Norjihan Mat Rashid(Adhan), Kuala Kangsar, Perak
Sempena aidilfitiri yang bakal menjelma, saya nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin kepada semua rakan-rakan; lia, kak nOOr, wabbit, wan, kak riza, kak anis, kak seri, damya, nia, aleya, kak Em, kak ija, kak mOn, kak infa, kak lena, ahada, shida, dhiya, diya, eita, syud, nacha, anim, ruby, wafa, notie, kak ita, kak pink, kak su, mE, violet, salju, mamaE, carrie, kak izzul, kak izza, najwa aiman, abg long, mersik (kalau ada nama yang tak tersenarai tu sori ek...)
Juga selamat hari raya & maaf zahir batin kepada semua yang pernah berkunjung ke blog saya. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang yang menanti kepulangan anda. Biarkan mereka menanti & menyambut kepulangan anda dengan kegembiraan bukannya tangisan. Salam lebaran,
Mersik : Mak oii, ramainya kawan2. Ooo... termasuk rombongan Cik Kiah sekali rupanya..hik hik , meriah sungguh..
Zarina Amran, Ampang, SelangorPantun ini istimewa untuk warga Alaf21 FC , Selamat Hari Raya , Aidil Fitri.
Bersiram puteri berpati kenanga
Bersulam senda menunda duka
Hati terpaut kasih bercanda
Di hari bahagia saat bersua
Bertaut hati merpati sejoli
menyembah bahagia di hati bonda
Saat bertemu akan kembali
melerai rindu bergurau senda
Indah kamar terhias rapi
Menanti mempelai melerai rindu
Kenangan terindah disimpan dihati
Memori bersama abadi di kalbu
Melur sedulang persembahan puteri
harum mewangi kasih ku junjung
Ku hulur salam di Aidilfitri
Maaf dilafaz saat berkunjung
Bergurau sudah berpantun sudah
Saat berpisah tidak ku damba
Bertemu sudah berkenal sudah
Bersua kembali pastikan jua
Mersik : Amboi2 Zarina nih..pantun raya dia begitu menggoda2 sekali. Uii!, meremang bulu roma nih hik hik..Tak apalah, janji leh raya..
Khatijah Abdul Shukor, Kajang, Selangor
Assalammu'alaikum,
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada
1. Ahli-Ahli AF21FC terutama Abang Long & Mersik.
2. Warga Alaf21 terutama En. Eyman Hykal
3. Novelis-novelis Alaf21
4. Rakan-rakan maya yang sering bertembung di blog A21FC
Birpun kita sering berhubungan melalui tulisan, moga tautan ukhwah akan terus berpanjangan dan berkekalan.
Ramadhan datang setahun sekali
Tanda kemenangan Aidilfitri dirayakan
Terlanjur kata harap dimaafi
Moga kemesraan kekal berpanjangan
Kampung halaman melambai mesra
Anak rantau pulang ke desa
Didoakan Kelab AF21FC terus berjaya
Mengeratkan hubungan novelis & pembaca
Salam mesra.
3 comments
Comment by Anonymous on 2:08 PM
Hai cik adhan nama saya awk tak sebut ke kita kan kwn...belum dpt kad ahli mengamuk dah dpt siap beri ucapan lg nak glamour jugak ke...
Comment by Anonymous on 3:12 PM
Betul tu anonymous. Semua orang dia nak kutuk. Bila dekat diri sendiri...fikir-fikirkanlah.Bila si adhan ni nak insaf dan minta maaf dekat orang-orang yang dia kutuk tu?
Comment by Anonymous on 3:12 PM
Betul tu anonymous. Semua orang dia nak kutuk. Bila dekat diri sendiri...fikir-fikirkanlah.Bila si adhan ni nak insaf dan minta maaf dekat orang-orang yang dia kutuk tu?
Post a Comment