Aleya Aneesa
~Mula-mula sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Alaf21fc atas pemberian kad raya yang saya terima pada hari Isnin lalu.Di hari dan bulan yang mulia ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang membaca kad ucapan ini khasnya buat ahli kelab Alaf 21 yang selalu memberikan sokongan kepada saya. Tidak lupa juga buat sesiapa juga yang meminati dunia novel (pembaca tentunya), team Alaf 21, kawan2 penulis seangkatan dan semua umat Islam yang ada di muka bumi ini.
"Saya juga mahu menyusun jari sepuluh kepada semua kalau-kalau saya telah menyinggung perasaan atau hati sesiapa saja sama ada secara sedar mahu pun tidak sedar khasnya jika kesilapan itu saya lakukan dalam setiap karya-karya saya. Saya harap saya dimaafkan ye sebab saya nih penulis baru, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki."
Semoga lebaran kali ini akan memberikan sejuta satu sinar dalah hidup kita semua. Amin!
Sekian... wassalam~
Bikash Nur Idris
Assalammualaikum...
Salam lebaran untuk semua ahli blog, pengunjung blog serta semua penggemar novel. Maaf zahir dan batin ; )
Shanika Latisha
Kepada semua warga Alaf 21, peminat, pembaca, pengkritik serta keluarga dan teman-teman,
Salam Aidilfitri di layangkan daripada kejauhan ini bersama titipan doa keberkatan atas semua pada hari bahagia ini. diharapkan semuanya bergembira pada hari yang ditunggu tunggu ini.
Akhir kata, ampun maaf dipinta.
0 comments
Post a Comment