments
Post a Comment