Archives

Ayu Emelda: Rindu Syahdu di Aidil Fitri

Beberapa hari menjelang raya kami menerima email dari Ayu Emelda yang jauh nun diperantauan sana, menitipkan salam Aidilfitri buat kita semua. Kita ikuti ucapannya..

A'kum semua,

Apa khabar Alaf21 FC? Terima kasih kerana sudi mengirimkan kad raya yg cantik tu. Tahun ini cuma ada 3 kad yang Ayu terima. Terima kasih diucapkan pada yang menghantarnya. Sekurang2nya ada juga insan2 yang ingat pada Ayu disini. Buat abang long, mersik, rosha dan Budi, diharap lebaran kali ini disambut dengan ceria di samping keluarga tersayang.



Selain dari itu, Ayu juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat menyambut Syawal buat semua Alaf21 FC yg telah banyak memberi sokongan kepada novelis, tidak lupa kepada Alaf21, keluarga, teman-teman dan semua pembaca sekelian.

Semoga kita sama-sama meraikan Aidil Fitri dalam kesederhanaan dan keinsafan. Maaf zahir dan batin. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga di perantauan.


Wassalam,

AYU EMELDA
TROY, NEW YORK

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan dari Presiden Alaf21 FC

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Bersempena dengan Hari Lebaran atau HARI RAYA AIDILFITRI 1427 ini, maka saya, selaku peneraju Kelab dengan ini menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, atas segala kekurangan dan kesilapan yang telah saya lakukan, sepanjang menjalankan amanah dan tugas sebagai peneraju di Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau ALAF 21 FC.

Sepanjang hampir setahun Kelab ini ditubuhkan, pelbagai ragam pancaroba, cabaran, halangan, dan kesulitan yang telah kami lalui dan tempuhi, namun berkat dari sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak, maka setiap halangan itu berjaya kami tempuhi dan dengan kesabaran yang tinggi oleh Jawatankuasa Pentadbir Kelab.

Begitu juga dengan kehadiran Blog Kelab sebagai bahan siaran rasmi kepada ALAF 21 FC, dari sehari ke sehari, semakin ramai yang berkunjung, dan ada yang menjadi pengunjung tetap sambil meninggalkan jejak dan kata - kata yang membangkitkan semangat kami untuk terus menggerakkan aktiviti Kelab.

Kepada AHLI, inilah Kelab kepunyaan anda, yang berusaha untuk menjadi wadah bagi menyatukan inspirasi anda sebagai peminat NOVEL, maka kami begitu mengharapkan sokongan dan kerjasama dari anda untuk menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.

Kepada NOVELIS, Kelab akan sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan anda.

Kepada ALAF DUA PULUH SATU, Terima Kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang telah diberikan, selama ini.

Kepada Pelawat dan Pengunjung Blog, Terima Kasih kami ucapkan atas kesudian anda mengunjungi Blog ini.

Akhir kata, saya bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau ALAF 21 FC,dengan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,"BERHATI - HATI DIJALANRAYA, INGATLAH KELUARGA TERSAYANG".

Sebulan sudah kita berpuasa

Hari yang dinanti menjelang tiba
Ucapan Selamat hari Raya
Semoga gembira dihari bahagia

Tangan ku hulur maaf dipinta
Atas perbuatan yang tidak sengaja
Terkasar bahasa tersilap bicara
Sudilah anda memaafkannya

Ketupat dan rendang juadah istimewa
Makan bersama sanak saudara
Sudah puas bercuti raya
Jangan lupa untuk pulang bekerja

Salam Aidil Fitri

Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.
Presiden ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan dari Pentadbir Blog Alaf21 FC

Assalamualaikum..w.b.t

Salam Aidil Fitri
Salam Lebaran,
Setulus hati,

Seikhlas budi

Pada anda semua yang setia mengunjungi Blog ini, para novelis ,bloggers , semua rakan2 dan lain2..

Dikesempatan ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf diatas salah dan silap, disengajakan ataupun tidak. Sebagai insan biasa kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu marilah kita bermaaf maafan sesama manusia dihari yang indah ini..

Juga jikalau terdapat sebarang cacat cela dalam pada anda melayari Blog Alaf21 FC , Almaklum ler saya juga tidak begitu bagus sangat untuk menguruskan blog ini. Apa yang saya ada hanya sekadar sedikit sahaja ilmunya. Walau bagaimana pun, saya dan juga sekelian ahli kelab yang lain akan cuba memberikan apa yang terbaik buat anda semua.

Akhir kata semoga anda semua akan ceria dan gembira selalu dalam meraikan hari raya yang mulia ini. Kalau makan rendang, lemang ketupat tuh janganlah lupakan saya ya..alahaiii

Jaga diri baik2 dan hingga ketemu lagi..

Salam keihlasan
mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

AJK lain...

Mardhiyah(violet) AJK

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI BUAT KELUARGA TERCINTA, SANAK SAUDARA SERTA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN.


TERISTIMEWA BUAT ABANG LONG, MERSIK, KAK ROSHA, BUDI SERTA AHLI KELAB DAN PENGUNJUNG BLOG ALAF21FC YANG TIDAK PERNAH LUPUT DALAM INGATAN. SEMOGA SYAWAL KALI INI AKAN MENGERATKAN LAGI TALI SILATUHRAHIM ANTARA KITA SEMUA.

HARI INI DAN ESOK PASTI MENJELMA
NAMUN APA YANG ADA PADA HARI ESOK
BELUM PASTI APA YANG AKAN TERJADI
ENTAH DUKA
ENTAH BAHAGIA
TEMPUHILAH BERSAMA DENGAN TABAH
KERANA ERTI KEHIDUPAN ITU
SUNGGUH BESAR MAKNANYA
DAN KEHIDUPAN TIDAK SELALUNYA INDAH
LUPAKANLAH SEKETIKA SEGALA MASALAH
KU DOAKAN AGAR KITA SEMUA
AKAN MENGECAPI
KEBAHAGIAN DAN KECERIAN
DI SYAWAL YANG MULIA INI

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Aidilfitri dari AJK Kelab

Rosha (Naib Presiden)
Assalamualaikum semua,


Di kesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua chatters dan bloggers. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan untuk menghantar kad raya kepada yang mengenali diri saya atas kesibukan yang menjerat diri dan juga kesihatan yang tidak mengizinkan.


Saya juga MOHON KEMAAFAN sekiranya ada tersalah kata yang saya tidak sedari telah saya coretkan di blog atau pun di personal message kalian...Semoga raya tahun ini amat bererti kepada kalian.
TAKE CARE & DRIVE SAFETY!

Assalammualaikum......

Di mulakan dengan Bismillah....saya di sini ingin menfaatkan kesempatan yang diberi untuk turut sama merangkap sedikit ucapan sempena Hari Raya tahun ini....

Ini merupakan kali pertama saya menyambut raya sebagai sebahagian dari AJK kelab alaf21fc.Jadi makanya saya inginlah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua ahli2 kerja Alaf21, rakan2 seperjuangan kelabfc , kepada semua novelis2 yang begitu saya kagumi akan setiap lahirnya karya2 novel yg amat memberi sumber inspirasi dlm kehidupan saya selama ini...


Dan tidak lupa juga kepada rakan2 kelab peminat yang tidak jemu2 kunjung tiba saban hari dan waktu di blogfc kami.

Semoga hari raya tahun ini dapat kita raikan bersama untuk lebih mengeratkan lagi silaturahim diantara kita semua sambil berkongsi pendapat dan pengalaman yang ada.

Akhir kata saya adolah pesanan sikit buat kekawan....saudara dan saudari....,

Sempena AidilFitri yang bakal tiba,
Janganler korang main mercun lak...
He...he...he....maner ler tau dah beso...
Pon masih main mercun lagi ker....
Nanti kudung jari, kaki ngan tangan
Korang gak yang susah....Ampunnnn...
Saya gurau jer......Jangan mare da.......

Budi ( AJK )

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagi lagi ucapan..hik hik


Aida Adriani

Ucapan salam aidilfiri:

Salam aidil fitri dari saya sekeluarga kepada semua. Semoga Ramadhan yang pergi telah meninggalkan seribu keinsafan dalam diri dan Syawal yang menjelma akan membawa rahmat dan hidayat. Maaf zahir batin..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lain-lain Novelis


Eyman Hykal

Tanpa bintang, tak cantik bulan. Tanpa laut tak indahnya pulau.

Terima kasih tidak terhingga kepada Novelman, Mersik, Rosha dan seluruh ahli-ahli Alaf21FC kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk terus menyokong kami.

Salam Aidilfitri.




Assalamualaikum semua,
Nia mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca dan penggemar novel tanahair.


Doa dan harapan Nia agar Aidilfitri tahun ini menebarkan kebahagiaan buat anda semua. Yang nak balik kampung tu, ke utara, selatan, timur dan barat...berhati-hati di jalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi dan berhari raya bersama mereka yang tersayang.
Wasalam. Nia Azalea

AISYA SOFEA
"SALAM HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA PEMBACA ALAF21 KHUSUSNYA PEMBACA SETIA SAYA. TAK LUPA JUGA PADA SEMUA WARGAKERJA ALAF21 DAN ALAF21FC. TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA SELAMA INI TERHADAP PENULISAN SAYA. DARI AISYA SOFEA DAN KELUARGA."
Assalamualaikum semua!
Sempena Syawal ini, saya ingin mengucapkan
"Selamat Menyambut Aidilfitri",
Maaf Zahir dan Batin; juga pesanan ikhlas buat kalian ~
Penuhi Ramadan dengan amal ibadat ~ semoga ceria dan bahagia di samping keluarga yang dikasihi.

~ Norzailina Nordin

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Amboii..bersama keluarga lagih tuh..caya laa..

Assalamualaikum.
Salam syahdu Aidil Fitri.
Terasa cepat Ramadan berlalu hingga tidak tersedar kemunculan syawal.
Begitu pantas masa berputar, dalam sedar tetap terlalai
Dalam keberkatan AidilFitri ini
Ku susun jari sepuluh, maaf Zahir dan Batin
Andai tersalah kata, tersilap perbuatan atau terlebih gurauan
Selamat Hariraya Aidilfitri daripada saya dan keluarga.
Eka fahara
.

Saya Abu Bakar Mat Daud, sebagai:
1)Penulis buku ‘Variasi Tanaman Hiasan’ keluaran Alaf 21
2)Kolumnis kolum ‘Taman’ majalah Mingguan Wanita dan MIDI keluaran Karangkraf
bersama keluarga iaitu isteri, Farizan Awang serta anak anak, Intan Syaheeda, Fithri Anwar, Arieff Azizi dan Nurfarhanim ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:
“Selamat Hari Raya Aidil Fithri “
serta memohon maaf zahir dan batin kepada semua warga kerja Karangkraf ,Alaf 21 dan pembaca majalah Mingguan Wanita dan MIDI serta mereka yang membeli buku ‘Variasi Tanaman Hiasan’.

Terima kasih di atas sokongan anda semua.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis tiga sekawan..alahaiii..

Aleya Aneesa
~Mula-mula sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Alaf21fc atas pemberian kad raya yang saya terima pada hari Isnin lalu.Di hari dan bulan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang membaca kad ucapan ini khasnya buat ahli kelab Alaf 21 yang selalu memberikan sokongan kepada saya. Tidak lupa juga buat sesiapa juga yang meminati dunia novel (pembaca tentunya), team Alaf 21, kawan2 penulis seangkatan dan semua umat Islam yang ada di muka bumi ini.

"Saya juga mahu menyusun jari sepuluh kepada semua kalau-kalau saya telah menyinggung perasaan atau hati sesiapa saja sama ada secara sedar mahu pun tidak sedar khasnya jika kesilapan itu saya lakukan dalam setiap karya-karya saya. Saya harap saya dimaafkan ye sebab saya nih penulis baru, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki."

Semoga lebaran kali ini akan memberikan sejuta satu sinar dalah hidup kita semua. Amin!

Sekian... wassalam~

Bikash Nur Idris
Assalammualaikum...
Salam lebaran untuk semua ahli blog, pengunjung blog serta semua penggemar novel.
Maaf zahir dan batin ; )

Shanika Latisha
Kepada semua warga Alaf 21, peminat, pembaca, pengkritik serta keluarga dan teman-teman,
Salam Aidilfitri di layangkan daripada kejauhan ini bersama titipan doa keberkatan atas semua pada hari bahagia ini. diharapkan semuanya bergembira pada hari yang ditunggu tunggu ini.
Akhir kata, ampun maaf dipinta.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Aidil Fitri Novelis

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut menyampaikan ucapan di ruangan Alaf21 FC bersempena dengan
kedatangan Syawal nanti.



Buat semua peminat,
... Ahli keluarga Alaf21 & Alaf21 FC,
....para pengkritik dan pembaca yang dihormati sekalian,

Salam kasih bersulam ceria,
Salam ceria bersulam bahagia,
Moga bulan Ramadhan terisi ibadah penuh kemuliaan,
Moga Aidilfitri disambut penuh keindahan & kesyukuran...



Salam Aidilfitri bersama Salam Kemaafan,
Keisya Reisya
Melaka



Assalamualaikum...
Untuk semua penyokong kuat alaf 21, semua kaum kerabat Alaf21 FC, Selamat menyambut Hari Raya, jangan main mercun, kalau tak ada apa nak buat raya tu, baca le buku-buku alaf!
salam syawal,
lily haslina nasir



Leeya Myra
Assalamualaikum wbt...

'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca novel yang beragama Islam walau di mana pun anda berada. 'Hidup baik-baik!'



Assalamualaikum..w.b.t.


Ketupat rendang sama di rasa
di aidil fitri kita bersama
jangan ada dendam di dada
kerana kita insan biasa....

Selamat menyambut eid mubarak dari saya, untuk peminat2 semua yang selama ini menyokong saya walau dalam apa keadaan sekali pun. Semoga anda semua diberkati Tuhan sentiasa...dan terus menyokong saya...hehe.. macam kelab bola ALAF FC lak rasa2nya.... hehe.


Hasreeyati Ramli

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Aidil Fitri dari Novelis

Kali ini kita baca pula ucapan2 dari para novelis kesayangan anda sempena Aidil Fitri ini.

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitiri saya tujukan tulus ikhlas dari sanubari ini kepada penggendali Alaf 21 FC yang gigih menyelenggaran laman web ini. Ucapan juga ditujukan kepada semua pencinta novel-novel Alaf 21 dan tidak lupa ucapan ini khas kepada semua peminat karya-karya saya tidak kira di mana berada.

Semoga Aidilfitri ini akan merapatkan hubungan ukhwah sesama kita, saling bermaafan seandainya ada salah dan silap sama ada disedari ataupun sebaliknya. Pesanan saya kepada yang menggunakan jalanraya, berhati-hati ketika memandu. Sekiranya bosan dalam perjalanan, tataplah novel-novel Alaf 21 sebagai penghilang kebosanan.

Ketupat palas gantung di dapur
Emping berlemak hidangan Aidilfitri
Ampun dimohon, maaf dihulur
Tanda persahabatan kekal abadi



Thanks & Regards;
Sri Diah Shaharuddin & Seisi Keluarga
Editor Kumpulan Akhbar & Buku, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3 , Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan.
http://www.karangkraf.com.my

http://sridiah2u.blogspot.com/






Assalamualaikum..w.b.t
Kak Anis ucapkan kepada semua di Alaf21 FC. Semoga semuanya mendapat keberkatan menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Salam sesuci lebaran teristimewa Kak Anis tujukan kepada warga Alaf 21, peminat-peminat novel di Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah memberi sokongan pada karya-karya Kak Anis.

Juga kepada penggerak utama Alaf21 FC yang sentiasa memberi sokongan kepada penulis-penulis Alaf 21. Kak Anis ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan andai selama perkenalan kita, ada kata-kata dan perbuatan Kak Anis yang menyinggung perasaan sesiapa. Semoga Aidilfitri disambut dengan penuh kemeriahan dan keberkatan.

Salam sayang

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Raya jangan tak raya..

Wan Nur Batini Wan Idris, KL ( http://www.sefitrah.com )
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Ramadhan makin melabuhkan tirainya, kini syawal pula akan menziarahi kita, mungkin ada yang tak merasa kenikmatan ramadhan yang sebenarnya, tetapi syawal pula yang di tunggu-tunggunya.

Syawal adalah hari kemenangan umat Islam, dengan itu saya nak ucapkan salam Aidilfitri kepada Alaf21FC, Novel fans, semua MT Alaf21FC, kakitangan, novelis dan semua yang terlibat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya, Insyallah....


Faizul bin Kamaruddin(pezul), Shah Alam, Selangor
Assalamualaikum kepada warga Alaf21,
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada ibu bapa saya yang berada di kampung, rakan-rakan yang mengenali dan juga ingin mengenali saya, serta kepada mereka yang telah berkunjung ke blog saya.

Tidak lupa juga kepada abang Ramlee Awang Mursyid. Saya suka hasil karya abang. Itu sahajalah.Juga warga Alaf 21 dan pakcik mersik hehehe



Nieys Zahri, Shah Alam , Selangor
Selamat berhari raya buat semua ahli Alaf21 FC. Terutama sekali untuk yang sudi-sudi berkunjung ke tanah jajahan saya di cetusan inspirasi tu. Ampun maaf dipinta. Semoga kita semua dapat bersua lagi selepas hari raya dan mengeratkan silaturrahim sesama kita meskipun sekadar di alam maya ini..


Berhati-hatilah di jalanraya. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat juga kembali. Diharap rumah yang ditinggalkan juga selamat tanpa 'dijengah' makhluk-makhluk perosak yang suka membuat rumah terbuka.. siapa lagi kalau manusia yang pandai memecahkan pintu..Hmm.. apa lagi.. panjang la pulak..Itu je la kot.. "



Faizah Ishak,KL
Salam Lebaran Aidil Fitri,
Diucapkan kepada semua umat Islam terutamanya Alaf21 Fan Club & Org Kuat Alaf21 Fan Club, Warga Alaf21, Semua novelis alaf21 dan Semua peminat novel & peminat novel alaf21 & rakan-rakan maya blog alaf21 fc

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA,


STAY TUNE.... STAY ALIVE......


Selamat Hari Raya ,Maaf Zahir Batin



Rozaanita dan Romihaniza, KL.
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA AHLI ...

Ada mata pandanglah Keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kasih sayang
Ada silap dan salah harap di maafkan...

Ada kalanya mata salah melihat;
Mulut terlanjur bicara
Hati berprasangka..Janji terabai..
Maaf Zahir dipinta...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Salam lebaran dari team Alaf21

Alaf 21 FC berbesar hati menerima ucapan dari team Alaf21 sendiri untuk sama2 berkongsi keceriaan di hari lebaran yang bakal menjelang. Tanpa sokongan dan dorongan dari Alaf21 sendiri, sudah tentu kelab ini tidak akan dapat bergerak dengan lancar. Semoga dengan jalinan yang akrab bersama Alaf 21, kelab peminatnya ini akan sentiasa mengorak langkah untuk berjaya dimasa-masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan




Team Alaf 21 Dari kiri: Mohd Ariff Jusoh (Arip) ~ Mohd Taufik Yazid (Taufiq) ~ Rushairen (Yen) ~ Saad Yaacob (Saad) ~ Mohd Faizol (Joe) ~ (Mat Zul) ~Norden Mohamed (Chenot) ~ Anizam Sohor (Izam) ~ Wardatu Zamzam Mustapha (Warda) ~ Ibrahim Johari (Yem) ~ Ong Yea Jing (YJ) ~ Fadzilah Jabar (Dilla) ~ Muhamad Faizal Jaafar (Gee) ~ Zalida Adam (Za) ~ Zubaidah Azizan (Aju) ~ Nazia Baharom (Naz)

Baris ke dua: Hanapi Abdullah (Napi) ~ Suhairi Yusof (Airi) ~ Roziyana OMar (Ziana) ~ Oreenazira Nordin (Ozie) ~ Marlya Isa (Lya) ~ Nor Azura (Zura) ~ Patonah Chai Choh (Moon) ~ Mazuen Yahaya (Awien) ~ Sa'adiah Mohamad (Saadi) ~ Ruzita Awaludin (jee) ~ Wan Rohana Wan Abdul Manaf (Wan) ~ Nor Azliza Idris (Liza) ~ Rubiah Aksah (Ruby) ~ Baharin Abdul Hamid (Baien)

Baris depan: Djunaidee Kamal (Didi) ~ Molee Kamal (Moll) ~ Norshamsida Rashidi (Siti) ~ Roslan Sajat (Lan)

Mereka2 juga ada ucapan dari individu sendiri . Kalau nak tahu , klik disini..

http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/raya06/deafult.htm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Setulus hati, seikhlas budi..

Norjihan Mat Rashid(Adhan), Kuala Kangsar, Perak
Sempena aidilfitiri yang bakal menjelma, saya nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin kepada semua rakan-rakan; lia, kak nOOr, wabbit, wan, kak riza, kak anis, kak seri, damya, nia, aleya, kak Em, kak ija, kak mOn, kak infa, kak lena, ahada, shida, dhiya, diya, eita, syud, nacha, anim, ruby, wafa, notie, kak ita, kak pink, kak su, mE, violet, salju, mamaE, carrie, kak izzul, kak izza, najwa aiman, abg long, mersik (kalau ada nama yang tak tersenarai tu sori ek...)


Juga selamat hari raya & maaf zahir batin kepada semua yang pernah berkunjung ke blog saya. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang yang menanti kepulangan anda. Biarkan mereka menanti & menyambut kepulangan anda dengan kegembiraan bukannya tangisan. Salam lebaran,

Mersik : Mak oii, ramainya kawan2. Ooo... termasuk rombongan Cik Kiah sekali rupanya..hik hik , meriah sungguh..

Zarina Amran, Ampang, Selangor
Pantun ini istimewa untuk warga Alaf21 FC , Selamat Hari Raya , Aidil Fitri.

Bersiram puteri berpati kenanga
Bersulam senda menunda duka
Hati terpaut kasih bercanda
Di hari bahagia saat bersua

Bertaut hati merpati sejoli
menyembah bahagia di hati bonda
Saat bertemu akan kembali
melerai rindu bergurau senda

Indah kamar terhias rapi
Menanti mempelai melerai rindu
Kenangan terindah disimpan dihati
Memori bersama abadi di kalbu

Melur sedulang persembahan puteri
harum mewangi kasih ku junjung
Ku hulur salam di Aidilfitri
Maaf dilafaz saat berkunjung

Bergurau sudah berpantun sudah
Saat berpisah tidak ku damba
Bertemu sudah berkenal sudah
Bersua kembali pastikan jua


Mersik : Amboi2 Zarina nih..pantun raya dia begitu menggoda2 sekali. Uii!, meremang bulu roma nih hik hik..Tak apalah, janji leh raya..

Khatijah Abdul Shukor, Kajang, Selangor
Assalammu'alaikum,
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada

1. Ahli-Ahli AF21FC terutama Abang Long & Mersik.
2. Warga Alaf21 terutama En. Eyman Hykal
3. Novelis-novelis Alaf21
4. Rakan-rakan maya yang sering bertembung di blog A21FC

Birpun kita sering berhubungan melalui tulisan, moga tautan ukhwah akan terus berpanjangan dan berkekalan.

Ramadhan datang setahun sekali
Tanda kemenangan Aidilfitri dirayakan
Terlanjur kata harap dimaafi
Moga kemesraan kekal berpanjangan

Kampung halaman melambai mesra
Anak rantau pulang ke desa
Didoakan Kelab AF21FC terus berjaya
Mengeratkan hubungan novelis & pembaca

Salam mesra.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Salam Aidil Fitri

Mulai hari ini dan seterusnya , Blog Alaf21 FC ini akan menyiarkan ucapan2 Salam Aidilfitri sempena menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, daripada sekelian ahli2 kelab, Novelis , AJK dan lain2 lagi..Kalau nak diikutkan memang tak menang tantan kami dibuatnya.

Sambutannya sungguh menggalakkan hingga tak de masa kami nak gelak2. Banyak kiriman2 email diterima hingga melimpah ruah kotak2 inbox kami. Belum lagi termasuk peti2 surat yg terpaksa di tadah dgn baldi sebab terlalu banyak yg diterima (sampai tak muat peti surat)..iksh iksh, bersungguh2 betul orang nak beraya ye? Ada juga kirman yang datang dari luar negera seperti Australia, Amerika, Afrika, London dll.. Uii! menuah2 gituu..

Apa2 pun kami siarkan dulu mana2 yg ada aaa..

Nor Syaffirin Muhammad, KL
Kepada Semua Alaf21FC, Selamat Hari Raya, Aidil Fitri.
Semoga Persahabatan direstui oleh-NYA dan kekal abadi bila disulami dengan kejujuran.



Noor Ain Zainal, KL
Assalamualaikum,
Buat Abang Long, Mersik, Rosha, Budi dan teman-teman dalam kelab Alaf21 :

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Cinta CT luar biasa,
Tiada dua kata Khafi,
Saya cuma insan biasa,
Salah dan silap, pohon dimaafi.


Buat penulis-penulis yang disayangi :
Teruskan penghasilan kreatif dan cemerlang selalu, dan juga tak lupa..

Panasnya matahari tidak terperi,
Namun, cahayanya masih berharga,
Saya ucapkan Salam Aidilfitri,
Semoga bergembira bersama keluarga.


Salam manis dan salam mesra,

Salmah Ismail, Singapura :
Kepada semua teman2 siber dan sekelian novelis2....

Salam lebaran untuk semua walau di mana anda berada. Moga ceria dan gembira menyambut Syawal bersama keluarga yang dikasihi dan disayangi.
Saling menghulur salam bermaaf-maafan. Hilangkan curiga jauhkan prasangka.
Berkekalan hendaknya siratulrahim yang terjalin agar kita akan dapat bertemu Ramadhan lagi...InsyaAllah.


Sabariah Shaari (pu3salju),Gombak
Tiap detik kini menginsut.... meninggalkan selangkah demi selangkah Ramadhan penuh kesyahduan. Syawal mula tersenyum... anak rantau berkira-kira untuk pulang..kampung halaman sudah terasa lambaiannya.Kesempatan yang sekelumit cuma, ingin ku titip pesan diangin lalu.....

Nazam Lebaran ini kuutus buat semua yang kusayang.... sahabat dan handai taulan.....di alaf21FC... biar kita tak bersua, namun kemesraan mula terasamaaf di pinta andai dalam senda ada terguris rasa.... dalam gurau adaterlepas kata.... Buat novalis yang ku kagumi Kak Sri @ Kak Odee, Thanks a bunch atas bantuan selama ini... pertemukan semula uquwwah silaturrahim yang sudah lama terputus diantara diri ini dan teman-teman dialam persekolahan dulu.

Kak AS.... moga kembali SLIM lepas berpantang, Kak Aina Emir, merci de amor atas kunjungan ke teratak maya yg tak seindah mana .... Akhir sekali khas buat Mersik...... Syukran Jazillah atas bantuanyang dihulurkan selama ini. Moga kita tetap akan terus dirahmati dalamuquwwah yang tak ada nokhtahnya....... Salam sayang

Nur Raina Afsana, Down Under
Salam dari Noranda, Western Australia

Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih saudara Pentadbir. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Alaf21 FC , terutamanya Mersik dan Abang Long serta novelis-novelis Alaf21 yang tidak puas-puas menjelajah Langit kirmizi dan ahli-ahli Alaf21 FC yang lain.

Semoga lebaran tahun ini akan membawa keharmonian berpanjangan. Amin.

Hah! kan dah kataa..meriah gitu..Jangan kemana2 ada lagi nih... berguni2 gitu..gegege

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir

Seorang pembaca dari Kota Singa yang sudah pun membaca Novel terbaru Alaf21 berjudul Epilog Cinta tulisan Lily Haslina Nasir begitu terpesona dan kagum dengan penceritaan yang diketengahkan oleh penulis baru ini. Kita ikuti komen peribadi beliau.


Komen peribadi

“Bila panah arjuna menikam sukma api asmara pun bernyala menyerlah sinar.”

Indahnya kata2 ini. Saya terpesona pertama kali membacanya. Membuatkan saya lebih teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dari sehelai lembar ke lembar yang lain, membuat saya teringat akan penulis veteran seperti Khadijah Hashim, Tan Sri Samad Said, tidak ketinggalan Dr. Hamka. Terlayar kembali kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Hartini, antara buku2 nostalgia yang diminati. Kata2 puitis yang Lily Haslina garapkan menyamankan pembacaan. Menyelitkan pantun2 hiasan zaman datuk nenek dirasakan seperti pemanis mulut. Apalagi permulaan setiap bab dihiasi dengan pantun dua rangkap kata2 indah,...penuh makna tersirat.


Lily Haslina membawa kita pulang kezaman nenek moyang yang penuh derita dan sengsara. Kisah memaparkan empat generasi, sesuatu kelainan sepanjang pembacaan saya. Bukan tiada, tetapi amat jarang kita temukan.

Bermula dengan zaman perang pada tahun 1942 yang penuh dengan debaran dan ketakutan dek askar2 Jepun yang tiada perasaan belas. Walaupun pernah mendengar cerita dari datuk moyang tentang pengalaman sendiri, penulisan Lily Haslina menguatkan lagi hujah2 mereka. Lantaran keadaan yang penuh tragis, menimbulkan dendam yang ketara. Sehingga hari ini, masih ada lagi datuk nenek yg tidak boleh lupa peristiwa ngeri.

Melangkah ke era 1960an, walaupun zaman perang sudah lama berlalu, kita disajikan pula dengan ketaatan anak2 terhadap ibubapa dizaman itu. Kalau putih, putihlah ia, walupun hitam, turutkan saja. Penderhakaan terhadap orangtua sesekali jangan dicuba. Sekali lagi, terkenang saya kepada cerita ibuayah akan pengalaman jodoh yang diatur dan kejanggalan serumah dengan orang baru yang tidak dikenali walau sudah bergelar suami-isteri. Jika sabut timbullah ia, jika batu...jangan sama ikut karam.

Memasuki zaman IT dan teknologi, peredaran masa berubah rentak. Anak2 semakin berani bersuara meluah rasa. Keadaan hidup membuatkan seseorang individu samada lebih tegar atau menyerah saja pada apa adanya. Mana satu pilihan hati, asal jiwa selesa dan tenteram. Pun begitu, tidak bererti hilang sudah nilai ketimuran, didikan ibubapa tetap diterap. Dalam kita menongkat arus, diharap badai tidakkan datang. Tetapi, jika terjadi juga tsunami sekali lagi, bersediakah kita menghadapinya kini?

Moral

Langit tidak selalunya cerah. Adakala awan hitam tetapi tiada pula hujan turun. Sekali sekala jerebu menghiasi angkasa, angkara manusia tiada pertimbangan. Kadangkala teriknya mentari menyinari alam, tiba2 hujan mencurah2. Sebagai manusia, kita punya rasa dan cita, hati dan perasaan. Tidak semua yang dikehendaki akan diperoleh. Adakala, yang dihajat dihujung jari, tetapi terlepas jua akhirnya. Balik kita pada qada’ dan qadar Allah...percayalah akan ketentuanNya...sesungguhnya akan ada yang lebih baik menanti kita. Dugaan perit hari ini, mungkin esok kebahagian menanti. InsyaAllah. Wallahualam.


Terima kasih diucapkan kepada Salmah yang sudi berkongsi pendapat beliau mengenai novel ini. Nampaknya buah tangan terbaru berbentuk novel dari penulis ini betul2 memikat hati pembaca sekelian. Bagaimana pula dengan pembaca yang lain. Apa komen anda?

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PERADUAN KATA-KATA INDAH

Sekalian warga Alaf21 FC. Ini ada satu berita baik. Bagi mereka yang mempunyai imiginasi dan kreativiti yang tinggi dalam berbahasa, peraduan dibawah sangat2 sesuai untuk anda. Manalah tahu kalau2 anda ada bakat yang yang terpendam, hanya menunggu masa sahaja untuk diluah dalam bentuk ayat2yang indah dan puitis. Bolehlah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Alaf21 dibawah ini
SETIAP minggu, kami akan memilih tiga orang pemenang untuk PERADUAN KATA-KATA INDAH menggunakan tajuk-tajuk buku terbitan Alaf 21. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan mengikut kreativiti anda.
Jenis persembahan tidak dihadkan kepada madah & puisi sahaja tetapi mungkin lirik lagu, lagu & apa sahaja. Alaf 21 berhak mengedit jika didapati perlu. Hadiah akan dihantar sebulan dari tarikh karya anda disiarkan. Hantarkan karya anda di alaf@alaf21.com.my beserta nama penuh, alamat surat menyurat & no. telefon menggunakan KATA INDAH sebagai tajuk e-mel.
CONTOH KARYA:

Salam diberi tangan digenggami,
Buat dirimu yang aku rindui,
Kini aku muncul kembali,
Untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.

Sukar untukku memulakan bicara,
Buat tatapan dirimu yang masih kucinta,
Redup matamu membawa makna,
Menikam kalbu, hati yang lara,
EPILOG CINTA itulah kalimahnya.
RAHSIA PERINDU terbongkar sudah,
Bait kata menjadi madah,
SELAUT KASIHmu telah kuredah,
Hingga kini tiada penyudah,
Aku pasrah!
BAYU ASMARA yang dulu mengganas,
Membuatkan aku sukar bernafas,
Tenggelam timbul berhempas pulas,
BERIKAN CINTAMU yang dulu kulepas.
SEMUSIM RINDU telah berlalu,
Kini kita telah bertemu,
SATU JANJI dalam seribu,
Moga termeterai di alaf yang baru.

DENDAM SEMALAM masih terasa,
Luka dihati tinggal parutnya,
RINDU YANG PERGI tetap setia,
Adakah harapan untuk bersama?
Dengarlah hati dengarlah jiwa,
MENITI MIMPI janganlah hendaknya,
Satu pesanan luahan rasa,
Dari si ADAM untuk si Hawa.

Diciptakan wanita sebagai isteri,
Untuk lelaki bergelar suami,
Ditiupkan kasih dan cinta di hati,
Semoga JANGAN ADA DUSTA dan janji dimungkiri.

Sekelian kali aku bertanya,
Sudikah engkau untuk terima?
NAK KE TAK NAK berdebar rasa,
JANGAN TIDAK-TIDAK itulah harapan yang aku damba.
HADIRNYA CINTA tanpa dipinta,
Tanda kuasa Yang Maha Esa,
SEREDUP KASIHMU menikam jiwa,
Mengalirkan rasa yang teristimewa,
CINTAMU DIHATI itulah punca.

LAGU RINDU mewangi di taman,
KAU UNTUKKU menjadi impian,
SEIRING SEJALAN berpimpin tangan,
Berputik kemesraan yang diangan-angankan.

1001 PETUA dijadikan pedoman,
Buat bekalan dalam kehidupan,
SYURGA RUMAHTANGGA itulah harapan,
Semoga berkekalan sepanjang zaman.

ASAM GARAM GULA & KOPI,
Menu utama suami isteri,
Istana indah megah berdiri,
Di ALAF 21 segala-galanya bermula kini!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Alahaiii... ahli kelab yang malu2 ayam..

Alahaii..canang sudah dicanang. Kabo sudah dikabo, Berita sudah menjadi warta, namun sampai takat ini hanya satu dua email jek yg sudi singgah untuk mengusul kata2 ucapan Hari Raya. Pokcik tergaru2 kepala. Adakah ahli2 semua tak sudi atau malu2 ayam?

Jangan ler begitu wahai ahli2 semua. Kelab ini ditubuhkan bersama, dari semua untuk semua. Dihari yang mulia ini sama2lah kita berutus salam, khabar gembira, saling doa mendoakan sesama insan. Walaupun tidak dikenang lama, sekurang2nya akan tersenyum bila membaca..

Apa tunggu lagi? Emelkan ucapan anda kepada ,

alaf21fc@yahoo.com atau mersik40@yahoo.com

Kami akan berbesar hati untuk menyiarkan ucapan anda. Semoga Aidil fitri ini akan lebih beerti apabila dikongsi bersama dengan teman2 , saudara mara, sahabat handai, sesama ahli kelab mahupun novelis pujaan.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kad Keahlian untuk ahli Alaf21 FC

Selain dari pemberian kad Hari Raya kepada sekelian ahli kelab, pihak Alaf21 FC juga ada melampirkan sekali kad keahlian untuk ahli-ahli yang telah pun berdaftar pada April 2005 tahun lepas, iaitu sewaktu Pesta Buku di PWTC serentak dengan pelancaran kelab. Walau bagaimana pun, untuk batch pertama ini, sebanyak 170 kad akan diedarkan dahulu, manakala selebihnya akan mendapat kad mereka sekurang2nya dua bulan lagi.

Pihak kelab juga memohon ampun dan maaf diatas kelewatan pengedaran kad ini diatas masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Kami sentiasa berusha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada sekelian ahli-ahli kelab Alaf21 FC yang setia menyokong kami selama ini.

Pemberian kad ini adalah untuk mengesahkan anda adalah ahli kelab Alaf21 FC dan sebarang aktiviti mengenai kelab akan memberikan keistimewaan kepada anda. Atau dalam bahasa yang lainnya "Anda akan diutamakan dahulu".

Sudah tentunya, selepas ini banyak lagi aktiviti2 yang bakal menyusul setelah berehat agak lama sempena bulan Ramadhan dan juga perayaan menyambut Aidil Fitri.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kad Hari Raya untuk ahli-ahli Alaf21 FC

Tahun ini Alaf21 FC telah mengambil inisiatif untuk membuatkan sekalian ahli merasa seronok dan gembira. Tak lain tak bukan ialah pemberian kad Hari Raya. Walau pun sekarang ini telah banyak cara yang agak canggih dan ber "IT" tinggi, namun kami memilih untuk kekal klasik dan serba tradisional. Sebabnya, kata Abang Long, nilai sekeping kad yang dilayangkan tu besar ertinya pada si penerima, apatah lagi dari Kelab yang memang sentiasa menghargai setiap ahli yang bernaung dibawahnya.

Maka pada suatu malam minggu yang lepas2, bertempat di “Pos Sementara” Alaf21 FC iaitu di Khulafa Bistro diseksyen 7, Shah Alam, kami semua berkumpul untuk memproses kad2 hari raya yang akan dikirimkan kepada para sekalian ahli Alaf21 FC.

Pertemuan yang dijadualkan selepas pukul 10 malam tu amat2lah beerti apabila dihadiri oleh tiga orang2 kuat Alaf21FC seperti Abang Long, Budi dan juga mersik.

Sampai sahaja disana, tanpa membuang masa, kami terus buat kerja sambil sekala sekali berborak dan berbincang mengenai aktiviti kelab hari raya nanti.

Walau pun jam hampir meningkat ke awal pagi, namun bagi Abg long, Budi dan juga mersik ianya tidak menjadi halangan untuk mereka terus duduk dan "mengerjakan" kad2 yang hampir mencecah tiga ratus keping itu.

En. Budi merangkap sekretari “mudim terjun” kami, bertugas memeriksa dan menulis alamat pada kad. Sementara mersik dan abang long pula membuat pemeriksaan terakhir sebelum menurunkan tandatangan. Ini perlu supaya tidak terdapat kesalahan dan kesesatan pada sang penerima kelak.


Diatas meja, bersepah2 kad dengan alamat2 serta setem yang memang sedia ada. Kami teruskan juga walaupun mata yang bulat mencerah hampir2 menjadi cengkung kuyu. Namun apabila dibantu oleh beberapa gelas kopi, teh dan nescafe yang di “tarik2” dan sesekali diselang seli dengan mee goreng mamak, membuatkan tenaga2 kami seperti dicas semula.

Kami bersurai hampir pukul 3 pagi apabila masing2 sudah “angkat tangan” dan pedih mata. Hampir keseluruhan kerja sudah siap. Walaupun ada beberapa hal yang timbul, secara keseluruhannya, kami semua berpuas hati. Begitu juga pelayan restoren tersebut ( sebab banyak makanan laku kut..gegege).

Harapan kami, semoga kad2 ini akan selamat sampai dan dapatlah menceriakan hati setiap setiap ahli Alaf21 FC yang menerimanya. Tanpa anda semua, siapalah kami.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Variasi hidangan makanan dan minuman.

Pelbagai variasi hidangan makanan dan minuman yang anda boleh perolehi, namakan sahaja apa yang ada diminda anda.

Untuk sebarang keraian, atau perayaan, malah berguna untuk mereka yang kurang idea untuk menyediakan sesuatu jamuan yang istimewa.

Boleh juga dihadiahkan kepada mereka yang datang berkunjung kerumah sempena Hari Lebaran. Rasanya tidak salah kita mencuba sesuatu yang baru, apakata, dimusim perayaan ini, sebelum tetamu berangkat pulang, kita hadiahkan mereka dengan buku variasi makanan dan minuman.

Harganya cukup berpatutan, cuma RM5.50 sebuah, bagi si kecil kita gembirakan mereka dengan pemberian “ang pau”, untuk si ibu pula, kita hadiahkannya buku. Pasti akan jadi “kenangan manis sepanjang hayat” , Tak begitu ?

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bicara hari dibulan Ramadhan.

Tuhanku.....
ketika hati sedang menangis
hanya engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu......

Tuhanku......
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi.....

Tuhanku.....
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku
pada mereka yang terus melukakanku
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakanku......

Tuhanku......
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di lautan
atau terlanjur menelan berlebihan ubat-ubatan
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru.....

Tuhanku yang Maha Pengasih
rahmatMu melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku dikau terima......

Budi

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Salam perantauan dari Ayu Emelda.

Beberapa hari yang lepas kami mendapat kiriman berita dari Novelis Ayu Emelda yang kini sedang selamat menjalani kehidupan barunya di Troy New York

Banyak juga yang Ayu ceritakan selain hendak berkongsi pengalaman beliau dan keluarga berpuasa dirantau orang.

Antara cerita2nya kepada kami ialah ;


Ayu masih lagi dlm proses menyesuaikan diri dgn cuaca. Walaupun summer tapi sejuk memanjang. ini belum lagi time winter. Di Troy ini agak pedalaman, nama saja new york state, tapi jauh dari bandar, lebih kurang 3 jam melalui highway. Novel kedua dah tergendala sekejap. Entahlah, otak sedikit beku! sejuk sangat! Sekarang belum ada kesempatan nak jalan2, kereta belum ada. Tension jugak bila terperuk kat umah. Kebetulan kalau jiran dari Malaysia yang tinggal dua blok dari rumah ajak ke mana2, barulah ada peluang tengok pemandangan di Troy.
Ayu sertakan sekali gambar2 semasa melawat ladang epal.


Ayu sekeluarga berpuasa macam biasa. berbuka pukul 6.40 dan imsak lebih kurang 5.30pg. Yang pasti, tiap2 hari kena masak. ayam/ daging halal beli kat kedai Pakistan, di Albany. jaraknya mcm KL ke Putrajaya. di Troy cuma ada 2 family, student 30+. perancangannya akan selalu ada majlis berbuka dirumah untuk adik2 yang bujang tu. Tapi kena ikut giliran. Kalau semua sekali memang tak terdaya.

Cuaca disini bertambah sejuk. Angin pun agak kuat. Sedar tak sedar rupanya dah masuk fall( musim luruh). Pernah sekali tu turun hujan batu, sebesar biji guli. pintu dgn tingkap macam diketuk2 orang. Huh! suspen betul. Anak2 dah lari masuk bilik. Confuse... dengar bunyi ganjil mcm tu! Oh ya , alamat Ayu disini ialah ;

Ayu Emelda
166, 9th STREET, 1st FLOOR, NORTH TROY, 12180 NEW YORK, USA.

Harap2 ada le sesiapa yg sudi hantar kad Hari Raya.

Salam perantauan,

AYU EMELDA

Wah, menarik sungguh pengalaman Ayu diluar negara nih. Apa2 pun kita ucapkan supaya Ayu ceria selalu dalam menyambut bulan puasa ni dan berpeluang melalui pengalaman baru, berhari raya di rantauan.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Aisya Sofea : "Dua" kelahiran...

KALAU ditanya siapakan Novel yang paling murah rezekinya dibulan Ramadhannya, sudah tentu tak lain dari novelis prolifik kita iaitu Aisya Sofea. Novel terbaru beliau bertajuk 'Buatmu Kekasih' sudah pun berada di kedai-kedai buku sekarang.

Hadiah untuk anda semua yang dahagakan karya beliau. Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta oleh Aisya Sofea.

Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.
Oleh itu, apa tunggu lagi. Dapatkan segera novel ini. Selamat Membaca!

Kalau ada yang sudah membacanya, diharap sudi untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai novel ini.


SELAIN dari itu, berita terkini dari Aisya Sofea ialah dia telahpun selamat melahirkan cahaya mata kelima pada 27.9.2006, jam 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai. Putera comel seberat 3.6 kg ini pastinya menambahkan seri dalam kebahagiaan hidup berumah tangganya bersama suaminya Wan Mustafa.

Ibu kepada empat orang anak ini (dua lelaki dan diikuti dengan dua perempuan) melahirkan rasa syukurnya ke hadrat ILAHI kerana proses kelahiran kali kelima ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Cuma kalau ada sedikit masalah pun... hanyalah kebuntuan `mama dan papa’ berdua ni untuk memberikan nama kepada hero baru ini. Atau mungkinkah Aisya ingin mengabadikan salah satu nama hero ciptaannya untuk cahaya mata kali ini???

Kami di Alaf21 serta sekelian peminat Aisya Sofea mengucapkan tahniah banyak2 diatas kelahiran Novel dan juga “orang baru” dalam keluarga beliau. Doa dan harapan kami semoga Aisya Sofea sihat sentiasa dan ceria selalu dalam menjalani proses berpantang.

Walau apa keadaannya sekali pun, bila tiba hari raya nanti,

RAYA JANGAN TAK RAYA !..gegegege..

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati